Anda di halaman 1dari 2

Syarat sah puasa

Syarat puasa itu diterima dalam Islam (sah) ialah:

 Orang Islam
 Berakal – tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz
 Suci daripada haid dan nifas
 Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa

Rukun puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:

 Berniat pada malam harinya


 Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam
matahari

Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

 Makan sahur serta melambatkannya
 Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
atau air
 Menjamu orang-orang berbuka puasa
 Solat Tarawih pada malam harinya
 Memperbanyak ibadah dan berbuat kebaikan
 Berungguh-sungguh dan tekun berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadan untuk
mendapatkan malam al-Qadar atau Lailatulqadar

Perkara yang membatalkan puasa


Perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

 Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit, seperti
memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
 Muntah dengan sengaja
 Bersetubuh di siang hari
 Mengeluarkan air mani dengan sengaja
 Keluar darah haid atau nifas
 Hilang akal (seperti gila)
 Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
 Merokok di siang hari (termasuk menghisap ganja atau dadah)
 Murtad (keluar dari Islam)
 Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau penyegar
mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam
rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada
rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Anda mungkin juga menyukai