Anda di halaman 1dari 8

Muhammad bin Muhammad Al-Tuusi. 1440H/ 2019M. Al-Arba`een Fie Usuulu Al-Deen.

Daru Al-Minhaaji. Lubnan Bairut.

……………………………………………………………………………….
Imam Gazaali atau Muhammad Al-Tuusi (2019: 15) pernah berguru dengan beberapa
orang guru pada zamannya seperti Syeikh Imam Ahmad Al-Rozakaaniy di Tuusi, Syeikh Imam
Abi Al-Qoosim Al-Ismaa`iili di Jurjaan, Abi Mu`aali Al-Juwainiy (Imam Al-Haromain) di
Naisaabur dan akhirnya mengajar di Baghdad pada tahun 484H.

Kehebatan keilmuan Imam Ghazaali dikagumi oleh gurunya iaitu Imam Al-Juwainiy
yang mengatakan sebagai seorang yang memiliki lautan ilmu, dan diperakui oleh ilmuan
terkenal seperti Al-Hafiz Ibnu `Asaakir, Al-Hafiz Ibnu Najjar, Al-Hafiz Imam Al-Zahabiy, dan
Imam Ibnu Subakiy sebagai seorang yang memiliki segenap ilmu, imam figh sebenar, hujjatul
Islam selain kehebatan dari keluasan ilmunya turut diperakui.

Pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab menanggah perbahasan


pendidiran aliran pemikiran Abu Hasan Al-Ash`aariy yang sehaluan Imam Ghazaali berkaitan
menetapkan zat Allah, sifat dan af`aal (tingkahlaku) Allah. Pandangan Imam Ghazaali ini,
dinukilkan dalam kitab Al-Arba`een (2019: 55-85).

Pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab berjaya menguasai dan


mengalahkan pandangan Imam Ghazali yang berpendirian bahawa pendirian beliau adalah
bukan dari ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasulillah S.A.W. Maka disisi Imam Ghazaali
berpendapat bahawa yang dimaksudkan mencegah dari kemungkaran itu ialah pada
segenap perkara berunsur maksiat seperti berada dalam majlis dimana bermegah-megah
dengan kemewahan perkakas emas, perak pada pakaian atau perkakas hidangan jamuan,
atau didalam masjid yang buruk kelakuan orang yang solat didalamnya, atau majlis zikir yang
bid`ah atau berdebat dengan cercaan atau caci makian adalah sepertimana yang
dimaksudkan oleh Imam Ghazaali (2019: 182-183).

Pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab memahami kaedah mengikut


sunnah lebih mudah dan jelas berbanding Imam Ghazaali (2019: 189) iaitu menjadikan
ikutan pada segenap sumber, segenap sebutan, pergerakan, keadaan sehingga pada
keadaan makan, berdiri, tidur dan kata-kata Baginda Nabi S.A.W. Maka yang demikian
bukanlah bermaksud pada urusan ibadah semata-mata malah lebih dari itu.
Kejayaan pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab menghukum kufur
dan syirik ke atas mereka yang melakukan perkara yang bertentangan sunnah atau
bertentangan dari perintah Rasulullah S.A.W memberikan kesan dan pengaruh yang besar
terhadap umat Islam. Menurut Imam Ghazaali (2019: 197) bahawa peninggalkan perkara
sunnah dikategorikan terutama sekali dalam ibadah tanpa keuzuran dikira sebagai kufur
tersembunyi atau jelas tidak berakal. Oleh itu, menurut Imam Ghazaali bukanlah dihukum
sebagaimana kejayaan pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab secara terang-
terangan.

Penguasaan pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab tidak


berpandangan sepertimana Imam Ghazaali (2019: 413) menjelaskan tingkatan tauhid
terbahagi kepada empat tingkatan. Tingkatan pertama iaitu hanya berlegar pada lisan
semata-samata iaitu imam para munafik. Kedua, bergantungan dengan hati semata-mata.
Ketiga, melaksanakannya serta menjadikan terpancar baginya dengan cahaya Allah Ta`aala
hakikat tauhid dan rahsianya dengan hakikat. Dan peringkat ini bergantung pelakunya.
Keempat, melaksanakan semata-mata pilihannya, bahawa melihat pada perkara wujud tiada
lain melainkan wujud yang Maha Esa dan hakikatNya. Maka peringkat ini membawa kepada
fanak hati yang tidak akan berubah pada keadaan sebagai membuktikan baginya
memandangan yang lain dan mengambil iktibar dari perkara yang lain iaitu bukan dari
kelemahan dan kekurangan dari Allah yang Maha Esa.

Pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab tidak melihat azab kubur itu
sebagai hadis yang menjelaskan situasi tersebut berlaku. Namun Imam Ghazaali
membahaskannya bahawa hakikat azab dalam kubur itu berlaku. Azab tersebut berupa
binatang berbisa seperti ular, bakaran api dan himpitan dalam kubur.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
`Ali Muhammad Habib Al-Maawardi. 1996M/1416H. Al-Akhkaamu Al-Sulthoniyyatu Wa Al-
Wilaayaatu Al-Diniyyati. Maktabah Taufiqiyyah. Cairo. Mesir.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

`Ali Muhammad (1996: 7-8) lahir pada tahun 364H/ 974M dan mempelajari ilmu dari Al-
Khotib Al-Baghdaadi dan Abi Al-Qosim Al-Shomiriy.

`Ali Muhammad (1996: 15) berpendapat pengertian Al-Imaamah iaitu kepimpinan


bermaksud pemerintahan kenabian berunsurkan sistem perundangan Islam disamping
politik urusan duniawi. Maka kefahaman tersebut adalah kewajipan bagi pendukung ke atas
umat ini berdasarkan kesepakatan pandangan ijmak ulamak. Oleh itu, pandangan ini dilihat
oleh Muhammad bin `Abdul Wahhab perlu diperbaharui dan keluar dari kekangan
pandangan semasa dan akhirnya berjaya diterima. Kewajipan mengenal secara umum akan
sifat pemimpin yang dipilih ada kemestian.

Menurut `Ali Muhammad (1996: 17) kalangan mereka yang memilih pemimpin
perlulah berlaku adil, memiliki ilmu mengenal mereka yang berhak memimpin dan
mempunyai pandangan dan kebijaksanaan. Selain itu, tambahan kepada syarat terhadap
kepimpinan perlu. Oleh itu maka, pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab
berjaya mempengaruhi sistem khalifah itu sama sekali tidak wujud selepas zaman para
sahabat Nabi S.A.W dan beliau menafikannya. Namun pandangan tersebut menurut
diperjelaskan oleh `Ali Muhammad (1996: 37-38) bahawa harus memberikan nama khalifah
kerana dibelakang Rasulillah S.A.W pada umatnya. Namun perselisihan tersebut ulamak
mengharuskannya dengan syarat atas sebab melaksanakan hak pada khalifah tersebut
semata-mata.

Pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab berjaya mempengaruhi


masyarakat dan membentuk pengaruh sehingga wujud kerajaan hasil kekangannya.
Keberhasilan pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab adalah hasil kepintaran
beliau menyanggah kenyataan pandangan ulamak mazhab Syafi`ee. Oleh itu, menurut `Ali
Muhammad (1996: 53-54) bahawa sisitem khalifah itu perlu dilaksanakan dan bagi
memeliharanya memerlukan kepada tujuh perkara penting. Dan perkara paling utama
adalah menjaga amanah yang diberikan dan tidak menipu apabila diminta kesahihan
dilakukan, bersikap benar pada percakapan, tidak tamak, selamat dari permusuhan, terdiri
dari seorang lelaki, cerdik dan bijaksana dan bukan dari kalangan ahli nafsu.
……………………………………………………………………………………………………………………..
Muhammad bin Muhammad Al-Tuusi. 1440H/ 2019M. Al-Iqtisoodu Fie Al-I`ktiqood. Daru Al-
Minhaaji. Lubnan Bairut.
……………………………………………………………………………………………………………………..
Muhammad Muhammad Al-Tuusi atau Imam Ghazaali lahir pada tahun 505H/ 1058M

Perkembangan pendidikan Imam Ghazaali (2019: 16-20) bahawa beliau dilahirkan


pada tahun 450H di Ghazzaal di Khurasan, Iran. Beliau diasuh dan dididik dalam suasana
keluarga yang serba kekurangan. Imam Ghazaali mempelajari ilmu figh dari Syeikh Ahmad
Al-Rodzakaaniy di Thus. Kemudian mempelajari ilmu di Jarjaan bersama Imam Abi Qoosim
Isma`iliy. Seterusnya mendapat pendidikan di Naisabur bersama Imam Haromain `Abdu Al-
Malik Al-Juwainiy.
…………………………………………………………………………………………………………………………..

Kejayaan pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab dalam mengkritik


pandangan Imam Ghazaali lalu menurutnya (2019: 407) bahawa terdapat bab menjelaskan
siapa yang dijawibkan hukumkan kufur dari kalangan firqah atau kelompok puak tersebut
iaitu hukum menjatuhkan hukum kufur atau kafir ke atas barangsiapa yang mengatakan
akan kata-kata, atau sengaja melakukan. Namun menurutnya lagi, adalah berdasarkan
maklumat atas dalil-dalil yang didengar, atas sangkaan dari ijtihad dan bukan berdasarkan
dalil akal semata-mata.

Setelah jelas diperkatakan akan seseorang itu kafir, maka menurut Imam Ghazaali
bahawa merujuk kepada berita akan kedudukannya pada hari akhirat. Dan bahawasanya
didalam api neraka itu yang kekal berbanding hukuman di dunia. Dan bahawasanya tidak
diwajibkan akan qisas dengan sebab membunuhnya, dan tidak mungkin dinikahi akan
muslimat, dan tidak lagi tersemat akan darah dan hartanya iaitu dalam Islam (2019: 407).

Idea pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab juga berjaya menarik
pengaruh mengecam pandangan Imam Ghazaali juga mengatakan bahawa keadaan mereka
yang dihukumkan kafir berdasarkan berita perlu diketahui sama ada bersifat pendusta, atau
beriktiqad jahil. Walaupun begitu, keadaan tipuan atau jahil melayakkan untuk dihukumkan
kafir adalah urusan yang lain. Maka ini memberi juga bergantung kepada pandangan fatwa
yang boleh memberi hukum. (2019: 408).
Menurut Imam Ghazaali (2019: 409) meletakkan pemutusan bahawa setiap yang
mendustakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W adalah kafir. Pemutusan tersebut bermakna
kekal didalam api neraka selepas mati dan harus pada darah dan harta ketikamana hidup
pada disisi perundangan melainkan bahawa pendustaan tersebut pada susunan seperti
berikut (2019: 409- 421);

Susunan pertama (2019: 409): Pendustaan oleh agama Yahudi, Kristian dan ahli
agama lain seluruhnya seperti Majusi, penyembah berhala dan selain dari mereka. Maka
hukum kafir terhadap mereka jelas berdasarkan nas dari Al-Qur`aan Al-Kareem dan
kesepakatan dari para ulamak dalam kedudukan asal bahawasanya mereka adalah musuh
terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Susunan kedua (2019: 409): Pendustaan Brahma (iaitu agama Hindu) mengingkari
asas kenabian dan sekularisme terhadap Sang Pencipta (kelompok ini termasuk ateisme dan
metetialisme). Oleh itu, didapati pada nas atas pertimbangan pertama mereka adalah
bersangatan pendustaan terhadap para nabi dan selainnya dari nabi-nabi. Pendutaan yang
berlaku melebihi dari Yahudi dan Kristian berbanding Hindu menambah mendustakan
kenabian, mengingkari Utusan Allah adalah dari jenis bahaya besar terhadapa penafian
kenabian. Oleh itu menurut Imam Ghazaali dikira pandangan mereka adalah batil.

Susunan ketiga (2019: 410): Mereka yang mengakui Sang Pencipta, kenabian dan
mengakui kenabian Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun begitu berlahan menyakini nas-nas
dari syarak dengan mengatakan tidak membenarkan dengan jelas bagi memahami apa yang
diperolehi iaitu dari kalangan ahli falsafah. Dan menurut Imam Ghazaali memutuskan kafir
terhadap mereka berdasarkan tiga permasalahan;

Pertama: Mereka yang mengingkari hari dihimpunkan sekalian manusia,


diazab dan mendapat nikmat syurga bersama bidadari, makanan, minuman dan
pakaian. (2019: 410).

Kedua: Mereka yang mengatakan bahawa Allah Ta`aala tidak mengetahui


akan bahagian-bahagian dan perincian yang berlaku. Dan tetapi, apa yang diketahui
Allah secara keseluruhan dan apa yang berlaku pada sebahagian bahagian yang
diketahui para malaikat-malaikat langit. (2019: 410).

Ketiga: Sesungguhnya alam itu adalah sedia ada, dan bahawasanya Allah
Ta`aala aitu adalah mendahui alam sepertimana mendahui sebab atas yang ditimpa
sebab atau sebaliknya tidak berlaku atas keduanya yang dianggap sama. Dan meraka
itu apabila disebutkan akan ayat-ayat Al-Qur`aan Al-Kareem mereka menganggap
bahawasanya kelazatan akal semata-mata dari memahaminya. Mereka beranggapan
dengan kelazatan tersebut adalah berlaku pada deria sentuhan rasa semata-mata.
Oleh itu, golongan ini dikira sebagai kufur secara jelas. (2019: 411).

Susunan keempat: Golongan Mu`ktazilah, Musyabbihah dan kelompok


keseluruhannya dari kalangan selain kelompok ahli falsafah iaitu mereka yang membenarkan
dan tidak mengharuskan berdusta bagi kemaslahatan dan bukan perkara kemaslahatan.
Mereka membiasakan dengan taklil bagi mendustakan bahkan dengan takwil. Namun
demikian, mereka seringkali berlaku kesilapan pada takwilannya. Maka mereka semua
diperintahkan pada kedudukan Ijtihad dan kemestian cenderung kepada menghasilkan
berhati-hati dari mengkafirkan apa yang didapati padanya akan jalan yang benar. Menurut
mereka, mengharuskan menumpahkan darah, harta dari kalangan orang yang solatpada
kiblat yang jelas adalah membahayakan dan adalah salah. Lalu mereka berpandangan pada
meninggalkan 1,000 orang yang kafir pada kehidupannya adalah lebih teruk dan buruk
berbanding kesalahan membunuh seorang orang Islam. Maka menurut Imam Ghazaali
bukanlah dikira sebagai pendusta realitinya, akan tetapi kedudukan pada kalimah syahadah.

Kedudukan kelima: Mereka yang meninggalkan meninggalkan dari mendustakan


secara jelas akan tetapi mengingkari asal dari usul-usul syariat yang diketahui secara tawatir
dari Rasulillah S.A.W. Umpamnya mengatakan: “Aku tidak mengetahui tentang sabit perkara
itu berkenaan dengan Rasulillah S.A.W”, sepertimana mengatakan: “Sesungguhnya solat
lima waktu itu bukan wajib”. Maka apabila mereka telah membaca dari Al-Qur`aan dan
berita-berita. Maka lalu respond darinya mengatakan: “Aku tidak mengetahui hati ini dari
Rasulullah S.A.W”. Maka sebab itulah menjadi salah dan penyelewengan. Maka dengan
sebab itu dihukumkan atas sifat kufurnya kerana sesungguhnya mendustakan walaupun
bukan dengan cara yang jelas.

Situasi juga berlaku dengan tidak mengkafirkan sekiranya perkara yang dikatahui
secara mutawatir seperti mengingkari peperangan yang disertai Rasulillah S.A.W, isteri
Rasulillah S.A.W berbanding rukun-rukun Islam. Dan situasi berlaku tidak mengkafirkan
sekiranya berlaku pada perkara bersalahan dari perkara ijmak ulamak. Iaitu kerana ijmak
ulamak pemutus hujjah semata-mata atas pandangan sepertimana mendatangkan dalil atas
alam yang baharu berdasarkan mutawatir dari akhbar-akhbar yang dihukumkan, bahkan
tidak secara mutawatir melainkan pada perkara yang hanya dirasai menurut mereka.
Susunan keenam: Bahawasanya secara jelas mendustakan, dan tidak mendustakan
juga atas urusan yang diketahui pemutus dengan mutawatir dari usuluddin akan tetapi
mengingkari apa yang diketahui secara sohih berdasarkan ijmak ulamak semata-mata. Maka
tidak akan diperolehi secara sohih melainkan dengan pandangan dari ijmak ulamak. Maka
contohnya sepertimana mengatakan bahwasanya harus dibangkitkan selepas dari Nabi kami
Muhammad S.A.W. Maka kenyataan mungkar ini adalah ingkar terhadap pandangan ijmak
ulamak. (2019: 415-421).
…………………………………………………………………………………………………………………….
Muhammad bin Muhammad Al-Tuusi. 1428H/ 1998M. Ihya` `Uluumu Al-Deen. Daru
Al-Maktabah Misr. Al-Fajjaalah. Kaherah. Mesir.
…………………………………………………………………………………………………………………….

Pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab menyanggah pemikiran Imam


Ghazaali atau Muhammad Al-Tuusi (1998) pada perkara berkaitan akidah Al-Asy`aari pada
menetapkan zat, sifat dan af`aal. Penetapan akidah yang dianggap sebagai akidah Ahli
Sunnah Wal Jama`aah dikritik oleh Muhammad bin `Abdul Wahhab sebagai tiada diajarkan
oleh Rasulullah S.A.W dan juga bermakna tiada dalam ajaran Islam selain berhadapan
dengan ilmu dari falsafah atau ilmu kalam yang menyesatkan menurutnya. Namun begitu,
menurut Muhammad Al-Tuusi (1998: 138) bahawa pada ucapan dua kalimah syahadah itu
sendiri mempunyai penetapan beberapa perkara penting iaitu, penetapan zat Allah,
penetapan sifat Allah, penetapan af`aal Allah dan penetapan kebenaran Rasulullah.

Kejayaan pengaruh pemikiran Muhammad bin `Abdul Wahhab adalah kejayaan


menarik umum terhadap pandangan Imam Ghazaali yang dianggap membawa pandangan
menyeleweng dari ajaran sebenar Baginda Nabi Muhammad S.A.W selain bertentangan
Islam. Maka usaha-usaha Imam Ghazaali membentuk penetapan-penetapan atau susunan-
susunan adalah berupa reka-rekaan semata-mata kesan dari pengaruh tokoh-tokoh
cendekiawan ilmu kalam.

Oleh itu, beberapa penetapan dan perincian dari pembahagian dikemukan oleh
Imam Ghazaali dalam tulisan-tulisannya. Bermula dari beberapa pembahagian tersebut
dikategorikan terdapat beberapa rukun-rukun penting yang turut dikira sebagai komponan
penting dalam keimanan sebenar. Maka dari situ, bermulalah empat rukun besar dan bagi
menjelaskan perincian bagi menjelaskan akan rukun-rukun iman tersebut adalah seperti
berikut. Bermula dari rukun pertama, Iaitu pada mengenal Allah yang mengandungi sepuluh
usul. Rukun kedua, iaitu pada sifat Allah yang merangkumi sepuluh usul perbahasan. Rukun
ketiga, iaitu menjelaskan tingkahlaku Allah Ta`aala dan berkisar pada sepuluh usul
perbahasan. Rukun keempat, iaitu Sam`iyyat dan perkara yang berkisar atas sepuluh usul
perbahasan.

Oleh yang demikian, penetapan-penetapan ini sengaja disusun oleh Imam Ghazaali
dan para ulamak manhaj As`aariy sebagai jalan dan wadah bagi menjelaskan pendirian dan
keteguhan para ulamak berdasarkan perpegangan kukuh terhadap aliran Ahli Sunnah Wal
Jama`ah.

Anda mungkin juga menyukai