Anda di halaman 1dari 1

HUKUM PENAJISAN ANJING:

PENDAPAT MAZHAB SYAFIE DAN HANBALI TENTANG KENAJISAN ANJING

Pendapat Mazhab Syafie dan Hanbali mengenai kenajisan anjing iaitu  air liur
dantubuh badannya adalah najis secara mutlak yang bermaksud anjing adalah najiskeseluruhannya.
Oleh itu, barangsiapa yang menyentuh atau tersentuh dengan mana-mana  bahagian dari tubuh
badannya, diwajibkan ke atasnya membasuh najis tersebut dengan tujuhkali basuhan beserta tanah

PENDAPAT MAZHAB HANAFI TENTANG KENAJISAN ANJING

Mazhab Hanafi berpendapat menyatakan bahawa anjing itu najis pada cecair badannya sahaja, bukan
pada bulu kulit badannya ketika kering. Bagi mazhab Hanafi, anjing pada dasarnya zatnya adalah
makluk yang suci iaitu tidak najis, dengan alasan antara lain, agam
amembolehkan kita memeliharanya dalam rangka berburu atau penjagaan. Para pengikut mazhab
Hanafi setuju bahawa anjing itu suci keadaannya selama dia masih hidup sahaja. Yangmenjadi najis
menurut penganut Mazhab Hanafi hanya mulutnya sahaja atau air liur dan kotorannya (tahi) selama
anjing masih hidup, dengan alasan kerana mengikuti najisnya daging anjing itu sesudah matinya.

Dan yang demikian ini diikuti oleh mereka yang bermazhab Hanafi. Dengan ini bermaksud bahawa


anjing bukan najis seluruhnya, tetapi hanya mulut,lidah dan air liurnya adalah najis dengan merujuk
secara zahir

PENDAPAT MAZHAB MALIKI TENTANG KENAJISAN ANJING

Pendapat mazhab Maliki menyatakan bahawa anjing secara mutlak (keseluruhannya) baik yang
dijadikan sebagai penjaga, pemburu atau  apa sahaja, adalah tidak najis iaitu suci sebagaimana haiwan
yang lain kecuali kekotorannya (tahi) yang dianggap mutawassitah.  

Kaedah membersihkan Najis:

1. Basuhan yang pertama adalah untuk menghilangkan kewujudan najis,


walaupun berapa basuhan diperlukan. Hendaklah dipastikan tiada
tinggalan air daripada air basuhan yang pertama;
2. Basuhan yang seterusnya dikira sebagai basuhan yang kedua
sehinggalah basuhan yang ketujuh;
3. Salah satu dari basuhan tersebut hendaklah air yang bercampur tanah;

Babi merupakan najis ainiy (keseluruhan jasadnya adalah najis) sama ada ketika hidup atau setelah ia
mati. Ia merupakan pandangan  Jumhur Fuqaha mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali

Babi sama seperti keldai, singa dan serigala yang mana jisimnya adalah suci selagi ia bernyawa,
termasuklah badan, air mata, air liur dan peluhnya. Namun apabila ia sudah mati maka hukumnya
hukum bangkai dan ia menjadi najis seperti bangkai binatang yang lain. Ini merupakan pandangan
mazhab Maliki

Anda mungkin juga menyukai