Anda di halaman 1dari 9

SENARAI TUGAS PENGAWAS

1.      Mengawal disiplin diri dan pelajar.

2.      Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
3.      Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4.      Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada
rakan-rakan pelajar.
5.      Memastikan keceriaan sekolah, bilik gerakan pengawas dan taman pengawas dijaga dengan baik.
6.      Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7.      Memimpin rakan-rakan pelajar dalam mencapai misi dan visi sekolah.
8.      Mencegah kes jenayah di sekolah.
9.      Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.
10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi.
12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum,
sahsiah dan disiplin.
14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas
untuk memperbaiki keadaan.
15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang
ditetapkan.
19. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di
luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku , lagu Negeri dan lagu Sekolah.
20. Menjalankan tugas-tugas semasa arahan guru-guru dan pihak sekolah

Portfolio dan Bidang Tugas

KETUA PENGAWAS
1.       Merupakan ketua pelajar dan wakil pelajar.
2.       Menjadi ketua dan peneraju dalam pengurusan kepengawasan dalam kalangan ahli pengawas yang sedia ada.
3.       Memaklumkan sebarang maklumat dan informasi kepada pengawas dan pelajar.
4.       Merupakan jambatan antara guru dan pengawas/pelajar.

1
5.       Memastikan organisasi pengawas berjalan dengan lancer dan memantau gerak kerja ahli-ahli biro dan
pengawas.
6.       Menyediakan pembahagian tugas harian dalam kalangan pengawas untuk rondaan pada waktu pagi, rehat dan
tengah hari.
KETUA PENGAWAS PEREMPUAN
1.       Merupakan timbalan dan pembantu kepada Ketua Pengawas dan merupakan ketua kepada pengawas
perempuan.
2.       Bertindak mengikut keperluan sekiranya ketua pengawas tiada di sekolah.
3.       Sebagai penyimpan amanah atau kutipan duit dalam kalangan pengawas.
4.       Menjadi penguhubung dan jambatan antara guru danpelajar.
5.       Menjalankan amanah dan tugas yang telah diarahkanoleh ketua pengawas atau guru-guru.
6.       Memastikan Bilik Gerakan Pengawas dalam keadaan sempurna, kemas dan tersusun.

TIMBALAN-TIMBALAN KETUA PENGAWAS


1.       Menjadi pembantu danpenolong kepada ketua pengawas.
2.       Orang kedua dari belakang ketua pengawas.
3.       Memastikan kerja-kerja dan tugas pengawas berjalan dengan lancar seperti arahan daripada ketua pengawas.
4.       Timbalan ketua pengawas harian berperanan dalam memahami dan mengetahui keperluan pengawas-pengawas
harian.
5.       Timbalan pengawas asrama berperanan dalam mengetahui dan memahami keperluan pengawas-pengawas
asrama.
6.       Timbalan pengawas sesi petang berperanan menjadi ketua kepada pengawas sesi petang.  Memastikan tugas
dan peranan pengawas sesi petang berjalan lancar mengikut tugas dan arahan yang telah diberikan.

SETIAUSAHA KEHORMAT
1.       Pencatat minit mesyuarat apabila ada mesyuarat atau taklimat diadakan tidak kira secara rasmi atau tidak rasmi.
2.       Menyediakan surat menyurat secara rasmi atau tidak rasmi dalam badan pengawas sekolah.
3.       Berperanan sebagai ketua apabila ketua pengawas tiada di dalam kawasan sekolah.
4.       Menerima arahan daripada ketua pengawas untuk menjalankan tugas memanggil untuk mesyuarat.
5.       Menyediakan jadual tugas harian dan rondaan pengawas dan diedarkan kepada setiap org pengawas.
6.       Memantau borang kehadiran pengawas bertugas setiap hari dalam setiap bahagian rondaan.

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT


1.       Sebagai pembantu kepada Setiausaha Kehormat dalam segala kerja pengkeranian.
2.       Menjadi pengganti sementara sekiranya Setiausaha Kehormat tiada di dalam sekolah.
3.       Menyelia fail-fail dan rekod-rekod yang terdapat dalam Bilik Gerakan Pengawas.

KETUA BIRO DISIPLIN DAN TATATERTIB


1.       Berperanan dalam memastikan disiplin dan tatatertib dalam kalangan pengawas pada tahap yang maksimum.
2.       Menjadi pemerhati kepada tingkah laku pengawas.
3.       Berhubung kait secara rapat dengan Jawatan Kuasa Penyelaras Disiplin Guru.
4.       Menyediakan jadual tugas dan mengepala aktiviti sekiranya ada ‘sportcheck’ dilakukan oleh Guru Penyelaras
Disiplin Sekolah.
5.       Bekerjasama dengan Biro Tugas-tugas Khas dan perhimpunan untuk ‘sportcheck’ selepas perhimpunan sekolah.
Melantik pengawas untuk merekod dan mencatat pelajar yang melanggar disiplin seperti kuku panjang, kuku
bewarna, tidak ikat rambut, pengikat rambut yang bewarna warni, menggunakan selipar, kaki seluar ketat dan rambut
panjang dan bewarna dan lain-lain kesalahan yang relevan yang melanggar peraturan sekolah. 
6.       Memberi arahan untuk tugasan pemantauan dan sportcheck selepas perhimpunan.

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS DAN PERHIMPUNAN

2
1.       Berperanan sebagai pengurus dalam aktiviti perhimpunan atau aktiviti keramaian seperti hari muafakat, hari
perayaan dan sebagainya.  Menguruskan majlis agar berjalan dengan lancar.
2.       Menyediakan jadual tugas untuk perhimpunan sekolah iaitu, pemilihan pengacara majlis, pembaca ikrar,
pembacaan pengumuman dan notis.
3.       Boleh memilih dalam kalangan pengawas untuk tugas-tugas seperti di atas.
4.       Bekerjasama dengan Biro Peralatan dan Kecemasan untuk penyediaan perhimpunan.
5.       Memastikan perhimpunan berjalan lancar dan memberi arahan kepada ahli pengawas untuk tugas-tugas semasa
perhimpunan.
6.       Menyediakan susunan baris pelajar mengikut kelas di tapak perhimpunan.

BIRO PERALATAN DAN KECEMASAN


1.       Menyediakan peralatan yang diperlukan oleh Biro Tugas-tugas khas dan Perhimpunan semasa perhimpunan
sekolah berlangsung, aktiviti-aktiviti sekolah yang lain seperti keramaian, hari muafakat dan sebagainya.
2.       Menyediakan jadual tugasan kerja untuk penyediaan peralatan semasa perhimpunan seperti menyediakan
kerusi meja untuk guru.  Boleh dipilih dari kelas-kelas pelajar untuk mengangkut kerusi meja sambil diselia pengawas
yang bertugas.
3.       Bersedia sepanjang masa untuk kecemasan dan sekiranya guru-guru yang memerlukan peralatan seperti kerusi
meja untuk sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.

BIRO PERMAINAN, SUKAN DAN SOSIAL (PERKASO)


1.       Menyediakan idea dan susunan permainan, sukan dan aktiviti sosial yang lain sepanjang  tahun untuk
merapatkan lagi hubungan dalam kalangan pengawas serta para guru.
2.       Menyediakan senarai tugas dan keperluan semasa Hari Guru untuk aktiviti sukan dan permainan Hari Guru.
3.       Bekerjasama dengan Biro Peralatan dan Kecemasan. 
4.       Ahli jawatankuasa boleh terdiri dalam kalangan semua ahli pengawas dalam setiap aktiviti.

BIRO KEBAJIKAN PELAJAR


1.       Mencari dana untuk meningkatkan dana lembaga pengawas untuk kegunaan bersama pengawas.
2.       Mencari idea dalam meningkatkan dana lembaga pengawas.
3.       Mengepala dan mengetuai aktiviti mengutip derma kilat dalam kalangan pelajar sekiranya ada derma kilat
dilakukan.

BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


1.       Berperanan sebagai mata dan telinga pihak sekolah memastikan kawasan sekolah dalam keadan bersih dan
ceria.
2.       Memastikan setiap blok kelas bersih dan ceria.  Bilik kelas ada penyapu danperalatan pembersihan yang lain. Sila
buat pemantauan dari semasa ke samasa. 
3.       Menjaga kebersihan dan keceriaan Bilik Gerakan Pengawas dari semasa ke semasa dan kemas.

BIRO KEBUDAYAAN DAN KEROHANIAN (KEBUROH)


1.       Berperanan sebagai setiap ahli pengawas baik rohaniahnya. 
2.       Memantau setiap aktiviti kerohanian dan kebudayaan yang diikuti oleh para pelajar asrama dan harian.
3.       Mendapatkan maklumat dari setiap ketua persatuan kerohanian seperti masa perjumpaan, keahlian, tempat
perjumpaan dan pastikan pelajar-pelajar ini tidak melanggar peraturan semasa aktiviti kerohanian berjalan.

BIRO DOKUMENTASI
1.       Membuat kertas kerja sekiranya aktiviti berlangsung di sekolah yang melibatkan pengawas.
2.       Membuat dokumentasi iaitu mengambil gambar dan merakam segala aktiviti yang berlangsung di sekolah yang
melibatkan pengawas.
3.       Membuat laporan setelah sesuatu aktiviti berlangsung dan masukkan semua pelaporan iaitu kertas kerja,
gambar-gambar dan laporan dalam fail yang telah disediakan.
4.       Memastikan setiap aktiviti yang melibatkan pengawas adanya dokumentasi yang lengkap dan difailkan.

3
BIRO DEWAN MAKAN
1.       Menyediakan jadual bertugas harian di dewan makan yang melibatkan pengawas asrama.
2.       Menyediakan pembahagian tugasan untuk memantau aktiviti di dewan makan seperti menimbang makanan,
kehadiran pengawas bertugas, kehadiran pelajar makan dan merekod di dalam buku rekod yang telah disediakan.
3.       Mengetahui segala hal ehwal di dalam dewan makan dan memastikan keperluan dewan makan mencukupi dan
selesa untuk para pelajar.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

1. Membantu guru besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah.


2. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan aktiviti dijalankan sama ada di
dalam atau di luar sekolah.
3. Menjadi penyelaras di antara guru dan guru besar di dalam hal disiplin murid-murid.
4. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya mewakili guru besar.
5. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga di dalam masalah disiplin.
6. Membantu guru besar menanamkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-
guru.
7. Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai.
8. Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan perlakuan murid-murid itu
sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling.
9. Berusaha menanam semangat patut dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-
prinsip Rukun Negara.
10. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru besar.
11. Mengadakan kempen-kempen yang berkaitan dengan disiplin.
12. Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan berpakaian kemas dan bersih.
13. Mengatur jadual tugasan pengawas semasa guru-guru bermesyuarat/urusan-urusan lain.

Bidang Tugas Jawatankuasa HEM  

1. Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas

a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas

 Melantik Pengawas
 Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar
 Menasihatkan dan membimbing pengawas
 Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan Pengawas
b) Jawatankuasa Disiplin Murid

 mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar


 bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah
 Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah
 Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan.
 Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar

4
 Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
 Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
 Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah, lawatan berkala
dan program pemantapan disiplin di sekolah 

2. Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keharmonian Sekolah

a) Bangunan dan kelas

 Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga


 Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan
 Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan kelas sentiasa kemas,
bersih dan teratur
 Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang mencukupi untuk
setiap penggal
 Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan
 Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan pelajaran di papan
kenyataan di dalam kelas.
 Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam

b) kawasan sekolah

 Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah


 Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah
 Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah
 Menghubungi DBKL atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam
 Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah

c) Kantin Sekolah

 Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga, perabot kantin,
sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan
 Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar
 Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
 Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa
 Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat-Membantu guru bertugas
menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat 

5
d) Jawatankuasa Keselamatan dan Latihan Kebakaran

 Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi


 Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun
 Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam
 Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah
 Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut
 Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal

e) Jawatankuasa Penyelenggaraan Perabot dan Bangunan

 Menerima bekalan perabot baru dan menyimpan buku stok untuk disimpan di akhir tahun
 Memastikan semua perabot mencukupi dan dalam keadaan baik dan bersih
 Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya perabot tidak mencukupi
 Membaiki perabot yang rosak-Menomborkan dan memastikan perabot-perabot berada dalam keadaan
terkawal 

f) Jawatankuasa Tandas

 Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan


 Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas sebanyak 3 kali sehari
 Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul
 Mengadakan ?Pemeriksaan Kejut? dari masa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan dan kebersihan
dalam tandas.
 Mengadakan ceramah / takimat kepada murid tentang penjagaan dan penggunaan tandas di sekolah
 Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah-masalah yang timbul
 Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan tandas sentiasa dijaga 

g) Jawatankuasa Pencegahan Denggi

 Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mendapatkan data kes denggi yang melibatkan murid sekolah dan
melaporkan ke JPWP
 Mengadakan ceramah, program pencegahan wabak denggi di sekolah
 Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta daam pembasmian tempat pembiakan nyamuk di kawasan
sekolah
 Mengadakan pemeriksaan berkala kawasan sekolah supaya bebas daripada tempat takungan air dan
membubuh ubat ?ABATE? jika perlu

6
 Bekerjasama dengan DBKL dan meminta semburan ubat ?Fogging? kawasan sekolah jika perlu

3. Jawatankuasa Pinjaman Buku Teks 

 Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun-Memproses semua borang SPBT
 Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip baik buku teks pada akhir penggal
 Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku stok
 Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang berkaitan dengan SPBT
 Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada semua guru dan pelajar
 Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan buku yang rosak

4. Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid / Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah

 Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan


 Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang diberikan
 Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa dari Jabatan
Pelajaran
 Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa
 Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan keluar sekolah
 Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian
 Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG

5. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling

 Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru bimbingan dan
kaunseling
 Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan laporan yang diperlukan
 Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar
 Merancang dan menyelaras program PRS
 Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
 Menjalankan program motivasi untuk pelajar
 Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan
 Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin yang dirujuk
kepadanya
 Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerukannya
 Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu sekolah
membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid

7
6. Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian Murid

 Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oeh DBKL


 Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah
 Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan-Menguruskan bilik kesihatan supaya selalu bersih dan
boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu
 Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang kepentingan menjaga
kesihatan dari semua aspek

7.Jawatankuasa Majalah Sekolah

 Bertanggungjawab menubuhkan redaksi majalah sekolah


 Menentukan kandungan yang sesuai untuk majalah sekolah
 Mendapatkan iklan majalah sekolah
 Memilih dan menyunting bahan daripada pelajar
 Menguruskan sesi bergambar serta pengambilan gambar untuk semua aktiviti sekolah
 Mengedarkan majalah kepada pelajar dan sekolah-sekolah lain

8. Jawatankuasa Buku Kedatangan Pelajar dan Data Ponteng

 Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar


 Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar selalu tidak hadir dan
ponteng
 Menentukan buku kedatangan pelajar diisi dengan betu dan ditutup tiap-tiap akhir bulan
 Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang dikehendaki
 Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang
 Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa pulang
 Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid ditutup
 Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas
 Menguruskan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan
 Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN SEKOLAH
 Mengingatkan guru tingkatan dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap tingkatan dicatat pada papan
kenyataan dalam pejabat

9. Jawatankuasa Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan

 Membantu dalam perlantikan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan

8
 Memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan
 Menasihatkan dan membimbing ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan
 Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan ketua tingkatan
dan penolong tingkatan

10. Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)

 Memastikan semu butiran SMM dimasukkan ke dalam komputer oleh guru tingkatan
 Menghantar maklumat SMM/SSDM yang lengkap ke Jabatan Pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan
 Menyemak dan mengemaskini rekod SMM/SSDM dari masa ke masa dengan bantuan guru tingkatan

Anda mungkin juga menyukai