Anda di halaman 1dari 12

NAMA PELAJAR

HONG JING EN

NO. MATRIK PELAJAR

22231044

PROGRAM PENGAJIAN

ASAS LAKON

TAHUN PENGAJIAN

2022

TAJUK TUGASAN

KAJIAN WATAK DAN SKRIP BERKUMPULAN

“IT’S ALL ABOUT MONEY” KARYA MASAZ

TARIKH SERAHAN : 04 / 12 / 2022


“It’s All About Money” karya MASAZ

SINOPSIS

Cerita ini bermula dengan gang Money yang terdiri daripada Zack, Sally dan Am.

Mereka adalah kawan baik yang mempunyai hobi yang sama iaitu membeli-belah di

pasaraya yang mahal. Mereka mengamalkan sikap boros dalam berbelanja. Pada masa

yang sama, mereka adalah pelajar biasa yang meminjam PTPTN.

Pada suatu hari, mereka merancang untuk membeli-belah di beberapa pasaraya yang

ada di Kuala Lumpur. Apabila memeriksa baki akaun bank masing-masing, ketiga-tiga

mereka tidak mempunyai duit. Malahan duit PTPTN juga belum dikreditkan ke akaun

mereka lagi. Sementara mereka berasa hampa, sekeping kertas mengandungi iklan

peminjaman wang muncul di depannya. Syarikat Z yang membekalkan pinjaman

haram.Mereka terus meminjam wang di syarikat tersebut tanpa berfikir atau membaca

syarat-syarat yang dikenakan atas kertas kontrak yang dibagi oleh Izzi.

Mereka seterusnya membeli-belah seboros-borosnya dan dalam masa sebulan mereka

menghabiskan RM357 000 yang dipinjam dari ZN, iaitu Tauke Syarikat Z.

Hari demi hari mereka semakin leka dan lupa mengenai bayaran yang perlu dibayar

sehingga hutangnya telah digandakan dengan alasan lewat bayar sebanyak RM750

000. Izzi dan ZN datang dan mengugut mereka. Atas ketakutan, mereka ingin melarikan

diri tetapi tindakan mereka telah diketahu oleh Syarikat Z.Berlaku pergelutan antara

mereka. Izzi memberi bantuan kepada mereka kerana teringat masa dulu dia juga

seorang yang melanjutkan pendidikan melalui bantuan PTPTN.

2|Page
Akhirnya, mereka menyesal dan bertanggungjawab untuk membayar hutang mereka

kepada ZN secara ansuran. ZN menerima kata-kata anak buahnya dan menunjukkan

sikap toleransi terhadap beberapa remaja yang ingin mengubahkan sikap.Mereka

bertiga berjanji agar mengubah sikap mereka supaya perkara ini tidak berlaku lagi.

3|Page
ANALYSIS ARISTOTLE 5W1H

WHO

Naskah ditulis oleh MASAZ dibawah Universiti Teknologi Malaysia.

Watak-watak utama terdiri daripada 3 orang pelajar kolej penerima PTPTN, AM,Sally

dan Zack yang mengahabiskan duitnya untuk membeli-belah.

Watak-watak sampingan terdiri daripada ZN dan Izzi yang membekalkan pinjaman

wang yang haram kepada watak utama.

WHEN

Latar Zaman Moden.

Naskah ditulis pada tahun 2014. Kemudianya di muat naik pada 13 Februari 2015.

Mengikut skrip, penulis menekankan penggunaan duit pinjaman PTPTN. Jadi dari ayat

tersebut, peredaran zaman yang boleh dikaitkan ialah pada tahun 1997 - sehingga kini.

Bulan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Julai 2015 dan bulan Ogos 2015. (Babak 1)

Ditekankan oleh penulis pada awal babak, watak-watak di dalam cerita "It's all about

money" tersebut baru sahaja selesai kelas mereka. Mungkin boleh dikatakan waktu

sebelah petang. Memberikan gambaran mereka sebagai pelajar serta penekanan

menggunakan "duit PTPTN" yang dihabiskan pada waktu "Merdeka Raya Sale".

Hari Sabtu (Babak 2 & 3)

4|Page
Pada hari Sabtu, sekumpulan pelajar tersebut bercadang untuk berjumpa di pusat

membeli belah dan pada hari yang sama juga mereka terjumpa sekeping kertas

mengenai Syarikat Pinjaman Wang. Lalu mereka bergegas ke Syarikat tersebut dan

meminjam wang daripada Ah-long.

Sebulan sudah berlalu, kira jam 10 malam. (Babak 8)

Ketika pelajar - pelajar tersebut berada di rumah sewa mereka, 2 orang pengutip

hutang datang menyerbu dan bertindak agresif. Mereka memperingati semula

mengenai wang hutang yang dipinjam dan sebulan sudah berlalu.

Mereka cuba melarikan diri namun berhasil dikejar oleh pengutip hutang.

Setelah sekian lama kejadian tersebut berlalu (Babak 13)

Watak utama terjumpa sekeping kertas iklan pinjaman wang dan membuat keputusan

untuk membuangnya serta belajar dari kesilapannya yang lalu.

WHERE

Di kawasan bandar pesat (Babak 1)

Am,Sally dan Zack merupakan pelajar kolej yang berada di Kuala Lumpur. Dengan ini

mereka suka membeli-belah di shopping mall yang ada di pusat Bandar.

“AM : hmmm...cadangnya nak pergi Pakson,Pavilion,Suria KLCC,Dataran

Pahlawan,Zalora.com.my... ”

Di Cowboy Town (Babak 1 dan 2)

5|Page
Am,Sally dan Zack memeriksa baki duit yang ada dalam Atm masing-masing.

“AM : Tentang duit jangan risau..jom kita pergi Cowboy town..check duit. ”

Meraka terjumpa sehelai kertas iklan Syarikat Pinjaman Wang Z. (Babak 2)

“-Datang sehelai kertas ke arah mereka,mereka bertiga pelik-

ZACK : Aikkk..aku mintak duit..dapat kertas?

-SALLY mengambil kertas tersebut,mereka pegang kertas dan berkongsi membaaca-

ZACK : Apa tu.Syarikat Pinjaman Wang Z ”

Di Taman perumahan lama (Babak 3)

Pejabat Syarikat PInjaman Wang.

WHAT

Situasi yang cuba disampaikan oleh penulis ialah cabaran orang muda dalam

pergaulan sosial serta pengaruh wang nilai kepada mereka.

WHICH

Watak-watak utama didalam penceritaan ini merupakan pelajar mahasiswa IPTA/IPTS

namun watak sampingan pula mempunyai pekerjaan sebagai pemberi dan pengutip

hutang.

Watak - watak yang dinyatakan didalam penceritaan ini ialah pelajar. Kerana sifat

mereka yang tamak dalam menghabiskan duit tanpa rasa sedikit sifat

bertanggungjawab, cara mereka dibesarkan juga menjadi faktor dalam gaya kehidupan

6|Page
mereka yang boros jadi boleh dikategorikan sebagai darjat tengah atau tinggi dalam

hidupan masyarakat.

Pergaulan bebas antara mereka yang menjadikan mereka rapat dan bersetuju untuk

melakukan sesuatu yang bahaya menunjukkan sikap mereka yang boros. Hal ini

mempengaruhi setiap aspek pemikiran mereka dan perbuatan sehingga lah tidak sedar

akan bahaya yang perlu mereka hadapi.

HOW

Sudut gambaran keseluruhan cerita dapat dilihat tentang bagaimana masyarakat

terutama golongan muda yang masih lagi cuba belajar untuk memperbaiki

persahabatan dan gaya hidup masing-masing. Namun akibat tersalah pilih kelompok

pergaulan juga menjadi kunci utama dalam menjatuhkan diri sendiri serta penekanan

yang cuba disampaikan ialah Bak Kata Pepatah, beringat sebelum kena. Penyesalan

yang dialami selepas perbuatan yang tidak bermoral amatlah dikesali oleh watak-watak

utama dan mesej yang cuba disampaikan dari skrip drama pentas ini ialah, sentiasa

meletakkan diri anda pada situasi yang akan datang sebelum membuat keputusan

terburu-buru. Jaga pergaulan dan jaga setiap kelakuan kita, kerana ini akan menjamin

masa depan yang bermutu.

Dalam masyarakat yang berbagai, kita mungkin tidak mempunyai pilihan dalam setiap

harian untuk mencari kehidupan. Namun bagainmanapun, kita boleh mengekalkan nilai

murni yang ada dalam diri kita supaya tidak mengecewakan orang yang saying akan

kita,terutamanya ibu bapa.

7|Page
TEMA

Keinsafan selepas melakukan sesuatu yang salah dan sanggup memikul

tanggungjawab sendiri dalam membaiki sikap agar menjadi insan yang baik.

Sikap moral tinggi bukan sahaja ada dalam orang yang dikatakan mempunyai

pekerjaan yang mulia tetapi dalam semua manusia.

Lari diri daripada masalah tidak akan menyebabkan masalah itu diselesai sebaliknya

menghadapi masalah dengan berani.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak saya ialah ZN, iaitu Tauke atau Boss kepada Syarikat Pinjaman Wang Z. ZN

merupakan anak Dato yang sangat berkaya. ZN membekalkan pinjaman wang Ah-Long

kerana suka akan kaedah memcari duit yang senang dan cerpat.Dengan memberi

pinjaman yang sedikit, hutang yang dikutip adalah gandaan kali tiga. Dengan cara ini,

duit yang dapat daripada bapa Dato diganda tanpa berusaha, sangat berbaloi dan

menurut perkataannya, duit tidak akan dikatakan cukup. Lebih banyak lebih baik, lebih

manfaat untuk meneruskan perusahaan Syarikat Z.

ZN hanya memberi pinjaman wang kepada orang yang memahami semua syarat-syarat

dalam kontrak pinjaman dan proses tanpa paksa, sesiapa yang sanggup memikul

akibat pinjaman wang sahaja akan dikenakan pengutipan hutang sekirannya hutang

tidak dibayar.

Selepas tandatangan, kontrak diaktifkan.ZN akan melakukan apa-apa sahaja dalam

pegutipan hutang supaya semua hutang dibayar.

8|Page
KRISIS DAN KONFLIK

Konflik pertama berlaku apabila ZN terlihat AM,SALLY dan ZACK dating ke pejabat

Syarikat Z untuk pinjam wang. Melalui pakaian dan rupa fizikal, ketiga-tiga orang itu

kelihatan muda dan kemungkinan masih berlajar di kolej. Untuk mengelakkan masalah

mengutip hutang, ZN mengeluarkan kertas kontrak dan ingin mejelaskan syarat-syarat

yang ditulis hitam putih kepada tiga orang itu. Sebelum mengenalkan semua syarat,

tiga pemuda itu telah meletakkan tandatangan dan rampas cek itu daripada IZZI.Dalam

perasaan marah terhadap perbuatan tiga orang yang biadap itu, ZN megenal pasti

umur mereka telah melebihi 18 tahun sebelum melepaskan mereka.

Seterusnya, konflik berlaku apabila anak buahnya, IZZI meminta untuk menangguh

masa membayar hutang bagi 3 orang itu kerana mereka hanya merupakan pelajar yang

meminjam PTPTN. Pemikiran mereka masih belum matang dan telah berjanji untuk

memikulkan tanggungjawab sendiri untuk membayar hutang.

Hasrat utama ZN adalah mengutip hutang daripada sesiapa yang telah memahami

syarat semasa berhutang. ZN sanggup melakukan apa-apa kegiatan untuk

mendapatkan duit balik.Selepas mendengar kata-kata IZZI, ZN telah menerima

permintaan IZZI kerana terlihat IZZI yang baik hati ini sanggup memberi bantuan

kepada orang lain walaupun diri sendiri akan disalahkan nanti. Akhirnya, ZN memberi

peluang kepada AM,SALLY dan ZACK atas sikap toleransi kepada mereka.

9|Page
LATAR BELAKANG

ZN merupakan anak Doto yang amat berkaya.ZN dihantar ke luar Negara sejak kecil

supaya berdikari dan tidak menjadi anak yang manja. Walaupun mempunyai duit yang

banyak, ZN tidak menggunakan duit itu untuk membeli barang yang berjenama yang

boleh dipakai dan digunakan. Sebaliknya, dia suka menggunakan duit yang ada untuk

mendapat duit secara berganda. Oleh itu, Syarikat Z ditubuh untuk membekalkan

pinjaman wang kepada orang yang memerlukan wang dalam masa yang singkat. Bagi

ZN, ini bukan pinjaman yang haram tetapi sesuatu cara bijak untuk memanfaatkan

semua. Semua pehutang telah jelas bahawa syarat yang tulis dan bersetuju tanpa

paksa. Dengan ini, ZN mempunyai kuasa untuk melaksanakan tugas sebagai pengutip

hutang.

HUBUNGAN DENGAN WATAK LAIN

ZN merupakan boss kepada IZZI dalam Syarikat Z, IZZI juga merupakan kawan baik

kepada ZN semasa kedua-dua belajar di luar Negara.

AM,SALLY dan ZACK merupakan orang berhutang kepada ZN.

GAYA BAHASA

HYBRID- Penggabungan Kata

ZN:okey boleh saya tahu,berapa korang ingin pinjam? (babak 3)

SINKOPE- Singkatan Perkataan

ZN : Ok..tapi ingat,kamu semua harus bayar sebelum. (babak 3)

INVERSI- Pembalikan susunan perkataan dalam ayat.

10 | P a g e
ZN : Biarklan mereka...esok lusa mereka akan tahu apa nasib mereka nanti. (babak 3)

MUZIK

Lagu Opera Cina (Babak 3)

IZZI : Saya tahu..Mari masuk,jumpa saya punya bos.

-Mereka bertiga masuk,Jack berbisik ke SALLY-

AM : Ehh..macam tahu pulak hajat kita (senyum gembira)

SALLY :Diam la..doa banyak-banyak.Mana tahu lulus nanti. {latar lagu opera cina}

-mereka duduk dihadapan meja menunggu ketibaan ZN-

-ZN keluar dari bilik sambil bawa fail diiringi IZZI-

Suara menghentak pisau daging ke atas meja. (Babak 3)

-IZZI hentak pisau di atas pisau ke atas meja- -ZN merenung-

ZN : Kau marah aku apa hal?

UNSUR KEKAGUMAN

ZN merupakan bos untuk Syarikat Z,sangat berkaya tetapi memakai pakaian yang

biasa.

ZN bertubuh kecil merupakan ketua kepada IZZI yang bertubuh besar dan muka

garang. (babak 3)

-ZN duduk,IZZI berada di sisi sambil pegang pisau pemotong daging-

11 | P a g e
Izzi menghentak pisau daging ke atas meja. (babak 3)

-IZZI hentak pisau di atas pisau ke atas meja- -ZN merenung-

ZN : Kau marah aku apa hal?

12 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai