Anda di halaman 1dari 10

DEA 2332 / K01

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.

UNIT ELEKTRIK
KERTAS PENERANGAN
PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRIK
PROGRAMME
KOD KURSUS /
DEA 2332
COURSE CODE
SEMESTER /
02 (DUA)
SEMESTER
NAMA KURSUS /
SUPERVISORY ELECTRICAL WORK
COURSE NAME

STANDARD
KANDUNGAN / 01 MEMBUAT JADUAL AKTIVITI ORANG BAWAHAN
CONTENT STANDARD

Pelajar-pelajar akan boleh:

1 Menyatakan definisi aktiviti orang bawahan mengikut prosedur operasi


2 standard.
3 Menyenaraikan aktiviti orang bawahan mengikut prosedur operasi
standard.
4
HASIL Menyatakan aktiviti orang bawahan termasuk skop kerja dan objektif
PEMBELAJARAN 5
mengikut prosedur operasi standard.
KURSUS / 6
COURSE OUTCOMES Merancang aktiviti orang bawahan mengikut prosedur operasi standard.
Menjalankan aktiviti orang bawahan mengikut prosedur operasi standard.
7
Mengenal pasti nama, tarikh, aktiviti dan orang yang bertanggungjawab mengikut
8
prosedur operasi standard.
Menganggar jangka masa bagi setiap aktiviti mengikut prosedur operasi standard.
Menyatakan jenis dan menghasilkan jadual tugas mengikut prosedur operasi
standard.

NAMA PELAJAR /
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
STUDENT'S NAME

NO. KAD
………………………………………………………………………………………….
PENGENALAN /IC NO.

TS LINANG ANAK ABI 1 / 10


DEA 2332 / K01

NAMA
SUPERVISORY ELECTRICAL WORK
KURSUS

STANDARD
01 MEMBUAT JADUAL AKTIVITI ORANG BAWAHAN
KANDUNGAN

PENGENALAN

Setiap pagi kita bangun, mandi, sembahyang, sarapan dan pergi ke kolej. Ini adalah di antara
aktiviti-aktiviti seharian yang kita buat secara spontan tanpa perlu kepada perancangan yang
begitu mendalam. Masa yang kita ambil untuk membuat setiap aktiviti itu pun boleh kita
anggarkan dengan mudah kerana terlalu kerap membuatnya.

Bayangkan pula jumlah aktiviti yang kita buat dalam masa seminggu, sebulan, sepenggal,
setahun dan seterusnya. Tentu banyak bukan? Dan tidak ramai pula diantara kita yang yang
benarbenar merancang tentang apakah turutan aktiviti yang patut kita buat secara terperinci
untuk sebulan misalnya. Setiap apa aktiviti atau operasi yang hendak dijalankan perlu kepada
perancangan yang betul-betul lengkap.

DEFINISI

Perancangan itu sendiri merupakan konsep yang mudah (simple). Secara asasnya ia
merangkumi matlamat (objektif) sesebuah organisasi yang hendak dicapai pada masa akan
datang dan pemilihan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut. Secara amnya
sesebuah organisasi mempunyai dua pendekatan asas yang boleh diambil menuju masa
hadapan:

i. Ia boleh bertindakbalas (react) untuk perubahan mengikut keadaan sekeliling,


berkesempatan bertindak samada kepada perkembangan kearah kebaikan atau
sebaliknya; atau
ii. Ia boleh meramalkan masa hadapan dan mengambil pra-penentuan tindakan untuk
mempengaruhi aktiviti-aktiviti masa hadapan mengikut kaedah atau rentaknya
sebanyak mana yang boleh.

TS LINANG ANAK ABI 2 / 10


DEA 2332 / K01

Perancangan adalah penting kerana :


i. la memberi arah dan tujuan sesebuah organisasi.
ii. la menyelaraskan semua aktiviti dalam oganisasi.
iii. la membantu organisasi mengelakkan pengurusan krisis (crisis management).
Perancangan yang baik membantu mengurangkan penyelia menghadapi masalah
berterusan dalam masalah yang tidak disangka.
iv. la mambantu organisasi meramalkan perubahan-perubahan masa akan datang dan
bersedia menghadapinya.
v. la juga membantu mengelakkan pembaziran tenaga membuat kerja-kerja yang berulang.

Perancangan tanpa tanggungjawab (commitment) adalah satu pembaziran sumber. Penglibatan


sumber (resources) memerlukan keputusan diantara pilihan-pilihan yang dibuat. Keputusan-
keputusan mesti dibuat pada beberapa peringkat dalam proses perancangan dimana keputusan-
keputusan ini mestilah ditukarkan kepada tindakan.

1. JENIS-JENIS RANCANGAN
Secara amnya, terdapat dua jenis rancangan iaitu rancangan strategik dan rancangan operasional.

i. Rancangan Strategik
Rancangan strategik adalah rancangan yang menentukan keadaan sesebuah organisasi. la
menyatakan tujuan dan kearah mana organisasi tersebut akhimya. Rancangan-rancangan ini
dipraktikkan pada keseluruhan organisasi dan objektif organisasi ditentukan untuk meletakkan
organisasi mengikut keadaan sekeliling yang lebih mencabar.Rancangan strategik adalah
rancangan-rancangan yang memerlukan tindakan daripada keseluruhan organisasi untuk
mencapai objektif yang luas lanya adalah rancangan jangkapanjang dimana la menunjukkan
kearah mana organisasi tersebut dalam masa satu hingga lima tahun akan datang lanya disediakan
oleh pihak atasan pengurusan.

TS LINANG ANAK ABI 3 / 10


DEA 2332 / K01

ii. Rancangan Operasional


Rancangan ini merupakan tindakan terperinci yang diperlukan untuk mencapai objektif tertentu
didalam rancangan strategik. Skopnya lebih kecil biasanya ia berkenaan dengan hanya satu
daripada objektif strategik ataupun sebahagiannya sahaja. Rancangan ini lebih spesifik
menentukan masa untuk setiap tindakan yang hendak dicapai. lanya adalah rancangan jangka
pendek berbanding dengan rancangan strategik. Contohnya, rancangan bulanan, mingguan dan
harian adalah jenis rancangan ini dan ianya disediakan oleh pengurusan peringkat pertengahan
dan bawahan.

2. PROSES PERANCANGAN

Proses perancangan melibatkan membuat keputusan. Keputusan-keputusan ini dibuat untuk


tindakan masa depan. Jika perancangan dilakukan dengan baik, tindakan untuk masa depan akan
memenuhi objektif dan keputusan lain akan menjadi betul. Perancangan yang dibuat mesti
fleksibel untuk sebarang perubahan kerana ia tidak selalunya betul untuk meramal masa depan.
Elemen yang perlu dalam proses perancangan adalah mengawasi (monitoring) dan perubahan
dalam rancangan jika perlu. Proses perancangan perlu dilakukan dengan kaedah yang
bersistematik dan saintifik seperti proses menyelesaikan masalah. Langkah-langkah yang logik
untuk perancangan mengikut turutan seperti berikut:

i. Tentukan objektif.
Semua rancangan dimulakan dengan objektif. Objektif adalah satu pemyataan yang
memerlukan hasil. la merupakan satu pemyataan kemana kita hendak pergi dan apa tujuan
matlamat kita.

Ciri-ciri objektif yang baik:


 ia perlu dinyatakan dalam bentuk tulisan
 ia boleh diukur (measurable)
 ia hendaklah spesifik dalam masa
 ia perlulah mencabar tetapi boleh dicapai (attainable)

TS LINANG ANAK ABI 4 / 10


DEA 2332 / K01

ii. Wujudkan dan nyatakan andaian dalam perancangan.


iii. Semak semua had yang mungkin dalam perancangan.
iv. Wujudkan rancangan altematif.
v. Pilih rancangan yang terbaik.
vi. Tukarkan rancangan menjadi tindakan.
vii. Sediakan langkah susulan.

3. KEBAIKAN-KEBAIKAN PERANCANGAN

Perancangan mempunyai banyak kebaikan seperti berikut:


i. Membantu pengurusan untuk menyesuaikan dan perubahan mengikut perkembangan.
ii. Membolehkan pengurus melihat seluruh gambaran operasi dengan jelas.
iii. Menyediakan turutan operasi yang betul.
iv. Membantu dalam pencapaian kordinasi diantara beberapa bahagian dalam organisasi.
v. Memberi kecenderungan supaya objektif lebih spesifik dan diketahui.
vi. Mengurangkan kerja-kerja tekaan (guesswork).
vii. Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
viii. Membantu dalam mengurangkan kesalahan dalam membuat keputusan.

TS LINANG ANAK ABI 5 / 10


DEA 2332 / K01

4. ANALISA RANCANGAN PROJEK “PROJECT NETWORK ANALYSIS”

4.1 Pengenalan
Kertas penerangan ini menerangkan bagaimana untuk membuat perancangan sesuatu projek.
Projek di sini bermaksud sebarang kerja yang mengandungi beberapa aktiviti. Aktiviti pula
menerangkan satu tugas ( task ) yang memerlukan masa dan sumber ( tenaga kerja, bahan, kos)
untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Perancangan sesuatu projek perlu mengambil kira semua
aktiviti - aktiviti yang terlibat seperti turutannya, tempoh masa setiap aktiviti dan sumber
sumber yang perlu pada setiap peringkat sehingga tamat projek tersebut.

Contoh :- membuat secawan kopi segera.

Projek ini mengandungi beberapa aktiviti seperti memasukan air dalam cerek, tekan suis cerek,
ambil cawan dari almari, ambil serbuk kopi segera, ambil sudu dari laci, masukkan kopi di dalam
cawan, tekan suis cerek selepas air masak, tuang air panas ke dalam cawan dsb. Perancangan
untuk projek membuat secawan kopi segera perlu mengambil kira turutan aktiviti yang
dilakukan. Setiap aktiviti perlu mengambil masa untuk melaksanakannya. Jadi, untuk mengira
jangkamasa untuk membuat secawan kopi dan kemudian sumber sumber yang diperlukan
setiap aktiviti dapat ditentukan.

4.2 Analisa Rangkaian Projek.


Analisa rangkaian projek adalah satu teknik untuk membantu dalam perancangan projek.
Terdapat dua teknik yang biasa digunakan iaitu Kaedah Laluan Kritikal (Critical Path Method)
dan PERT (Projek Evaluation and Review Technique). Kedua dua kaedah ini berdasarkan konsep
yang sama tetapi perbezaan ialah CPM berdasarkan masa tetap manakala PERT menggunakan
masa anggaran kebarangkalian ( probability ) untuk setiap aktiviti.

4.3 Faedah Analisa Rangkaian Projek


i. Memberi penerangan yang berkaitan dengan perancangan projek dalam bentuk yang mudah
difahami.
ii. Mengenalpasti turutan turutan aktiviti yang mana perlu dilaksanakan dan juga kaitan antara
satu sama lain (interdependence).

TS LINANG ANAK ABI 6 / 10


DEA 2332 / K01

iii. iii. Menentukan masa tamat setiap aktiviti jika tiada kelewatan berlaku untuk menyiapkan
projek.
iv. Menentukan kelewatan yang maksima setiap aktiviti yang tidak melibatkan kelewatan
keseluruhan projek.
v. Menentukan aktiviti aktiviti yang kritikal untuk menyiapkan projek tersebut.
vi. Menentukan anggaran tempoh masa keseluruhan projek.
vii. Memudahkan penjadualan dan perancangan sumber sumber yang diperlukan untuk semua
aktiviti.
viii. Pengawalan dan pengawasan aktiviti aktiviti semasa projek mudah dilaksanakan.

Teknik ini biasanya digunakan untuk projek projek seperti pembinaan jalanraya, jambatan, kapal,
bangunan, perasmian produk baru, pembuatan satu produk dan juga perancangan untuk
penyenggaraan loji.

4.4 Rangkaian
Dalam rangkaian projek, setiap aktiviti diwakili oleh satu anak panah dan hanya diwakili oleh satu
anak panah sahaja. Rangkaian dibina dengan melukis semua aktiviti mengikut turutan yang perlu
dilaksanakan. Titik permulaan dan akhir aktiviti diterangkan oleh satu nodan (bulatan kecil) yang
melambangkan peristiwa (events). Satu peristiwa dinomborkan untuk membantu sebagai
pengenalan. Hubungkait antara aktiviti aktiviti ditunjukkan oleh peristiwa iaitu apabila aktiviti
bermula dan berakhir.

Rajah 1: Aktiviti diantara dua peristiwa

Peraturan asas untuk melukis rangkaian:


i. Satu rangkaian hanya mempunyai satu peristiwa permulaan dan satu peristiwa tamat.
ii. Setiap aktiviti ditunjukkan oleh hanya satu anak panah sahaja.

TS LINANG ANAK ABI 7 / 10


DEA 2332 / K01

iii. Mana mana dua peristiwa boleh dihubungkan dengan hanya satu aktiviti sahaja.
iv. Mana mana dua aktiviti tidak boleh dihubungkan dengan titik mula (head) dan tamat
(tail) yang sama.
v. Setiap peristiwa mempunyai nombor pengenalan sendiri.

Untuk memastikan hubungkait aktiviti yang betul dalam rajah rangkaian, adalah perlu
menentukan aktiviti yang perlu siap dahulu sebelum aktiviti seterusnya bermula dan juga
aktiviti yang jalan serentak. Rajah 2 menunjukkan dua contoh mudah dimana (a)
menunjukkan 3 aktiviti berturutan A, B, dan C. Aktiviti A perlu siap dahulu sebelum aktiviti B
boleh bermula dan aktiviti C boleh bermula setelah aktiviti A tamat.

a) Aktiviti berturutan

b) Aktiviti selari (parallel)

Rajah 2 : Rajah rangkaian aktiviti

Rajah 2(b) menunjukkan aktiviti secara selari. Aktiviti A perlu diselesaikan sebelum aktiviti B
boleh bermula. Aktiviti C perlu tamat sebelum aktiviti D boleh bermula. Aktiviti A dan C boleh
bermula serentak tetapi aktiviti E tidak boleh bermula sehingga kedua dua B dan D telah
selesai.

TS LINANG ANAK ABI 8 / 10


DEA 2332 / K01

4.5 Aktiviti “Dummy”


Terdapat beberapa masalah yang timbul ketika melukis rajah rangkaian. Mana mana dua
peristiwa (nodan) mestilah dihubungkan oleh hanya satu anak panah (aktiviti) sahaja.
Contoh :
Aktiviti B bergantung kepada aktiviti A.
Aktiviti C bergantung kepada aktiviti A.
Aktiviti D bergantung kepada aktiviti B dan C

Rajah 3(a): Rangkaian yang salah

Rajah 3(b): Rangkaian yang betul


Contoh 1:
Lukiskan rajah rangkaian untuk aktiviti aktiviti berikut:
---------------------------------------------------------------------------
Aktiviti Bergantung kepada aktiviti.
---------------------------------------------------------------------------
A -
B -
C A
D A
E C
F D
G B
H G
I E, F
J H, I
K J
------------------------------------------------------------------------

TS LINANG ANAK ABI 9 / 10


DEA 2332 / K01

Rajah 4: Rajah Rangkaian

4.6 Kaedah Laluan Kritikal ( KLK )


4.6.1 Jangka masa aktiviti projek.
Analisa masa untuk setiap peristiwa dalam rangkaian adalah ciri penting dalam
perancangan sesuatu projek.
Masa yang boleh ditentukan untuk setiap aktiviti dalam sesebuah rangkaian adalah
seperti berikut:
i. Masa paling awal untuk mula ( PAM ). “early start”(ES)
ii. Masa paling awal untuk siap ( PAS ). “early finish”(EF)
iii. Masa paling lewat untuk mula ( PLM ). “latest start”(LS)
iv. Masa paling lewat untuk siap ( PLS ). “ latest finish” (LF)

Rujuk Jadual 1 untuk contoh pengiraan.

------------------------------------------------------------------------------------
Aktiviti Bergantung kepada aktiviti Tempoh (hari)
------------------------------------------------------------------------------------
A - 3
B - 2
C A 4
D B 3
E C 2
F D 1
G E dan F 3
----------------------------------------------------------------------------------------
Jadual 1

TS LINANG ANAK ABI 10 / 10

Anda mungkin juga menyukai