Anda di halaman 1dari 5

SYARFAA : Bismillahhirahmannirrahim, Al-Hamdulillahi robbil alamiin, wassolatu

wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin, wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan
Salam Malaysia. Warga media maya sekalian, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu lagi di dalam media Goole
Meet Forum ini yang bertajuk MURTAD BUKAN HAK ASASI bersama saya, SYARFAA
BINTI SHAHRUL HANUAR pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati
Allah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia
maklum, di zaman mencecah pengakhiran ini, semakin banyak kesesatan berlaku di kalangan
ummah. Salah satunya adalah murtad. Apakah isu-isu semasa murtad? Apakah murtad ini
mempunyai hak di kalangan orang ramai? Persoalan seperti inilah kunci utama forum kita
pada hari ini bersesuaian dengan tajuk kita MURTAD BUKAN HAK ASASI. Persoalan-
persoalan seperti mengapa dan bagaimana akan terjawab oleh ahli panel kita hari ini. Baiklah,
jadi sebelum kita mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan kelima-lima orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan
risau kerana saya pasti kamu semua sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita
pada hari ini.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, dengan serangkap pantun buat
saudara/saudari yang berasal daripada kuala lumpur
Wahai insan rantauan dari kuala lumpur
Cantik jelita menarik bunga/kumbang di luar sana
Ingin saya tanyakan bagi pihak mereka,
Apa khabar saudari?

FIKA : Alhamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana? Ingin saya perkenalkan
diri saya, nama saya nurul syafiqka binti salehuddin. Terima kasih Cik Pengerusi dengan
pantun yang diberi.
Ingin saya balas kembali, namun masa amat mencemburui kita.
Cik Pengerusi yang bijak bertenaga, kasih kuucap perkenalan kita insyaa Allah kekal lama.

SYARFAA : Baiklah. Seterusnya, kita memberi ruang buat ahli panel yang kedua wah
sentiasa menunjukkan dirinya yang segak bergaya. (PLEASE BUAT ACTION SIKIT)
Bagaimana saudara hari ini?

IZZAT : (BUAT ACTION) Alhamdulillahhhhh. Sihat sahaja hiyahhh (BUAT KELAKAR2).

SYARFA : Wah itulah dia ahli panel kita yang kedua. Baiklah dapat kita lihat ahli panel kita
yang keempat hari ini nampak sihat dan bergaya sungguh. Buat saudari di sana yang nampak
pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari Putri Aina Antasha Binti Suzahim. Selamat datang
juga buat saudari.
DIALOG BERMULA

SYARFAA : Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama,
saudari Nurul Syafiqka, bolehkah saudari terangkan apakah sebenarnya maksud murtad?

FIKA : Dalam menjawab persoalan ini, kedua-dua perkataan ini daripada bahasa Arab. Di
mana riddah lebih menunjukkan kepada masdar sedangkan murtad kepada isim fail. Secara
terperinci saya nyatakan seperti berikut:
Dibahagikan definisi ini kepada dua bahagian iaitu dari segi bahasa dan istilah.
Dari segi bahasa
Murtad atau riddah dalam bahasa Arab merupakan isim masdar daripada perkataan ‫اِ ْرتَ َّد يَ ْرتَ ُّد‬
ً ‫ اِ ْر ِت َد‬membawa maksud beralih daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain.
‫ادا‬
Ibn Faris dalam kitabnya berkata: Asal perkataan ini ra dan dal iaitu memberi maksud
kambali pada sesuatu dan dinamakan murtad kerana seseorang itu kembalikan jiwanya
kepada kufur. Atas asas inilah murtad nama bagi yang kembali pada kufur.
Dari segi istilah
Menurut istilah undang-undang Islam pula, murtad ialah beralih daripada memeluk Islam
kepada memeluk agama lain atau anutan lain. Perkataan murtad merupakan isim fail kepada
pelaku murtad. Walaupun begitu, penulis tidaklah membezakan sangat antara pengertian
murtad dan riddah.
Penulis mengemukakan pendapat ulama berkenaan dengan pengertian murtad:
Mazhab Hanafi: Murtad ialah ibarat daripada kembali daripada iman kepada kufur.
Mazhab Maliki: Iaitu orang Islam yang kufur dengan nyata sama ada dengan perkataan atau
perbuatan yang mengandungi kekufuran..
Mazhab Syafie: Iaitu memutuskan Islam dengan niat atau ucapan kufur atau dengan
perbuatan sama ada perkataannya secara mengejek, ingkar atau dengan iktikadnya.
Mazhab Hanbali: Siapa yang kufur dengan sukarela walaupun sudah mumayyiz selepas
Islamnya dengan perkataan, iktikad, ragu dan syak tentang Islam walaupun secara bergurau
dan walaupu keIslamannya dipaksa dengan cara sebenar.
Meneliti pendapat fuqaha melalui definisi masing-masing, kita dapat membuat beberapa
noktah persamaan antara mereka iaitu:
Keluar daripada Islam.
Sama ada perisytiharan dengan ucapan, perbuatan atau niat.
Keluar tersebut sama ada secara bergurau, ingkar atau iktikad
Terdapat banyak hadis yang berkaitan dengan isu murtad ini. Antaranya adalah daripada ibnu
masud.
Terdapat juga beberapa isu yang telah di bincangkan pada hari ini. Antaranya ialah isu
pandangan G25 mengenai isu murtad yang telah di bahaskan oleh mufti perak (Tan Sri
Harussani Zakaria). Beliau berkata, pendapat G25 bahawa keputusan orang islam keluar
daripada agama merupakan dosa antara individu itu dengan tuhan merupakan pandangan
yang sesat dang menyesatkan. Beliau berkata, pandangan berkenaan di sebabkan kerana
mereka terpengaruh dengan slogan kebebasan yang di canangkan oleh golongan liberal di
negara Barat.
SYARFAA : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi
berisi. Semoga ianya memberi maksud yang jelas kepada semua. Sebentar tadi panel pertama
ada menyatakan bahawa, adanya beberapa golongan liberal di negara Barat yang kini banyak
mempengaruhi pemikiran Islam di Malaysia. Saya ingin menyatakan bahawa tindakan isu
murtad tidak seharusnya dipandang sebagai isu peribadi dan konflik kepercayaan .Sedarkah
kita bahawa jika murtad hanya sekadar konflik kepercayaan peribadi , mengapa begitu agresif
Saidina Abu Bakar RA memerangi golongan ini sewaktu pemerintahan beliau yg tidak lain
menunjukkan betapa seriusnya kesalahan murtad . Apa yang kita lihat bahawa jumlah rakyat
Islam Malaysia yang murtad makin meningkat dari 100 ribu pada tahun 2011 sehingga 250
ribu pada tahun 2020 ini. Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh jabatan agama islam
Selangor mendapati bahawa agam bukan islam telah berkembang dengan begitu pesat di
gereja utama Damansara,Putrajaya semasa menjelangnya bulan Ramadhan. Oleh itu, apakah
langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu orang islam yang murtad di
malaysia? Kita serahkan jawapan ini kepada panel kita yang kedua, Syazrul Izzat, baiklah
dipersilakan saudara Izzat.

IZZAT : Terima kasih Cik Pengerusi majlis. IPOH: Isu murtad bukan bersifat peribadi atau
semata-mata konflik kepercayaan, sebaliknya perlu dilihat dari sudut keselamatan, kata Mufti
Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Beliau berkata tindakan menyenaraikan isu murtad atas
dasar hak individu dan prinsip kebebasan beragama bakal menjejaskan usaha menanganinya
secara kolektif. Katanya, setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab menangani isu murtad
secara kolektif, walaupun sewaktu dilekakan dengan pelbagai isu besar seperti COVID-19,
persengketaan politik dan kemelesetan ekonomi. Menurutnya, kecemburuan masyarakat
terhadap sesuatu nilai yang merosakkan agama dan dan kepercayaan hendaklah didahulukan
tanpa menunggu angka yang banyak untuk bertindak. “Kita bukan sekadar menghadapi krisis
keruntuhan akhlak, konflik politik, perpecahan umat, kecuaian ibadah, kelemahan
meninggikan syiar Islam dan pembudayaan songsang sebaliknya kekhuatiran utama yang
perlu disedari adalah membabitkan permasalahan iman dan kufur. Kenyataan itu dikeluarkan
susulan penularan klip video di media sosial mengenai pengakuan murtad seorang lelaki
dipercayai berbangsa Melayu yang mengisytiharkan sebagai penganut Kristian berstatus
Pastor. Mengulas mengenai video terbabit, Harussani menyifatkan individu berkenaan gagal
memahami mengenai Islam daripada sumber yang benar selain silauan mengenai
kepercayaan anutan lain yang diambil tanpa ilmu dan kefahaman yang betul. Harussani
berkata, pengisytiharan itu begitu mengejutkan ketika individu berkenaan mengetahui kesan
dan akibat daripadanya. “Oleh itu saya menggesa masyarakat berhenti menyebarkan klip
video berkenaan kerana ia secara tidak langsung mempromosikan individu di dalam video
itu,” katanya. Beliau berkata, seluruh lapisan masyarakat termasuk pemerintah dan pihak
berkuasa harus sedar bahawa memelihara agama atau ‘hifz ad-din’ berada di carta terpenting
berbanding maqasid syariah yang lain. “Perlu diingat bahawa virus murtad ini terlalu bahaya
yang tidak mungkin diletakkan (sekadar) sebagai isu peribadi dan konflik kepercayaan
semata-mata di mana kecuaian dan sikap sambil lewa kita terhadapnya menyebabkan
kelemahan dan kemunduran Islam di masa mendatang,” katanya.
SYARFAA : Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga. Memang tidak
dapat disangkal lagi, semua pihak harus bekerjasama bagi mencegah gejala murtad ni
daripada makin berleluasa. Terima kasih saya ucapkan kepada kedua ahli panel utama kita
pada hari ini kerana sudi membincangkan tentang isu-isu murtad bersama kita pada hari ini.
Namun, wawancara kita tidak berhenti di situ sahaja, ingin saya dapatkan kesimpulan
daripada perbincangan kita tadi dari ahli panel kita yang keempat dan kelima.

JANNA : Terima kasih cik pengerusi kerana sudi menjemput saya untuk menyimpulkan
perbualan kita pada hari ini.Jadi saya akan simpulkan bagi pihak saya sebagai panel yang
keempat.Kita juga tahu murtad dilihat sebagai satu barah yang semakin merebak dalam
kalangan masyarakat.Punca:fenomena dakwah agama lain terhadap terhadap penganut agam
islam secara terang terang tanpa tindakan pihak berwajib,ketiadaan undang undang khusus
untuk membanteras pengaruh media.
-Langkah mengatasi harus dilaksanakan secara menyeluruh untuk membendung gejala
murtad.
-Peranan kerajaan dalam peruntukan undang undang dan perlaksaannya mempengaruhi -
penyebaran murtad dalam kalangan orang islam.
-Kerjasama semua pihak,kerajaan dan bukan kerajaan untuk memastikan usaha usaha
pembanterasan.

SYARFAA : Mmm baiklah faham-faham. Okay, dipersilakan panel seterusnya.

TASHA : Bismillahirrahmanirrahim , terima kasih kepada pengerusi dan juga panel ke 4 kita
kerana telah memberi kesimpulan yang begitu banyak sekali , ada beberapa isi yang sudah
dia ucapkan . tidak mengapa , saya akan beritahu lagi sedikit kesimpulan dari tajuk forum
harini . ada yang kelihatan bangga dengan tindakannya dan ada juga yang seakan keliru serta
sedang , mencari jawapan kepada persoalan dalam hatinya. Akidah merupakan tiang kepada
kepercayaan dan keyakinan seorang umat islam. Runtuh tiang ini, akan runtuhlah
pegangannya. Bergegar keyakinan beliau, maka akan lebih mudahlah tiang itu diretakkan dan
dirobohkan untuk digantikan dengan yang lain. (ayat quran). Sememangnya isu murtad ini
hendaklah diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak. Sesungguhnya setiap individu
muslim dan institusi islam mempunyai tanggungjawab untuk menjaga akidah umat islam. Itu
sahaja

SYARFAA : Wah, begitulah rupanya tentang murtad ini yang berjaya disimpulkan oleh ahli
panel keempat serta kelima kita pada hari ini. Jelaslah di sini bahawa MURTAD INI
BUKAN HAK ASASI KITA SEMUA. Akidah yang terserong, perlu diluruskan kembali.
Ingatlah bahawa,
Daun sihir berkapur di atas dulang,
Anak bangsa mati tinggalkan nama,
Dalam kalam Allah ada terlarang,
Perbuatan haram jangan dicuba.
Anak itik Pak Abu turun sembilan,
Mati seekor tinggal lapan,
Duduk berdoa kepada Allah dituhankan,
Minta jalan ketetapan.
Ingatlah pesanan ini daripada kami buatmu serta diri kami sendiri. Sekian sahaja untuk hari
ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada
kekhilafan diri kami sendiri.

ِ ‫الصاحِل‬
‫ات مُثَّ َّات َقوا‬ ِ ‫ِ ِإ‬ ِ ‫ات جن‬ ِ ‫لَيس علَى الَّ ِذين آمنُوا وع ِملُوا َّ حِل‬
َ َّ ‫يما طَع ُموا ذَا َما َّات َقوا َّو َآمنُوا َو َعملُوا‬ َ ‫اح ف‬
ٌ َ ُ َ ‫الصا‬ ََ َ َ َ َ ْ
ِِ ُّ ِ‫َأح َسنُوا ۗ َواللَّـهُ حُي‬
‫ني‬
َ ‫ب الْ ُم ْحسن‬ ْ ‫َّو َآمنُوا مُثَّ َّات َقوا َّو‬
Maksudnya: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang
saleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa
serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa
dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah
menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

(Surah al-Maidah: 93)

Wallahualam
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh. (PS: AYAT
COPY HUHUHU)

Anda mungkin juga menyukai