Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Seksyen Enam Kod Sekolah: BBA 8216

1. Nama Guru ROSDI BIN ISMAIL

2. Judul Panduan Mengurus Makmal ICT 3. Bidang: PENGURUSAN ICT


Sekolah
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -
6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Kepentingan, keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi Maklumat dan komunikasi adalah elemen
penting yang perlu dimiliki oleh warga pendidik dalam mengharungi dunia tanpa sempadan. Bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang berkesan,
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan kemudahan infrastruktur Teknologi Maklumat dan
komunikasi (ICT) di seluruh sekolah secara berperingkat-peringkat.
Sebahagian besar sekolah-sekolah dibina makmal komputer dalam rancangan Malaysia ke-8 bagi
merealisasikan wawasan ini. Pendedahan kepada ICT dilakukan secara terancang dan sistematik supaya
budaya ini dapat diterapkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih praktikal dan positif.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pembangunan ICT dalam pendidikan dirancang sepuluh tahun akan datang bagi mencapai matlamat
meningkatkan infrastruktur ICT, memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, meningkatkan
sistem pentaksiran dengan menekankan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.Matlamat seterusnya adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT
di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan staf sokongan dalam pengurusan pendidikan, penyelidikan dan
pembangunan serta kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat bagi membantu
memperkembangkan ICT dalam pendidikan.
Dalam mengurus makmal komputer, beberapa aspek pengurusan perlu diberi perhatian seperti
keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan
makmal komputer.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna
makmal komputer. Sebagai Penyelaras Makmal Komputer, tugas yang ditauliahkan kepada anda perlu
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Adalah diharapkan kehadiran buku ini sedikit sebanyak dapat memberi ilham kepada warga pendidik
khususnya yang diamanahkan bagi mengurus, mengendali dan mentadbir makmal komputer sekolah.
Sebagai penyelaras makmal komputer, buku ini bolehlah dijadikan ringkasan rujukan dan panduan supaya
makmal komputer di sekolah beroperasi dalam keadaan sistematik dan teratur.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ROSDI BIN ISMAIL ) ( ANI BINTI MEH )

Anda mungkin juga menyukai