Anda di halaman 1dari 12

Minggu 1 Makanan yang dimakan Berapa banyak yang dimakan

Tarikh: ___________
Sarapan pagi
Makan tengah hari
Makan malam
Makanan ringan
Tarikh: ___________ Makanan yang dimakan Berapa banyak yang dimakan

Sarapan pagi
Makan tengah hari
Makan malam
Makanan ringan
Tarikh: ___________ Makanan yang dimakan Berapa banyak yang dimakan

Sarapan pagi
Makan tengah hari
Makan malam
Makanan ringan
Minggu 2 Makanan yang dimakan Berapa banyak yang dimakan
Tarikh: ___________
Sarapan pagi
Makan tengah hari
Makan malam
Makanan ringan
Tarikh: ___________ Makanan yang dimakan Berapa banyak yang dimakan

Sarapan pagi
Makan tengah hari
Makan malam
Makanan ringan
Tarikh: ___________ Makanan yang dimakan Berapa banyak yang dimakan

Sarapan pagi
Makan tengah hari
Makan malam
Makanan ringan
Mengikut panduan web makanan yang dilayari itu tidak selari dengan gaya hidup makanan

saya.Ini kerana tabiat makanan saya amat berbeza dengan makanan yang disediakan dalam laman

web yang saya layari.Berikutan ini makanan yang saya ambil setiap pagi berlainan dengan

makanan yang dicadangkan.Saya mengambil makanan yang goreng sebagai makanan pagi.Tabiat

ini diteruskan setiap pagi untuk memenuhi nafsu makanan.

Makanan tersebut bertentangan dengan makanan yang dicadangkan dalam laman web

tabiat makanan. Makanan yang diberikan sebagai contoh makanan pagi adalag Big Breakfast iaitu

makanan yang mengandungi 1 hidangan bijirin bersama buah pilihan seperti pisang atau pilihan

beri 1 gelas jus oren ataupun 1 hidangan nasi goreng berserta sayuran hijau (yang tidak digoreng

lama)1 cawan kopi (kurang atau tanpa gula).Makanan ini amat berbeza ataupun tidak selari sekali

makanan yang saya makan pada setiap pagi sebagai sarapan harian.Makanan ini juga biasanya

mudah didapati dimana – mana sekali sebagai sarapan pagi

Bagi makanan tengahari biasanya tabiat makanan seseorang adalah makanan yang

mengandungi nasi dan lauk .Oleh itu , makanan saya adalah makan makanana yang

mengandungi nasi dan lauk juga.Apabila melayari laman web ini , ianya amat bertentangan

dengan tabiat makanan saya .Dalam laman web ini , makana nasi perlu dielakan untuk

memastikan badan cergas .

Tetapi dalam tabiat makanan saya setiap hari makanan saya memang mengandungi

makanan seperti lauk dan nasi.Ianya sudah lama menjadi tabiat makanan harian pada

tenghari. Makanan yang dicadangkan dalam web ini adalah Caesar salad bersama hirisan isi

ayam , Satu hidangan buah,air kosong ataupun ½ pinggan nasi , sup sayur , ekor ikan yang
distim, hidangan buah,air kosong.Makanan sedemikian bukanya senang untuk diperolehi oleh

itu sebagai warga pendidik saya tidak dapat selarikan makanaa yang dicadangkan dalam

laman web ini.

Bagi makan malam ianya bergantung kepada saya di mana tempat saya berada saya

akan makan mengikut tabiat tersebut .Oleh itu , biasanya saya makan makanan seperti capati ,

nasi dan lauk ataupun makanan segera.Makanan ini biasanya tabiat saya untuk makan tetapi

tidak mengikut masa yang ditetapkan .Tetapi senarai yang diberi dalam web makanan ini

ianya turut berbeza seperti makanan sarapan dan tenghari .

Dalam web ini Nasi putih campuran sayur,Ikan panggang,2 biji pisang, air

kosong.Oleh itu , tabiat makanan ini amat tidak selari dengan makanan yang saya makan

setiap hari.Makan yang dicadangkan dalam laman web ini amat mudah didapati dimana-mana

juga tetapi tabiat saya tidak dapat ditukarkan kerana proffesion sebagai guru untuk

mendapatkan makan sedemikan amat kurang .

Berdasarkan laman web makanan tersebut saya perlu menukarkan semua menu saya

seperti yang dicadangkan dalam laman web tersebut .Apabila saya meneliti ataupun

membandingkan menu saya dan menu makanan yang dicadangkan pada waktu pagi ataupun

sarapan makanan saya amat tidak sihat untuk dimakan ini kerana saya makan makanan yang

mengandungi minyak dan lemak yang banyak.

Ini menunjukkan berat badan saya amat meningkat dan kandungan kolestrol dalam

darah turut boleh meningkat. Oleh itu , saya berharap menu makanan saya bagi sarapan perlu

diubahkan mengikut laman web ini .

Bagi makanan tengahari, menu saya mengandungi karbohidrate yang tinggi iaitu nasi

dan lauk .Mengikut laman web saya sepatutnya perlu makan sup ataupun sayur-sayuran dan
buah dengan nasi kurang daripada semangguk .Saya perlu menukarkan tabiat makanan bagi

makanan tengahari ini kerana makanan yang saya makan hanya mengandungi karabohidrate

sahaja.Oleh itu, saya menukarkan menu saya dengan menambah sayur-sayuran dan buah

untuk menjadikan makanan yang seimbang dan sihat.

Bagi makanan malam saya biasa makan nasi ataupun goreng –goreng . Mengikut

laman web ini saya perlu menukarkan menu saya kerana makanan saya mengandungi lemak

yang tinggi . Ini boleh memudaratkan kesihatan saya yang meningkatkat kadungan kolestrol

saya . Oleh itu , saya berharap menukarkan menu harian saya iaitu makanan malam perlu

ditukarkan mengikut laman web ini.

Bagi makanan ringan saya suka makan makanan yang mengandungi gula seperti

keropok , gula-gula, coklate dan sebagainya.Dalam laman web ini ianya amat menggalakan

makanan seperti kacang, buah dan sebagainya.Saya perlu menukarkan tabiat makanan ini

untuk melindungi badan saya daripada sebarang penyakit yang boleh disebabkan kerana

makanan ringan ini.

(b)

Pada masa Covid saya telah melakukkan beberapa senaman sebagai aktiviti fizikal

anataranya adalah:

Senaman Squats Senaman Kardio Zumba

Senaman ini tidak sukar, tetapi saya


telah melakukan dengan teknik yang Senaman kardio merupakan senaman Senaman berunsurkan tarian rancak ini
betul bagi mengelakkan kesakitan di yang menguji dan memperbaiki mampu membuatkan tubuh
bahagian lutut atau belakang stamina apabila sesuatu perbuatan mengeluarkan peluh.
pinggang.Ia senaman kardio yang diulang banyak kali hingga Antara kebaikan berpeluh ialah
berkesan untuk memperbaiki stamina membuatkan jantung berdegup lebih menyingkirkan pelbagai racun daripada
dan meningkatkan metabolism. laju daripada biasa. tubuh melalui pori-pori yang sangat
dapat meningkatkan metabolisme dan aktiviti ini bersama isteri dan adaik
tubuh yang berbentuk. menangani masalah diabetis. Saya beradik.Saya berasa malu pada
Antara kelebihan senaman ini ialah telah melakukan senaman ini dirumah awalnya tetapi saya dapat melakukan
menghilangkan selulit, mengecilkan ketiak PKP. Aktiviti ini amat bersesuai aktiviti Zumba ini bersama keluarga
paha dan punggung, menegangkan kepada semua lapisan saya .Saya melakukan tarian Zumba
kulit, membakar lemak serta masyarakat .Saya melakukan senaman selama 30 minit sudah membuatkan
kalori.Saya melakukan senaman ini 15 ini treadmill di rumah. saya berpeluh .Senaman ini lebih
kali dan ulangi dua set setiap hari, anda meriah dilakukan beramai-ramai.
akanKebanyakan senaman
merasai perubahan pada yang saya lakukan ini bergantung pada masa dan keadaan didalam
kesihatan tubuh.
rumah kerana PKP .Semua ahli keluarga berada di dalam rumah kebanyakan masa.Oleh itu ,

saya melakukan aktiviti ini bersungguh walaupun keadaan dan masa tidak diizinkan seperti

yang harapkan.Oleh itu , ianya adalah antara cabaran yang dihadapi semasa melakukan

aktivti fizikal semasa PKP.

Selain itu , saya juga menghadapi kesukaran dan keselesaan melakukan aktiviti seperti

squat ,zumba dan sebagainya.Pada masa tersebut saya tidak dapat menyempurnakan beberapa

aktiviti yang sepatututya perlu mengambil masa yang agak lama. Dalam masa tersebut saya

mungkin tidak menyempurnakan aktiviti yang dinyatakan .

Disamping itu , saya juga menghadapi cabaran seperti tidak sokongan moral daripada ahli

keluarga.Ini adalah suatu cabaran suka dilalui .Semasa PKP kebanyakan masa ahli keluarga

menghabiskan masa di dalam rumah.Oleh itu mereka sepatutnya memberi sokongan padu dan

moral untuk menjayakan keinginan saya .

1. Ini boleh membuat anda merasa lebih bahagia


Latihan fizikal yang telah lakukan terbukti berkesan untuk meningkatkan mood dan
mengurangkan perasaan tertekan, kegelisahan dan tekanan . Ini kerana senaman
menghasilkan perubahan pada bahagian otak yang mengatur tekanan dan kegelisahan.
Mereka juga dapat meningkatkan kepekaan otak terhadap hormon yang meredakan perasaan
stress.
2. Dapat membantu mengurangkan berat badan

Aktiviti fizikal yang saya lakukan dapat menurunkan berat badan dan kegemukan.Sebelum
aktivit fizikal ini saya mepunyai berat badan sebanyak 85kg sekarang melaui aktivit fizika
saya dapat kurangkan kepada 79kg. Seseorang perlu memahami kesan latihan pada
penurunan berat badan, penting untuk memahami hubungan antara latihan dan perbelanjaan
tenaga. Tubuh anda menggunakan tenaga dengan tiga cara: mencerna makanan, bersenam
dan mengekalkan fungsi tubuh, seperti degupan jantung dan pernafasan.Sekiranya saya
mengamalkan diet terhad kalori, pengambilan makanan yang rendah akan menurunkan kadar
metabolisme anda, yang cenderung melambatkan penurunan berat badan secara keseluruhan.
Sebaliknya, senaman yang kerap, meningkatkan kadar metabolisme, membantu badan anda
membakar lebih banyak kalori dan menurunkan berat badan .

3.Meningkatkan jangka hayat dan mengelakkan kecederaan

Mereka yang selalu bersenam dan kerap melakukan aktiviti fizikal mempunyai kekuatan otot,

ketumpatan tulang, fleksibiliti dan stabiliti yang lebih baik.Malah, aktiviti fizikal juga dapat

mengurangkan risiko kecederaan, lebih-lebih lagi apabila kita sudah menginjak ke usia tua.

Sebagai contoh, mereka yang mempunyai otot dan tulang yang lebih kuat kurang berisiko

untuk tercedera atau mengalami kerosakan tulang jika jatuh atau kemalangan.

Emosi yang sihat

Emosi adalah sesuatu yang kompleks dan sukar difahami terutamanya bila ia melibatkan
golongan wanita. Ia adalah aspek yang sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian
dengan emosi yang stabil. Jika keadaan fizikal boleh dilihat dari luar oleh orang lain, keadaan
kesihatan emosi tidak semudah itu dilihat dan dikesan sedangkan kesannya tidak kurang
besar jika tidak diuruskan dengan baik.Emosi yang sihat menjadikan hari anda lebih tenang
dan produtif.
Bagi memastikan emosi yang stabil kita seharusnya memikirkan perkara-perkara yang positif
untuk menstabilkan keadaan persekitaran .Berikut adalah beberapa perkara yang kita kena
amalkan apabila saya tidak selesa dengannya.
Saya akan bergaul dengan kawan-kawan yang memahami keadaan saya.Hidup dalam
masyarakat adalah satu keperluan bagi manusia. Sedangkan haiwan pun memerlukan hidup
berkumpulan, apatah lagi manusia. Kawan-kawan yang memahami saya adalah hadiah tidak
ternilai, meskipun hanya seorang atau dua.Mereka dapat meluangkan masa untuk mendengar
dan menasihati baik dan buruknya bagi menyelesaikan sesuatu masalah dapa apa jua
keadaan.
Saya juga menambah ilmu pengetahuan
Antara punca seseorang risau dan takut sehingga menyebabkan emosinya terganggu adalah
kerana kejahilannya ketakutan terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, orang yang mahu
pergi ke Kuala Lumpur buat kali pertama pasti risau kerana tidak tahu jalan. Jika dia
mengkaji dahulu ataupun mempunyai pengetahuan sebelum bergerak, tentu kebimbangan
tersebut dapat dikurangkan.Banyakkan membaca dan belajar dari orang yang berpengalaman
dapat mewujudkan emosi yang ketara.
Bergerak dari sesuatu tempat ke tempat lain
Banyakkan bergerak dan bersenam memberi emosi yang stabil dan sihat. Senaman berkala
membantu meningkatkan mod dan kesihatan emosi anda. Hormon endorphin dilepaskan oleh
badan ketika bersenam. Hormon ini boleh membantu memberikan mod yang positif.
Amalkan diet yang sihat
Makanan yang sihat bukan sahaja memberikan tubuh yang sihat tetapi ia turut menyihatkan
emosi anda. Coklat, secara khususnya, merangsang pelepasan hormon serotonin yang akan
membuatkan mod anda menjadi semakin baik.

Tidur yang cukup


Tiada tip yang lebih baik untuk emosi yang sihat melainkan tidur. Ia seolah-olah sudah
diprogramkan oleh badan anda untuk tidur apabila menghadapi tekanan. Dapatkan tidur yang
cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari bagi mengekalkan emosi yang stabil dan sihat.

Antara teknik atau strategi yang saya telah melakukan adalah menggembara bersama

kawan-kawan di kawasan pedalaman dan pergunungan .Tempat sebegini dapat memberi

impak yang besar kepada emosi yang stabil dan sihat.Aktiviti ini lebih memainkan peranan

yang penting untuk saya yang berkerja sebagai guru sekolah.Saya mengalami tekanan emosi

yang tinggi apabila mengendalikan beberapa perkara yang tidak diingini di sekolah.Oleh itu ,

penggembaran sebegini memberi laluan yang secukupnya untul mendapat udaya yang
nyaman bagi meningkatkat emosi yang sihat. Selain itu , perkongsian masa bersama kawan-

kawan amat dihargai dan sukar dapat dijadualkan seperti yang diharapkan. Luangan masa

bersama kawan –kawan memberi impak yang positif untuk menjana emosi yang sihat .

Disamping itu, permainan luar seperti bola sepak dan badminton juga menjadi

rancangan saya untuk menjadikan emosi saya sihat walafiat. Permainan sebegini menjadikan

saya menumpukkan permainan untuk menang dan ianya boleh dicapai jikalau emosi saya

sihat.Saya amalkan permainan ini pada setiap hari rabu dan jumaat untuk melibatkan diri

dalam permainan seperti bola sepak dan badminton .Permainan dapat mengurangkan stress

dan meningkat emosi yang sihat .

Tugasan 2
 Terangkan TIGA perubahan amalan kesihatan yang positif yang anda telah buat atau
berhasrat untuk melakukannya.

Mengamalkan diet pemakanan yang betul


Amalan kesihatan utama yang telah lakukan adalah tabiat pemakan yang sihat .Langkah yang
paling perdana dalam usaha untuk mengamalkan cara hidup sihat ialah melalui pengamalan
diet pemakanan yang berkhasiat. Dalam konteks ini, pengamalan diet pemakanan yang sihat
bolehlah berpandukan piramid pemakanan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO).
Berdasarkan piramid ini, tubuh kita memerlukan nutrien daripada makanan agar
organ-organ badan dapat berfungsi dengan optimum, iaitu karbohidrat, protein, lemak,
vitamin, mineral, dan lain-lain. Sebaiknya kita mengikuti piramid makanan untuk
pengambilan makanan agar lebih sihat, kerana ia telah menetapkan jumlah hidangan yang
optimum untuk dimakan setiap satu hari dari setiap kumpulan makanan asas.
Panduan piramid makanan merangkumi semua nutrien yang diperlukan tubuh dalam
kadar yang betul. Makanan ringan, makanan yang diproses, dan makanan segera juga harus
dielakkan, kerana kesemuanya mengandungi kalori yang tinggi dari gula, garam, dan lemak,
dan sedikit karbohidrat, protein, dan nutrien penting lain.
Pengambilan terlalu banyak makanan tidak sihat ini akan berkait dengan masalah kesihatan
yang serius seperti risiko kegemukan, masalah pencernaan, penyakit jantung dan strok,
diabetes, dan barah.
Dengan ini, jelaslah bahawa saya mengambila pemakanan yang berkhasiat amat berkesan dan
merupakan eleman yang paling penting untuk mengekalkan gaya hidup sihat untuk saya .

Perubahan ini penting bagi saya kerana gaya hidup sihat perlu diamalkan untuk
melanjutkan jangka hayat saya untuk berkhidmat sebagai guru yang sihat. Selain itu saya
berasa perubahan ini dapat mengelakkan saya terlibat dalam sebarang aktiviti yang tidak
moral seperti dadah, hubungan sulit dan sebagainya.Lebih-lebih lagi perubahan ini
mencerminkan diri saya kepada anak – anak disekolah dan di rumah sekali sebagain
pendorong untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini . Motivasi yang saya cerminkan ini dapat
meningkatkan semangat kekeluargaan dalam sesebuah keluarga .

Selain itu , perubahan ini juga memastikan kesihatan saya dapat dijamin sebagai sihat dan
sejahtera.Amalan kesihatan yang saya amalkan ini amamt membantu untuk memastikan
kesihatan saya sihat .Amalan ini juga mendorong saya untuk melakukan aktiviti seperti
senaman , makanan seimbang dan sebagainya. Ini juga boleh mendorong seseorang mengikut
jejak saya bagi memastikan amalan kesihatan yang sihat.
 Adakah perubahan yang anda buat ini lain daripada kebiasaanya yang pernah
dipelajari dalam kursus ini. Jelaskan.
Perubahan yang saya buat ini kebiasaan yang pernah dipelajari dalam kursus ini .Amalan
kesihatan adalah suatu yang perlu diamalkan setiap insan sacara umumnya. Amalan kesihatan
ini amat penting bagi menjalankan kehidupan yang sihat dan sejahtera.Kebanyakan orang
masih lagi menunggu untuk mendapatkan panduan atau mulakan amalan kesihatan ini .

Amalan keishatan ini perlu dipupuk sejak awal kanak-kanak iaitu kanak-kanak perlu
mengetahui kesan dan impak jikalau tidak mengamalkan amalan kesihatan ini.
Aktiviti seperti senaman ,tabiat makanan , pergaulan bersama kanak-kanak menujukkan
amalan kesihatan yang perlu dipupuk dalam minda kanak-kanak melalui pengajaran dan
pembelajaran . Keadaan ini lebih menguntungkan kepada mereka untuk menjadikan panduan
pada masa hadapan .

Selain itu , perubahan yang saya buat ini dapat mengurangkan risiko sebarang penyakit yang
kronik.Kebanyakan penyakit berlaku kerana amalan kesihatan yang tidak baik dari makanan ,
kecergasan minda dan fizikal .Perubahan ini memberi impak yang jangka masa yang panjang
untuk mengamalkan amalan kesihatan ini . Pastikan anda menjalani pemeriksaan kesihatan
berkala setiap tahun. Percayalah, mencegah lebih baik daripada merawat.

Gaya hidup tidak sihat juga boleh menjadi penyebab banyak penyakit kronik dan
meningkatkan risiko menghidap beberapa penyakit jika tidak melakukan senaman secara
berkala.Penyakit utama dalam masyarakat adalah obesiti iaitu berat badan yang tidak ketara.
Masalah obesiti berlaku apabila seseorang mengambil banyak kalori namun tidak banyak
yang dibakar melalui pergerakan dan aktiviti fizikal.Keseimbangan antara kalori yang
diambil dan digunakan berbeza bagi setiap individu.
Faktor yang berkemungkinan mempengaruhi berat badan individu termasuk genetik,
pengambilan makanan tinggi kalori dan gaya hidup tidak aktif.Obesiti meningkatkan risiko
menghidap kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya.

Selain itu , tekanan diri amat membimbangkan jikalau tidak mengamalkan gaya hidup sihat .
Tekanan diri lebih dikenali sebagai stress dalam kalangan masyarakat yang bertungkus lumus
menjalankan profession masing-masing tetapi tidak menghiraukan amalan kesihatan yang
baik. Ini meneyebabkan kebanyakan masyarakat mengalami tekanan diri dari segi mental dan
emosi .Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan kehidupan harian yang sihat.
Lebih-lebih lagi mereka turut menghidap penyakit yang berlainan .

Kesimpulannya, gaya hidup sihat bermula dengan diri kita sendiri dan hanya kita yang
mampu menangani stress dengan jayanya kerana sahabat yang baik adalah diri kita sendiri.
Mengamalkan gaya hidup sihat adalah penting bagi mengelakkan diri mendapat kecacatan
atau kematian akibat penyakit kronik.
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan tetapi ia seharusnya bermula dengan kesedaran.
Pemakanan sihat berasaskan makanan yang seimbang juga memainkan peranan yang sangat
penting. Antara cara mudah untuk lakukannya adalah dengan diet suku suku separuh.
Sentiasa berusaha menambah-baik kesihatan dengan berterusan mengamalkan pilihan-pilihan
harian yang lebih baik.

Rujukan
1. https://eh.my/artikel/gaya-hidup/ini-dia-cara-untuk-dapatkan-pemakanan-

seimbang-setiap-hari/

2. https://hellodoktor.com/kecergasan/kebaikan-bersenam-untuk-badan/

3. https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/5-tip-merangsang-

kesihatan-emosi/

4. https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/mengamalkan-gaya-hidup-sihat/\

Anda mungkin juga menyukai