Anda di halaman 1dari 36

MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Modul Silibus
1 Nama Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia
2 Kod Modul MPU 3123
3 Status Wajib
4 Nama Staf Akademik S Kohilam A/P Subramaniam
5 Nilai Kredit 3
6 Hasil Pembelajaran Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
 menghuraikan peranan nilai ketamadunan dalam pembentukan sistem nilai
masyarakat Malaysia.
 mempamerkan kebolehan komunikasi sosial dalam kepelbagaian landskap
budaya.
 membahaskan elemen ketamadunan dengan isu kemasyarakatan semasa.
7 Sinopsis Kursus ini membincangkan tentang ilmu ketamadunan yang meliputi pengenalan
ilmu ketamadunan, perkembangan dan interaksi ketamadunan dalam Tamadun
Islam, Melayu, Cina, India, serta isu ketamadunan kontemporari dalam Tamadun
Islam dan Tamadun Asia. Kursus ini bertujuan memberi kefahaman mengenai
setiap elemen tersebut dan implikasinya terhadap proses pembangunan negara.
Selain itu, perbincangan dan perbahasan dalam kursus ini turut berperanan dalam
usaha melahirkan pelajar yang mengetahui warisan sejarah negara, memupuk
nilai murni, mempunyai jati diri kebangsaan dan menghargai kepelbagaian.
8 Kaedah Penilaian Peperiksaan Akhir 30%
dan Jenis
Kerja Kursus 70 %
Kuiz 10 %
Projek kumpulan 60 %
9 Topik

Bab 1 - Pengenalan Ilmu Ketamadunan


 Pengenalan
 Definisi ilmu ketamadunan
 Konsep tamadun
 Hubungan ilmu ketamadunan dan sejarah tamadun
 Hubungan antara tamadun, agama, bangsa dan budaya
 Pemikiran Ibnu Khaldun
Kandungan Modul  Kitaran ketamadunan
Mengikut Topik
 Interaksi antara tamadun
 Penutup
Bab 2 - Tamadun Islam
 Pengenalan
 Konsep tamadun Islam
 Pandangan semesta tamadun Islam
 Jihad tamadun Islam
 Kelahiran, perkembangan dan kemerosotan
 Iktibar daripada kemerosotan tamadun Islam
 Interaksi tamadun Islam
 Pencapaian dan sumbangan tamadun Islam
 Isu-isu semasa tamadun Islam
 Penutup
Bab 3 - Tamadun Melayu
 Pengenalan
 Konsep tamadun Melayu
 Asas-asas tamadun Melayu
 Pandangan semesta tamadun Melayu
 Pencapaian dan sumbangan
 Sains dan teknologi
 Kesenian
 Persuratan dan kesusasteraan
 Perubatan
 Kesinambungan tamadun Melayu dalam pembinaan tamadun Malaysia
 Penutup
Bab 4 - Tamadun India
 Pengenalan
 Konsep tamadun India
 Asas-asas tamadun India

Sunway College Johor Bahru 1


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

 Pandangan semesta tamadun India


 Pencapaian dan sumbangan
 Sains dan teknologi
 Kesenian
 Persuratan dan kesusasteraan
 Perubatan
 Interaksi ketamadunan dalam tamadun India
 Relevansi tamadun India di Malaysia
 Penutup
Bab 5 - Tamadun Cina
 Pengenalan
 Konsep tamadun Cina
 Asas-asas tamadun Cina
 Pandangan semesta tamadun Cina
 Pencapaian dan sumbangan
 Sains dan teknologi
 Kesenian
 Persuratan dan kesusasteraan
 Perubatan
 Interaksi ketamadunan dalam tamadun Cina
 Relevansi tamadun Cina di Malaysia
 Penutup
Bab 6 - Isu-isu semasa dan cabaran masa depan
 Pengenalan
 Dunia berbilang tamadun
 Hegemoni barat
 Zionisme
 Globalisasi
 Penghakisan jati diri
 Hegemoni politik
 Hegemoni ekonomi
 Hegemoni sosial
 Teori pertembungan tamadun
 Dialog antara tamadun
 Isu-isu ketamadunan semasa
 Terrorisme dan salah faham tentang jihad
 Alam sekitar
 Gajet dan media sosial
 Kekeluargaan
 Feminisme
 Penutup
10 Rujukan Utama  Razimi Husin, Shahaidil Ab Rahman (2018) Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS) Edisi Kedua. Oxford Fajar, Shah Alam.
Rujukan Tambahan  Hamid,Mohd Liki and Rofie, Mohamad Khadafi and Abu Yazid, Afifah and Md
Zain, Azman and Mohd Yassin, Khairiah and Ahmad, Kamarudin and
Hayiwaesorhoh, Makueta and Dahaman @ Dahlan, Mohd Akram and Abdul
Rahman, Mohd Nizho and Ahmad, Muhammad and Mahmad, Muhamad
Amar and Mohamad Cusairi, Rafidah dan Ahmad, Shukri and Abdul Hamid,
Solahuddin and Abdullah, Syahrul Faizaz (2018) Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). UUM Press, Sintok.
 Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mat Aros. (2015). Buku Teks
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Ketiga. Shah Alam: Oxford
Fajar.

Sunway College Johor Bahru 2


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

BAB 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pengenalan
Seseorang perlu memahami dan mengenal pasti apakah kriteria dan asas rujukan sesuatu tamadun berdasarkan teori-teori
ketamadunan. Pada masa sama, ia juga mampu mengenal pasti dan dengan pengetahuan berupaya menggunakan acuan dan
sistem nilai sendiri dalam menilai apa jua bentuk budaya dan peradaban yang datang dari luar.

Definisi ilmu ketamadunan


Suatu bidang yang sangat hidup, anjal, luas dan bersifat taut-menaut antara disiplin dengan kepelbagaiannya.
Kajian mengenai dinamika masyarakat dan proses perkembangannya.
Objektif:
 Menyediakan pelajar dengan pemahaman yang mendalam terhadap sejarah, nilai-nilai dan aspek-aspek
penting yang lain.
 Memastikan perpaduan di Malaysia kekal terpelihara dengan masyarakat berbilang kaum.
 Menyumbang kepada kesan positif terhadap pembangunan ekonomi, politik dan sosial.

Konsep tamadun
1. Pengertian tamadun dari sudut bahasa:

MAKSUD
TAMADUN Bahasa Arab

Umran
Bahasa Melayu
Hadharah
Bahasa Inggeris Tamaddun
Tamadun
Madinah
Peradaban civilization Madaniyyah

Bahasa Melayu
 Tamadun: kebudayaan, kemajuan atau peradaban.
 Peradaban:
Adab - tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan).
Beradab – maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), iaitu bertamadun.

Bahasa Inggeris
 Civilization:
Civitas – bandar.

Bahasa Arab
 Umran: membangun dan memakmurkan bandar.
 Hadharah: sebuah wilayah, daerah atau ibu kota atau bandar atau kampung dan kawasan tanah yang
ditanami.
 Tamaddun: membina dan membangunkan bandar.
 Madinah: bandar-bandar atau nama kepada Yathrib yang kemudiannya diberi nama oleh Rasulullah
SAW.
 Madaniyyah: bandar dan kehidupan bandar.

2. Pengertian tamadun menurut sarjana:

Sarjana Islam

Ibn Khaldun (2001)


Tamadun: kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat
kepada pelbagai aspek industri.
Beliau mengaitkan tamadun dengan istilah ‘umran hadhari’ dan ‘umran badawi’.
 Beliau menggunakan kedua-dua istilah ini bagi memperlihatkan proses yang dilalui oleh sesebuah
masyarakat menuju peradaban.

Sunway College Johor Bahru 3


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

 Model ketamadunan yang dikemukakan mengambil kira segala aspek termasuk sifat biologi, fizikal,
spiritual dan fitrah manusia.
Said Hawa (1982)
Membahagikan konsep tamadun kepada dua: Islam dan Jahiliyah.
Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang tidak dibelenggu dengan unsur-unsur jahiliah tetapi
mengamalkan hidup cara Islam sepenuhnya.

Sayyid Qutb (1994)


Tamadun: kemajuan berteraskan syariat Allah SWT bercirikan nilai moral Islam.
Nilai moral yang tidak berlandaskan Islam dan bertentangan dengan ajaran Islam ditolak sama sekali.

Abu Nasir Al-Farabi (1994)


Memperkenalkan istilah al-Madaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah.
 Terminologi ini diambil daripada kata akar Madinah – negara Islam pertama yang diasaskan oleh
Rasulullah SAW.
 Madaniyah: pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu, iaitu akidah, syariat dan akhlak.

Naquib Al-attas (2007)


Tamadun: keadaan kehidupan manusia yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
sesebuah masyarakat.

Sarjana Barat

Arnold Toynbee (1947)


Tamadun: sejenis kebudayaan yang berkembang dalam kota dan satu kumpulan pemikiran daripada berbagai-bagai
manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan dengan obligasi yang membentuk institusi politik,
kesusasteraan, agama dan moral.

Will Deorand (1991)


Tamadun: sistem sosial yang menolong manusia mempertingkatkan taraf kedudukan kebudayaan.
Tamadun: kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan oleh sesuatu umat untuk menjadikan kehidupan lebih
tenteram dan lebih senang.

M.A.J Beg (1980)


Mendefinisikan tamadun dengan perkataan renaissance. Perkataan renaissance juga sama dengan civilization yang
membawa pengertian kebangkitan, iaitu kebangkitan tahap pencapaian pemikiran dan kebendaan umat manusia
dari zaman ke zaman dengan perubahan-perubahan dan kemajuan-kemajuan tertentu.

Tamadun dapat diertikan sebagai pencapaian gemilang manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di
bandar-bandar. Ia terhasil dalam bentuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan, undang-undang,
pentadbiran dan politik.

Hubungan ilmu ketamadunan dan sejarah tamadun


Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun (1332-1406M) pada abad yang ke-14M
melalui kitabnya Mukaddimah.

Sejarah menjadi asas kepada pengajian ketamadunan.

Sejarah Pengajian ketamadunan


Pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi Membicarakan teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun
pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran secara konseptual, teoretikal dan abstrak.
atau ringkasnya kajian tentang masa lampau.
Dibatasi oleh faktor masa. Tidak begitu terikat kepada batasan masa atau zaman.

Hubungan antara tamadun, agama, bangsa dan budaya


Hubungan tamadun dengan agama
Mempunyai pertalian yang rapat.

Sunway College Johor Bahru 4


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Pencapaian yang gemilang dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi matlamat utama tamadun adalah juga
matlamat utama pencapaian sebuah kehidupan agama yang tinggi.

Tamadun Agama
Konteks Islam Tamadun Barat – bersumberkan fahaman kebendaan Sumber insprirasi dan kekuatan umat
atau materialisme. Islam.
Al-Quran dan al-Sunnah.
Sumber rujukan Bersumberkan pemikiran dan usaha manusia untuk Bersumberkan ketuhanan dan
mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang kepercayaan.
kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan.
Konteks hubungan Menekankan aspek hubungan manusia sesama Mementingkan hubungan yang
manusia dan hubungan manusia dengan benda atau sejahtera sesama manusia dan
alam sekitar. hubungan manusia dengan Tuhan.
Nilai-nilai Nilai kecanggihan, keberhasilan dan ketekunan. Nilai agama bersifat mutlak seperti
pahala dan dosa, wajib dan haram.

Hubungan tamadun dengan budaya


Budaya (Kamus Dewan) – tamadun, peradaban dan cara berkelakuan.
Kebudayaan – keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan segala hasil kegiatan
serta penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji
menandakan kehidupan yang bertamadun.
Tamadun berbeza daripada budaya dilihat daripada dua keadaan ini:
 Pengaruh daripada natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh daripada natijah
budaya.
 Tamadun melampui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan
negara atau wilayah tertentu sahaja.

Hubungan tamadun dengan bangsa


Hubungan tidak begitu ketara.
Sesebuah bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu.
Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa.

Pemikiran Ibn Khaldun


 Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun (1332-1406M) pada abad
yang ke-14M melalui kitabnya Mukaddimah.
 Ibn Khaldun menggunakan latar belakang sejarah sebagai asas memahami realiti masyarakat, bangsa dan umat.
 Beliau berjaya mengeluarkan teori, faktor, analisis kemajuan dan kemunduran umat terdahulu untuk menjadi
panduan kepada umat mendatang.
 Analisis beliau menepati kehendak al-Quran supaya menjadikan peristiwa sebagai pengajaran berdasarkan firman
Allah SWT.

Ciri-ciri tamadun
Petempatan kekal
Mewujudkan satu sistem kehidupan manusia yang sistematik dan mampu memastikan bekalan makanan diperoleh
secara berterusan.
Mencetus kemajuan dalam bidang agroculture terutama dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan
penternakan binatang.
Pertanian yang wujud di sesuatu tempat telah memungkinkan manusia mencipta peralatan pertanian yang sentiasa
berkembang dari semasa ke semasa seperti cangkul dan menaik taraf sistem pengairan bagi meningkatkan hasil
pengeluaran makanan untuk menampung pertambahan penduduk.

Kehidupan berorganisasi
Bermula daripada sistem keluarga yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah masyarakat yang kompleks.
Sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.

Sunway College Johor Bahru 5


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Lapisan 1
Raja/pemerintah

Lapisan 2
Golongan pembesar/bangsawan (pendeta, paderi, ketua
keluarga, ketua kelompok, kumpulan pentadbir, ilmuwan dan
pakar kesenian)

Lapisan 3
Rakyat bebas (petani, artisan dan pedagang)

Lapisan 4
Hamba

Sistem pemerintahan
Sistem: perkataan pinjaman bahasa Inggeris, iaitu system yang bererti cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu
(Kamus Dewan, 2010).
Pemerintahan: cara atau sistem memerintah atau pentadbiran.
Sistem pemerintahan: satu cara atau kaedah mentadbir sesuatu masyarakat, negeri atau negara.
Selepas wujudnya sistem pemerintahan, sistem perundangan dicipta.
Penciptaan sistem perundangan memberi peluang kepada rakyat untuk menegakkan hak dan kebenaran walaupun
pemimpin masih mempunyai kuasa yang tinggi dalam segala urusan.

Pengkhususan kerja
Kesan peningkatan produktiviti manusia.
Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui kepakaran kumpulan tersebut dan ia membawa
kepada pertukaran barang (Sistem Barter) yang menjadi asas dan titik permulaan bagi aktiviti perdagangan dan
ekonomi.

Agama dan kepercayaan


Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia mencuba untuk memahami dan menyesuaikan
kehidupannya dengan alam sekeliling.
Kepercayaan animisme: Unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan
harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.
 Kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.
Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama.
Tamadun awal mengamalkan politeisme, iaitu kepercayaan kepada lebih daripada satu tuhan.

Bahasa dan tulisan


Hasil daripada perkembangan ilmu pengetahuan.
Antara bahasa tertua: bahasa Yunani dan Sankrit.
Contoh tulisan awal: heiroglif, cuneiform, piktograf dan histogram.
Bahasa: tujuan penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan dalam sesebuah masyarakat dengan masyarakat
yang lain.
Tulisan: tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan.
Bahasa dan tulisan: cara paling penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea
pemikiran manusia.

Kitaran ketamadunan

Faktor-faktor kemunculan tamadun dunia

1. Kedudukannya yang strategik


Petempatan awal masyarakat bertujuan memperoleh sumber semula jadi demi kelangsungan hidup.
Faktor lokasi yang merujuk kepada kesesuaian faktor geografi telah menggalakkan kemunculan:
tamadun Cina di lembangan sungai Hwang-He dan Yangtze.
tamadun India di lembangan sungai Ganges dan Brahmaputra.
tamadun Mesopotamia di lembangan sungai Tigris dan Euphrates.

Sunway College Johor Bahru 6


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

tamadun Mesir di lembangan sungai Nil.

2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian


Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang murni
serta membentuk kehidupan bertamadun.
Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha membangunkan kehidupan
mereka menuju kepada kesempurnaan nilai dan ketinggian budaya. Inilah permulaan kehidupan bertamadun.
Contohnya, kemunculan tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh penghayatan cara hidup Islam.

3. Penghayatan yang tinggi terhadap moral


Nilai-nilai murni yang wujud pada sesebuah masyarakat seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan dan semangat
berdisiplin menggalakkan kecintaan kepada ilmu.
Pemimpin yang mempunyai nilai moral terpuji seperti adil dan bertanggungjawab akan mendorong rakyatnya
berganding bahu untuk membangunkan negara.
Penghayatan nilai-nilai murni telah dilihat wujud pada hampir kesemua tokoh silam seperti:
Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani.
Lao Tze dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina.
Kautilya dan Samkara dalam tamadun India.
al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam.

4. Kesengsaraan hidup
Situasi kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk bekerjasama
menggembleng tenaga bagi membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut.
Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalm
membangunkan kehidupan.
Dalam konteks zaman moden, kemunculan Jepun sebagai negara maju sering kali dikaitkan dengan
penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

5. Toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun lain


Toleransi tinggi terhadap sumbangan tamadun lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber
yang baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun terbaharu.
Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling interaksi
antara tamadun.
Contohnya, sikap terbuka tamadun Islam yang menerima sumber-sumber tamadun lain seperti Yunani, Parsi,
India dan Cina.

6. Budaya masyarakat yang tinggi


Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian telah memakmurkan kehidupan masyarakat
yang mendorong ke arah kegemilangan.
Pada zaman kegemilangan sesebuah tamadun, dapat diperhatikan pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai
bidang termasuklah kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah, dan penciptaan teknologi.

7. Politik yang kukuh


Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah tamadun.
Contohnya:
tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan kod Hammurabi.
tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierarkinya.
tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal dengan sistem beraja dan sistem
pembesarnya seperti empayar Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang di sekitar 1400M telah
mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum
Kanun Melaka.

8. Ekonomi yang mantap


Ekonomi tamadun awal banyak bergantung kepada sungai sebagai sumber air, pertanian dan keperluan
harian. Kegiatan perdagangan, perkapalan dan sistem cukai juga berpusat di sungai.
Ini dapat dibuktikan kerana hampir semua tamadun awal di dunia telah bermula di sekitar lembah atau
lembangan sungai.

Sunway College Johor Bahru 7


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Contohnya:
Sungai Indus di India
Sungai Nil di Mesir
Sungai Hwang-He di Cina
Sungai Tigris dan Euphrates di Mesopotamia

9. Interaksi antara tamadun


Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun lain merupakan rangsangan kepada kehidupan
bertamadun.
Interaksi antara dua tamadun atau pelbagai tamadun memungkinkan berlakunya pengaruh positif dalam
bidang agama, politik, ekonomi, sains dan sebagainya.

Faktor-faktor kejatuhan tamadun dunia

1. Jurang kaya-miskin
Ketidakadilan berlaku dalam masyarakat apabila wujud jurang perbezaan yang ketara antara kaya dengan
miskin.
Situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada abad ke-3 dan ke-4M.
Begitu juga dapat diperhatikan di penghujung pemerintahan Turki Uthmaniyah.

2. Penindasan dan kezaliman


Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak
dihormati.
Berdasarkan sejarah, kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh
dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai, terutama dalam kalangan pemimpin.
Wilayah-wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat telah tumbang disebabkan
penindasan dan kezaliman yang dilakukan.
Berlakunya keruntuhan moral dan nilai masyarakat, terutama dalam kalangan pemimpin yang menandakan
musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia.

3. Sikap tertutup
Sikap tidak menerima perubahan, terutamanya perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik,
ekonomi dan sosial salah satu faktor keruntuhan sesebuah tamadun.
Sikap tertutup ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya
menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan.
Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana tamadun Islam Uthmaniyah mengalami keruntuhan dari dalam
disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.

4. Malapetaka atau bencana alam


Faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku.
Kejadian Tsunami yang melanda Acheh dan Jepun.

5. Keruntuhan akhlak/moral
Keruntuhan akhlak umat terutama para pemimpinnya menandakan saat keruntuhan negara dan tamadun.
Apabila sesebuah umat mengabaikan penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan maka tersebar luas
gejala keruntuhan moral.

Interaksi antara tamadun


Faktor-faktor interaksi antara tamadun
Kepimpinan – peranan pemimpinan melalui pelaksanaan visi dan misi untuk memajukan bangsa dengan aktiviti
interaksi.
Peranan golongan agamawan – melalui motivasi agama dan dakwah.
Geografi – kedudukan yang strategik memungkinkan berlakunya interaksi.
Perkahwinan – antara pasangan yang berlainan etnik, bangsa dan budaya yang menyebabkan berlaku asimilasi.
Perdagangan – melalui proses hubungan dua hala antara negara-negara yang berdagang.
Misi politik – melalui pelbagai pendekatan sama ada penaklukan, penjajahan atau kerjasama antara pelbagai
negara.

Sunway College Johor Bahru 8


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Jenis-jenis interaksi
a) Interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang sama adalah bercirikan:
Semua sempadan adalah sama.
Perbezaan kecil dari segi variasi kerana perbezaan geografi.
Mudah berinteraksi dan perubahan adalah kecil, malah berlaku pemantapan (positif) atau tertutup (negatif).
Devian (penyelewengan) mudah dikenali dan ditolak kerana masih mengekalkan sempadan yang ada, misalnya
teorisme dan ajaran sesat.
Pemimpin yang ingin menguasai dunia akan menimbulkan kacau-bilau dan peperangan.
Semangat nasionalisme yang sempit (ultranasionalisme) seperti usaha Jepun meletakkan seluruh dunia di bawah
satu bumbung penguasaan Jepun atau hakkoichui; membawa kepada penglibatan Jepun dalam Perang Dunia
Kedua.
Persaingan menguasai sumber ekonomi negara lain bagi memenuhi keperluan ekonomi kapitalis.

b) Interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang berbeza adalah bercirikan:
Interaksi antara budaya dengan peradaban yang berbeza.
Interaksi antara peradaban yang dominan dengan yang tidak dominan.
Contoh interaksi antara masyarakat Islam dan Hindu Buddha di Asia Tenggara.

Penghalang interaksi

Daerah/geografi Budaya (kebangsaan, Melayu dan etnik)

Semangat nasionalisme yang sempit (unilateral) Penguasaan ekonomi (bukan Bumiputera dan
Bumiputera)
Kaum migran dan bukan migran (tiada toleransi) Penguasaan politik (Bumiputera dan bukan
Bumiputera)
Bahasa (kebangsaan, antarabangsa dan etnik) Tiada kumpulan yang dominan

Kepercayaan (Islam dan bukan Islam) Pemikiran penjajah

Penguasaan teknologi Konflik dan pergaduhan antara etnik

Peperangan dan keselamatan Tradisional dan moden

Definisi bangsa, budaya dan peradaban

Contoh interaksi sejarah dalam konteks Malaysia


Interaksi dengan tamadun India
Bahasa
Percampuran bahasa antara - bahasa Sanskrit dengan bahasa Melayu
- bahasa Tamil dengan bahasa Melayu
Kesenian
Seni taman dan seni binaan
Kesusasteraan
Pandawa lima
Hikayat Seri Rama
Wayang Kulit
Pengaruh dalam sistem pemerintahan
Institusi beraja
Konsep dewaraja
Istana dibina di atas tanah tinggi
Pembinaan candi
Upacara pertabalan
Penggunaan bilangan besar dan hulu balang 4, 16, 32
Penggunaan gelaran seperti:
Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda
Seri Nara Diraja
Bendahara

Sunway College Johor Bahru 9


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Laksamana
Interaksi dengan tamadun Cina
Kebudayaan – Baba Nyonya
Kesenian
Masjid Tanjung Kling dan Tengkera
Lukisan cat minyak
Seni kaligrafi
Kesusasteraan
Pertalian bahasa Cina dengan Bahasa Melayu.
Interaksi dengan tamadun Arab
Bahasa dan kebudayaan
Hikayat seribu satu malam
Pahlawan Islam
Bidang pendidikan
Pakaian Arab

Interaksi dengan tamadun peribumi

Contoh interaksi negatif (antara tamadun)


 Perang Salib antara Kristian dengan Islam yang memakan masa lebih 200 tahun.
 Pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh pemeluk agama Kristian Eropah pada abad ke-9, ke-8 dan abad ke-
20. (Nazi).
 Pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin yang sederhana dan cintakan keamanan (misalnya keluarga Gandhi,
keluarga Ismail Faruqi dan Hasan al-Banna).
 Pembunuhan orang Islam dan pemusnahan masjid oleh orang Hindu di Ayudhya, India.
 Peristiwa atau tragedi 13 Mei 1969 dan tragedi di Kampung Medan.
 Peristiwa pembunuhan ke atas umat Islam di Tak Bai, Pattani.
 Peristiwa serangan Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) pada 11 September 2001.

Kesan positif pertembungan antara tamadun


 Mendapat perlindungan, keamanan dan kestabilan.

Interaksi antara tamadun Cina dengan tamadun India


 Penyebaran agama Buddha, seni mempertahankan diri, teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan
kesusasteraan India dikembangkan di negara China.
 Pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas daripada tamadun Cina dapat dipelajari oleh
tamadun India.
Interaksi antara pedagang Arab-Parsi dengan negara China
 Mengembangkan perdagangan dan ekonomi.
 Pedagang Arab telah menetap di negara China dan berkahwin dengan wanita tempatan.
 Muncul beberapa orang tokoh pemimpin Islam dalam pemerintahan negara China.
Interaksi antara tamadun Cina dengan tamadun Melayu
 Melibatkan kemajuan dalam teknologi dan kebendaan, tetapi tidak mengubah pemikiran beragama.
 Barangan dan perdagangan seperti gula, sutera, tembikar dan logam datangnya dari tamadun Cina.
 Hubungan diplomatik negara China dengan Melayu semakin berkembang.
Hubungan tamadun Cina dengan tamadun Jepun
 Kesan yang amat positif.
 Negara China membantu masyarakat Jepun dalam aspek falsafah, agama, kesusasteraan, pertanian dan penggunaan
logam.

Penutup
Mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk
berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

Sunway College Johor Bahru 10


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Latihan 1

Soalan Objektif
1. ‘Tamadun merupakan pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur dalam sesebuah masyarakat.’
Siapakah yang mendefinisikan maksud tamadun di atas?
A. Aristotle C. Yusuf Qardawi
B. D.G.E Hall D. Syed Naquib al-Attas

2. Nyatakan aspek perkembangan yang penting dalam pembinaan sesebuah tamadun menurut pandangan sarjana Muslim.
A. Perkembangan kehidupan dari segi budaya.
B. Perkembangan kehidupan ke arah yang lebih baik.
C. Perkembangan kehidupan yang aman dan harmoni.
D. Perkembangan kerohanian dan kebendaan yang selaras dengan ajaran Islam.

3. Manakah istilah-istilah berikut yang membawa maksud tamadun?


I. Umran III. Madinah
II. Madana IV. Wasatiyah
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

4. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar berkaitan bahasa dan sistem tulisan?
A. Bahasa dan tulisan wujud hasil daripada perkembangan politik dan ekonomi kuno.
B. Bahasa yang tertua ialah bahasa Indus dan Sankrit.
C. Tulisan masyarakat Cina banyak mengandungi simbol seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
D. Tulisan orang Mesir Purba dipahat dengan cantik, halus dan penuh kesenian pada tanah liat dan tulang.

5. Punca keruntuhan sesebuah tamadun sering berkaitan dengan elemen berikut, kecuali
A. ketidakadilan sosial dalam negara.
B. penindasan pemerintah yang berterusan.
C. keruntuhan moral dan nilai budi pekerti.
D. kebangkitan golongan penentang.

Soalan Struktur
1. Nyatakan ENAM faktor interaksi antara tamadun.
2. Kebangkitan dan keruntuhan sesebuah tamadun banyak bergantung kepada masyarakat. Berdasarkan pernyataan di
atas, senaraikan LIMA faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun.

Sunway College Johor Bahru 11


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

BAB 2: Tamadun Islam

Pengenalan
Risalah Ilahi yang dibawa oleh semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam A.S. sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W.
(Rasul yang terakhir) dikenali sebagai ‘Islam’. Makna perkataan Islam dari sudut bahasa ialah tunduk, patuh, menyerah diri
dan sejahtera. Dari sudut istilah pula Islam membawa maksud taat kepada Allah SW.T. dengan sepenuh hati tanpa ragu serta
tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya. Islam juga merupakan peraturan hidup yang lengkap lagi sempurna bagi
membina sistem kehidupan manusia dan isi alam seluruhnya.

Konsep Tamadun Islam


Tamaddun
Erti – kemajuan atau peradaban
Istilah yang sinonim dengan tamadun
Idn Khaldun
Umran – tahap kemajuan material dan spiritual yang dicapai oleh sesuatu bangsa.
Hadharah – kebudayaan Bandar.
Muhammad Farid Wajdi dan Syeikh Muhammad Abduh
Madaniyyah
Kelahiran istilah tamaddun dengan makna tamadun
Jurji Lebanon
Tamaddun
Abu Hassan Ali al-Nadawi
Hadharah

Pandangan semesta tamadun Islam


1. Konsep keimanan
Beriman kepada Tuhan Yang Esa iaitu Allah S.W.T. menjadi asas kepada pembinaan tamadun Islam.
Terkandung dalam satu konsepsi tersendiri: TAUHID.
2. Konsep kekuasaan
Al-Quran dengan jelas menerangkan bahawa Allah S.W.T. adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik mutlak kepada
alam ini termasuk diri manusia.
Manusia – khalifah atau pemegang amanah yang tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menguruskan alam ini.
3. Konsep kemanusiaan
Manusia dari perspektif Islam adalah makhluk mukallaf iaitu makluk yang diberi tanggungjawab atau kewajipan-
kewajipan tertentu yang diamanahkan.
Berasal dari keturunan yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Konsep manusia dan kemanusiaan dibina di atas asas yang kukuh iaitu takwa kepada Allah.

Jihad dalam Islam


Bermaksud setiap usaha yang memerlukan pengorbanan tenaga, pemikiran dan segala keupayaan untuk
menegakkan kebenaran dan memartabatkan Islam.
Meliputi semua aspek dalam kehidupan manusia seperti jihad nafsu, jihad ilmu, jihad mempertahankan kesucian
Islam, jihad ekonomi, jihad politik dan lain-lain.

Ciri-ciri tamadun Islam


 Rabbani (ketuhanan)
 Keagamaan
 Tetap dan tidak berubah
 Sempurna dan seimbang
 Bersesuaian dengan fitrah manusia
 Bersifat terbuka
 Bersifat sepanjang zaman

Sunway College Johor Bahru 12


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Sumber tamadun Islam


Al-Quran
Kalam (perkataan) Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat
Jibril.
Al-Sunnah
Perkara-perkara yang meliputi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Al-Ijtihad
Pembaharuan atau perkembangan baru tidak jelas dalam al-Quran dan Sunnah.
Peranan ulama atau cendekiawan Islam – mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru dengan merujuk kepada
al-Quran dan Sunnah.

Asas tamadun Islam


Akidah
Kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap orang Islam.
Satu perjanjian yang diikat antara makhluk dengan penciptanya iaitu Allah SWT.
Melahirkan tamadun yang mantap dan bebas daripada sebarang penyelewengan.
 Kerana akidah mampu untuk membentuk personaliti yang unggul dalam diri manusia yang menjadi
penggerak kepada pembinaan tamadun Islam.
 Dua aspek yang perlu diberi perhatian:

Aspek kepercayaan Aspek kaedah

Beriman kepada Allah SWT Kesatuan

Beriman kepada malaikat Rasional


- Menolak semua yang tidak bersesuaian dengan realiti
- Menolak pertentangan antara akal dengan wahyu
- Bersifat terbuka kepada penemuan baru

Beriman kepada rasul Toleransi

Beriman kepada kitab

Beriman kepada hari Akhirat

Beriman kepada Qadak dan Qadar

Syariah
Undang-undang, aturan-aturan dan ketetapan-ketetapan Allah SWT.
Keistimewaan Syariah:
 Bersifat sempurna
 Lengkap dalam mengatur kehidupan manusia
 Bersifat bersepadu
 Bersifat universal
 Matlamat pelaksanaan undang-undang syariah adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
 Bersifat tetap
Lima prinsip asas syariat Islam:
 Memelihara agama
 Memelihara nyawa
 Memelihara akal
 Memelihara kehormatan dan keturunan
 Menjaga harta benda
Akhlak
Sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah SWT terhadap diri sendiri dan makhluk
lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Sunway College Johor Bahru 13


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Kelahiran, perkembangan dan kemerosotan tamadun Islam

Faktor utama kelahirannya ialah ajaran Islam itu sendiri.

Faktor-faktor kecemerlangan:
Keyakinan umat terhadap ajaran Islam
o Al-Quran menganjurkan perkembangan akal fikiran manusia dalam mencari kebenaran. Ajarannya mengajak
umat Islam mempelajari ilmu sains tabii, falsafah, kesusasteraan dan pelbagai ilmu yang boleh dicapai oleh
akal serta boleh membantu kehidupan mereka di dunia ini. Selain itu, ajaran al-Quran membawa manusia
mengenali Allah SWT, mencari kebenaran, membongkar hakikat peraturan illahi dan mematuhi segala
suruhan-Nya.
o Contohnya, di Andalusia. Abbas b. (saintis Islam).
Pemerintah yang bertakwa dan bijaksana
o Setiap orang yang ingin menjadi pemerintah mesti memiliki sifat: takwa kepada Allah SWT, bijaksana dalam
melihat masalah umat dan negara Islam, berwibawa, adil, dan amat cintakan ilmu pengetahuan.
Sumber ekonomi yang luas dan banyak
o Salah satu sumber kewangan Islam adalah melalui zakat.
Fungsi zakat - pembersih dan penyubur harta benda yang dimiliki mereka, pendorong kepada setiap umat
Islam untuk berusaha menacari harta dan mengembangkan harta benda.
o Apabila wilayah kekuasaan Islam menjadi semakin luas sehingga menjangkau ke Andalusia di sebelah barat
dan India di sebelah timur, maka sumber ekonomi umat Islam juga menjadi bertambah luas dan teguh.
o Ini membolehkan mereka memberikan tumpuan kepada kegiatan keilmuan seperti mendirikan sekolah dan
universiti, perpustakaan serta pusat-pusat kaji bintang yang merupakan prasarana terpenting dalam proses
pengembangan ilmu.
Politik yang stabil
o Keadaan politik yang stabil dan negara yang aman membolehkan pemerintah dan umat Islam mengalihkan
tumpuan mereka kepada kegiatan keilmuan dan usaha memakmurkan negara Islam.
o Umat Islam bebas mengembara ke seluruh pelosok dunia Islam yang luas sama ada untuk tujuan perniagaan
mahupun menuntut ilmu pengetahuan. Agama Islam tersebar luas sehingga sampai ke Alam Melayu.
Kegiatan keilmuan yang meluas
o Institusi masjid menjadi nadi segala kegiatan umat Islam.
 Pusat melakukan ibadat khusus.
 Tempat pembelajaran dan kegiatan ekonomi.
 Ilmuwan awal terbilang Islam dilahirkan.
 Universiti-universiti terawal berkembang. Contoh, Universiti Al-Azhar.
 Nadi utama mengembangkan syair dan ilmu Islam.
Keadilan yang menyeluruh
o Pemerintahan Islam bersifat adil kepada semua rakyat tanpa mengira agama anutan mereka kerana Islam
melarang memaksa seseorang untuk menganut Islam.
Ketenteraan yang kuat
o Fungsi utama kekuatan ketenteraan dalam Islam adalah untuk menggerunkan musuh-musuh yang berniat
jahat seperti untuk menceroboh atau mengucar-ngacirkan negara dan umat Islam.
o Rahsia kekuatan negara Islam pada masa terdahulu ialah semangat jihad yang tinggi dan kental dalam
kalangan umat Islam.
Kedudukan yang strategik
o Umat Islam menguasai jalan-jalan perdagangan penting dan bumi mereka kaya dengan pelbagai sumber alam
yang amat diperlukan dalam kehidupan manusia.
o Mereka menguasai jalan perdagangan timur dan barat serta pedagang-pedagang Islam bebas berdagang
sehingga sampai ke China.
Prasarana yang sempurna
o Pemerintah-pemerintah Islam amat menekankan penyediaan infrastruktur yang terbaik untuk rakyat.
o Contohnya, Sayidina Umar al-Khattab r.a.: pembinaan terusan atau tali air sungai di Sungai Nil –
mengalirkan air untuk tujuan pertanian kepada petani-petani Mesir.
Keterbukaan kepada tamadun lain
o Tamadun Islam tidak bersifat ekslusif. Islam ialah agama untuk semua manusia. Islam juga mengiktiraf
sumbangan tamadun-tamadun lain yang bermanfaat untuk kemanusiaan sejagat.
o Mengiktiraf sumbangan tamadun-tamadun lain. Karya Yunani dan Latin dalam bidang falsafah dan perubatan
diterjemahkan ke bahasa Arab.

Sunway College Johor Bahru 14


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Faktor-faktor kemerosotan:
Pemerintah yang lemah
o Apabila sesebuah negara diperintah oleh seorang pemimpin yang lemah, negara akan mudah menjadi kucar-
kacir, politiknya tidak stabil, ekonomi menjadi lumpuh dan seterusnya negara akan berpecah menjadi
wilayah-wilayah yang lebih kecil.
o Di Andalusia, pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah runtuh.
Banyak berlaku penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak
o Manusia tidak lagi mementingkan nilai takwa. Jawatan yang dipegang tidak lagi dilihat sebagai amanah,
tetapi sebagai satu peluang untuk memenuhi hajat peribadi.
o Contohnya, pemerintah Khulafa Uthmaniyah di Turki – khalifahnya asyik berfoya-foya dengan arak dan
wanita.
Kekurangan sumber ekonomi
o Tanpa sumber ekonomi yang secukupnya, sudah pasti segala perancangan pembangunan tidak dapat
dilaksanakan dan juga boleh membawa kepada kecelaruan sosial seperti kegiatan mencuri dan kegiatan tidak
bermoral kerana desakan hidup.
Kegiatan keilmuan yang tidak berkembang
o Abad ke-15 hingga ke-18M merupakan zaman kemerosotan tamadun Islam kerana pada tempoh masa
tersebut, umat Islam kurang memberi tumpuan kepada kegiatan keilmuan dalam bentuk penyelidikan dan
pembangunan.
o Apa yang menjadi tumpuan mereka hanyalah kegiatan mempelajari kitab-kitab tulisan sarjana sebelumnya
dengan sekadar membuat syarahan dan ringkasan kepada kitab tersebut.
Ancaman musuh luar
o Pada tahun 1256M, tentera Monggol telah menyerang dan menghancurkan kota Baghdad.
o Mereka memusnahkan segala khazanah ilmu pengetahuan Islam dengan cara membakar dan
menghumbankannya ke Sungai Furat.
Bencana alam
o Bencana alam dalam bentuk wabak penyakit, kemarau panjang, banjir besar, ribut taufan, tsunami dan gempa
bumi merupakan antara faktor yang mampu meruntuh dan meranapkan sesebuah tamadun.

Iktibar daripada kemerosotan tamadun Islam


 Pentingnya nilai perpaduan.
 Peranan pemerintah sangat penting bagi sesebuah negara.

Interaksi Tamadun Islam


 Interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Cina.
Interaksi positif
Masyarakat Islam yang berketurunan Cina dikenali sebagai Hui, selain daripada masyarakat Islam
keturunan Turki di wilayah Xing Jiang-Uighur.
Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di dua buah wilayah iaitu Xing Jiang-Uighur, Ning Xia
dan dua buah wilayah lain yang juga mempunyai penduduk Islam melebihi 40% iaitu wilayah Kang Su.
Islam telah sampai ke China pada tahun 652M.
Orang pertama yang tiba di sana ialah utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan.
Interaksi negatif
Pada abad ke-8 Masihi, pedagang Islam dan penduduk Islam Cina aktif dalam perdagangan.
Penduduk Han di tenggara negara China telah iri hati dengan kemewahan yang dinikmati oleh orang
Islam dan mewujudkan permusuhan dengan orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti
perdagangan.
Begitu juga dengan tindakan pemerintah Ching yang telah melayan orang Islam dengan tidak adil kerana
perbezaan agama.

Pencapaian dan sumbangan tamadun Islam


Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah telah berjaya mengubah
sejarah peradaban dunia serta meninggalkan kesan yang berpanjangan.
Tamadun Islam telah berjaya mengubah:
 corak dan budaya hidup masyarakat Arab pra-Islam yang bertuhankan hawa nafsu dan kejahilan.
 geopolitik dunia sebelumnya yang didominasi kerajaan Rom dan Parsi.

Sunway College Johor Bahru 15


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Impak tamadun Islam


Kuasa besar Rom dan Parsi yang memandang remeh terhadap bangsa Arab, terpaksa tunduk kepada kekuasaan
Islam (mulai abad ke-7 hingga ke-18).
Tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana ulung dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Kegiatan keilmuwan dan kebudayaan berlaku di Kota Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan
Iskandariah (di Afrika).
Kota-kota ini telah menarik minat ramai sarjana dan pelajar dari negara luar (khususnya negara-negara
Kristian Eropah) untuk mempelajari serta mendalami pelbagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan.
Suasana dan kemudahan pembelajaran di negara Islam tidak terdapat di negara Eropah kerana pada ketika itu
mereka masih menganggap para sarjana dan saintis sebagai penyebar ajaran yang bertentangan dengan dogma
gereja.

Pengaliran ilmu Islam ke Eropah


Peranan Andalusia (Sepanyol)
o Umat Islam menguasai Andalusia selama hampir lapan abad (711-1492M). Dalam tempoh masa tersebut,
budaya dan tamadun Islam mendominasi masyarakat Eropah.
Hubungan dagang dan diplomatik
o Melalui kegiatan dagang, produk-produk Islam dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan teknik-teknik
pertanian terkini mula dipelajari masyarakat Eropah.
o Para pemerintah Kristian di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali menjalin hubungan diplomatik
dengan kerajaan Islam di Andalusia dan Baghdad.
Peranan gerakan terjemahan
o Jalan atau medium terpenting berlakunya pengaliran dan penyebaran tamadun Islam ke Eropah adalah melalui
kegiatan penterjemahan karya-karya Islam yang dilakukan para sarjana Eropah, khususnya, kaum Yahudi.
Impak gerakan terjemahan
o Hasil karya sarjana agung Islam yang meliputi bidang falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik,
akhlak, kimia, algebra dan lain-lain diterjemahkan ke bahasa Latin dan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain.
o Teori sarjana-sarjana Islam yang kekal digunakan sehingga hari ini.
 Teori Ibn Haitham (Alhazen): cahaya terpancar dan cahaya yang melatun menghasilkan sudut
yang sama secara normal pada permukaan yang melatunkan cahaya itu dan jenis cahaya yang
berlainan bergerak secara lurus.
Hasil penemuan saintifik sarjana Islam
o Abu Musa Jabir Ibn Hayyan al-Tusi telah mengemukakan beberapa kaedah percubaan sains.
o Antara kaedah yang dikemukakan beliau ialah sejatan, penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah
oksida logam bakar, percantuman dan penurunan. Beliau telah berjaya membuat penambahbaikan terhadap
kaedah-kaedah tersebut.
Pembinaan balai-balai cerap
o Balai-balai cerap telah dilengkapi dengan peralatan astronomi, termasuklah astrolab yang membolehkan jarak
antara sesuatu bintang diukur.
o Astrolab: ukur jarak antara sesuatu bintang, ukur paksi dan luas bumi, dan kira latitud matahari dan bintang-
bintang.
Pakar-pakar ulung ilmu perubatan:
o Zakaria al-Razi (865-925) yang menghasilkan Kitab al-Hawi.
o Ammar bin Ali yang menulis Kitab al-Muntakhab.
o Ibn Sina dengan hasil karyanya al-Qanun fi al-Tibb.
o Abu Qasim al-Zahrawi yang menghasilkan kitab al-Tasrif.
o Ibn Baitar yang merupakan pakar terulung dalam bidang ilmu surgeri.

Isu-isu semasa tamadun Islam


 Umat Islam di serata dunia
 Realiti semasa umat Islam
 Kesatuan politik yang rapuh
 Keadaan ekonomi yang lemah
 Peluang ekonomi yang disia-siakan
 Kurang peka kepada kehendak semasa
 Tiada strategi yang berkesan
 Agenda musuh Islam
 Sejarah pertentangan Timur-Barat

Sunway College Johor Bahru 16


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

 Kesan penjajahan Barat


 Pengekalan hegemoni Barat
 Kejahilan dan ektremisme Barat
 Punca sebenar kelemahan umat Islam
 Peranan musuh dalam selimut

Penutup
Negara dan umat Islam di seluruh dunia perlu memperbaharui tekad dan azam untuk memperbaiki diri, menjalin hubungan
mesra dengan semua warga dunia, menyemarakkan kegiatan dakwah dan seterusnya merealisasikan semula Islam sebagai
sistem hidup yang menjamin keadilan manusia sejagat.

Latihan 2

Soalan Objektif
1. Manakah antara berikut bukan faktor yang meruntuhkan sesebuah tamadun?
A. Bencana alam C. Pemerintah yang lemah
B. Keruntuhan akhlak D. Pengaruh tamadun lain

2. Di bawah merupakan asas-asas dalam syariat Islam, kecuali


A. Akhlak C. Tauhid
B. Aqidah D. Syariah

3. Sifat-sifat khusus tamadun Islam adalah seperti yang berikut, kecuali


A. keagamaan C. saling mempengaruhi
B. bersifat Rabbani D. tetap dan tidak berubah

4. Apakah faktor utama yang melahirkan tamadun Islam?


A. Ajaran Islam C. Sifat genius orang Arab
B. Cabaran persekitaran D. Pertembungan dengan tamadun Yunani

5. Berikut ialah peranan institusi masjid dalam Islam, kecuali


I. Tempat menyelesaikan pertikaian III. Tempat menuntut ilmu
II. Tempat menunaikan ibadat IV. Tempat aktiviti rekreasi
A. I dan II C. I, II dan IV
B. I, II dan III D. IV sahaja

Soalan Struktur
1. Tamadun Islam telah mengalami zaman kejayaan dan kegemilangan pada suatu ketika dahulu. Nyatakan EMPAT faktor
kejayaan tamadun Islam.
2. Nyatakan LIMA punca kemerosotan tamadun Islam.

Sunway College Johor Bahru 17


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

BAB 3: Tamadun Melayu

Pengenalan
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya
digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan
pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara,
Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang
menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi asas kepada
pembentukan tamadun Melayu.

Konsep tamadun Melayu


Istilah Melayu
Dari segi etimologi, istilah Melayu berasal daripada:
Perkataan Malaya - kependekan ‘hima alaya’. ‘Alaya’ bermaksud ‘tempat’ manakala ‘hima alaya’ bermaksud
‘tempat bersalji’.
Perkataan Malayapura – ‘kota Melayu’ atau ‘kerajaan Melayu’.
Perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud ‘mengembara’ atau ‘pergi ke mana-mana’.
Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
Van der Tuuk, perkataan Melayu bererti ‘menyeberang’ – orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama
daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

Istilah tamadun Melayu


Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekolompok manusia yang dikenali sebagai Melayu,
tertumpu kepada wilayah Asia Tenggara yang dikenali juga sebagai gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago),
gugusan kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi.
Melayu juga boleh ditafsirkan melalui tiga dimensi yang berbeza: Bahasa Melayu
Bahasa yang dituturkan di
Ras Kebudayaan Melayu seluruh kepulauan Melayu
Merujuk kepada sekumpulan Merujuk kepada pegangan dan merangkumi bahasa Jawa,
manusia yang memiliki ciri-ciri amalan yang berdasarkan Sunda, Madura, Acheh,
genetik yang sama dan berasal kepada Islam dan adat resam Minangkabau, Sasak, Melanau,
dari Alam Melayu. masyarakat Melayu. Iban, Bajau, Murut, Bugis dan
Sulu.

Melayu dalam Perlembagaan Malaysia


Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
 secara lazimnya berbahasa Melayu
 secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu
 beragama Islam

Asas-asas Tamadun Melayu


Teori kedatangan Islam
Islam dibawa dari India
Islam dibawa dari China dan Champa
Islam dibawa dari Arab

Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu


 Sikap mementingkan ilmu.
 Sistem pemerintahan berasaskan Islam, iaitu institusi kesultanan.
 Seni khat, seni bina dan seni ukir masyarakat Asia Tenggara dipengaruhi oleh kesenian Islam.
 Sistem ekonomi berasaskan Islam, iaitu institusi ekonomi seperti baitul mal, unsur-unsur yang halal semasa
berurus niaga diamalkan serta amalan riba, penindasan dan penipuan adalah dilarang.
 Lahir semangat jihad untuk menentang penjajah.
 Mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu telah ditingkatkan.
 Cara hidup atau budaya Islam diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat Asia Tenggara.

Sunway College Johor Bahru 18


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Pandangan semesta tamadun Melayu


Setelah kedatangan Islam pandangan semesta tamadun Melayu banyak berteraskan unsur-unsur akidah Islam.
Walaubagaimanapun, masih terdapat unsur-unsur pandangan semesta sebelum Islam yang diwarisi. Hal ini boleh dilihat
dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa perumpamaan dan pepatah-pepitih serta amalan kehidupan seharian
yang bermatlamatkan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sejarah pencapaian tamadun Melayu dalam pelbagai bidang


Persuratan
 Sebelum Islam
Dalam bentuk sastera lisan dan sastera hikayat.
Sastera lisan: cerita-cerita mitos, lagenda, mergastua dan ungkapan-ungkapan Melayu.
 Selepas Islam
Sastera kitab, sastera ketatanegaraan, histografi Melayu, kitab-kitab perubatan, astronomi dan
matematik.
Kesenian
 Seni kulinari, seni muzik, seni ukir dan khat, seni pertukangan, seni bela diri, seni tenun, sulam dan anyaman.

Sains dan teknologi Melayu


 Teknologi pertanian, teknologi alam bina, teknologi tekstil dan warna, sains, ukuran, timbangan dan sukatan.

Kerajaan dan sistem pemerintahan


Terdapat banyak kerajaan Melayu yang dibina oleh masyarakat Melayu dalam siri kegemilangan tamadun Melayu.
Setiap kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan masing-masing yang berasaskan undang-undang Islam.
Sistem pemerintahan yang dilaksanakan ditulis pada naskah-naskah Melayu dan batu bersurat (prasasti).

Ekonomi
Walaupun tamadun Melayu awal belum mengamalkan sistem perindustrian secara besar-besaran, namun kegiatan
perekonomian yang berpusat di pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu telah berjaya menjadi pusat import-eksport
yang maju di rantau Asia.
Kepesatan pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu turut menyemarakkan pertumbuhan dan kemasyarakatan yang
lain.
Kegiatan ekonomi dalam tamadun Melayu telah mencapai tahap cemerlang dengan penggunaan mata wang.
Pemerintah Melayu telah berjaya mencipta mata wang yang digunakan dalam perdagangan, terutamanya di
pelabuhan.

Pendidikan
Pencapaian tamadun Melayu dalam aspek pendidikan adalah seperti berikut:
 Kewujudan institusi pendidikan agama Islam.
 Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam.
 Kemunculan golongan intelektual Melayu.
 Kelahiran naskhah-naskhah Melayu atau manuskrip Melayu.

Komunikasi
Komunikasi rantau Alam Melayu terjalin melalui hubungan perdagangan diplomatik dan budaya.
Komunikasi ini banyak diasaskan kepada polisi pemerintahan kerajaan dalam tamadun Melayu.
Para pemerintah Melayu juga telah mengadakan interaksi antara kaum bukan Melayu, khususnya dengan kuasa
Eropah.

Sastera
Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisi.
Prosa: karya dalam bentuk esei atau karangan untuk menjelaskan satu perkara.
Puisi: karya yang memaparkan kemahiran bahasa dan penggunaan kata yang indah melalui rima bunyi yang
tertentu.

Kemahiran pembuatan (barang-barang keperluan)


Setiap hasil kemahiran mengandungi nilai falsafah Melayu yang berteras kepada agama Islam.
Selain itu, hasil-hasil tersebut juga dipenuhi dengan nilai estetika yang tinggi.

Sunway College Johor Bahru 19


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Kesinambungan tamadun Melayu dalam pembinaan tamadun Malaysia


Sistem perundangan tradisional
Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang berdiri di atas tonggak Rukun Negara.
Negeri-negeri Melayu mempunyai kanun perundangan yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah (undang-
undang Islam). Antaranya:

Melaka: Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka


Johor: Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895
Pahang: Undang-undang Pahang
Kedah: Undang-undang Kedah
Perak: Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Keturunan dari Negeri Perak
Terengganu: Perlembagaan Negeri Terengganu 1911
Negeri Sembilan: di Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu

Agama Islam dan adat istiadat Melayu

Islam menjadi teras bagi identiti Melayu.


 Dalam Perlembagaan Malaysia perkara 160, orang Melayu didefinisikan sebagai orang yang berbahasa
Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.
Agama Islam dijadikan sebagai asas bagi mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu.
 Pelantikan sultan memastikan beragama Islam.
Agama Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan Malaysia.

Nilai peradaban tamadun Melayu/Pandangan semesta


Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan nilai-nilai agama Islam.
Nilai-nilai tamadun yang lebih penting:
Keimanan/ketakwaan kepada Allah SWT Meraikan tetamu
Ketaatan kepada sultan dan menghormati Bertimbang rasa
pemimpin Bersopan santun, berbudi
Kepatuhan kepada undang-undang dan adat pekerti
Mendahului yang tua Bermesyuarat/bermuafakat
Penutup Saling menghormati orang lain Bergotong-royong
Melalui perbincangan di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah
Bekerja bersungguh-sungguh
baharu dan memperkukuhkan identity Melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal.

Latihan 3
Soalan Objektif
1. Apakah takrif orang Melayu menurut perkara 160 Perlembagaan Persekutuan?
I. Beragama Islam III. Tinggal di pesisir pantai
II. Berbahasa Melayu IV. Mengamalkan adat istiadat Melayu
A. I dan II C. I, II dan IV
B. III dan IV D. Semua di atas

2. Nyatakan teori kedatangan lslam ke Alam Melayu.


A. Tanah Arab, lndia, China dan Champa.
B. Tanah Arab, India, China dan al-Jazair.
C. Tanah Arab, lndia, Pakistan dan China.
D. Tanah Arab, Pakistan, India dan Champa.

Soalan Esei
1. Pembinaan tamadun Malaysia yang berteraskan kepada tamadun Melayu telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan
dalam menuju kedewasaanya. Pelbagai persoalan perlu untuk diselesaikan.
a) Bincangkan EMPAT langkah yang praktikal bagi mewujudkan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Sunway College Johor Bahru 20


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

BAB 4: Tamadun India

Pengenalan
Tamadun India merujuk kepada tamadun yang berpusat di lembah Sungai Indus. Beberapa aspek seperti sosial, budaya,
sistem politik dan pemerintahan, sains, falsafah, agama, ekonomi serta kesenian terkandung dalam tamadun India. Tamadun
India bermula di benua India dan perkembangannya meliputi beberapa aspek seperti agama dan falsafah, seni dan budaya
dan sebagainya. Walaupun tamadun ini dianggap tertua, namun ia sesuai kepada manusia sejagat.

Konsep tamadun india


Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu Indo-Arya yang berpusat di utara India dan Dravida
yang berpusat di selatan.

Asas-asas tamadun India


Wilayah
1.Kedudukan geografi
Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya.
Ia terbahagi kepada dua wilayah utama iaitu India Utara dan India Selatan oleh pergunungan Vindhya.
India Utara terbentang sehingga ke kawasan Himalaya manakala India Selatan terbentang ke Kannyakumari.
Di sebelah Barat pula ia disempadani oleh tamadun Parsi manakala di sebelah timur pula ialah tamadun Cina.
2.Masyarakat Indo-Arya
Masyarakat ini berbahasa Sanskrit iaitu bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya.
Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini.
Keempat-empat Veda atau kitab ini mencerminkan aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan
masyarakat Indo-Arya.
3.Masyarakat Dravida
Masyarakat ini pula berbahasa Tamil yang merupakan asas untuk semua bahasa Dravida.
Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat ini adalah berasaskan ajaran mazhab Saivisme dan Vaisanavisme
yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam.

Ciri-ciri peradaban India dan jangka hayat


Peradaban Lembah Indus (Mohenjo-Daro dan Harappa)
Kajian-kajian tentang tamadun India masih dijalankan kerana sehingga hari ini, belum ada penemuan arkeologi
baharu yang menunjukkan wujud tamadun yang lebih awal daripada tamadun Lembah Indus.
Lembah Indus merangkumi kawasan penemuan-penemuan arkeologi di Mohenjo-Daro di daerah Larkana, Sindh
dan Harappa di daerah Montgomery, Punjab.
Peradaban Lembah Indus menunjukkan ciri-ciri yang bukan sahaja menandakan pencapaian budaya pemikiran
yang tinggi, tetapi juga ciri-ciri peradaban yang maju.
Kedua-dua bandar tersebut sangat popular.
 Sistem perancangan bandar yang maju seperti ruang yang lapang antara rumah untuk peredaran udara.
 Sistem perancangan, sistem pengaliran dan pembinaan longkang menandakan pencapaian pembinaan
yang baik.
 Longkang-longkang tertutup dibina selari dengan jalan raya.
 Di setiap rumah, terdapat perigi bagi tujuan mendapatkan air.
 Dalam struktur binaan, yang unik ialah binaan kolam permandian The Great Bath.

Agama
Salah satu penemuan yang menunjukkan konsep kerohanian masyarakat di Lembah Indus ialah sebuah mohor.
Gambar pada mohor itu menunjukkan seorang manusia yang bertanduk tiga duduk bersila seolah-olah sedang
melakukan yoga.
Penemuan patung wanita dan kolam permandian yang digunakan untuk tujuan keagamaan.

Masyarakat dan budaya


Sistem keluarga
Susun lapis masyarakat India mengikut Veda diistilahkan sebagai Ashrama dharma.

Sunway College Johor Bahru 21


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Empat peringkat kehidupan:

Brahmacarya Grahasta Vanaprasta Sannyasa


(dari kecil sehingga (kehidupan (kerohanian) (menolak kehidupan

usia 24 tahun) berkeluarga) duniawi)

Dalam struktur keluarga masyarakat India kaum wanita mempunyai kebebasan terhad. Pada usia muda, mereka
berada di bawah jagaan ibu bapa dan apabila sudah berkahwin mereka berada dalam lingkungan keluarga dan suami.

Sistem kasta
Ia merupakan satu amalan yang unik dalam tamadun India yang menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat
(stratifikasi sosial) yang mempunyai peranan masing-masing.

Brahmin (Golongan pendidik)


Ksatriya (Golongan pemerintah)
Vaisya (Golongan peniaga)
Sudra (Golongan pekerja)

Bahasa dan Kesusateraan


Bahasa Sanskrit (asas kepada bahasa Hindi – Utara India)
Rig – mazmur dan pujian kepada dewa-dewi.
Yajur – mazmur yang digunakan dalam upacara.
Sama – antologi mazmur rig veda bersama muzik.
Atharva – koleksi mazmur untuk menjauhkan diri daripada penyakit, kematian, sihir dan sebagainya.

Bahasa Dravida (Selatan India).


Rumpun bahasa di Selatan India
Bahasa Wilayah
Tamil Tamil Nadu
Telugu Andhra Pradesh
Malayalam Kerala
Kannada Karnataka

Kesusasteraan

Epik Ramayana

Epik Mahabharata

Bhagavadgita

Kesusasteraan Sangam mengadungi dua koleksi: Ettukotai dan Pattupattu.

Tirukkural

Ekonomi
Pertanian dan penternakan bertambah maju di samping menjalankan pelbagai pekerjaan baharu seperti
nelayan, pencuci pakaian, penggunting rambut, penjual daging, tukang batu berlian, penganyam bakul, tukang
membuat periuk, penjual tali, pedagang dan peminjam wang.
Wanita bekerja sebagai pencelup, penenun, penganyam bakul dan sebagainya.
Bagi pendapatan untuk menguruskan pentadbiran kerajaan, pelbagai cukai dikenakan seperti cukai tanah (cukai
asas), cukai rumah, kedai, air dan cukai jalan kepada antapala (pegawai tol) yang bertanggungjawab menjaga
keadaan jalan raya.
Perdagangan sangat meluas dan terdapat pelabuhan penting untuk memunggah bijih timah, besi, perak, emas dan
tembaga.
Hasil hutan, kayu dan gajah juga merupakan harta kerajaan yang sentiasa dijaga untuk pertumbuhan ekonomi
negara.

Sunway College Johor Bahru 22


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Politik
Kerajaan-kerajaan dibahagikan kepada wilayah, bahagian, daerah dan kampung yang diperintah oleh seorang raja.
Menghormati prinsip demokrasi

Suara rakyat dalam pemilihan raja, peraturan yang dikuatkuasakan ke atas kuasa raja semasa pertabalan, kebergantungan raja kepada
menteri-menteri serta kawalan yang dikenakan oleh dua buah badan atau majlis, iaitu Sabha dan Samiti. Kedua-dua badan ini
bertanggungjawab untuk melantik seseorang raja. Seseorang raja memerlukan sokongan badan ini untuk mengalahkan musuhnya serta
menentukan kedudukannnya.

Samiti: lebih besar daripada Sabha dan merupakan Sabha: berperanan sebagai Parlimen untuk membincangkan perkara-
Majlis Perhimpunan Rakyat. perkara umum, bertindak sebagai mahkamah keadilan dan mengambil
keputusan secara undi majoriti.

Gabenor Ketua Daerah


Wilayah ditadbir oleh Gabenor yang terdiri daripada Dilantik oleh Nagaraka.
ahli keluarga diraja atau dilantik oleh raja. Tugas: mengutip cukai dan menjaga
Dikenali sebagai Nagaraka. keselamatan.
Jawatan ini diwarisi turun-temurun.

Fungsi raja:
1. Memberikan perlindungan kepada rakyatnya.
- Perlindungan serangan dari luar, memelihara peraturan masyarakat dan kehidupan yang wajar. Sesiapa
yang melanggar kasta dilarang bergaul dengan masyarakat.

2. Memelihara sistem keluarga


- Melindungi janda dan anak-anak yatim piatu.
- Menjaga golongan miskin daripada penindasan golongan kaya.

3. Melindungi agama dengan memberi bantuan kewangan kepada golongan Brahmin dan kuil-kuil.

4. Menggalakkan perkembangan kesusasteraan dan kesenian.

Pandangan semesta tamadun India


Pandangan semesta tamadun India secara amnya bergantung pada falsafah dan pegangan agama masyarakat di India.
Hinduisme merangkumi idea-idea agama, falsafah dan budaya.
o Ia juga mengandungi amalan yang bersifat kepercayaan kepada kelahiran semula, Tuhan yang mutlak,
peraturan sebab dan akibat, mengagungkan keadilan dan keinginan untuk melepaskan diri dari kelahiran dan
kematian yang semuanya berasal dari India.
o Ada juga pendapat bahawa agama itu adalah amalan hidup.

Kepelbagaian agama tamadun India


1. Agama Hindu
2. Agama Buddha
3. Agama Sikh

Pencapaian dan sumbangan


Kesenian, Sains dan Teknologi
1.Seni halus (tarian, muzik dan drama)
Tarian klasik iaitu Bharata Natyam dan Kathak dipersembahkan serentak dengan muzik dan drama. Tarian
Bhangra lebih popular dalam kalangan orang Sikh.
Seni muzik berkembang seiring dengan seni tari. Irama (tala) dan melodi (raga) adalah dua kombinasi yang
digunakan serentak. Alat-alat muzik di India Selatan dan di India Utara adalah berbeza. Irama ghazal dan
qawwali diperkenalkan oleh orang Islam India.

Sunway College Johor Bahru 23


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

India Utara India Selatan


sitar veena
sahnai natasvaram
tabala mirdanga

2.Seni bina
Seni bina kuil Hindu
o Ditentukan oleh peraturan, perancangan, pemilihan tapak, mitologi dan astronomi.
o Terdapat dua bentuk iaitu bulat dan empat segi.
o Struktur penting dalam seni bina Hindu ialah:
- Shihkara (bentuk kereta kuda)
- Vimana (menara piramid)
- Ratha (bentuk bintang atau burung)
- Gopuram (pintu masuk kuil)
Seni bina Buddha
o Jenis-jenis seni bina Buddha ialah:
- Stupa Buddha (bentuk separuh bulat yang diukir kata pada batu) yang didirikan di persimpangan
jalan.
- Stambhas (bentuk tiang yang diukir dengan ayat-ayat suci Buddha) yang didirikan sebagai
monumen.
- Seni bina gua iaitu dindingnya dihiasi dengan ukiran yang menggambarkan kehidupan Buddha.
- Vedika Batu atau pagar yang mengelilingi stupa Buddha juga diukir dengan sejarah kehidupan
Buddha
- Torana Buddha atau pintu gerbang yang diperbuat daripada batu juga diukir hikayat Buddha pada
permukaan.
Seni bina Islam
o Seni bina ini hasil gabungan unsur-unsur seni bina Arab, Parsi dan tempatan.
3.Seni ukir
Berkait rapat dengan agama merangkumi pembuatan patung, tiang berukir dan seni pahat.
4.Seni lukis
Candi dan kuil di India dihiasi dengan lukisan yang menggambarkan unsur-unsur keceriaan dan keagamaan.
5.Sains dan Teknologi
Tamadun India menekankan dua aspek iaitu fungsi dan kepentingan secara menyeluruh.
Ia merangkumi bidang-bidang matematik, astronomi, fizik, kimia dan logam serta perubatan.

Interaksi ketamadunan dalam tamadun India


Keinginan untuk mencari kekayaan telah mendorong masyarakat India mencorakkan hubungan awal India dengan Asia
Tenggara dan Rom.

Relevansi tamadun India di Malaysia


Kesan pengaruh Hindu dapat dilihat dalam pelbagai bidang di Tanah Melayu seperti dalam bidang wayang kulit (Siam),
magis, lukisan, tarian dan lain-lain lagi.

Penutup
Tamadun India telah mula bertapak di Malaysia sejak zaman Kolonial British di Tanah Melayu, terutama masyarakat
berketurunan Tamil. Peradaban India seperti bahasa Tamil, kesusasteraan, struktur politik dan kerajaan, corak kehidupan
harian, agama Hindu-Buddha dan sebagainya memperkaya dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
kebudayaan dan lebih bersedia di pentas global.

Sunway College Johor Bahru 24


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Latihan 4

Soalan Objektif
1.Nyatakan sistem kekeluargaan masyarakat India mengikut urutan menaik.
A. Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan Sannayasa.
B. Grahasta, Brahmacarya, Sannayasa dan Vanaprasta.
C. Sannayasa, Grahasta, Vanaprasta dan Brahmacarya.
D. Sannayasa, Vanaprasta, Grahasta dan Brahmacarya.

2.Sistem kasta yang diamalkan dalam tamadun lndia terdiri daripada


I. Brahmin III. Vaisya
II. Ksatriya IV. Sudra
A. I dan II C. I, II dan IV
B. III dan IV D. Semua di atas

3.Apakah bahasa yang digunakan oleh masyarakat Indo-Arya?


A. Sanskrit C. Tamil
B. Suryani D. Urdu

4.Siapakah pengasas ajaran agama Buddha?


A. Ramayana Gautama C. Bhagavadgita Gautama
B. Siddhartha Gautama D. Raja Suddhodana Gautama

5.Di manakah bermulanya tamadun Indo-Arya?


A. Lembah Ganges C. Wilayah Sind
B. Sungai Gangga D. Sungai Indus

Soalan struktur
1. Nyatakan kitab-kitab Veda yang terdapat dalam masyarakat India.
2. Apakah perbezaan antara masyarakat Indo-Arya dengan masyarakat Dravida?

Sunway College Johor Bahru 25


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

BAB 5: Tamadun Cina

Pengenalan
Tamadun Cina merupakan salah sebuah tamadun tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini. Sepanjang sejarahnya ia
pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain tetapi tidak diserap oleh tamadun lain. Walaupun pada awalnya tamadun Cina
agak terlindung namun warisan sistem nilainya memberi kesan kepada perkembangan tamadun Cina sehingga kini.

Konsep tamadun Cina


Bangsa Cina digabungkan oleh lima kaum besar dipanggil dengan nama Zhonhua Minzu (bangsa Tionghua).
Pada peringkat awal, bangsa Cina dikenali sebagai bangsa Huaxia kemudian bertukar nama kepada bangsa Han pada
dinasti Han dan bangsa Tang pada dinasti Tang (618-907M).
Bangsa Cina terdiri daripada beberapa kumpulan etnik besar iaitu Han, Hui, Manchu, Mongol dan Zang (Tibet).
Konsep Negara dalam tamadun Cina iaitu Zhong Guo (Tiongkok) membawa pengertian ‘Negara Tengah’. Konsep
Zhong Hua (Tionghua) pula adalah gabungan daripada istilah Zhong Guo dengan Hua Xia yang merujuk kepada
konsep wilayah tanah jajahan pemerintahan dinasti Cina (Bangsa Han) yang mengamalkan budaya Zhong Yen.
Negara merujuk kepada semangat untuk ‘mengkeluargakan’ seluruh unit kecil kenegaraan iaitu Guo (negara) dengan
Jia (keluarga).
Konsep Zhong (taat) merupakan asas dalam sistem kenegaraan manakala Xiao (berbakti) merupakan sistem
kekeluargaan.

Asas-asas tamadun Cina

Zaman pembinaan Zaman peralihan Zaman moden

Dinasti Shang Dinasti Sung Kuasa-kuasa Barat:


Dinasti Chou Dinasti Ming Orang Portugis
Dinasti Chin dan Han Orang Manchu Mubaligh-mubaligh
Dinasti Sui Kristian
Dinasti Tang Orang Sepanyol
Dua orang paderi
Bahasa dan sistem tulisan berbangsa Itali
o Sistem pinying

Pandangan semesta tamadun Cina


Konsep Tian
Merujuk kepada langit, tetapi bukan langit yang selalu kita lihat, ia lebih kepada satu ketinggian, iaitu Syurga
(heaven). Ia juga boleh dikatakan merujuk kepada dewa yang dipuja atau disembah oleh mereka.
Semasa pemerintah Dinasti Chou, Tian dirujuk kepada makhluk unggul yang mempunyai kuasa, menguasai
perjalanan hidup dan menentukan nasib dengan adanya mandat dari syurga yang diperoleh oleh beliau.
Pada zaman dinasti Zhou konsep ini merujuk kepada empat fahaman utama iaitu:
 Tian merupakan sumber kewujudan kepada seluruh makhluk di dunia.
 Tian adalah yang maha agung mengatasi segala sesuatu.
 Tian adalah kuasa penentu nasib sesebuah dinasti.
 Tian adalah kuasa penentu kebahagiaan dan kesengsaraan.

Konsep Dao
Merujuk kepada jalan atau lorong. Jalan yang dimaksudkan ialah cara kelakuan atau tabiat sama ada baik atau
buruk.
Konsep Dao dalam kitab Daode Jing ini merujuk kepada empat perkara utama:
 Konsep dao secara harifah bermaksud jalan (the way).
 Dao adalah konsep semula jadi (nature/tabii).
 Dao adalah prinsip agung yang mutlak, asal-asul semua makhluk (wanwu).
 Dao bersifat azali (primordial), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka.

Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing


Kitab Yijing (The Books of Changes) menghuraikan konsep taiji untuk merujuk kepada satu hakikat yang mutlak
(ultimate reality). Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri taiji.
Teori yin yang merupakan percanggahan dan pertentangan dari dua aspek positif dan negatif.

Sunway College Johor Bahru 26


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Fasa pertukaran bergilir-gilir kuasa dwikutub ini dengan lima elemen (wuxing) iaitu logam, kayu, air, api dan tanah
menjadikan segala sesuatu. Wuxing ini saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Manifestasi kuasa yin yang serta lima elemen tersebut adalah proses putaran yang silih berganti tanpa
pengakhirannya. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan dao.

Kesepaduan Tian dengan insan


Kesepaduan ini bermaksud bahawa insan adalah sebahagian daripada tian.
Disebabkan hubungan ini begitu rapat maka segala kesalahan yang dilakukan oleh insan akan mengakibatkan
bencana alam sebagai tanda kemarahan tian dan amaran kepada insan.

Prinsip Zhongyong
Zhongyong (kesederhanaan) adalah sifat mulia yang tidak melampui batas sama ada yang terlebih atau terkurang.
pada ajaran Buddha tidak lagi berpengaruh dalam pentadbiran.
Ajaran-ajaran Buddha tentang penderitaan manusia serta cara untuk mengatasinya sehingga melepasi
penderitaan tersebut, iaitu mencapai nirvana telah berperanan sebagai ubat pada rakyat negara China yang
pada ketika itu mengalami keadaan huru-hara.

Kepelbagaian falsafah dan agama tamadun Cina


1. Konfucianisme
2. Buddhisme
3. Daoisme
4. Moisme
5. Aliran Fa
6. Islam

Sistem organisasi dan institusi sosial


Susun lapis masyarakat di negara China berdasarkan jenis pekerjaaan

Golongan
bijak pandai

Golongan petani

Golongan artisan dan tukang

Golongan pedagang

Carta susun lapis masyarakat Cina

Raja
Ketua bagi kerajaan pusat.
Berkuasa mutlak yang dianggap sebagai wakil daripada Tuhan.
Dari segi praktikalnya, kuasa raja terhad.
Segala tindak-tanduk dan tindakan raja dikawal oleh undang-undang moral dalam karya-karya klasik
Confucius, iaitu kod undang-undang yang diwarisi sejak zaman-berzaman dan anggota Majlis Tertinggi.
Berperanan sebagai ketua empayar, ketua kerajaan, ketua hakim dan ketua dalam bidang keagamaan.
Antara tugas maharaja adalah melantik pegawai-pegawai pentadbir bagi menjalankan jentera pentadbiran yang
memerintah dengan dibantu oleh pegawai-pegawai yang mendapat mandat dan kuasa untuk menjalankan tugas
daripada maharaja.

Golongan bijak pandai


Kumpulan kelas pemerintah yang dianggap penting kepada masyarakat Cina.
Memberikan nasihat kepada masyarakat tentang pentadbiran dan tingkah laku.
Terdiri daripada pegawai tempatan.

Sunway College Johor Bahru 27


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Petani
Dianggap insan yang mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan.

Golongan artisan
Tukang-tukang mahir dan golongan terbawah ialah pedagang yang dianggap penipu dan penganut keuntungan orang
ramai.
Hamba bekerja sebagai pembantu rumah yang lazimnya terdiri daripada wanita.

Pentadbiran
Negara China merupakan salah sebuah negara yang bersifat empayar.
Faktor penting: peperangan yang berlaku dalam sesuatu wilayah itu dan negara empayar ini akan berkembang
dengan pesat apabila keamanan dapat dipulihkan.
Sejarah awal negara China memperlihatkan kemunculan dan perkembangan beberapa dinasti.

Politik
Kabinet: 6 konsular dan 2 pembantu consular.
Peranan:
 Mempertimbangkan dan mengumumkan hasrat kerajaan.
 Mengatur negeri.
 Bekerjasama dengan seluruh pentadbiran untuk membantu raja memerintah negara.
Majlis Agung (The General Council)
Peranan:
 Membuat cadangan
 Membuat keputusan
 Mengenal pasti kepentingan sesuatu perkara tentang tentera dan negara

Pencapaian dalam pelbagai bidang


Kesusasteraan
Puisi
o Shi Jing (sastera realisme di utara)
o Chuci (sastera romantik di selatan)
Prosa
o Fu merupakan bentuk prosa bernada dinasti Han.
Drama
o Chuan Qu dan Kun Qu.
Fiksyen
o Sanguo Yanyi (Roman Tiga Negara)
o Honglou Meng (Mimpi Loteng Merah)
o Shuihu Zhuan (Kisah Pinggir Air)
o Xiyou Ji (Perjalanan ke Barat)
o Jin Ping Mei (Pasu Plum Emas)
Kesenian
Muzik klasik
Kaligrafi
Merupakan seni khat yang menggunakan berus Cina.
Telah digunakan selama 4000 tahun dalam penulisan.
Asas: garis dan bentuk.
Menekankan keharmonian, keseimbangan, gerak hati dan momentum semasa menulis.
Hurufnya mempunyai teks yang berbeza dari segi bentuk, gaya dan pergerakan yang digelar sebagai
penulisan kai, xing, cao, li dan da zhuan.
Seni lukis tradisional
Sejenis seni penggunaan berus dan dakwat Cina.
Alatannya: berus, dakwat, batu dakwat dan kertas atau sutera.
Mempunyai persamaan dengan kaligrafi dari segi teknik dan teori.
Seni Bina
Struktur bangunan diperbuat daripada kepingan kayu yang disambung dengan rekaan cantuman yang khas
tanpa dipaku atau dibebat.

Sunway College Johor Bahru 28


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tiang diperbuat daripada kayu manakala dinding, lantai, makam, jambatan dan tugu peringatan menggunakan
jubin.
Empat ciri bangunan:
Dagoba
Pagoda
Pavilion
Stupa
Kung Fu
Seni mempertahankan diri.
Dikatakan berasal dari India dan diperkenalkan semasa penyebaran agama Buddha di kuil Shaolin.
Diubahsuai dan diserap sebagai satu kemahiran Cina.
Kuil Shaolin: tempat berkembangnnya seni kung fu dan menghasilkan pelbagai cabang seni, contoh wu dang,
er mei dan hua shan.

Sains dan Teknologi


Menekankan dua aspek iaitu fungsi dan kepentingannya secara menyeluruh.
Sumbangan besar ialah membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

Interaksi ketamadunan dalam tamadun Cina


 Interaksi antara tamadun Cina dengan tamadun India
 Agama Buddha disebarkan ke negara China melalui interaksi ini.

Relevansi tamadun Cina di Malaysia


 Tamadun Cina bersifat terbuka dan bertolak ansur.
 Perkenalkan penggunaan sistem mata wang.

Penutup
Keunikan tamadun Cina menyediakan potensi yang hebat bagi berkembang maju dan menjadi negara yang bertamadun dan
moden. Dalam konteks masyarakat di Malaysia kehadiran masyarakat Cina serta budayanya yang unik telah memeperkaya
dan mengukuhkan lagi peradaban dan kehidupan harmoni pelbagai kaum.

Latihan 5
Soalan Objektif
1. Apakah sistem dalam masyarakat Cina yang bertujuan untuk mengawal keluarga dan negara?
A. Konsep Zhong dan Xiao C. Konsep Chun dan Qin
B. Konsep Fong dan Sue D. Konsep Cheng dan Hoe

2. Apakah fahaman yang merangkumi konsep Tian dalan pandangan semesta tamadun
Cina?
I. Tian adalah kuasa penentu nasib sesebuah dinasti.
II. Tian merupakan sumber kewujudan kepada seluruh makhluk di dunia.
III. Tian adalah yang maha agung dan mengatasi segala sesuatu.
IV. Tian adalah kuasa penentu kebahagiaan dan kesengsaraan insan.
A. I dan lI C. I, II dan IV
B. III dan IV D. Semua di atas

3. Di manakah pusat pertumbuhan tamadun Cina (utara)?


A. Chang Jiang C. Wilayah Shanxi
B. Huang He D. Wilayah Shandong

4. Apakah pengertian konsep negara dalam tamadun Cina iaitu Zhong Guo membawa pengertian?
A. Negara Tengah C. Negara Bangsa
B. Wilayah Tengah D. Wilayah Tanah Jajahan

Sunway College Johor Bahru 29


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

5. Apakah sumbangan terbesar tamadun Cina terhadap perkembangan teknologi dunia?


I. Kompas III. Bahan letupan
II. Percetakan IV. Pembuatan kertas
A. I, II and III C. II, III and IV
B. I, II and IV D. Semua di atas

Soalan struktur
1.Nyatakan EMPAT ciri bangunan dalam tamadun Cina.
2.Apakah LIMA bentuk hubungan dalam masyarakat yang ditekankan oleh ajaran Konfucianisme?

Sunway College Johor Bahru 30


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

BAB 6: Isu-isu semasa dan cabaran masa depan

Pengenalan
Bab ini membicarakan tentang isu-isu semasa yang dihadapi tamadun dunia dan Malaysia khususnya.

Dunia berbilang tamadun


Pengajaran untuk Dunia Barat daripada tamadun Islam dan tamadun Asia
Nilai seperti toleransi dan persefahaman daripada tamadun Timur perlu diikuti oleh tamadun Barat yang selama ini
bersikap mendominasi.

Hegemoni barat
 Zionisme
 Penghakisan jati diri
 Hegemoni politik
 Hegemoni ekonomi
 Hegemoni sosial
 Globalisasi

Hegemoni
Konsep ini banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk
mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.
Teori Gramsci (Rosengarten, 1992): hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas
masyarakat tertentu, iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas lain dari segi ekonomi,
budaya dan moral.
 Suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dengan masyarakat
bawahan dalam sesebuah negara bangsa.
Definisi: dominasi oleh sebuah kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan
sehingga idea-idea yang ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi itu wajar (common
sense).
Hegemoni media
Impak revolusi teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa satu perubahan yang besar dalam cara hidup
masyarakat di dunia global ini.
Antara impak yang ketara ialah berlaku perubahan dalam cara dan gaya penyampaian serta penyebaran maklumat
secara global.
 Melalui kemajuan dalam teknologi komunikasi, pihak Barat telah mendominasikan penyebaran
maklumat dan berita antarabangsa.
 Hal ini kerana media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh pada hari ini dikuasai oleh
sekumpulan syarikat gergasi yang berpusat di Barat.
 Agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat mempunyai pengaruh yang besar dalam
menentukan cara maklumat bagi sesuatu peristiwa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia.
Hegemoni ekonomi
Barat telah melakukan transformasi ke atas negara-negara yang telah dijajah semata-mata untuk kepentingan dan
keuntungan mereka sahaja. Keadaan ini masih berterusan hingga ke hari ini.
Negara Dunia Ketiga merupakan pusat pengeluaran bahan mentah seperti biji timah dan minyak, serta penanaman
modal untuk perkembangan perusahaan dan perindustrian barang-barang mewah yang bukan diperlukan oleh
dunia ketiga.
Perkara demikian menyebabkan keuntungan hanya dikaut oleh kapitalis Barat dan sebahagian kecil
penduduk negara dunia ketiga, manakala kebanyakan rakyat biasa tidak mendapat manfaat yang banyak
(Wan Hashim, 1977).
Barat turut menubuhkan kelab ekslusifnya, iaitu G7 yang hanya boleh disertai oleh negara-negara maju seperti
Jepun dan Perancis.
Barat menubuhkan syarikat-syarikat multinasional yang beroperasi seluruh dunia bagi memastikan ekonomi dapat
dikawal oleh Barat dengan menguasai ekonomi sesebuah negara tersebut selain mengaut keuntungan secara
maksimum.
Kesan daripada penubuhan syarikat tersebut, Barat telah menubuhkan World Bank dan International Monetary
Fund (IMF) untuk memperkukuhkan penguasaan mereka.
Mata wang mereka diguna pakai seluruh dunia, khususnya apabila hendak melalukan perniagaan antarabangsa.

Sunway College Johor Bahru 31


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Hegemoni politik
Barat telah mewujudkan blok-blok negara seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat.
Untuk mengukuhkan lagi penguasaan mereka, kuasa Barat juga telah mewujudkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
Pihak Barat telah mewujudkan kuasa veto dan kuasa mutlak.
Kuasa ini hanya boleh dinikmati oleh kuasa-kuasa besar atau negara-negara yang maju seperti Perancis,
United Kingdom, Jepun dan sebagainya.
Tidak memerlukan pengesahan sesiapa semasa menjalankan perbincangan dengan negara lain.
Membenarkan mereka bertindak sendirian menyerang negara lain seperti peperangan Amerika Syarikat
dengan Iraq dan Afghanistan.
Globalisasi
Definisi: peruntuhan pagar-pagar yang memisahkan antara negara sehingga berlakunya pertukaran, pemindahan
dan perkongsian dalam pelbagai lapangan seperti ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama.

Teori pertembungan tamadun


1.Seorang professor sains politik di Universiti Harvard, Samuel P. Huntington mengemukakan teori The Clash of
Civilisations.
2.Teori beliau berdasarkan kepada tiga andaian utama, iaitu:
a) Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi ideologi, politik
dan ekonomi tetapi budaya;
b) Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah disebabkan
perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun; dan
c) Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan
perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.
3.Tamadun Barat akan bertembung dengan tamadun-tamadun lain terutama tamadun Islam. Antara petanda awal
pertembungan tersebut ialah peristiwa Perang Teluk pada tahun 1990.
Dampak peristiwa 11 September
Peristiwa 11 September 2001 selalu dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dengan dunia Barat.

Dialog antara tamadun


1.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun.
o Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun.
o Dicadangkan oleh Presiden Iran ketika itu, iaitu Mohammad Khatami.
2.Dialog dapat menangani semua masalah yang terdapat di peringkat antarabangsa mahupun di Malaysia.

Pemupukan nilai-nilai sepunya menerusi dialog tamadun


Demi membina nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun Islam dan tamadun Asia, maka hendaklah diadakan
dialog dalam semua peringkat masyarakat.
o Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah
- Pengajian mengenai tamadun Islam dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum.
- Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sebagai agenda utama dalam kegiatan-
kegiatan mereka.
o Pertubuhan-pertubuhan belia
o Akhbar dan majalah popular
o Program di radio dan televisyen
o Masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami
serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain.

Sunway College Johor Bahru 32


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Isu-isu dalam dialog tamadun Keganasan dan ketidakadilan

Perebutan kuasa Layanan


Isu pokok dalam dialog
politik dan ekonomi tamadun buruk

Kejahilan tentang tamadun lain

Dialog tamadun: Dimensi dalaman dan dimensi luaran


1.Dialog antara tamadun di Malaysia
Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
o Persefahaman antara kaum yang berasaskan nilai budaya dan tamadun sepunya.
o Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia.
o Mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun di Malaysia.
The Islamic Symposium on Dialogue pada tahun 1999, Pertubuhan Negara-negara Islam telah menerbitkan
sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban.
o Deklarasi ini telah diterima sebagai satu resolusi semasa Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa
Bersatu 53/22 yang telah mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Antara Peradaban
Sedunia.
2.Dialog antara tamadun Barat dengan tamadun Islam dan tamadun Asia
Dialog pada peringkat ini perlu mengambil kira akan perkara-perkara berikut:
o Nilai-nilai sepunya;
o Menghormati realiti dunia berbilang tamadun;
o Saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan;
o Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat dan tamadun Islam; dan
o Memahami isu keganasan bukan sahaja dari perspektif Barat tetapi juga dari perspektif
masyarakat Islam dan Asia.

Isu-isu ketamadunan semasa


 Terrorisme dan salah faham tentang jihad
 Alam sekitar
 Gajet dan media sosial
 Kekeluargaan
 Feminisme

Penutup
Perkembangan teknologi yang pesat menjadikan dunia hari ini seolah-olah sebuah kampung global. Batasan geografi tidak
lagi menjadi penghalang kepada sebahagian besar masyarakat dunia untuk bergerak ke mana sahaja yang disukai mereka.

Sunway College Johor Bahru 33


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Latihan 6

1. Apakah yang dapat anda pelajari dari peristiwa September 11? Berikan komen, kritikan dan persepsi anda mengenai
peristiwa ini.

2. Beri kritikan anda terhadap kejadian bencana alam yang sering menimpa dunia hari ini dan kaitannya dengan
kelestarian tamadun manusia.

3. Usaha mengekalkan kelestarian alam boleh diusahakan melalui pelbagai pendekatan. Bincangkan pendekatan yang
sesuai dijalankan di Malaysia dan bagaimanakah sikap dan sambutan masyarakat terhadap usaha ini demi memastikan
kesinambungan tamadun dapat diwarisi kepada generasi yang seterusnya.

4. Di samping nilai positif yang wujud dalam perkembangan teknologi komunikasi yang ada pada hari ini, masyarakat
juga berdepan dengan pelbagai masalah yang dihasilkan dari teknologi ini. Bincangkan masalah yang timbul dari
perkembangan teknologi ini dan bagaimana teknologi ini boleh dianggap sebagai faktor keruntuhan sesebuah tamadun.

5. Kenal pasti dan senaraikan bentuk-bentuk budaya masyarakat Malaysia yang telah dipengaruhi oleh budaya Barat.

6. Perihal kepentingan dialog peradaban dalam menyelesaikan konflik budaya antara masyarakat Timur dengan Barat.

Ulangkaji

Bahagian A
1. Pilih pernyataan yang berkaitan inti pati utama dalam kitab Muqaddimah Ibn Khaldun.
I. Kehidupan bandar yang merupakan kehidupan bertamadun.
II. Semangat asabiyah dapat menyatukan masyrakat.
III. Semangat asabiyah menyebabkan masyarakat huru-hara.
IV. Hadharah ialah kehidupan Bandar yang bertertib.
A. I dan II C. I, II dan III
B. III dan IV D. I, II dan IV

Umran Maddana Civitas Hadharah

2. Perkataan di atas digunakan untuk menjelaskan makna tamadun. Kesemuanya menunjukkan kepada adanya
perkongsian ciri yang sama. Apakah ciri yang dimaksudkan?
A. Agama C. Politik
B. Bahasa D. Penempatan kekal

3. Menurut Ibn Khaldun, asabiyah ialah salah satu elemen dalam pembinaan masyarakat bertamadun. Apakah yang beliau
maksudkan dengan asabiyah?
A. Semangat kekitaan yang membina. C. Perasaan sayangkan ahli keluarga.
B. Perasaan kesukuan yang menebal. D. Semangat kerjasama antara suku kaum.

4. Manakah antara berikut BUKAN merupakan faktor utama yang menjadi pencetus kelahiran sesebuah tamadun?
A. Lokasi yang strategik. C. Dorongan keagamaan dan kerohanian.
B. Kekuatan ketenteraan. D. Toleransi yang tinggi terhadap tamadun lain.

5. Pernyataan berikut adalah BENAR bagi menggambarkan hubungan antara tamadun dengan agama, KECUALI
A. agama memainkan peranan dalam membina sesebuah tamadun.
B. semua tamadun wujud hasil daripada kesedaran yang tinggi terhadap agama.
C. kemunculan kebanyakan tamadun silam adalah manifestasi kehidupan beragama.
D. tamadun boleh wujud dalam kalangan masyarakat yang mempunyai pelbagai pegangan agama.

6. Berikut ialah faktor-faktor yang boleh meruntuhkan sesebuah tamadun, KECUALI


A. bencana alam C. pengaruh tamadun lain
B. keruntuhan akhlak D. kepimpinan yang lemah

Sunway College Johor Bahru 34


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

7. Berikut ialah para ilmuwan Andalus yang menyumbangkan karya dalam bidang perubatan, KECUALI
A. Ibn Rushd C. Al-Zahrawi
B. Ibn Baytar D. Ibn Sina

8. Manakah pernyataan di bawah yang kurang bersesuaian dengan peranan institusi masjid di dalam Islam?
I. Tempat menunaikan ibadat III. Tempat menyelesaikan pertikaian
II. Tempat menuntut ilmu IV. Tempat aktiviti rekreasi
A. I dan II C. I, II dan IV
B. I, II dan III D. IV sahaja

9. Pilih sifat nilai orang Melayu yang selaras dengan ajaran Islam.
I. Memuliakan orang tua III. Mengutamakan ikatan kekeluargaan
II. Saling menghormati IV. Berpegang teguh kepada adat resam
A. I dan II C. I, II dan III
B. II dan III D. Semua di atas

10. Manakah antara hasil karya seni berikut yang BUKAN daripada tradisi budaya Melayu?
A. Topi C. Seni tekat
B. Songket D. Anyaman tikar

11. Apakah nama laluan yang digunakan untuk menyebarkan agama Islam ke China pada abad ke-13M?
A. Laluan Sutera C. Laluan Pedagang
B. Laluan Emas D. Laluan Kapas

12. Pilih pernyataan yang BETUL mengenai susun lapis masyarakat Cina Feudal.
A. Golongan ilmuwan, pedagang, petani dan artisan.
B. Golongan petani, artisan, pedagang dan ilmuwan.
C. Golongan pedagang, ilmuwan, artisan dan petani.
D. Golongan ilmuwan, petani, artisan dan pedagang.

 Klasik Confucius dan Analekta


 Lima bentuk hubungan dalam masyarakat
 Kejujuran dan kebaikan menghalang huru-
hara dan pecah belah

13. Maklumat di atas merujuk kepada ajaran ______________.


A. Taoisme C. Buddhisme
B. Legalisme D. Konfucianisme

14. Pernyataan berikut ialah kesan positif dialog peradaban, KECUALI


A. ramai pelajar Malaysia diterima belajar di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom.
B. hubungan antara Korea Utara dengan Korea Selatan sentiasa tegang tetapi tiada peperangan.
C. Palestin membatalkan hasrat mengisytiharkan kemerdekaan negaranya kerana tekanan Amerika Syarikat.
D. rakyat Malaysia hidup di dalam keadaan aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.

15. Apakah kriteria UTAMA takrifan Melayu seperti mana yang termaktub di dalam Perkara 160 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia?
I. Lazimnya berbahasa Melayu III. Beragama Islam
II. Mengamalkan adat-istiadat Melayu IV. Berdarah keturunan Melayu
A. I dan II C. I, II dan IV
B. I, II dan III D. Semua di atas

16. Susun lapis masyarakat India yang diistilahkan sebagai Asharama dharma terbahagi kepada empat peringkat. Nyatakan
urutan peringkat-peringkat tersebut.
A. Bramahcarya, Grahasta, Sannyasa dan Vanaprasta.
B. Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan Sannyasa.
C. Brahmacarya, Sannyasa, Grahasta dan Vanaprasta.
D. Brahmacarya, Vanaprasta, Grahasta dan Sannyasa.

Sunway College Johor Bahru 35


MPU 3123 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia

17. Tamadun Romawi telah mengalami keruntuhan disebabkan oleh ______________.


A. sikap terbuka C. sikap tertutup
B. bencana alam D. jurang kaya-miskin

18. Apakah ciri-ciri utama kemunculan tamadun Melayu?


I. Agama Islam III. Penggunaan tulisan jawi
II. Adat istiadat Melayu IV. Penggunaan Bahasa Malaysia
A. I dan II C. II, III dan IV
B. I, II dan III D. Semua di atas

19. Apakah bahasa yang digunakan oleh masyarakat Indo-Arya?


A. Sanskrit C. Tamil
B. Suryani D. Urdu

20. Kesh merupakan salah satu simbol utama bagi masyarakat Sikh. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan kesh ini?
A. Gelang besi C. Pedang kecil
B. Rambut panjang D. Sikat

Sunway College Johor Bahru 36

Anda mungkin juga menyukai