Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Madani

Yang Dihormati
Encik, Mohd Rizal bin Zakaria
Yang Dipertua PIBG SK LKTP Bukit Goh

Yang Dihormati
Pn Noormalawati binti Mamat
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Goh,

Yang Dihormati
Puan Hafizah binti Kassim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati
Encik Nor Abrizani bin Ibrahim
Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Puan Nurul Lyana binti Lokman


Penyelaras PPKI

Barisan AJK PIBG

Para ibubapa dan tetamu yang hadir

Seterusnya
Barisan guru serta murid –murid yang dikasihi sekalian.
Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan Inayahnya maka kita dapat berkumpul
di Dewan Seri Perdana yang serba indah ini dalam Majlis APRESIASI GOHILLIANS
2022/2023.
Para hadirin yang dihormati
Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan
kejayaan cemerlang murid-murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Pada
kesempatan ini saya, bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan
syabas bukan sahaja kepada murid-murid yang bakal menerima anugerah malahan
ibubapa, juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga
membuahkan kejayaan kepada murid-murid ini. Saya sangat berharap agar
kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk
murid-murid mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik
dan bukan akademik pada masa hadapan.

Akhir kata sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
penerima anugerah dan juga syabas kepada warga kerja yang bertungkus lumus
menjayakan Majlis Apresiasi Gohillias sesi 2022/2023.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan


kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan Majlis Apresiasi Gohillians sesi
2022/2023

.
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai