Anda di halaman 1dari 4

TEORI GESTALT Bahagian ini akan memperkenalkan kepada anda secara ringkas

mengenai salah satu pendekatan teori dalam amalan kaunseling iaitu teori GESTALT
. Di akhir bab diharapkan anda akan dapat : 1. mempelajari mengenai sejarah dan
latarbelakang , serta konsep utama teori GESTALT 2. memahami pandangan terapi
GESTALT terhadap manusia dan tingkahlaku yang bermasalah 3. mengetahui
tentang prinsip asas, matlamat, teknik dan proses kaunseling serta peranan
kaunselor dan klien menurut terapi GESTALT dalam amalan kaunseling.
PENGENALAN KEPADA TEORI GESTALT

Frederick Perls (1893-1970) pelapor kepada teori gestalt Awalnya berkefahaman


kewujudan atau “existentialism”. Tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada
perkembangan terapi Gestalt antaranya WERTHEIMER, KOFFKA DAN KOHLER.
Gestalt pada asasnya merujuk kepada satu pola, bentuk atau konfigurasi yang diteliti
atau diamati oleh seseorang secara keseluruhan Istilah Gestalt itu sendiri dalam
bahasa Jerman yang membawa takrif sebagai manusia, objek, benda atau suatu
keseluruhannya. Oleh kerana itu, keseluruhan sesuatu bentuk, objek atau konfigurasi
itu akan dikatakan atau diandaikan mengandungi melebihi jumlah bahagianbahagian
yang menjadikannya. Gambaran (persepsi) terdiri daripada suatu bentuk atau
konfigurasi yang menonjol dan yang menjadi tumpuan perhatian di atas suatu latar
atau layaran. Teori ini memberi penekanan kepada makna individu itu sendiri dan
bagaimana individu itu melakukan pengamatan dan persepsi serta kemahiran dan
pengetahuan mereka terhadap pengalaman sendiri. Menurut Gestalt seseorang
individu itu akan menggalami masalah sekiranya ia masih belum berjaya
melengkapkan persepsinya atau gagal mempunyai kesedaran yang kurang untuk
membolehkannya mengalami atau merasai sesuatu pengalaman. Manusia
bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, mereka tidak menumpukan kepada isu
“kenapa” atau “mengapa” tetapi lebih memberi penekanan kepada isu atau
persoalan “bagaimana “ atau proses. Pandangan umum yang dibincangkan di atas
jelas memberi gambaran bahawa pendekatan terapi gestalt ini berbeza dengan teori
psikoanalisis. Pendekatan gestalt secara terang menolok pandangan psikoanalisis
yang mengatakan bahawa tingkah laku dan personality manusia adalah ditentukan
(deterministik) dan dikawal oleh faktor-faktor dalaman dan luaran>
PANDANGAN TEORI GESTALT TERHADAP MANUSIA

Isu kemanusiaan secara total dan menyeluruh Individu dilihat sebagai unsure yang
bersepadu yang mempunyai fikiran, perasaan dan tingkah laku Teori gestalt itu
berpendapat bahawa :

1. asasnya bertanggungjawab, kebolehan, bakat dan keupayaan utk mengurus diri

2. manusia itu adalah satu organisma yang bersepadu terdiri daripada fizikal, mental
dan spiritual yang bersatu

3. dalam diri manusia terdapat suatu kecenderungan untuk mencapai perimbangan


atau homeostasis

4. manusia mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi meneruskan zuriat

5. setiap manusia menurut gestalt mempunyai reality mereka tersendiri

6. pendekatan ini percaya bahawa manusia sentiasa berinteraksi dengan


persekitarannya

7. teori ini juga menekankan kepada persoalan “ego” . Baginya, “ego” merujuk
kepada sistem tindakbalas organisma terhadap persekitaranya, iaitu samada
seseorang itu merapatkan dirinya atau menjauhkan dirinya dari persekitarannya
tersebut. Contohnya : Jika organisma atau individu itu dalam keadaan mengantuk,
maka bantal atau katil akan menjadi tumpuan (figure) atau bentuk utama. Seterusnya
individu akan mencari atau mendekati bantal atau tilam walaupun sehingga perlu
menggunakan kekerasan atau rela cedera kerananya.

MATLAMAT TEORI GESTALT

a. memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab


yang tersendiri. Teori ini juga membuat individu akan lebih berdikari, tidak akan
bergantung kepada orang lain, dan menyedarkan mereka bahawa mereka memang
membuat berbagaibagai perkara, jauh lebih banyak daripada apa yang disangkakan
mereka sendiri. Perls terut berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak
potensi , tetapi oleh kerena terhalang oleh sekatan-sekatan dalam hidupnya, ia tidak
berjaya hidup dengan sempurna. Membantu individu agar lebih mengenali diri sendiri
dengan mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan dirinya dengan
persekitaranya. Membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala
perasaan dan pengalaman mereka masing-masing Memberi perhatian kepada pola-
pola bahasa klien dan struktur ayat yang digunakan.

TEKNIK-TEKNIK DALAM PENDEKATAN GESTALT

Teknik merupakan hanya sebahagian daripada aktiviti kecil dalam teori gestalt.
Kaunseling gestalt tidak memberatkan kepada sebarang teknik khusus atau aktiviti,
tetapi amat mementingkan sesuatu proses di dalam perhubungan menolong. Biasa
gestalt memberi tumpuan kepada aspek yang bercorak eksperimen atau cubaan-
cubaan oleh klien itu sendiri. Untuk mengelakkan kesan negatif atau sebarang akibat
yang tidak diingini, klien sebaiknya diterangkan terlebih dahulu apa yang akan be
rlaku di dalam terapi gestalt ini> Di antara perkara-perkara yang harus dilakukan
termasuklah :

a. segala cadangan jangan berbentuk Arahan atau perintah kepada individu itu.

b. Klien itu sendiri harus meneliti dan menilai cadangan kaunselor tadi seterusnya
bebas membuat keputusan samada menerima atau menolak.

c. Jika klien membuat keputusan menolak, kaunselor sebaiknya meninjau dan


meneroka sebab dan punca kenapa klien berkeputusan untuk menolak.

Jika klien menerima , maka beliau mempunyai pilhan untuk meneruskan sebarang
aktiviti atau menghentikannya pada bila-bila masa sahaja. Sebaiknya kaunselor
mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran mengenai semua teknik-
teknik teori gestalt.

KESIMPULAN

pendekatan gestalt merupakan antara teori yang menekankan kepada kesedaran


individu kepada prinsip di sini dan sekarang. Ia memberi perhatian khusus kepada
jenis-jenis tingkah laku yang tersekat perkembangnnya dan bagaimana tingkah laku
ini menjadi sedemikian sehingga organisma tidak boleh berfungsi dengan berkesan
pada masa sekarang. Oleh yang demikian, matlamat yang ingin dicapai oleh
pendekatan ini adalah ke arah seseorang individu itu menerima tanggungjawab ke
atas dirinya sendiri , hidup untuk masa sekarang dan mengalami hidup secara bebas
dan merdeka serta arah jelas dengan sepenuhnya terutama sekali dari segi
perasaan. Aktiviti berdialog “Making the Round” Lafaz Ikrar Satu rahsia Permainan
projeksi Teknik Simetrikal permainan raptai mengekal perasaan mentafsir mimpi, dan
lain-lain

PENGENALAN TEORI PERLAKUAN

Teori perlakuan berasaskan pendekatan tindakan yang mekanikal. Tingkahlaku


manusia dilihat sebagai objek yang mempunyai gerak balas yang tertentu. Gerak
balas ini pula bergantung pada satu cara rangsangan yang boleh mempengaruhi
tingkah laku manusia. Sebagai satu pendekatan yang mekanistik dan kuantitatif, teori
ini menggunakan kaedah yang melibatkan pengukuran dan penilaian yang sangat
objektif dalam penyelenggaraan proses kaunseling. Antara pengasas teori ini , Ivan
Pavlov dan Joseph Wolpe mengemukakan teori perlakuan pelaziman klasik,
manakala teori perlakuan pelaziman operan diasaskan oleh B.F.Skinner dan
J.B.Watson. Teori ini juga mempunyai pengaruh dalam aspek sosiolisasi dengan
teori pembelajaran social yang dikemukakan oleh Bandura. Tahun 60an-70-an
pendekatan yang menggabungkan penarapan tingkahlaku dengan pemikiran daya
kognitif. Era baru ini meletakkan teori perlakuan pada satu kontinum yang lebih
mencabar dan berkesan. Penghujung kontinum pendekatan akan menumpukan ke
arah analisis penerapan tingkah laku, dipelopori oleh SKINNER.

Anda mungkin juga menyukai