Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH TAFSIR :

Sejarah tafsir bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW masih hidup, para
sahabat dapat bertanya secara langsung pelbagai persoalan yang tidak jelas atau tidak
difahami kepada beliau. Namun, setelah beliau wafat para sahabat kehilangan seorang
yang menjadi penunjuk jalan kebenaran, tetapi kemudian mereka mentafsir al-Quran
dengan berpegang kepada tiga perkara iaitu al-Quran, hadis nabi sebagai penjelasan
al-Quran, dan ijtihad. Dan pada zaman ini, pengajian tafsir tidak direkodkan sama
sekali dan masih menjadi sebahagian daripada satu cabang hadith. Syaratnya belum
disusun secara sistematik. Namun, setelah generasi sahabat berlalu, para tafsir muncul
setelah generasi sahabat yang disebut tabi'in. Pentafsiran yang berkembang pada
zaman tabi’in berbeza dengan yang berkembang pada zaman sahabat, di mana pada
zaman para sahabat penafsiran al-Quran hanya bersandarkan kepada Rasulullah dan
para sahabat. Namun, tafsiran yang berkembang pada zaman tabi'in mula
bersandarkan kepada berita-berita Israiliyyat dan Nasraniyyat.
ZAMAN TABI’IN :

Ketika zaman tabiin. Setelah generasi sahabat, para tabiin menafsirkan al-
Qur’an dengan al-Qur’an, hadis Nabi dan pendapat para sahabat. Selain itu baru
mereka mengembangkan penafsiran sendiri berdasarkan ijtihad. Pada masa tabiin,
tafsir belum merupakan sebuah disiplin ilmu yang berdiri sendiri. Maka, terdapat
banyak Institusi yang terbina oleh Sahabat dengan tujuan untuk menyampaikan ilmu
kepada para Tabi;in diantaranya ialah Madrasah Makkah atau Madrasah Ibnu Abbas,
Madrasah Madinah atau Madrasah Ubay bin Ka'ab dan Madrasah Iraq atau Madrasah
Ibnu Mas'ud. Pada masa ini, tafsir sudah mula dimasuki oleh kisah-kisah israiliyyat.
Kemudian, Sudah mulai banyak perbedaan pendapat antara penafsiran para tabi’in
dengan para sahabat.Tafsiran mereka sentiasa dipengaruhi oleh kajian dan penceritaan
mengikut corak identiti khas dengan tempat belajar masing-masing. Seterusnya ,
pentafsir yang terkenal pada Zaman tabi’in ialah Alqamah bin Qais Al- Nakha’i,
Masruq bin Ajd Al-Hamdani, Aswad bin Yazid Al-Nakha’i, Murrah al-Tayeb bin
Sharahil Al-Hamdani, Jubair bin Nufair bin Malik, Rufai’ bin Mehran Abu Al-
‘Aliyah, Sa’id bin Jubair bin Hisham, Al-Hasan Al-Basri, Qatadah bin Di’amah bin
Qatadah Al-Basri, Mujahid bin Jabir, Isma’il bin ‘Abdurrahman Al-Sudai, Daud bin
Abi Al-Hind, ‘Ata bin Abi Muslim Abu Uthman Al-Kurasani, Zaid bin Aslam Al-
‘Udwi A;-Misri dan Ali bin Talha Salim

Anda mungkin juga menyukai