Anda di halaman 1dari 8

DEA 2332/ K05

KOLEJ VOKASIONAL KUCHING


DARAWAK

UNIT ELEKTRIK
KERTAS PENERANGAN
PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRIK
PROGRAMME
KOD KURSUS /
DEA 2332
COURSE CODE
SEMESTER /
02 (SATU)
SEMESTER
NAMA KURSUS /
SUPERVISORY ELECTRICAL WORK
COURSE NAME

STANDARD
KANDUNGAN / 05 MENYEDIAKAN BAJET UNIT
CONTENT STANDARD

Pelajar-pelajar akan boleh:

1 Mengenal pasti jenis-jenis alatan tangan dan kelengkapan.

2 Menyatakan jenis-jenis kelengkapan dan alatan tangan dengan merujuk buku


panduan.

HASIL
3 Menjelaskan kegunaan kelengkapan dan alatan tangan dengan merujuk buku
PEMBELAJARAN
panduan.
KURSUS /
COURSE OUTCOMES
4 Menggunakan kelengkapan dan peralatan tangan.

5 Mengenal pasti kelengkapan dan alatan tangan dengan merujuk buku panduan.

6 Mengaplikasi penggunaan kelengkapan dan alatan tangan merujuk prosedur


operasi piawaian (Standard Operating Procedure)

NAMA PELAJAR /
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
STUDENT'S NAME

NO. KAD
………………………………………………………………………………………….
PENGENALAN /IC NO.

TARIKH / DATE ………………………………………………………………………………………….

TS LINANG ANAK ABI 1 / 9


DEA 2332/ K05

NAMA KURSUS DEA 2332 SUPERVISORY ELECTRICAL WORK

STANDARD
05 MENYEDIAKAN BAJET UNIT
KANDUNGAN

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan atau kefahaman pelajar mengenai
pengurusan serta penyediaan belanjawan dengan berkesan. Di dalam topik ini kita akan
mempelajari topik pengawalan belanjawan. Ia termasuklah pengawalan bahan mentah, unsur –
unsur masa, pasukan kerja, dan mesin bagi melancarkan operasi.

PENERANGAN :

1. PENGENALAN.

1.1. Pengertian Proses Kawalan adalah pengawasan bagaimana untuk perlaksanaan yang nyata
dengan apa yang dirancang dan membuat penyesuaian dengan tujuan memastikan
perancangan dapat dicapai. Proses kawalan membabitkan perancangan, dan perhubungan
yang menuntut pada sasaran, mengenal pasti lencongan dan mengambil tindakan yang
betul.

1.2. Apakah yang perlu dikawal?


 Man (pekerja)
 Machinery (mesin)
 Money (kewangan)
 Material (bahan mentah)
 Management (pengurusan)

1.2.1. Pekerja
Dalam pengurusan dan pelaksanaan sesuatu projek, memerlukan tenaga kerja yang
mencukupi untuk menyiapkan sesuatu projek. Projek mungkin tidak akan
dilaksanakan tanpa tenaga kerja.

TS LINANG ANAK ABI 2 / 9


DEA 2332/ K05

Kaedah pembayaran upah kepada buruh (pekerja):


a) Pembayaran berdasarkan jumlah waktu kerja (kadar masa)
b) Pembayaran berdasarkan prestasi kerja
c) Pembayaran berdasarkan skim bonus kumpulan

1.2.2. Mesin
Mesin atau alat jentera diperlukan dalam melaksanakan sesuatu projek. Ia diperolehi
melalui pembelian peralatan atau penyewaan.

1.2.3. Kewangan
Kewangan adalah penting dan perlu diambil kira dalam melaksankan sesuatu projek.
Biasanya syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan diberi
mandat untuk menyiapkan sesuatu projek. Kewangan akan melibatkan kos di mana,
menilai kos dari mula pembinaan hinggalah selesai seperti kos pembinaan, gaji pekerja,
penyewaan mesin dan sebagainya.

1.2.4. Bahan Mentah


Menunjukkan berapa banyak belian (dalam kuantiti, kualiti dan kos) diperlukan untuk
pengeluaran dan berapa banyak diperlukan untuk inventori akhir bahan langsung.
Terdiri daripada belanjawan penggunaan dan pembelian bahan mentah (boleh dibuat
secara gabungan atau berasingan).
Antara contoh bahan-bahan mentah adalah:
 bahan mentah asli : besi
 separa siap : komponen logam dan plastic
 siap : bolt, skru, kusyen dan lain-lain

1.2.5. Pengurusan
Pembayaran gaji pekerja, Penerimaan tempahan, Penerima aduan dari pelanggan,
Pengambilan pekerja, Tindakan disiplin pekerja dan sebagainya.

TS LINANG ANAK ABI 3 / 9


DEA 2332/ K05

2. FAEDAH MEMBUAT BELANJAWAN

1. Perancangan dan penyelarasan.


Perancangan adalah kunci untuk berjaya didalam sebarang urusan dan keupayaan
perbelanjaan perancangan untuk mengambil alih sesuatu tempat.

2. Penjelasan hak dan tanggungjawab.


Penjelasan tanggungjawab – tanggungjawab untuk setiap Pengurus san Pegawai yang mesti
membuat belanjawan.

3. Perhubungan.
Proses perbelanjaan merangkumi semua tahap dalam pengurusan. Peralatan yang penting
dalam perhubungan antara pengurusan di bahagian atasan dan pertengahan.

4. Pengawalan.
Proses untuk membandingkan keputusan yang nyata dengan keputusan yang telah
dirancang dan membuat laporan dalam perbezaan adalah prinsip di dalam pengawalan
belanjawan.

5. Motivasi.
Penglibatan pihak pertengahan dan atasan di dalam pengurusan dengan persediaan
belanjawan dan penubuhan sasaran yang jelas di mana perlaksanaannya boleh diadili dan
dapat dilihat sebagai kesedaran.

TS LINANG ANAK ABI 4 / 9


DEA 2332/ K05

3. PENGIRAAN KOS BAHAN

Formula:

* 5% adalah bagi buangan dan kerosakkan

Kos tambahan:
i. Kos pengangkutan
ii. Kos penyimpanan, kendali dan pungah.
iii. Kos pembaziran
Kontraktor perlu mendapatkan harga terkini daripada pembekal.

3.1 Jenis - Jenis Kos

3.1.2 Kos Tetap (Fix Cost)


Jumlah perbelanjaan syarikat membeli / membayar perkara –perkara secara tetap/rutin.
Contoh: sewa pejabat, gaji pekerja tetap dan bayaran bil api, air dan telefon.

3.1.2 Kos Berubah (Variable Cost)


Jumlah perbelanjaan syarikat untuk membeli / membayar perkara-perkara secara tidak
tetap. Contoh: bahan mentah dan peralatan mengikut harga semasa.

TS LINANG ANAK ABI 5 / 9


DEA 2332/ K05

Contoh Pengiraan:

a) Kirakan kos bahan dibawah:


Air Handling Unit (AHU) = RM 10,000.00 seunit
Capacity = 211000 Btu/Hr
Kuantiti = 2 unit
Fan Coil Unit = RM 15,000.00 seunit
Capacity = 880 Btu/Hr
Kuantiti = 3 unit
Kos tambahan (pengangkutan) = RM 880.00

Penyelesaian:

Kos Bahan = (Bilangan Bahan Sebenar x Kos Seunit) + 5 %

Air Handling Unit (AHU) = RM 10,000.00 seunit


Capacity: 211000 Btu/Hr
Kuantiti = 2 unit
Kos Bahan = (RM 10,000.00 seunit x 2) + (5/100 x 10,000.00 x 2)
= RM 20,000 + RM 1000
= RM 21,000.00

Fan Coil Unit = RM 18,000.00 seunit


Capacity: 880 Btu/Hr
Kuantiti = 3 unit
Kos Bahan = (RM 18,000.00 seunit x 3) + (5/100 x 18,000.00 x 3)
= RM 54,000 + RM 2700
= RM 56,700.00

Kos tambahan (pengangkutan) = RM 880.00

Jumlah Kos = RM 21,000 + RM56, 700 + RM880.00 = RM 78,580.00

TS LINANG ANAK ABI 6 / 9


DEA 2332/ K05

KAWALAN BAJET UNIT

1. Pengawalan dalam pembekalan bahan – bahan.


 Periksa kualiti dan kuantiti pembekalan bahan – bahan.
 Mengosongkan dan menyimpan peralatan bahan – bahan kepada prosedur yang
boleh diterima.
 Mengedarkan bahan – bahan dan peralatan kepada orang bawahan.

2. Pengawalan unsur – unsur masa.


 Menyediakan jadual waktu kerja.
 Orang bawahan diberikan aktiviti – aktiviti dan rangkamasa untuk menyiapkan aktiviti
kerja.
 Mengawasi maklumbalas. (komen).

3. Mengawal Pasukan Kerja.


 Kenalpasti bilangan pekerja yang perlu diberikan kerja.
 Kenalpasti beberapa tahap – tahap kemahiran yang diperlukan.
 Berikan tugasan kerja dalam pasukan kerja.
 Mengawasi dan menaksirkan projek.

4. Mengawal Pembaziran.
 Memimpin pengiraan fizikal dalam kuantiti bahan yang dibekalkan.
 Mengemaskini tahap / peringkat bahan simpanan yang sedia ada di atas
penggunaannya.
 Memelihara kemudahan tempat simpanan barang – barang dan bahan.

TS LINANG ANAK ABI 7 / 9


DEA 2332/ K05

FAEDAH – FAEDAH ATAU KEBAIKAN PENGURUSAN SISTEMATIK.

 Menghasilkan Produk yang berkualiti.


 Jumlah jualan yang meningkat.
 Proses – proses kerja dijalankan secara lebih teratur dan teliti.
 Pencapaian objektif ‘ Zero Defect Product And Safety ‘.
 Sistem jadual kerja.
 Bonus.
 Penjimatan kos dan masa.
 Pengurangan pembaziran.

TS LINANG ANAK ABI 8 / 9

Anda mungkin juga menyukai