Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya, kumpulan pengkaji telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Pengkaji ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah SMK
Kuala Penyu, iaitu Encik Mohd Fuad Bin Abu Bakar, atas dorongan dan sokongan
yang beliau berikan kepada pengkaji. Pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru Bahasa melayu Tingkatan 6, iaitu Puan Sumarni Binti Maarop
kerana telah banyak meluangkan masa untuk membimbing pengkaji bagi
menghasilkan kajian sempurna. Pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan sekelas yang turut membantu kumpulan pengkaji dalam
menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah
sama-sama menggembleng tenaga yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan ini.

Nurateka Binti Aini


Roziana Kimjon
Noor Nazihah Hanie Binti Jain
Mohd Hamizan Bin Mohd Hafizan

1
ISI KANDUNGAN

BI PERKARA HALAMAN
L
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 3-4
1.1 Latar Belakang
1.2 Definisi Konsep

2.0 Objektif Kajian 5

3.0 Kepentingan Kajian 5

4.0 Skop Kajian 5

5.0 Batasan Kajian 6

6.0 Kaedah Kajian 6-7


6.1 Pemerolehan Data
6.2 Penganalisisan Data

7.0 Dapatan Kajian 8-13


7.1 Kata Kerja Bentuk Tunggal
7.2 Ayat Perintah Suruhan
7.3 Kosa Kata
7.4 Gaya Bahasa
7.5 Analisis Kesalahan Penggunaan Laras Bahas
Resepi

8.0 Rumusan Kajian 14

9.0 Penutup 14

Bibliografi 15

Lampiran 16

2
1.0 PENGENALAN
Dalam bahagian ini akan menghuraikan aspek latar belakang kajian dan
definisi konsep.
1.1 Latar Belakang
Penggunaan laras resepi telah wujud sejak berkurun-kurun lagi
bermula dengan lisan dan kemudiannya digunakan dalam bidang penulisan.
Laras resepi adalah salah satu cabang yang terdapat dalam bidang ilmu laras
bahasa. Secara teorinya, laras resepi ini dapat dikenal pasti melalui ciri-ciri
tertentu yang terdapat dalam binaan suatu ayat. Laras resepi lebih memberi
perhatian terhadap hal-hal yang berkaitan dengan masakan dan pemakanan.
Tujuan laras resepi diperkenalkan adalah bertujuan untuk menjalankan
perniagaan atau perkongsian ilmu masakan dengan orang lain.
Laras resepi dapat dilihat akan penggunaannya secara lisan melalui
rancangan-rancangan masakan, kursus masakan, pendidikan kulinari dan
banyak lagi. Tambahan pula, laras resepi dalam bidang penulisan dapat dilihat
melalui buku-buku masakan, majalah resepi dan ruangan masakan dalam
akhbar. Laras resepi yang wujud dalam sebuah penulisan dapat dinilai dari
segi kosa kata yang digunakan, gaya bahasa dan jenis ayat yang digunakan.
Pada era yang kian moden ini, terdapat pelbagai laras yang semakin
meluas penggunaannya seperti laras ekonomi, laras sains, laras sukan, laras
iklan dan laras undang-undang. Namun begitu, pengkaji lebih berminat untuk
mengkaji penggunaan laras resepi dalam majalah Sedap. Hal ini kerana
pengkaji ingin mengetahui akan keunikan penggunaan laras resepi dalam
sesebuah karya penulisan. Apabila penguasaan terhadap laras resepi
bertambah baik, mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam
penulisannya atau penutur melalui lisannya lebih mudah difahami.
Keseluruhannya, pengkaji berminat untuk mengkaji laras resepi
dengan lebih mendalam kerana pemahaman laras resepi yang baik dapat
membantu suatu-suatu mesej mengenai masakan dan pemakanan jelas untuk
difahami.

3
1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Laras Bahasa


Menurut, Asmah Haji Omar ( 1982 ), laras bahasa merupakan ciri khusus
dalam penggunaan bahasa berdasarkan bidang penggunaannya. Selain itu, Halliday
( 1978 ) pula berpendapat bahawa laras bahasa merupakan variasi bahasa yang
berbeza mengikut fungsi. Oleh itu, perkara ini menunjukkan laras bahasa sering
berubah-berubah secara kontigensi ataupun mengikut keadaan.

1.2.2 Laras Resepi


Menurut Nawi Ismail, Laras resepi merupakan laras bahasa yang
memperlihatkan ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan hal-hal yang
berkaitan dengan masakan. Laras ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan
tunjuk cara tentang sesuatu masakan kepada khalayak. Laras resepi diperluas untuk
tujuan perniagaan. Di samping itu, laras resepi juga digunakan oleh semua orang
dalam perkongsian ilmu masakan dengan orang lain.

Ringkasnya, laras bahasa resepi merupakan laras yang digunakan untuk


menunjukkan perbuatan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan dan
pemakanan. Selain itu, laras resepi juga mengemukakan beberapa cirinya yang
tersendiri untuk menyampaikan maklumat mengenai pemasakan dan makanan. Laras
resepi yang dikaji mempunyai beberapa ciri-ciri yang istimewa dan khusus yang tidak
terdapat pada laras bahasa yang lain.

4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :

a) Mengenal pasti ciri laras resepi yang terdapat dalam majalah Sedap.
b) Menghuraikan ciri-ciri laras resepi yang terdapat dalam binaan ayat yang
terkandung dalam majalah Sedap.
c) Menganalisis kesalahan penggunaan laras resepi dalam majalah Sedap.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Hasil kajian yang dijalankan ini adalah penting untuk :

a) Memperlihatkan kelebihan penggunaan laras resepi berbanding laras bahasa


yang lain dalam Bahasa Melayu.
b) Menambahkan pengetahuan tentang penggunaan laras resepi dalam
pembinaan ayat yang terdapat dalam majalah Sedap.
c) Mengenal pasti keunikan yang terdapat dalam laras resepi dalam pembinaan
ayat dalam Bahasa Melayu.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah kepada penggunaan laras resepi dalam majalah Sedap. Aspek
yang akan diberikan tumpuan oleh pengkaji ciri-ciri laras resepi yang terkandung
dalam majalah ini. Ciri-ciri yang akan dikaji oleh pengkaji ialah :

i. Jenis ayat
ii. Jenis kata kerja
iii. Kosa kata
iv. Gaya Bahasa

Berdasarkan ciri-ciri laras resepi tersebut, pengkaji hanya mengambil ciri (i) hingga
(iv) untuk menyempurnakan kajian.

5
5.0 BATASAN KAJIAN

Oleh itu, pengkaji membataskan kajian berdasarkan rujukan yang telah ditetapkan
iaitu majalah Sedap yang diterbitkan oleh EG Medium Sdn Bhd. Majalah ini
diterbitkan dan terbatas pada Disember tahun 2016. Majalah ini juga terdapat
bahagian resepi yang berbeza iaitu Sajian ala barat, Manisan segar, dan Pakar bakeri.
Namun, pengkaji hanya mengambil satu bahagian untuk menjalankan kajian ini iaitu
bahagian Pakar bakeri sahaja.

6.0 KAEDAH KAJIAN


6.1 Mendapatkan data
Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut.

6.1.1 Kajian Kepustakaan


Kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan
rujukan dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa. Maklumat yang
diperoleh daripada hasil bacaan, pihak yang tertentu, dan orang perseorangan
dikumpul dan diteliti sebelum proses menulis dilaksanakan. Selain ini, kajian
kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan sumber tambahan bagi
melengkapkan kajian ini. Kajian kepustakaan ini juga mempercepat proses
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan itu.

6.1.2 Kajian Teks


Kajian ini ialah kajian teks yang menggunakan laras bahasa resepi
dalam sebuah majalah resepi iaitu majalah Sedap sebagai sumber rujukan.

6.2 Mengumpulkan Data

Sumber data kajian ini ialah majalah Sedap. Laras bahasa resepi yang
dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaannya oleh pengkaji.

6
6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data

Analisis data dilakukan dengan menganalisis contoh dan penggunaan laras


bahasa dalam bahasa Melayu.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menjelaskan dan memperincikan segala dapatan kajian.


Bahagian ini dihurai lebih mendalam bersesuaian dengan ketepatan objektif yang
telah ditetapkan. Dapatan kajian telah disusun mengikut turutan berdasarkan ciri-ciri
yang terkandung dalam laras bahasa resepi.

7.1 Banyak Menggunakan Kata Kerja Bentuk Tunggal.

Menurut Tatabahasa Asas ( 2015:108 ), kata kerja tunggal ialah kata kerja
yang tidak mengandungi imbuhan. Kata kerja tunggal dapat berdiri sendiri sebagai
predikat dalam ayat. Secara perbandingan, laras resepi kurang menitikberatkan aspek
ketepatan tatabahasa.

Data Ayat Muka surat


1 Pukul mentega tawar sejuk. 65
2 Tuang sedikit adunan kek di atas loyang muffin pendek lebar 65
yang dilapisi cawan kertas.
3 Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180`C selama 25 68
minit hingga masak, angkat dan ketepikan
4 Kukus di dalam periuk kukus yang sudah dipanaskan dengan 69
api sederhana selama 15 minit sehingga masak, angkat.
5 Rebus susu, gula dan tepung gandum sambil dikacau hingga 69
meletup-letup, tambahkan marshmallow dan kacau hingga
larut.
6 Angkat dan biarkan wapnya hilang, tambahkan krim pukul 69
dan pukul rata.

7
7 Masukkan coklat masakan pekat, kacau hingga coklat larut 70
dan sejukkan.
8 Tekankan krim dengan spuit di atas kek cawan, taburkan 72
kacang gajus dan hias dengan biskut wafer.
9 Ayak tepung gandum dan tambahkan serbuk penaik, 74
tambahkan gula dan kacau rata.
10 Tuang adunan kedalam acuan muffin besar pendek lebar 75
yang dilapisi cawan kertas.

Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1, perkataan yang telah ditulis serong ialah kata kerja
dalam bentuk tunggal. Data 2 sepatutnya memerlukan satu kata kerja aktif transitif,
iaitu menuangkan sedikit adunan kek di loyang muffin pendek lebar yang dilapisi
cawan kertas. Namun demikian, kata kerja bentuk tunggal lazimnya digunakan. Data
3 sepatutnya memerlukan satu kata kerja pasif transitif, iaitu dibakar dengan api
bawah suhu ketuhar 180`C selama 25 minit hingga masak, angkat dan ketepikan.
Selain itu, data 7 sepatutnya memerlukan satu kata kerja pasif transitif, iaitu
masukkan coklat masakan pekat, dikacau hingga coklat larut dan sejukkan.
Seterusnya, data 8 sepatutnya memerlukan satu kata kerja pasif transitif, iaitu
tekankan krim dengan spuit di atas kek cawan, taburkan kacang gajus dan dihiaskan
dengan biskut wafer.

Tuntasnya, laras bahasa resepi banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal
kerana maklumat lebih mudah disampaikan kepada pembaca dan mudah difahami.
Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan laras bahasa yang ringkas dapat
memudahkan pembaca untuk memahaminya.

7.2 Banyak Menggunakan Ayat Perintah Suruhan

8
Salah satu ciri laras resepi ialah banyak menggunakan ayat perintah berbentuk
suruhan. Menurut Ahmad Khair Muhammad Nor (2018), ayat perintah digunakan
untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Menurutnya lagi, ayat suruhan ini digunakan
untuk memberikan suruhan atau arahan dan suruhan itu terkandung pada kata kerja.

Data Banyak menggunakan Ayat Perintah Muka surat


11 Campurkan telur dan mentega, kacau rata. 67
12 Tekankan di kek cawan, taburkan coklat parut. 67
13 Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180`C selama 25 68
minit hingga masak, angkat dan ketepikan.
14 Ambil satu cawan kek cawan, tekankan buttercream dan 68
letakkan pisang di atasnya.
15 Tambahkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk 69
penaik sambil diayak berselang-seli dengan krim pekat
sambil dipukul rata.
16 Tabur cip coklat, bakar dengan api bawah suhu ketuhar 70
180`C selama 40 minit hingga masak, angkat dan biarkan
sejuk.
17 Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180`C selama 45 71
minit hingga masak.
18 Tambahkan kuning telur, kacau hingga licin. 74
19 Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180`C selama 25 minit 75
hingga masak, sejukkan.

Jadual 2

Berdasarkan jadual 2, pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 9 contoh ayat


yang menepati ciri-ciri laras resepi seperti yang telah dinyatakan, iaitu banyak
menggunakan ayat perintah suruhan. Pengkaji mendapati ayat-ayat tersebut
dimulakan dengan kata kerja berbentuk suruhan. Sesetengah kata kerja yang terdapat
pada permulaan ayat menggunakan imbuhan -kan sebagai perintah yang menunjukkan
suruhan. Pengkaji juga mendapati bahawa penulis majalah Sedap banyak

9
menggunakan ayat perintah suruhan supaya penyampaian sesuatu perintah yang
berbentuk suruhan dalam penggunaan ayatnya dapat mudah difahami dengan jelas
oleh setiap pembaca.

7.3 Kosa Kata Berkaitan Dengan Pemakanan Dan Masakan

Kosa Kata merupakan keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa. Setiap laras
mempunyai kosa kata yang akan mengaitkannya dengan penggunaan laras bahasa
tersebut. Untuk laras resepi, sesetengah perkataan boleh membawa maksud khusus
ataupun maksud umum. Maksud khusus di sini bermaksud, sesebuah perkataan
tersebut mempunyai makna yang terbatas untuk sesuatu bidang sahaja manakala
maksud umum bermakna penggunaan sesuatu perkataan digunakan secara meluas.
Terdapat beberapa kata khusus yang digunakan dalam laras ini antaranya ialah:

Data Kosa kata berkaitan dengan Maksud kosa kata Muka


pemakanan dan masakan. surat
20 Sudukan inti, tutup dengan Isi yang terdapat dalam kuih. 66
adunan.
21 Panaskan gula pasir dalam kuali Peralatan dapur yang tidak 66
pan anti lekat hingga melekat apabila memasak
keperangan. makanan.
22 Sudukan adunan ke dalam acuan Memasukkan gabungan 67
muffin pendek lebar yang tepung bersama bahan cecair
dilapisi cawan kertas. seperti air dan susu.
23 Rebus susu,gula dan tepung Memasak sesuatu dalam air 69
jagung sambil dikacau hingga yang dididihkan.
meletup-letup, tambahkan
marshmallow dan kacau hingga
larut.
24 Taburkan cip coklat, bakar Membuang ke serata tempat 70
dengan api bawah suhu ketuhar supaya berterabur.
180`c selama 40 minit hingga
masak, angkat dan biarkan

10
sejuk.

Jadual 3
Berdasarkan jadual 3, kosa kata diserong merupakan kata yang digunakan
dalam laras resepi. Perkataan taburkan dalam data 24 menunjukkan perbuatan
membuang ke serata tempat supaya berterabur. Selain itu, data 20 iaitu perkataan inti
yang membawa maksud isi yang terdapat dalam kuih. Hal ini dikatakan demikian
kerana perkataan inti selalu digunakan dalam laras bahasa resepi.

7.4 Bahasa ringkas, tepat dan jelas

Ciri laras resepi yang seterusnya adalah dengan bahasa yang ringkas, tepat dan
jelas. Bahasa yang ringkas, tepat dan jelas bermaksud bahasa yang digunakan dalam
bentuk mudah dan sesuai digunakan .

Data Ayat Muka Surat


25 250 gram mentega tawar sejuk 65
26 200 gram gula pasir halus 65
27 1/4 sudu teh garam 65
28 1/2 sudu the pes coklat 65
29 75 gram coklat masakan hitam, cairkan 65
30 75 gram Nutella 65
31 5 biji telur 65
32 130 gram tepung gandum 66
33 7 keping biskut Oreo tanpa krim, cincang kasar 69
34 1/2 sudu teh serbuk penaik 74
35 75 ml air lobak daripada 100 gram lobak merah, kisar dan 74
perah.
Jadual 4
Berdasarkan jadual 4, pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 11 ayat yang
mempunyai ciri laras resepi dengan penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan jelas
daripada resepi yang dikaji. Ciri bahasa ini terus kepada maklumat yang ingin
disampaikan dan ditulis dalam bentuk ayat yang ringkas, iaitu tidak terdapatnya

11
subjek ayat. Buktinya, data 26 “200 gram gula pasir halus” yang disenaraikan dalam
bahan-bahan. Bahan ini disebut dengan tepat tentang bilangan iaitu 200 gram yang
ditetapkan. Seterusnya, data 33 “7 keping biskut Oreo tanpa krim, cincang kasar”
menunjukkan bilangan bahan yang digunakan dengan jelas.

7.5 Analisis Kesalahan Penggunaan Laras Bahasa Resepi Dalam Majalah Sedap

Kesalahan penggunaan laras bahasa dalam laras resepi biasanya akan ada
dikesan dalam mana-mana majalah atau buku. Pengkaji akan menganalisis kesalahan
penggunaan laras bahasa resepi yang terdapat dalam majalah Sedap.

Data Kesalahan penggunaan Laras Pembetulan Muka


Bahasa Resepi Surat
36 Kacau rata Kacau sehingga rata 67
37 Pukul marjerin dan gula pasir Kacau marjerin dan gula pasir 66
halus hingga lembut. halus hingga lembut.
38 Sudukan inti, tutup dengan Masukkan inti,tutup dengan 66
adunan adunan
39 Haluskan ubi, masukkan Potong ubi secara halus, 15
mentega, garam, serbuk lada masukkan mentega, garam,
sulah, serbuk pala dan krim serbuk lada sulah, serbuk pala
pekat, kacau rata. dan krim pekat, kacau
sehingga rata.
40 Masukkan daging kacau hingga Masukkan daging dan kacau 17
berubah warna. hingga berubah warna
41 Rebus sotong sebentar, angkat. Rebus sotong sebentar, 23
kemudian angkat.
42 Tumis bawang besar hingga Tumiskan bawang besar 35
terbit aroma, masukkan brokoli hingga keluar aroma,
dan spageti, kacau rata. masukkan brokoli dan
spageti, kacau sehingga rata.
43 Canai nipis adunan, letak dalam Mencanai adunan sehingga 43
acuan pai berdiameter 20cm rata, letak dalam acuan pai

12
tinggi 4cm dan cucuk dengan berdiameter 20cm tinggi 4cm
garpu. dan cucuk dengan garpu.
44 Pukul ringan telur, garam, Pukul perlahan telur, garam, 43
serbuk lada sulah dan serbuk serbuk lada sulah dan serbuk
buah pala, masukkan susu cair buah pala, masukkan susu cair
sedikit demi sedikit sambil sedikit demi sedikit sambil
dikacau rata. dikacau rata.
45 Tuang ke dalam rebusan susu, Tuang ke dalam rebusan susu, 47
masak sambil dikacau hingga masak sambil dikacau hingga
meletup-letup, angkat. mendidih, kemudian diangkat.
Jadual 5
Berdasarkan jadual 5, terdapat 10 data kesalahan penggunaan laras bahasa
resepi dalam majalah sedap. Majalah Sedap merupakan majalah yang berbentuk
ilmiah namun terdapat juga beberapa kesalahan bahasa. Beberapa kesalahan bahasa
yang terdapat dalam majalah Sedap iaitu kosa kata, imbuhan, frasa dan ayat. Kesan
kesalahan penggunaan bahasa ini sedikit sebanyak melahirkan penggunaan bahasa
yang tidak standard.
Antara kesalahan laras bahasa ialah kosa kata. Kesalahan ini dapat dilihat
dalam ayat pada muka surat 66 dalam majalah Sedap iaitu ‘pukul marjerin dan gula
pasir halus hingga lembut’. Pengkaji mendapati bahawa ayat pukul marjerin
merupakan kesalahan kosa kata dan digantikan perkataan pukul kepada perkataan
kacau.
Selain itu, kesalahan laras bahasa ialah imbuhan, frasa dan ayat. Kesalahan ini
dapat dilihat dalam ayat pada muka surat 35 dalam majalah Sedap iaitu ‘tumis
bawang besar hingga terbit aroma, masukkan brokoli dan spageti, kacau rata.
Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa kesalahan dalam ayat tersebut,
kesalahan tersebut telah diperbetulkan iaitu ‘tumiskan bawang besar hingga keluar
aroma, masukkan brokoli dan spageti, kacau sehingga rata’. Seterusnya, kesalahan
laras bahasa pada muka surat 47 iaitu ‘rebus ke dalam rebusan susu, masak sambil
dikacau hingga meletup-letup, angkat’. Kesalahan tersebut telah diperbetulkan iaitu
‘rebus ke dalam rebusan susu, masak sambil dikacau hingga mendidih, kemudian
diangkat.
8.0 RUMUSAN

13
Sebagai rumusan, dapat dibuktikan bahawa terdapat penggunaan laras bahasa
resepi dalam majalah yang dikaji, iaitu Majalah Sedap. Pengkaji telah membuktikan
terdapat penggunaan laras resepi melalui data yang didapati daripada majalah
tersebut. Selain itu,pengkaji juga mengetahui tentang ciri-ciri laras resepi melalui data
yang didapati. Kajian mendapati bahawa laras resepi terdiri daripada beberapa ciri
yang tersendiri. Penggunaan ayat perintah suruhan adalah ciri yang paling ketara
kerana penulis ingin menunjukkan cara atau langkah untuk menghasilkan sesuatu
hidangan. Selain itu, menerusi kajian ini para pengkaji mendapati bahawa ciri-ciri
khusus laras resepi inilah yang membuatkan laras resepi berbeza dan unik daripada
laras bahasa yang lain. Di samping itu, terdapat juga beberapa kesalahan penggunaan
laras bahasa yang dikesan dalam majalah Sedap tersebut. Walaupun laras resepi
menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami tetapi kadangkala laras ini juga
mampu mengelirukan pembaca dari segi singkatan perkataan yang digunakan. Namun
begitu, secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang dikehendaki.

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa laras resepi adalah bukan laras


ilmiah. Hal ini dikatakan demikian kerana laras ini lebih banyak mengemukan istilah
umum jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain seperti laras sains dan laras
undang-undang. Selain itu, laras resepi juga tidak memerlukan pembaca yang
berpendidikan tinggi kerana laras ini adalah mudah difahami oleh semua orang tanpa
mengira umur, taraf pendidikan dan agama. Di samping itu, menerusi kajian ini juga
para pengkaji dapat menyimpulkan bahawa laras resepi merupakan laras yang moden.
Hal ini dikatakan demikian kerana laras ini telah lama diamalkan dalam kalangan
masyarakat tanpa disedari tetapi dalam bentuk lisan. Menerusi majalah-majalah
resepi, penggunaan laras resepi banyak digunakan dalam majalah-majalah tersebut
dan membuatkan laras ini mula menonjol di mata masyarakat kerana dalam bentuk
tulisan.

14
Bibliografi

Bahan Internet
Asmah Haji Omar ( 1985 ). Gaya dan laras dalam bahasa ; Published, 1987, Export
Citation, Bib Tex Endnote. Diakses pada 8 November 2022 daripada
https://books.google.com.my/books/about/Gaya_dan_laras_dalam_bahasa_sai
ns.html?id=hNxeAQAACAAJ&redir_esc=y

Abdul Ghani b. Hj. Sani. ( 2009 ) “Lestari Bestari”. Diakses pada 22 November 2022
daripada http://yunimaha5-lestaribestari.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-
2.html

Masnurul. ( 2014 ). “Laras Bahasa”. Diakses pada 28 November 2022 daripada


http://studentskptmab101.blogspot.com/2014/08/laras-bahasa.html

Majalah
Josephine Law. “Pakar Bakeri” dlm. Majalah Sedap, hlm 64-75, September 2015.

Jurnal
Abd. Razak Abdul Karim. “Analisis Laras Bahasa Resepi Melayu : Satu
Analisis Laras Bahasa Melayu Lama”. Dlm. Jurnal Dewan Bahasa, ( 5 ), hlm.
2-9. 2013

15
Lampiran

16
TEMA: LARAS BAHASA

TAJUK : LARAS BAHASA RESEPI DALAM


MAJALAH SEDAP.

17

Anda mungkin juga menyukai