Anda di halaman 1dari 6

Laporan Temu Bual Peranan, Cabaran Dan Harapan

Sebagai Pemimpin Sekolah

Pada 31 Januari 2023, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan
pengetua di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yok Bin Melaka. Tujuan saya
melakukan sesi temu bual tersebut adalah untuk mengetahui berkenaan dengan
peranan peranan, cabaran dan harapan sebagai pemimpin sekolah.
Semasa melaksanakan temu bual, saya telah mengajukan beberapa
soalan yang merangkumi kefahaman responden terhadap konsep
profesionalisme keguruan, peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam
pelbagai aspek pembelajaran dan pemudahcaraan serta beberapa soalan
lanjutan. Berlandaskan perspektif responden, profesion keguruan dianggap
profesional kerana , kerjaya sebagai guru dianggap sebagai profesional kerana
memberikan perkhidmatan yang penting iaitu mendidik anak bangsa,
memerlukan keupayaan intelek dalam melaksanakan pembelajaran dan
pemudahcaraan, memerlukan latihan khusus dalam bidang perguruan dan
mempunyai kod etika tersendiri. Berdasarkan temu bual yang telah saya
jalankan, terdapat beberapa peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam
konteks pembelajaran dan pemudahcaraan dalam pelbagai aspek
kepemimpinan yang telah saya kemukan. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa
dan Ahmad Subki Miskon (2010), kepimpinan profesional dalam kalangan guru
dapat diklasifikasikan kepada empat iaitu perancangan, pengelolaan,
pengarahan dan pengawalan. Dalam temu bual yang telah dilaksanakan,
responden telah menyatakan peranan responden sebagai ketua panitia secara
terperinci berdasarkan aspek-aspek kepemimpinan profesional dalam konteks
guru seperti yang telah saya nyatakan pada awal sesi temu bual berlangsung.

Perancangan merupakan antara aspek kepemimpinan profesional dalam


konteks guru. Secara amnya, perancangan merujuk kepada penentuan matlamat
jangka panjang dan jangka pendek (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2013).
Berdasarkan temu bual tersebut, peranan responden dari aspek perancangan
sebagai ketua panitia di sekolah tersebut adalah mengadakan mesyuarat untuk
panitia matematik. Dalam mesyuarat tersebut, perkara yang dibincangkan oleh
responden bersama dengan guru panitia matematik ialah pembahagian tugas
dari segi kurikulum. Responden juga menyatakan bahawa pembahagian tugas
tersebut  dilakukan secara adil untuk memastikan guru dalam panitia matematik
dapat melaksanakan tugas yang telah diberikan dengan efektif. Semasa
mesyuarat juga, responden bersama dengan guru panitia matematik berbincang
berkenaan dengan penghasilan rancangan pengajaran tahunan, rancangan
pengajaran tahunan, rancangan pengajaran mingguan dan rancangan
pengajaran harian untuk membolehkan guru panitia matematik melaksanakan
proses pembelajaran dan pemudahcaraan dengan efektif dan sistematik.
Responden turut menyatakan bahawa panitia matematik turut membincangkan
berkenaan dengan aktiviti yang menjurus ke arah peningkatan pencapaian murid
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Matematik
seperti kelas tambahan dan bengkel menjawab soalan-soalan Matematik UPSR
untuk mendedahkan murid dengan format soalan Matematik UPSR untuk
meningkatkan pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata
pelajaran tersebut. Hal ini adalah bertepatan dengan sasaran yang telah
ditetapkan oleh panitia matematik sekolah tersebut.

Aspek kepemimpinan profesional yang seterusnya adalah pengelolaan.


Berdasarkan konsep yang dikemukakan oleh Wong Kiet Wah et al. (2018),
pengelolaan merujuk kepada peningkatan penyempurnaan perancangan untuk
mencapai matlamat. Menurut responden, peranan responden dalam aspek
pengelolaan sebagai ketua panitia ialah mengelola pelbagai program berasaskan
akademik dan bukan berasaskan akademik untuk mengembangkan potensi
murid dalam pelbagai aspek. Perkara ini bertepatan dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Noriati A. Rashid e tal.,
2012). Dalam konteks akademik, responden mengelolakan pelaksanaan kelas
tambahan untuk murid Tahun 6 untuk membolehkan mereka memahami kaedah
menjawab soalan kertas Matematik UPSR dengan mudah. Responden turut
menyatakan bahawa pelaksanaan kelas tambahan tersebut adalah untuk
meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan aras tinggi yang telah mula
diperkenalkan dalam UPSR bermula pada tahun 2016 (Raja Noraina Raja
Rahim, 2018). Untuk aktiviti bukan berasaskan akademik pula, responden
bersama guru dalam panitia matematik menganjurkan kuiz Matematik untuk
memilih murid yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan Kangroo Math
Competetion. Responden juga turut menyatakan bahawa beliau merupakan
penyelaras dalam pengelolaan pertandingan Kangroo Math
Competetion tersebut. Perkara ini adalah untuk memberi peluang kepada murid
menyerlahkan potensi diri masing-masing menerusi penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum. Menerusi pengelolaan aktiviti sedemikian, kepimpinan seseorang
guru dapat ditingkatkan.

Pengarahan merupakan salah satu aspek kepimpinan profesional guru


yang merujuk kepada cara memimpin melaksanakan tugas dan mempengaruhi
individu yang dipimpin untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi
melaksanakan tugas (Omar Abdul Kareem dan Khuan Wai Bing, 2005). Dalam
temu bual yang telah dilaksanakan, responden menyatakan bahawa guru
sentiasa menerima arahan daripada pihak atasan signifikan dengan transformasi
bidang pendidikan. Hal ini bertepatan dengan Sufean Hussin (2004) yang
menyatakan bahawa bidang pendidikan bersifat dinamik mengikut perubahan
semasa. Perubahan kurikulum yang berlaku menerusi pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 telah menyebabkan
responden yang juga merupakan ketua panitia menghadiri kursus pelaksanaan
KSSR yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Responden
sebagai ketua panitia juga menyampaikan input yang diperoleh semasa kursus
tersebut kepada guru matematik sekolah tersebut. Menerusi penyampaian
tersebut, guru panitia matematik di sekolah dapat meningkatkan kefahaman
mereka terhadap pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan
berdasarkan KSSR.
Pengintegrasian elemen Pembelajaran abad ke-21 kini kian diberi
penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejajar dengan transformasi
yang berlaku dalam sistem pendidikan negara (Badrul Hisham Alang Osman,
2016). Dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
mengintegrasikan pembelajaran abad ke-21, responden juga telah mengarahkan
agar guru matematik di sekolah tersebut melaksanakan proses pembelajaran
dan pemudahcaraan yang mengintegrasikan elemen pembelajaran abad ke-21
tersebut. Menurut responden juga, penekanan yang diberikan oleh pembelajaran
abad ke-21 adalah seperti peranan guru sebagai fasilitator, penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi, pembelajaran berpusatkan murid dan juga
pembelajaran kolaboratif. Hal ini amatlah penting untuk memastikan penglibatan
aktif murid semasa berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan di
dalam bilik darjah. Dalam hal ini, responden telah mengikuti kursus berkenaan
dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan. Untuk meningkatkan kefahaman guru matematik terhadap
pengintegrasian elemen pembelajaran abad ke-21 tersebut, responden sebagai
ketua panitia mengadakan sesi perkongsian untuk meningkatkan kefahaman
guru matematik di sekolah berkenaan dengan kaedah pengimplementasian
elemen pembelajaran abad ke-21 dalam pembelajaran dan pemudahcaraan.
Oleh yang demikian, sesi perkongsian yang dilakukan oleh responden
membantu guru matematik yang lain untuk meningkatkan kefahaman mereka
terhadap elemen pembelajaran abad ke-21.

 Selain daripada mengarahkan guru matematik melaksanakan proses


pembelajaran berasaskan pembelajaran abad ke-21, responden turut
mengarahkan guru matematik Tahap 1 untuk melaksanakan pentaksiran bilik
darjah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Perkara
ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia yang mana menyatakan bahawa pelaksanaan pentaksiran bilik darjah
dalam kalangan murid Tahap 1 bermula pada tahun 2019. Menurut Luqman Arif
Abdul Karim (2018), pentaksiran bilik darjah telah mula dilaksanakan di sekolah
rendah bagi murid Tahap 1. Tambah responden, pentaksiran bilik darjah
memerlukan peranan guru sepenuhnya dalam melaksanakan pentaksiran
terhadap murid. Murid yang dinilai secara berterusan dalam pelbagai bentuk
pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan
pemudahcaraan iaitu dari aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran
dan nilai.  Untuk memastikan perkara tersebut berjalan dengan lancar,
responden menyatakan bahawa beliau memberikan penerangan kepada guru
matematik untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah. Bagi memastikan perkara tersebut berlaku, responden
meminta guru matematik Tahap 1 di sekolah tersebut untuk menghantar laporan
pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.

            Aspek kepemimpinan profesional yang selanjutnya adalah pengawalan


iaitu proses untuk menentukan dan menjamin agar kegiatan individu yang
dipimpin terarah pada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan (Syed Ismail
Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, 2010). Berdasarkan temu bual,
responden menyatakan bahawa dalam aspek pengawalan, responden yang juga
ketua panitia melakukan cerapan terhadap guru matematik untuk menilai
prestasi pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan guru tersebut.
Menerusi cerapan yang dilakukan, responden dapat membantu guru untuk
melakukan penambahbaikan terhadap amalan pedagogi guru tersebut ke arah
merealisasikan aspirasi sistem pendidikan negara. Hal ini sejajar dengan
Zuraidah Abdullah et al. (2016) yang menyatakan bahawa penyeliaan membantu
meningkatkan kualiti amalan pedagogi guru. Untuk meningkatkan
kefahaman  amalan pedagogi yang berkesan, responden menyatakan bahawa
beliau turut melaksanakan konsep komuniti pembelajaran profesional yang mana
responden berperanan sebagai mentor kepada guru matematik yang lain. Dalam
hal ini, responden menyatakan bahawa antara strategi komuniti pembelajaran
profesional yang beliau laksanakan adalah bimbingan rakan guru, pembelajaran
rancangan pengajaran harian dan sesi perkongsian guru. Perkara tersebut amat
penting untuk meningkatkan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti
pembelajaran dan pemudahcaraan yang berkesan.

Secara holistik, terdapat pelbagai peranan guru sebagai pemimpin


profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran dan pemudahcaraan
berdasarkan temu bual yang telah dijalankan. Berdasarkan pernyataan tersebut,
peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran
dan pemudahcaraan dapat diklasifikasikan kepada perancangan, pengelolaan,
pengarahan dan pengawalan. Aspek-aspek tersebut memainkan peranan yang
fundamental dalam konteks guru sebagai pemimpin yang profesional.  Perkara
tersebut amatlah penting kerana keberkesanan proses pembelajaran dan
pemudahcaraan bergantung kepada kepimpinan yang dimiliki oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai