Anda di halaman 1dari 34

PENULUSURAN RIWAYAT 1 – 3 (UTS)

DAN

PENULUSURAN RIWAYAT 4 – 6 (UAS)

NAMA FATINI BINTI HANAPI

NO MATRIK I20104610

SUBJEK ILMU JARH WA AL-TA`DIL

PENSYARAH DR. BUSTAMIN


‫ابب ما جاء يف مطل الغين ظلم‬

‫ عن أيب‬، ‫ حدثنا سفيان‬: ‫ قال‬، ‫ حدثنا عبد الرمحن بـن مهـدي‬: ‫ قال‬، ‫حدثنا حممد بن بشار‬

‫ وإذا أتبع ) أحدكم‬، ‫ «مطل الغين ظلم‬: ‫ عن النيب ﷺ قال‬، ‫ عن أيب هريرة‬، ‫ عن األعرج‬، ‫الزاند‬

. ‫على ملي) فليتبع‬

Imam at-Tirmidzi nama lengkapnya ialah Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin adh-
Dhahhak. Beliau lahir pada tanggal 210 H1 dan wafat di Tirmidz pada bulan rajab tahun 279
H.2 Guru-guru Imam Tarmizi ialah Qutaibah bin Sa’id, Ishaq bin Rahawaih, Muhammad bin
‘Amr as-Sawwaqi al-Balkhi dan Ismail bin Musa. Manakala murid-murid Imam at-Tirmidzi
ialah Abu Bakr Ahmad bin Isma’il as-Samarqandi, Abu Hamid Ahmad bin Abdullah bin Daud
al-Mirwazi, Ahmad bin Ali bin Hasnawaih al-Muqri’, Ahmad bin Yusuf an-Nasafi dan lain-
lain.3

Para pengkritik hadith yang menilai Imam at-Tirmidzi : 1) Ibnu Hiban mengatakan
thiqat.4 2) Adz-Dzahabi mengatakan Imam at-Tirmidzi merupakan seorang al-Hafidz, al-
‘Alim, al-Imam.5

Imam at-Tirmidzi meriwayatkan hadith tersebut daripada Muhammad bin Basyar


nama lengkapnya adalah Muhammad bin Basyar bin Ustman bin Dawud bin Kisan al-Abdi al-
Bundarun.6 Muhammad bin Basyar dilahirkan pada tahun 167H dan wafat pada 252H pada
usia 85 tahun di Bashra Irak.7 Anak yang dilahirkan pada abad kedua Hijriah ini kemudiannya
menjadi seorang ulama besar yang berpengaruh dan penuh berkarisma , sehingga digelar oleh
ulama pada zamannya sebagai al-Imam, al-Hafidz.8

Di antara guru-guru beliau dalam bidang hadits adalah Umar bin Yunus al-Yamani,
Quraish bin Anas, Abdurrahman bin Mahdi, Katsir bin Hisyam , Hajjaj bin Minhal , Harmi

1
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 13, h. 270-271.
2
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 13, h. 277.
3
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 13, h. 271.
4
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 13, h. 273.
5
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 13, h. 270.
6
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 24 , h. 511.
7
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 520.
8
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 520.
bin Imarah, Yahya bin Sa’id, Muhammad bin Ja`far, dan lain-lain. Orang-orang yang
meriwayatkan hadits dari nya yang menjadi muridnya diantaranya adalah Imam Bukhari, Imam
Muslim, Imam Abu Daud, Imam Abu Isa al-Tirmidzi, Imam Nasai, Ibnu Majah Abu Bakar
Ahmad bin Ali, Ishaq bin Abi Imran, Isma’il bin Nufail.9

Pernyataan para pengkritik hadith terhadap Muhammad bin Basyar : 1) Al-Ajli


menilainya thiqah, katsirul hadis.10 2) Ibnu Hajar menyebutnya di dalam kitab Taqrib Tahzib :
thiqah. 3) Maslamah bin Qasam menilainya thiqah masyhur.11 4) Abu Hatim menilainya
shaduq.12

Semua pernyataan daripada para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa


Muhammad bin Basyar merupakan seorang perawi yang mempunyai sifat yang terpuji.
Penilaian tersebut memberikan indikasi bahawa Muhammad bin Basyar merupakan seorang
yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat
diterima dan dipercayai.

Seterusnya Muhammad bin Basyar meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Mahdi


dan berkemungkinan bertemu dan saling meriwayatkan. Hal ini kerana, tarikh lahir
Muhammad bin Basyar pada 167H. Dan Abdurrahman bin Mahdi pula wafat pada 198H. Maka
dengan ini menunjukkan bahawa berkemungkinan bertemu bagi kedua-dua perawi tersebut.

Muhammad bin Basyar menerima hadis tersebut dari Abdurrahman bin Mahdi bin
Hassan bin Abdurrahman Al-Anbari. Kuniyah nya adalah “Abu Sa’id”.13 Beliau dilahirkan
pada tahun 135H 14. Wafatnya beliau pada bulan Jumadil Akhir, tahun 198 H.15

Guru-guru Abdurrahman bin Mahdi dalam bidang hadis ialah Aiman bin Nabil,
Mu’awiyah bin Shaleh, Abu Khaldah, Syu’bah, Sufyan Ats-Tsauri, dan beberapa ulama
lainnya. Sementara muridnya ialah Abdullah bin Mubarak, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin
Rahawaih, Ali bin Al-Madini, dan masih banyak ulama lainnya.16

9
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 24 , h. 511-513.
10
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 519.
11
Taqrib Tahzib. Juz 3. h 20.
12
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 24 , h. 517
13
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 9, h. 192-193.
14
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 9, h. 193.
15
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2 , h. 557.
16
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 9, h. 193.
Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Abdurrahman bin Mahdi : 1) Abu Hatim
menilainya imam thiqah. 2) Ibnu Said menilainya thiqah banyak hadis. 3) Abu Ya`la Alkhalili
mengatakan al- imam. 4) Adz-zahabi menilainya al-hafiz , al-imam.17

Semua pernyataan daripada para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa


Abdurrahman bin Mahdi merupakan seorang perawi yang mempunyai sifat yang terpuji.
Penilaian tersebut memberikan indikasi bahawa Abdurrahman bin Mahdi merupakan seorang
yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat
diterima dan dipercayai.

Seterusnya Abdurrahman bin Mahdi meriwayatkan daripada Sufyan Ats-Tsauri dan


berkemungkinan bertemu dan saling meriwayatkan. Hal ini kerana, tarikh lahir Abdurrahman
bin Mahdi pada tahun 135H. Dan Sufyan Ats-Tsauri pula wafat pada 162H. Maka dengan ini
menunjukkan bahawa berkemungkinan bertemu bagi kedua-dua perawi tersebut.

Nama penuh Sufyan Ats-Tsauri ialah Sufyan bin Sa’id bin Masruq bin Habib Ats-
Tsauri18 berasal dari qabilah Tsaur bin Abdul Manat, yang merupakan bahagian dari qabilah
Mudhar. Beliau dilahirkan di Kufah pada tahun 97H dan dibesarkan disana. 19 Sufyan Ats
Tsauri wafat pada bulan Sya’ban tahun 162H di Bashrah.20

Guru-guru beliau ialah Abi Ishak Asy-Syaibani, Abdul Malik bin Umair, Abi Zinad,
Abdurrahman bin Abas bin Rabiah dan lain-lain. Manakala murid-muridnya adalah Ja’far bin
Burqan, Khusaif bin Abdurrahman, Ibnu Ishaq, Abdurrahman bin Mahdi, Yahya bin Said dan
lain-lain.21

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Sufyan Ats-Tsauri : 1) Ibnu Said menilainya
Thiqah. 2) Ibnu Uyainah menilainya sebagai Amirul Mukminin dalam hadis. 3) Ibnu Hajar Al-
Asqalani mengatakan dalam kitab Taqrib Tahzib : Thiqah.22

Semua pernyataan daripada para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa


Sufyan Ats-Tsauri merupakan seorang perawi yang mempunyai sifat yang terpuji. Penilaian
tersebut memberikan indikasi bahawa Sufyan Ats-Tsauri merupakan seorang yang dapat

17
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz2 , h. 557.
18
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 7, h. 229.
19
Syaikh Ahmad Farid, Min `Alamis Salaf, Juz 1 h. 281.
20
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 7, h. 229.
21
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2 , h. 56.
22
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2 , h. 57.
dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan
dipercayai.

Seterusnya Sufyan meriwayatkan daripada Abi Zinad. Namanya adalah Abdullah bin
Dzakwan Al-Qurasyi.23 Beliau wafat pada tahun 130H.24 Guru-gurunya antara beliau ialah
Zaid bin Tsabit ,Ubaidillah bin Abdullah, Al-A’raj ,Abdullah bin Jakfar, Abi Salamah bin
Abdur Rahman. Murid-muridnya ialah, Abdurrahman (anaknya), Abu Al-Qasim, Shaleh bin
Kaisan, Muhammad bin Abdillah, Sufyan, Syu`aib bin Abi Hamzah dan lainnya.25

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Abi Zinad : 1) Abdullah bin Ahmad
menilainya Thiqah. 2) Ahmad bin Said menilainya Thiqah. 3) Abu Hatim mengatakan bahawa
Thiqah. 4) Abu Zinad menilainya thiqah.26

Semua pernyataan daripada para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Abi
Zinad merupakan seorang perawi yang mempunyai sifat yang terpuji. Penilaian tersebut
memberikan indikasi bahawa Abi Zinad merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh
kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Kemudian Abi Zinad meriwayatkan dari Al-Araj. Nama lengkap bagi Al`araj ialah
Abdurrahman bin Hurmuz al Madani al A'raj. Beliau merupakan seorang muqri' dan penghafaz
al Quran.27 Beliau wafat pada tahun 117H di Iskandariyyah.28 Antara guru Quran beliau ialah
Abu Hurairah, Ibn Abbas, Abdullah bin Malik dan ramai lagi. Pada zamannya beliau
merupakan diantara orang yang diberi kepercayaan untuk menulis mushaf al Quran. Antara
anak murid beliau dalam pembacaan al Quran ialah Nafi' bin Abi Nu’aim az Zuhri, Solih bin
Kisan, Yahya bin Sa'id dan lain-lain.29

Para pengkritik hadis yang menilai Al`araj: 1) Ibnu Said menilainya thiqah. 2) Al`ijli
menyebutnya thiqah. 3) Abu Zar`ah menilainya thiqah. 4) Khirash menyebutnya thiqah.30

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Al`araj
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi

23
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 14 , h. 416.
24
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2 , h. 329.
25
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2 , h. 329.
26
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2 , h. 329.
27
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 5, h. 69.
28
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 5, h. 70.
29
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 5, h. 69.
30
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2 , h. 562.
bahawa Al`raj merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Nama lengkapnya adalah Abu Hurairah ad-Dausi al-Yamani, beliau adalah sahabat
Rasulullah Saw dan sahabat yang hafidz. Ada perbezaan pendapat tentang nama asli abi
Hurairah tetapi disini hanya disebutkan menurut ulama hadits saja yaitu Abdurrahman bin
Sakh, Abdullah bin A’idz, Ibn Amir dan lain-lain. Wafatnya beliau pada 57H.31

Beliau kebanyakan mendapatkan hadis secara langsung dari Rasulullah Saw, Abu
Bakar, Umar bin Khatab, Ubai bin Ka’ab, Usman bin Zaid, dan lain-lain. Manakala murid-
muridnya seperti Abdullah Ibn Abbas, Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah, Anas bin Malik,
Sa’id bin Musayyab dan Ibnu Umar.32

Para pengkritik hadis yang menilai Abu Hurairah : 1) al-Bukhari menyebutnya di dalam
Thabaqat Sahabah daripada kitabnya at-Tarikh. 2) Ibnu Hajar al-Asqalani berkata di dalam
Taqrib Tahzib hafidz sahabat.33 3) al-Zahabi mengatakannya seorang sahabat Rasulullah.34

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Abu
Hurairah merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut
memberikan indikasi bahawa Abu hurairah merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh
kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Kesimpulannya, hadis di atas adalah sahih sepertimana yang dinyatakan oleh Imam
At-Tirmizi :

35
"‫"حديث أيب هريرة حديث حسن صحيح‬

Dan kesemua rantaian sanad di atas bersambung iaitu muttasil daripada Muhammad bin
Basyar sehingga Abu Hurairah.

31
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4 , h. 601.
32
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4 , h. 601.
33
Taqrib Tahzib, h.1218.
34
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 2, h. 578.
35
At-Tirmizi, Sunan at-Tirmizi wa huwa Jami' al-Kabir, Kaherah: Dar at-Ta'sil, (2016), Juz 2, hlm. 425.
‫ابب ما جاء من الرخصة يف أكل الثمرة للمار به‬

‫ عن عبيد هللا بن‬، ‫ حدثنا حيىي بن سليم‬: ‫ قال‬، ‫حدثنا حممد بن عبد امللك بن أيب الشوارب‬

.‫ وال يتخذ خبنة‬، ‫ مـن دخـل حائطا فليأكل‬: ‫ عـن النيب ﷺ قال‬، ‫ عـن ابـن عـمـر‬، ‫ عن انفع‬،‫عمر‬

Muhammad bin Abdul Malik bin Abi Asy-Syawarib nama lengkapnya ialah
Muhammad bin Abdul Malik bin Abi Asy-Syawarib Muhammad bin Abdullah.36 Beliau lahir
selepas 150 H37 dan wafat pada tahun 244 H di Basrah.38 Guru-guru Muhammad bin Abdul
Malik ialah Katsir bin Salim Al-Madaini, Abdul Aziz bin Mukhtar, Abdul Wahid bin Ziyad,
Yahya bin Sulaim dan lain-lain. Manakala murid-muridnya pula ialah Imam Muslim, Imam
Tarmizi, Imam Nasa’i, Imam Ibnu Majah, Abu Ismail Tarmizi, Ibnu Abi Dunya dan lain-lain.39

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Muhammad bin Abdul Malik bin Abi Asy-
Syawarib : 1) Imam An-Nasai menilainya dalam masyikhahnya thiqah tetapi katanya di tempat
lain la ba’sa bihi.40 2) Maslamah menilainya basriyyum thiqah. 3) Ibnu Hiban turut
menyebutkannya di dalam kitab At-Thiqat. 4) Usman bin Abi Syaibah menilainya shuduq, la
ba’sa bihi.41 5) Solih bin Al-Asadiyyu menilainya shuduq.42

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Muhammad
bin Abdul Malik bin Abi Asy-Syawarib merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh
kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Seterusnya, Muhammad bin Abdul Malik meriwayatkan hadis daripada Yahya bin
Sulaim. Nama lengkap beliau Yahya bin Sulaim Al-Qurashi At-Taifi.43 Kunyah nya Abu
Zakaria. Ibnu Hiban mengatakan beliau wafat pada tahun 193H atau 194H. Ahmad bin
Muhammad bin Alqassam mengatakan beliau wafat pada tahun 195H di Mekah. 44 Guru-
gurunya ialah Ubaidillah bin Umar Al-Umari, Musa bin Uqbah, Daud bin Abi Hindun, Ibnu

36
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 634.
37
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 11, h. 103.
38
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 634.
39
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 634.
40
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 11, h. 104.
41
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 634.
42
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 26 , h. 19.
43
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4, h. 362.
44
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 31 , h. 369.
Juraih dan lain-lain.45 Manakala anak-anak muridnya pula ialah Abu Bakar bin Abi Syaibah,
Basyar bin Ubais, Ishak bin Rahwiyah dan Muhammad bin Abdul Malik bin Abi Asy-
Syawarib.46

Jadi, berkemungkinan besar Muhammad bin Abdul Malik pernah bertemu Yahya bin
Sulaim dan saling meriwayatkan. Hal ini kerana, Muhammad bin Abdul Malik lahir selepas
150 H dan wafat pada tahun 244 H. Dan Yahya bin Sulaim pula wafat pada tahun 193H atau
194H. Maka dengan ini menunjukkan bahawa berkemungkinan bertemu bagi kedua-dua
perawi tersebut.

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Yahya bin Sulaim : 1) Muhammad bin Saad
menilainya thiqah, katsirul hadis. 2) Abu Basyar Ad-Dulabi menilainya laisa bi qowiy. 3)
Menyebut Ibnu Hiban dalam Kitab Ath-Thiqat. 4) Abbas Ad-Duriyyu menilainya thiqah. 5)
Abu Hatim menilainya syeikh soleh, seorang yang benar dan bukan seorang hafiz. 6) Al-Ijli
menilainya thiqah.47

Semua pernyataan daripada para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa


Yahya bin Sulaim merupakan seorang perawi yang mempunyai sifat yang terpuji. Penilaian
tersebut memberikan indikasi bahawa Yahya bin Sulaim merupakan seorang yang dapat
dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan
dipercayai.

Yahya bin Sulaim meriwayatkan hadis daripada Ubaidillah bin Umar. Nama lengkap
beliau ialah Ubaidillah bin Umar bin Hafs bin A’sem bin Umar bin Al-Khatab Al-Adawi Al-
Umri Al-Madani.48 Wafatnya menurut Al-Haytham bin ‘Adi pada 147H dan pendapat lain
mengatakan beliau wafat pada 144H atau 145H di Madinah.49 Guru-gurunya ialah Salim bin
Abdullah bin Umar, Abdullah bin Dinar, Umar bin Nafi’ Maula Ibnu Umar, Ummu Khalid
bintu Khalid bin Said bin Al-‘As dan lain-lain.50 Manakala murid-muridnya pula ialah Husyaim
bin Basyar, Yahya bin Said Al-Umawi, Yahya bin Sulaim At-Thaifi, Muslim bin Khalid dan
lain-lain.51.

45
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4, h. 362.
46
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4, h. 362.
47
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 31 , h. 368.
48
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 22.
49
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 19 , h. 129.
50
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 22
51
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 19 , h. 127.
Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Ubaidillah bin Umar : 1) Abu Zar’ah dan Abu
Hatim menilainya thiqah. 2) An-Nasai menilainya thiqah.52 3) Kata Ahmad bin Soleh : “Aku
lebih mencintai Ubaidillah daripada Malik pada hadis nafi’. 4) Ibnu Mu’ain menilainya thiqah
hafiz.53

Semua pernyataan daripada para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa


Ubaidillah bin Umar merupakan seorang perawi yang mempunyai sifat yang terpuji. Penilaian
tersebut memberikan indikasi bahawa Ubaidillah bin Umar merupakan seorang yang dapat
dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan
dipercayai.

Ubaidillah bin Umar menerima hadis ini daripada Nafi’. Nama lengkapnya ialah Nafi’
Maula Abdullah Bin Umar Bin Al-Khatab Al-Qurashi Al-‘Adawi.54 Alhaytham bin ‘Adi
mengatakan beliau wafat pada 117H. Manakala Sufyan bin ‘Uyainah dan Ahmad bin Hanbal
mengatakan beliau wafat pada 119H. Abu Umar Ad-Dharir mengatakan beliau wafat pada
120H.55 Guru-gurunya ialah Abi Said Al-Khudri, Al-Qasim bin Muhammad, Abdullah bin
Umar, Said bin Abi Hindun dan lain-lain. Manakala murid-muridnya ialah Yunus bin Ubaid,
Abdullah bin Dinar, Ibnu Umar, Solih bin Kisyan dan lain-lain.56

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Nafi’ : 1) An-Nasai menilainya thiqah. 2) Al-
Ajli menilainya thiqah. 3) Manakala Ibnu Said menilainya kathir minal hadis. 4) Seterusnya
Ibnu Khirash menilainya thiqah. Ahmad bin Mani’ Al-Baghwi menilainya thiqah kathir
alhadis.57

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Nafi’
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Nafi’ merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Nafi’ Maula Abdullah meriwayatkan hadis daripada Ibnu Umar. Nama lengkapnya
ialah Abdullah bin Umar bin Al-Khattab bin Nufail Al-Qurasyi Al-‘Adawi. Beliau wafat pada

52
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 19 , h. 128.
53
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 23.
54
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 29 , h. 268.
55
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 29 , h. 306.
56
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4, h. 210.
57
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4, h. 211.
73H di Mekah.58 Kunyahnya Abu Abdurrahman. Guru-gurunya ialah Nabi SAW, Abi Bakar,
Zaid bin Sabit, Usman dan lain-lain. Manakala anak-anak muridnya pula ialah Hamzah,
Abdullah, Umar, Nafi’ dan lain-lain.59

Jadi, berkemungkinan besar Nafi’ pernah bertemu Ibnu Umar dan saling meriwayatkan.
Hal ini kerana, Nafi’ wafat pada tahun 117H atau 119H. Dan Ibnu Umar pula wafat pada tahun
73H. Maka dengan ini menunjukkan bahawa berkemungkinan bertemu bagi kedua-dua perawi
tersebut.

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Ibnu Umar : 1) Jabir bin Abdullah berkata :
“Tidak ada di antara kami disenangi oleh dunia dan dunia senang kepadanya, kecuali Umar
dan putranya Abdullah." 2) Hafsah berkata dia mendengar daripada Rasulullah :
“Sesungguhnya Abdullah seorang lelaki soleh”. 3) Abu Hatim Ar-Razi menilanya lahu
sahabat.60

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Ibnu Umar
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Ibnu Umar merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu,
pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

58
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 389.
59
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 389.
60
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 390.
‫ابب ما جاء يف الصرف‬

‫ عن حيىي‬، ‫ حدثنا شيبان‬: ‫ قال‬، ‫ حدثنا حسني بن حممد‬: ‫ قال‬، ‫) حدثنا أمحد بن منيع‬١٢٩٣(

- ‫ إىل أيب سعيد فحدثنا أن رسول هللا ﷺ‬،‫ انطلقت أان وابن عمر‬: ‫ عن انفع قال‬، ‫بن أيب كثي‬

‫ والفضة ابلفضة إال‬،‫ «ال تبيعوا الذهب ابلذهب إال مثال مبثل‬: ‫ يقول‬- "‫ مسعته أذاني هاتني‬: ‫قال‬

.‫ وال تبيعوا منه غائبا بناجز‬، ‫ ال يشف " بعضه على بعض‬، ‫مثال مبثل‬

Ahmad bin Mani’ nama lengkapnya ialah Ahmad bin Mani’ bin Abdurrahman.
Kunyahnya Abu Jaafar. Beliau seorang hafiz yang pekak dan penduduk di Baghdad.61 Beliau
lahir pada tahun 160H dan wafat pada bulan Syawal tahun 224H.62 Guru-gurunya ialah Ismail
bin ‘Ulayyah, Sufian bin ‘Uyainah, Abdullah bin Al-Mubarak, Husain bin Ahmad Al-
Marruzi dan lain-lain.63 Manakala anak muridnya pula ialah Abu Yakkob Ishak bin Ibrahim
bin Jamil Al-Asbihani, Yahya bin Muhammad bin So’id, Muhammad bin Ishak bin Khuzaimah
dan lain-lain.64

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Ahmad bin Mani’ : 1) An-Nasai menilainya
thiqah. 2) Manakala Ibnu Hiban menyebutnya dalam ath-thiqat. 3) Seterusnya Abi Hatim
menilainya shaduq. 4) Ad-Dar Qutni menilainya la ba’sa bihi. 5) Maslamah bin Qasam
menilainya thiqah.65 6) Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata dalam Kitab Taqrib Tahzib : thiqah
hafiz.66

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Ahmad bin
Mani’ merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan
indikasi bahawa Ahmad bin Mani’ merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana
itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

61
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 1, h. 48.
62
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 11, h. 484.
63
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 1 , h. 495.
64
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 1, h. 496.
65
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 1, h. 48.
66
Ibnu Hajar al-Asqalani , Taqribu Tahzib, Darul Asamah, h. 100.
Ahmad bin Mani’ meriwatkan hadis daripada Husain bin Muhammad. Nama
lengkapnya ialah Husain bin Muhammad bin Bahram At-Tamimi. Kunyahnya ialah Abu
Ahmad dan ada yang mengatakan Abu Ali. Beliau seorang guru yang sopan dan beliau tinggal
di Baghdad.67 Tarikh wafatnya pada tahun 213H, ada juga yang mengatakan pada tahun 214H
dan 215H.68 Guru-gurunya ialah Israil bin Yunus, Khalaf bin Khalifah, Jarir bin Hazim,
Syaiban Ibnu Abdurrahman An-Nahwi dan lain-lain.69 Manakala anak-anak muridnya pula
ialah Ahmad bin Hanbal, Abdurrahman bin Mahdi, Ishak bin Al-Hasan Al-Harbi, Ahmad bin
Mani’ Al-Baghawi dan lain-lain.70

Jadi, berkemungkinan besar Ahmad bin Mani’ pernah bertemu dengan Husain bin
Muhammad dan saling meriwayatkan. Hal ini kerana, Ahmad bin Mani’ lahir pada tahun 160H
dan wafat pada bulan Syawal tahun 224H Dan Husain bin Muhammad pula wafat pada tahun
213H. Maka dengan ini menunjukkan bahawa berkemungkinan bertemu bagi kedua-dua
perawi tersebut.

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Husain bin Muhammad : 1) Ibnu Saad
menyebutnya thiqah. 2) Seterunya An-Nasai menilainya laisa bihi ba’sa. 3) Seterunya Ibnu
Hiban menyebutnya dalam ath-thiqat. 4) Ibnu Numair menilainya shaduq. 5) Al-Ijli menilainya
thiqah. 6) Ibnu Qani’ menilainya thiqah.71 7) Ibnu Hajar Al-Asqalani menilainya dalam Kitab
Taqrib Tahzib : thiqah.72

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Husain bin
Muhammad merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut
memberikan indikasi bahawa Husain bin Muhammad merupakan seorang yang dapat
dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan
dipercayai.

Husain bin Muhammad meriwayatkan hadis daripada Syaiban. Nama lengkapnya


ialah Syaiban bin Abdurrahman At-Tamimi Maula An-Nahw. Kunyahnya Abu Muawiyah.

Beliau seorang yang bersoapan santun )‫(املؤدب‬. Beliau tinggal di Kufah kemudian berpindah

67
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 6 , h. 471.
68
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 6 , h. 473.
69
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 6 , h. 471.
70
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 6 , h. 472.
71
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 1, h. 435.
72
Ibnu Hajar al-Asqalani , Taqribu Tahzib, Darul Asamah, h. 250.
ke Baghdad.73 Beliau wafat pada tahun 164H.74 Guru-gurunya ialah Abdul Malik bin Umair,
Qatadah, Ziyad bin ‘Ilaqah, Yahya bin Abi Katsir, Simak bin Harb dan lain-lain. Manakala
muridnya pula ialah Zaidah bin Qudamah, Abu Ahmad Az-Zuburi, Hasan bin Musa, Husain
bin Muhammad, Yunus bin Muhammad dan lain-lain.75

Jadi, berkemungkinan besar Husain bin Muhammad memang pernah berjumpa Syaiban
bin Abdurrahman At-Tamimi untuk mempelajari, mendengar dan menerima Hadis darinya di
kota Baghdad . Tambahan pula, Husain bin Muhammad wafat pada tahun 213H-215H ,
sedangkan Syaiban bin Abdurrahman At-Tamimi wafat pada tahun, 164H. Ia menguatkan lagi
kemungkinan yang mereka berdua memang pernah bertemu.

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Syaiban : 1) Ibnu Abi Khaisamah menilainya
thiqah dan sohibul kitab. 2) Usman Ad-Darimi menilainya thiqah fi kulli shay’ )‫(شيء‬. 3)

Seterusnya, Al-Ijli, Ibnu Saad dan An-Nasai menilainya thiqah. Manakala Ibnu Khirash
menilainya shaduq. 4) Ibnu Hiban menyebutnya dalam ath-thiqat. 5) Aslam berkata dalam
kitab Tarikh Wasit : thiqah. 6) As-Sajiyyu menilainya shaduq. 7) Abu Bakar Al-Bazzar
menilainya thiqah.76

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Syaiban
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Syaiban merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Syaiban meriwayatkan hadis daripada Yahya bin Abi Katsir. Nama lengkapnya ialah
Yahya bin Abi Katsir Soleh bin Al-Mutawakkil. Beliau seorang yang aktif. Kunyahnya ialah
Abu Katsir.77 Amru bin Ali mengatakan beliau wafat pada tahun 129H dan pendapat lain
mengatakan beliau wafat pada tahun 132H.78 Guru-guru beliau ialah Uqbah bin Abdul Ghafir,
‘Iyadh bin Hilal, Muhammad bin Ibrahim, Nafi’ Maula Ibnu Umar, Yakkob bin Ibrahim dan

73
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 184.
74
Ibnu Hajar al-Asqalani , Taqribu Tahzib, Darul Asamah, h. 441.
75
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 184.
76
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 184.
77
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 31 , h. 504.
78
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4, h. 384.
lain-lain.79 Manakala muridnya pula ialah Jarir bin Hazim, Sulaiman bin Arqam, Harb bin
Syaddad, Syaiban bin Abdurrahman An-Nahw dan lain-lain.80

Jadi, berkemungkinan besar Syaiban bin Abdurrahman At-Tamimi memang pernah


berjumpa Yahya bin Abi Katsir untuk mempelajari, mendengar dan menerima hadis darinya.
Tambahan pula, Syaiban bin Abdurrahman At-Tamimi wafat pada tahun, 164H, sedangkan
Yahya bin Abi Katsir wafat pada tahun 129H. Ia kemungkinan yang mereka berdua memang
pernah bertemu.

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Abu Katsir : 1) Berkata Az-Dzahabi dalam
Tarikh Islam : Ahadu ‘Alam dan ‘Alam Ahli Yamamah.81 2) Al-Ijli menilainya thiqah. 3) Az-
Dzahabi berkata dalam Al-Kashaf : Imam dan Ahadu ‘Alam.82 4) Abu Hatim mengatakan
beliau seorang imam.83

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Nafi’
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Nafi’ merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai

Yahya bin Abi Katsir meriwayatkan hadis daripada Nafi’. Nama lengkapnya ialah Nafi’
Maula Abdullah Bin Umar Bin Al-Khatab Al-Qurashi Al-‘Adawi.84 Alhaytham bin ‘Adi
mengatakan beliau wafat pada 117H. Manakala Sufyan bin ‘Uyainah dan Ahmad bin Hanbal
mengatakan beliau wafat pada 119H. Abu Umar Ad-Dharir mengatakan beliau wafat pada
120H.85 Guru-gurunya ialah Abi Said Al-Khudri, Al-Qasim bin Muhammad, Abdullah bin
Umar, Said bin Abi Hindun dan lain-lain. Manakala murid-muridnya pula ialah Yahya bin Abi
Katsir, Yunus bin Ubaid, Abu Hindun as-Sodiq, Yu’la bin Hakim, Yazid bin Abi Habib dan
lain-lain.86

Jadi, berkemungkinan besar Yahya bin Abi Katsir memang pernah berjumpa Nafi’ dan
saling meriwatkan . hal ini kerana , Yahya bin Abi Katsir wafat pada tahun, 129H, dan Nafi’

79
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 31 , h. 506.
80
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 31 , h. 507.
81
Tarikh Islam, juz 3. H.556.
82
Al-Kashaf, juz 2. H.373.
83
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4, h. 383.
84
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 29 , h. 268.
85
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 29 , h. 306.
86
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 29 , h. 303.
wafat pada tahun 117H atau 119H. Maka dengan ini menunjukkan bahawa berkemungkinan
bertemu bagi kedua-dua perawi tersebut.

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Nafi’ : 1) An-Nasai menilainya thiqah. 2) Al-
Ajli menilainya thiqah. 3) Manakala Ibnu Saad menilainya kathir minal hadis. 4) Seterusnya
Ibnu Khirash menilainya thiqah. 5) Ahmad bin Mani’ Al-Baghwi menilainya thiqah kathir
alhadis.87

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Nafi’
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Nafi’ merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Nafi’ meriwayatkan hadis daripada Abi Sa’id. Nama lengkapnya ialah Said bin Malik
bin Sunan bin Sa’labah bin Ubaid bin Al-Abjar bin ‘Auf bin Al-Haris bin Al-Akhazraj. Beliau
seorang Imam Mujahid dan Mufti Madinah.88 Meninggalnya Abi Said pada tahun 63H dan

berkata Ali wafatnya selepas Al-Harrah bi sanah )‫(احلرة ابلسنة‬.89 Guru-gurunya ialah Nabi
SAW, Abi Bakar, Usman, Ali, Zaid bin Tsabit, Muawiyah dan lain-lain. Manakala anak
muridnya pula ialah Hafs bin ‘Asem, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Jabir, Zaid bin Tsabit,
Nafi’Maula Ibnu Umar dan lain-lain.90

Jadi, berkemungkinan Nafi’ memang pernah berjumpa Abi Said untuk mempelajari,
mendengar dan menerima hadis darinya. Tambahan pula, Nafi’ wafat pada tahun, 117H atau
119H, sedangkan Abi Said wafat pada tahun 63H. Maka dengan ini menunjukkan bahawa
berkemungkinan bertemu bagi kedua-dua perawi tersebut.

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Abi Said : 1) Al-Bukhari menyebutnya


sahabat daripada kitab At-Tarikh. 2) Abu Hatim Ar-Razi juga menilainya sahabat. 3) Ibnu
Hiban menyebutnya sahabat dari kitab Ath-Thiqat. 4) Az-Zahabi mengatakan dalam Al-Kashaf

87
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4, h. 211.
88
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 3, h. 168-169.
89
Tarikh Islam, j2, h.896
90
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 1, h. 697.
: ulama yang mulia91 )‫نبيل‬ ‫(فقية‬. Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata dalam Taqribu Tahzib : lahu
sahabat.92

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Abi Said
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Abi Said merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Kesimpulannya, hadis di atas adalah sahih sepertimana yang dinyatakan oleh Imam
At-Tirmizi :

93
"‫"حديث أيب سعيد عن النيب (ص) يف الراب حديث حسن صحيح‬

Dan kesemua rantaian sanad di atas bersambung iaitu muttasil daripada Amad bin Mani’
sehingga Abi Said.

91
Al-Kashaf, juz1 h.430
92
Ibnu Hajar al-Asqalani , Taqribu Tahzib, Darul Asamah, h. 371
93
At-Tirmizi, Sunan at-Tirmizi wa huwa Jami' al-Kabir, Kaherah: Dar at-Ta'sil, (2016), Juz 2, hlm. 390
PENULUSURAN RIWAYAT HADIS 4 - 6

(UAS)
ِ‫ ما جاء ِيف الْمص هراة‬: ‫ ابب‬.‫اَّلل َعلَي ِه وسلهم‬ ِ‫ول ه‬ ِ ‫وع َع ْن َر ُس‬
َ ُ َ َ َ ٌ َ َ َ َ ْ ُ‫صلهى ه‬ َ ‫اَّلل‬ ُ ُ‫ الْبُـي‬: ‫ابب‬

َ َ‫ ق‬، ‫ َح َّدثـَنَا أَبُو َع ِامر‬: ‫ال‬


‫ َع ْن ُحمَ هم ِد‬، ‫ َح َّدثـَنَا قُـ هرةُ بْ ُن َخالِد‬: ‫ال‬ ‫) َح َّدثـَنَا ُحمَ هم ُد بْ ُن بَ ه‬١٢5٢(
َ َ‫ ق‬، ‫شار‬

‫صَّراةً فَـ ُه َو ِاب ْْلِيَا ِر‬ َ َ‫ ق‬،‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬


َّ ‫صلَّى‬ ِ
َ ‫ " َم ِن ا ْش َََتى ُم‬: ‫ال‬ ِ َ ‫بْ ِن س ِي‬
‫ َعن النِ ِي‬، َ‫ َع ْن أَِيب ُه َريْـ َرة‬، ‫ين‬
َ ‫َّيب‬
." َ‫ َال مسََْراء‬،‫اعا ِم ْن طَ َعام‬
ً‫ص‬ َ ‫ فَِإ ْن َرَّد َها َرَّد َم َع َها‬، ‫ثََالثَةَ أَََّّيم‬
Imam at-Tirmizi telah menerima hadis ini daripada Muhammad bin Basyar. Nama
lengkapnya ialah Muhammad bin Bassyar bin Uthman bin Daud bin Kaysan al-‘Abdi,
kuniahnya ialah Abu Bakar al-Basri al-Bundar.94 Beliau digelar Bundar kerana beliau telah
menghimpunkan Hadis dari ahli negerinya sendiri pada zamannya. Bundar adalah ahli Basrah.
Muhammad bin Basyar dilahirkan pada tahun 167H dan wafat pada tahun 252H pada usia 85
tahun di Bashra Irak.95 Anak yang dilahirkan pada abad kedua Hijriah ini kemudiannya menjadi
seorang ulama besar yang berpengaruh dan penuh berkarisma, sehingga digelar oleh ulama
pada zamannya sebagai al-Imam, al-Hafidz.96 Bundar telah menghimpunkan Hadis yakni
mempelajarinya di Basrah, dan beliau tidak menjalani rehlah ilmiah kerana menuruti kehendak
ibunya.97

Di antara guru-guru beliau dalam bidang hadits adalah Umar bin Yunus al-Yamani,
Quraish bin Anas, Abdurrahman bin Mahdi, Katsir bin Hisyam, Hajjaj bin Minhal, Harmi bin
Imarah, Yahya bin Sa’id, Abu Amir al-‘Aqadiyyu, Muhammad bin Ja`far, dan lain-lain.
Orang-orang yang meriwayatkan hadits dari nya yang menjadi muridnya di antaranya adalah
Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Abu Isa al-Tirmidzi, Imam Nasai, Ibnu
Majah Abu Bakar Ahmad bin Ali, Ishaq bin Abi Imran, Isma’il bin Nufail.98

Pernyataan para pengkritik hadith terhadap Muhammad bin Basyar : 1) Al-Ajli


menilainya thiqah, katsirul hadis.99 2) Ad-Dzahabi di dalam karyanya Siyar A’lam an-Nubala’
mengatakan bahawa Bundar adalah seorang al-Imam, al-Hafiz dan Riwayatul Islam.100 3) Ibnu

94
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 24 , h. 511.
95
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 520.
96
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 520.
97
Ad-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, juz 12, h. 144.
98
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 24 , h. 511-513.
99
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 519.
100
Al-‘Ijli, Tarikh at-Thiqat,, h. 401.
Hajar menyebutnya di dalam kitab Taqrib Tahzib : thiqah.101 4) Abu Hatim ar-Razi pula telah
berkata di dalam karyanya al-Jaraha wa at-Taadil bahawa Bundar adalah shaduq.102 5)
Maslamah bin Qasam menilainya thiqah masyhur.103

Semua pernyataan daripada para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa


Muhammad bin Basyar merupakan seorang perawi yang mempunyai sifat yang terpuji.
Penilaian tersebut memberikan indikasi bahawa Muhammad bin Basyar merupakan seorang
yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat
diterima dan dipercayai.

Seterusnya Muhammad bin Basyar meriwayatkan hadis daripada Abu Amir. Abu Amir
nama lengkapnya ialah Abdul Malik bin Amru al-Qais. Kuniahnya ialah Abu Amir al-
‘Aqadiyyu al-Basriyyun.104 Menurut Muhammad bin Saad, Abu Amir wafat pada tahun 204H
manakala Ibnu Hiban pula mengatakan beliau wafat pada 205H.105 .Beliau menetap di basrah.
Guru-gurunya ialah Zakaria bin Ishak, Syu’bah, Malik, Aiman bin Nabil, Qurrah bin Khalid
dan Umar bin Abi Zaidah dan lain-lain.106 Manakala anak-muridnya pula ialah Ali, Yahya,
Abu Musa, Sulaiman bin Ubaidillah, Abu Bakar bin Nafi’, Bundar dan Abd bin Humaid dan
lain-lain.107

Pernyataan para pengkritik hadith terhadap Abu Amir : 1) Usman ad-Darimi menilainya
shaduq. 2) Abu Hatim menilainya shaduq. 3) Seterusnya An-Nasai menilainya thiqah makmun.
4) Abi Amu mengatakan thiqah al-Amin.108 5) Manakala Al-Ijli menilainya thiqah. 6) Az-
Zahabi berkata dalam al-Kasyaf : al-Hafiz.109 7) Ibnu Hajar al-Asqalani berkata dalam Taqribu
Tahzib : thiqah.110

Semua pernyataan daripada para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Abu
Amir merupakan seorang perawi yang mempunyai sifat yang terpuji. Penilaian tersebut
memberikan indikasi bahawa Abu Amir merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh
kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

101
Taqrib Tahzib. juz 3. h 20.
102
Ad-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, juz 12, h. 147.
103
Taqrib Tahzib. juz 3. h 20.
104
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz2 , h. 619.
105
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz2 , h. 619.
106
Ad-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, juz 9, h. 430.
107
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz2 , h. 619.
108
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz2 , h. 619.
109
Al-Kasyaf, juz1, h.667
110
Taqrib Tahzib. h.625
Dari sudut kemungkinan bertemu di antara Muhammad bin Basyar dan Abu Amir,
berkemungkinan besar pernah bertemu untuk mempelajari dan mengambil hadis di kota
Basrah. Tambahan pula, Muhammad bin Basyar lahir pada tahun 167H dan wafat pada tahun
252H pada usia 85 tahun di Bashra Irak sedangkan Abu Amir wafat pada tahun 204H. Ia
menguatkan lagi kemungkinan yang mereka berdua memang pernah bertemu .

Seterusnya Abu Amir meriwayatkan hadis daripada Qurrah bin Khalid. Nama
lengkapnya ialah Qurrah bin Khalid As-Sadusi. Kuniahnya ialah Abu Khalid. Ada juga yang
mengatakan kuniahnya ialah Abu Muhammad al-Basriyyu. Beliau menetap di Basrah dan
beliau wafat pada tahun 154H. Guru-gurunya ialah Humaid bin Hilal, Amru bin Dinar, Abdul
Malik bin Umair, Budail bin Maisarah, Muhammad bin Sirin, Hasan dan lain-lain. Manakala
anak-anak muridnya pula ialah Syu’bah, Ibnu Mahdi, Waki’, Wahab bin Jarir, Abu Asim,
Harami bin Umarah, Amir al-Aqadiyyu dan lain-lain.111

Pernyataan para pengkritik hadith terhadap Abu Khalid : 1) An-Nasai menilainya


thiqah. 2) Ibnu Hiban berkata di dalam thiqat. 3) Seterusnya Ibnu Saad menilainya thiqah.112

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Qurrah bin
Khalid merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan
indikasi bahawa Qurrah bin Khalid merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana
itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Jadi, berkemungkinan besar Abu Amir memang pernah berjumpa Qurrah bin Khalid
untuk mempelajari, mendengar dan menerima Hadis darinya di kota Basrah, Iraq. Tambahan
pula, Abu Amir wafat pada tahun 204H sedangkan Qurrah bin Khalid wafat pada tahun 154H.
ia kemungkinan yang mereka berdua memang pernah bertemu

Seterusnya Qurrah bin Khalid meriwayatkan hadis daripada Muhammad bin Sirin.
Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Sirin al-Ansari Maulahum. Kuniahnya ialah Abu
Bakar. Beliau seorang imam pada zamannya dan beliau menetap di Basrah. Beliau wafat pada
tahun 110H.113 Guru-gurunya ialah Zaid bin Tsabit, Huzaifah bin al-Yaman, Ibnu Umar, Ibnu
Abas, Imran bin Husin, Muawaiyah, Abi Said, Abi Hurairah, Abi Dardak dan lain-lain.

111
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 437.
112
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 437-438.
113
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 586.
Manakala anak-anak muridnya ialah Ibnu ‘Aun, Yunus bin Ubaid, Jarir bin Hazim, Tsabit,
Malik bin Dinar, Habib bin Syahid, Qurrah bin Khalid dan lain-lain.114

Para pengkritik hadis yang menilai Muhammad bin Sirin : 1) Ishak bin Mansur
menilainya thiqah.115 2) Abu Zar’ah al-Razi menilainya Basri thiqah. 3) al-Zahabi berkata di
dalam al-Kasyaf ahadu ‘Alam, thiqah hujjah kabirul ‘alam.116 4) Ibnu Hajar al-Asqalani berkata
di dalam Taqribu Tahzib thiqah tsabit ‘abid.117 5) Berkata di dalam Tarikh Islam ialah imam
al-Robbani.118 6) Ibnu Saad menilainya thiqah makmun, imam, katsirul A’lam. 7) Ibnu Hiban
menyebutnya di dalam Tabaqat Tabi’in daripada kitabnya iaitu as-Thiqat dan berkata
Muhammad bin Sirin adalah salah seorang ahli Basrah, dan dia adalah seorang ahli fiqh yang
mulia.119

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Muhammad
bin Sirin merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan
indikasi bahawa Muhammad bin Sirin merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh
kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Selain itu, Muhammad bin Sirin berkemungkinan bertemu dengan Qurrah bin Khalid.
Hal ini dapat dibuktikan bahawa kedua-duanya menetap di kota Basrah. Tambahan pula,
Muhammad bin Sirin wafat pada tahun 110H sedangkan Qurrah bin Khalid wafat pada tahun
154H. Oleh itu, terdapat kemungkinan untuk bertemu di antara dua perawi ini.

Muhammad bin Sirin menerima hadis daripada Abu Hurairah ad-Dausi al-Yamani,
beliau adalah sahabat Rasulullah Saw dan sahabat yang hafidz. Ada perbezaan pendapat
tentang nama asli Abi Hurairah tetapi disini hanya disebutkan menurut ulama hadits saja iaitu
Abdurrahman bin Sakh, Abdullah bin A’idz, Ibn Amir dan lain-lain. Wafatnya beliau pada
57H.120

Beliau kebanyakan mendapatkan hadis secara langsung dari Rasulullah Saw, Abu
Bakar, Umar bin Khatab, Ubai bin Ka’ab, Usman bin Zaid, dan lain-lain. Manakala murid-

114
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 585-586.
115
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 5865
116
Al-Kasyaf, j2 h.178.
117
Taqribu Tahzib, h.853.
118
Tarikh Islam, j3 h. 151.
119
Ath-Thiqat, j5 h. 348.
120
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4 , h. 601.
muridnya seperti Abdullah Ibn Abbas, Abdullah bin Umar, Muhammad bin Sirin, Jabir bin
Abdullah, Anas bin Malik, Said bin Musayyab dan Ibnu Umar.121

Para pengkritik hadis yang menilai Abu Hurairah : 1) al-Bukhari menyebutnya di dalam
Thabaqat Sahabah daripada kitabnya at-Tarikh. 2) Ibnu Hajar al-Asqalani berkata di dalam
Taqrib Tahzib hafidz sahabat.122 3) al-Zahabi mengatakannya seorang sahabat Rasulullah.4)
al-Mazi Jamaluddin menilai sebagai al-Iman, Mujtahid, Faqih, al-Hafiz dan sahabat. 123

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Abu
Hurairah merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut
memberikan indikasi bahawa Abu hurairah merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh
kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Berdasarkan kenyataan yang telah dinyatakan diatas, dapatlah disimpulkan bahawa


hadis yang ditelusuri ini memenuhi kriteria kesahihan sanad hadis, hal demikian kerana ia
diriwayatkan oleh perawi hadis yang ‘adil dan dhabit, serta mereka juga terlibat dalam proses
guru dan murid yang bermaksud sanadnya memang bersambung dari awal hingga akhir. Oleh
kerana itu, Imam at-Tirmizi telah menyatakan bahawa Hadis ini adalah sahih. Sepertimana
yang telah dinyatakan oleh Imam at-Tirmizi :

124
".‫صحيح‬ ‫" هذا حديث حسن‬

121
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4 , h. 601.
122
Taqrib Tahzib, h.1218.
123
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 2, h. 578.
124
At-Tirmizi, Sunan at-Tirmizi wa huwa Jami' al-Kabir, Kaherah: Dar at-Ta'sil, (2016), Juz 2, hlm. 396.
‫اض ٌر لِبَاد‬
ِ ‫ ََل يبِيع ح‬: ‫ ما جاء‬: ‫ب‬
َ ُ َ َ َ َ ٌ ‫َاب‬

ُّ ‫ َع ِن‬، َ‫ َح َّدثـَنَا ُس ْفيَا ُن بْ ُن عُيَـ ْيـنَة‬: ‫ قَ َاال‬، ‫َمحَ ُد بْ ُن َمنِيع‬


‫ َع ْن‬، ‫الزْه ِر ِي‬ ْ ‫ َوأ‬، ُ‫) َح َّدثـَنَا قُـتَـ ْيـبَة‬١٢٢٢(

َ َ‫ َوق‬،‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬


‫ال قُـتَـْيـبَةُ يـَْبـلُ ُغ‬ َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ ِ ‫س ِع‬
ِ ‫يد بْ ِن ال ُْم َسيه‬
َ َ‫ ق‬، َ‫ َع ْن أَِيب ُه َريْـ َرة‬، ‫ب‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫ال َر ُس‬
َ َ‫ ق‬: ‫ال‬ َ
ِ ‫ وِيف الْب‬." ‫اضر لِباد‬
،‫ َوأَنَس‬،‫ َو َجابِر‬،َ‫اب َع ْن طَْل َحة‬ ِ َ َ‫ ق‬،‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ
َّ ِ‫بِه الن‬
َ َ ُ ِ‫ " َال يَب‬: ‫ال‬
َ ٌ ‫يع َح‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّيب‬

َّ ‫ َو َع ْم ِرو بْ ِن َع ْوف الْ ُمَزِِني َج يِد َكثِ ِري بْ ِن َعْب ِد‬،‫ َع ْن أَبِ ِيه‬،‫يد‬
‫ َوَر ُجل ِم ْن‬،ِ‫اَّلل‬ َ ‫ َو َح ِكي ِم بْ ِن أَِيب يَِز‬،‫َوابْ ِن َعبَّاس‬

.‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬


َّ ‫صلَّى‬ ِ ْ‫أ‬
‫َص َحاب النِ ِي‬
َ ‫َّيب‬

Imam at-Tirmizi telah menerima Hadis ini daripada Qutaibah. Nama lengkapnya ialah
Qutaibah bin Said bin Jamil bin Tharif bin Abdullah as-Saqafi. Kuniahnya ialah Abu Rajak al-
Baghlani.125 Beliau dilahirkan pada tahun 149H. Ada yang mengatakan beliau lahir pada tahun
150H. Kemudian beliau wafat pada tahun 240H.126 Guru-gurunya ialah Hammad bin Zaid, Abi
‘Awanah, Kathir bin Sulaim, Ibnu Lahiyah, Malik dan lain-lain. Manakala anak-muridnya pula
ialah Nuaim bin Hammad, Abi Bakar bin Abi Syaibah, Muhammad bin Yahya al-Zuhli, Imam
Tarmidzi, Hasan bin Sufian, Yaqub bin Syaibah dan lain-lain.127

Pernyataan para pengkritik hadith terhadap Qutaibah : 1) adz-Dzahabi menilainya


sebagai Syeikhul Islam, al-Muhaddith, al-Imam, ath-Thiqah.128 2) Ibn Hajar al-Asqalani
menilainya thiqah thabat.129 3) Ibn Hibban menyebutnya dalam ath-Thiqat.130 4) Abu Hatim
menilainya thiqah. 5) an-Nasai menilainya thiqah. 6) Berkata al-Hakam Qutaibah seorang
yang thiqah makmun.131

125
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 431.
126
Ad-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, juz 11, h. 19.
127
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 432.
128
Ad-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, juz 11, h. 13.
129
Taqrib Tahzib, h.454.
130
Ath-Thiqat, h.454.
131
Ad-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, juz 11, h. 432.
Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Qutaibah
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Qutaibah merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Seterusnya Qutaibah meriwayatkan hadis daripada Ahmad bin Mani’. Nama


lengkapnya ialah Ahmad bin Mani’ bin Abdurrahman. Kuniahnya Abu Jaafar. Beliau seorang
hafiz yang pekak dan penduduk di Baghdad.132 Beliau lahir pada tahun 160H dan wafat pada
bulan Syawal tahun 224H.133 Guru-gurunya ialah Ismail bin ‘Ulayyah, Sufian bin ‘Uyainah,
Abdullah bin Al-Mubarak, Husain bin Ahmad Al-Marruzi dan lain-lain.134 Manakala anak
muridnya pula ialah Abu Yakob Ishak bin Ibrahim bin Jamil Al-Asbihani, Yahya bin
Muhammad bin So’id, Qutaibah, Muhammad bin Ishak bin Khuzaimah dan lain-lain.

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Ahmad bin Mani’ : 1) An-Nasai menilainya
thiqah. 2) Manakala Ibnu Hiban menyebutnya dalam ath-thiqat. 3) Seterusnya Abi Hatim
menilainya shaduq. 4) Ad-Dar Qutni menilainya la ba’sa bihi. 5) Maslamah bin Qasam
menilainya thiqah.135 6) al-Zahabi menilainya al-imam, al-hafidz dan al-thiqah.136 7) Ibnu
Hajar Al-Asqalani berkata dalam Kitab Taqrib Tahzib : thiqah hafiz.137

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Ahmad bin
Mani’ merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan
indikasi bahawa Ahmad bin Mani’ merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana
itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Jadi berkemungkinan besar Ahmad bin Mani’ pernah berjumpa Qutaibah untuk
mempelajari, mendengar dan menerima hadis. Hal ini kerana Ahmad bin Mani’ lahir pada
160H dan wafat pada tahun 224H. Manakala Qutaibah pula lahir pada tahun 149H dan wafat
pada tahun 240H.

Seterusnya Ahmad bin Mani’ meriwayatkan hadis daripada Sufian bin Uyainah. Nama
lengkapnya ialah Nama lengkapnya ialah Sufian bin Uyainah bin Abi ‘Imran Maimun al-
Hilaliyyu. Kuniahnya ialah Abu Muhammad al-Haliliyyu. Beliau dilahirkan pada tahun 107H

132
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 1, h. 48.
133
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 11, h. 484.
134
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 1 , h. 495.
135
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 1, h. 48.
136
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 11, h. 483.
137
Ibnu Hajar al-Asqalani , Taqribu Tahzib, Darul Asamah, h. 100.
di Kufah. Kemudian beliau wafat pada tahun 198H.138 Guru-gurunya ialah Abdul Malik bin
Umair, Ziyad bin ‘Alaqah, Aswad bin Qais, Bayan bin Basyar, Ismail bin Abi Khalid, Suhail,
al-Zuhri dan lain-lain. Manakala anak-anak muridnya ialah Ibnu Juraih, Syu’bah, al-Tsuri,
Hammad bin Zaid, Ahmad bin Mani’, Abu Usamah, Abu Muawiyah dan lain-lain.139

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Sufian bin Uyainah : 1) Ibnu Saad menilainya
thiqah, katsirul hadis. 2) Ibnu Khuraish menilainya thiqah, makmun dan tsabit. 3) Ibnu Hiban
menyebutnya di dalam ath-Thiqat. 4) al-Zahabi mengatakan seorang imam besar, hafidz dan
syaikhul islam. 5) Abdul Rahman berpendapat Ibnu Uyainah diketahui oleh orang dengan
keilmuan hadis di Hijaz. Pendapat lain ada yang mengatakan Ibnu Uyainah lebih hafidz
daripada Hammad bin Zaid.140

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Sufian bin
Uyainah merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan
indikasi bahawa Sufian bin Uyainah merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana
itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Jadi berkemungkinan besar Ahmad bin Mani’ pernah berjumpa dengan Sufian bin
Uyainah untuk mempelajari, mendengar dan menerima hadis. Hal ini kerana Sufian bin
Uyainah lahir pada 107H dan wafat pada tahun 198H. Sedangkan Ahmad bin Mani’ pula lahir
pada tahun 160H dan wafat pada tahun 244H. Jadi berkemugkinan yang mereka berdua pernah
bertemu.

Seterusnya Sufian bin Uyainah meriwayatkan hadis daripada al-Zuhri. Nama


lengkapnya ialah Muhammad bin Muslim bin Ubaidillah bin Abdullah bin Syihab Ibnu
Abdullah bin al-Haris bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah al-Qurasyi al-Zuhri. Kuniahnya ialah
Abu Bakar.141 Beliau menetap di Madinah. Beliau dilahirkan pada tahun 50H. Kemudian
Khalifah mengatakan beliau lahir pada tahun 51H. Beliau wafat pada bulan Ramadhan tahun
125H.142 Guru-gurunya ialah Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Umar al-Khattab, Anas, Jabir,
Sa’labah bin Abi Malik, Said bin al-Musayyab, Ubaidillah bin ‘Iyadh dan lain-lain. Manakala

138
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 8, h. 455.
139
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 59.
140
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 60.
141
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 696.
142
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 698.
anak-anak muridnya ialah Salih bin Kisan, Amru bin Dinar, Abu Zubair al-Maki, Ibnu Juraih,
Ishaq, Sufian bin Uyainah dan lain-lain.143

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai al-Zuhri : 1) al-Zahabi berkata di dalam al-
Kasyaf ahadu a’lam.144 2) Ibnu Hajar al-Asqalani berkata di dalam Taqrib Tahzib hafidz
fiqh.145 3) Telah berkata di dalam Tarikh Islam beliau seorang hafidz pada zamannya dan ahadu
a’lam.146 4) Ibnu Saad menilai al-Zuhri sebagai thiqah katsirul hadis.

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa al-Zuhri
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa al-Zuhri merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Al-Zuhri dan Sufian bin Uyainah berkemungkinan pernah berjumpa dan saling
meriwayatkan hadis. Hal ini kerana, al-Zuhri lahir pada tahun 50H dan wafat pada tahun 125H.
Manakala Sufian bin Uyainah lahir pada tahun 107H dan wafat pada tahun 198H. Maka dengan
ini menunjukkan ada kemungkinan bertemu bagi kedua perawi tersebut.

Seterusnya al-Zuhri meriwayatkan hadis daripada Said bin al-Musayyab. Nama


lengkapnya ialah Sa’id bin Musayyab bin Haznin al-Qurasyi al-Makhzumi. Kuaniahnya ialah
Abu Muhammad. Beliau dilahirkan setelah dua tahun pemerintahan Umar RA. Ada yang
mengatakan empat tahun di Madinah dan beliau menetap di Madinah.147 Beliau wafat selepas
pada tahun 90H dan ada yang mengatakan pada tahun 93H. Guru-gurunya ialah Abi Dzar, Abi
Dardak, Aisyah, Abi Hurairah, Abi Musa, Bilal, Said bin Ubadah dan lain-lain. Anak-anak
muridnya pula ialah Qatadah, Bukair bin al-Syat, Yahya bin Saidin al-Ansari, al-Zuhri, Amru
bin Dinar dan lain-lain.148

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Said bin al-Musayyab : 1) Abu Zar’ah
menilainya thiqah, imam.149 2) Ibnu Hajar al-Asqalani berkata di dalam Taqrib Tahzib salah
seorang ulama yang terkemuka, ahli fiqh yang agung.150 3) al-Zahabi berkata di dalam al-

143
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 3, h. 696-697.
144
Al-Kasyaf, j2. h. 219.
145
Taqrib Tahzib, h. 896.
146
Tarikh Islam, j3 h. 498.
147
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 4, h. 217.
148
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 4, h. 218-219.
149
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 43.
150
Taqrib Tahzib, h. 388.
Kasyaf imam, ahadu a’lam.151 4) Ibnu Saad berkata Said bin Musayyab sebagai thiqah, katsirul
hadis. 5) Ali bin al-Madini berkata aku tidak mengetahui seseorang yang ilmunya luas daripada
Sa’id bin Musayyab.152

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Said bin al-
Musayyab merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut
memberikan indikasi bahawa Said bin al-Musayyab merupakan seorang yang dapat dipercayai
dan oleh kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Jadi berkemungkinan al-Zuhri bertemu dengan Said bin al-Musayyab untuk


mempelajari dan menerima hadis daripada Said al-Musayyab. Hal ini kerana, Said bin al-
Musayyab lahir pada tahun setelah dua tahun pemerintahan Umar RA dan wafat pada tahun
90H. al-Zuhri lahirkan pada tahun 50H dan wafat pada tahun 125H.

Said al-Musayyab menerima hadis daripada Abu Hurairah . Nama lengkap bagi Abu
Hurairah adalah Abu Hurairah ad-Dausi al-Yamani, beliau adalah sahabat Rasulullah Saw
dan sahabat yang hafidz. Ada perbezaan pendapat tentang nama asli abi Hurairah tetapi disini
hanya disebutkan menurut ulama hadits saja yaitu Abdurrahman bin Sakh, Abdullah bin A’idz,
Ibn Amir dan lain-lain. Wafatnya beliau pada 57H.153

Beliau kebanyakan mendapatkan hadis secara langsung dari Rasulullah Saw, Abu
Bakar, Umar bin Khatab, Ubai bin Ka’ab, Usman bin Zaid, dan lain-lain. Manakala murid-
muridnya seperti Abdullah Ibn Abbas, Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah, Anas bin Malik,
Sa’id bin Musayyab dan Ibnu Umar.154

Para pengkritik hadis yang menilai Abu Hurairah : 1) al-Bukhari menyebutnya di dalam
Thabaqat Sahabah daripada kitabnya at-Tarikh. 2) Ibnu Hajar al-Asqalani berkata di dalam
Taqrib Tahzib hafidz sahabat.155 3) al-Zahabi mengatakannya seorang sahabat Rasulullah.156

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Abu
Hurairah merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut

151
Al-Kasyaf, j1 h. 444.
152
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 4, h. 217.
153
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4 , h. 601.
154
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4 , h. 601.
155
Taqrib Tahzib, h.1218.
156
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 2, h. 578.
memberikan indikasi bahawa Abu hurairah merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh
kerana itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Dapatlah disimpulkan bahawa hadis yang ditelusuri ini memenuhi kriteria kesahihan
sanad hadis, hal demikian kerana ia diriwayatkan oleh perawi hadis yang ‘adil dan dhabit, serta
boleh dikatakan bahawa sanadnya memang bersambung dari awal hingga akhir. Oleh kerana
itu, Imam at-Tirmizi telah menyatakan bahawa hadis ini adalah Hasan Sahih.

‫ وحديث جابر يف هذا هو حديث حسن صحيح‬، ‫"حديث أيب هريرة حديث حسن صحيح‬
157
".‫أيضا‬

157
At-Tirmizi, Sunan at-Tirmizi wa huwa Jami' al-Kabir, Kaherah: Dar at-Ta'sil, (2016), Juz 2, hlm. 379.
‫ َما َجاءَ ِيف بَـ ْي ِع َحبَ ِل ا ْْلَبَـلَ ِة‬: ‫ب‬
ٌ ‫َاب‬

َّ ‫ أ‬، ‫ َع ِن ابْ ِن عُ َم َر‬، ‫ َع ْن َانفِع‬، ‫وب‬


‫َن‬ َ ُّ‫ َع ْن أَي‬، ‫هاد بْ ُن َزيْد‬
ُ ‫ َح َّدثـَنَا َمح‬: ‫ال‬
َ َ‫ ق‬، ُ‫) َح َّدثـَنَا قُـتَـ ْيـبَة‬١٢٢٩(

َّ ‫اب َع ْن َعْب ِد‬


‫ َوأَِيب َسعِيد‬،‫اَّللِ بْ ِن َعبَّاس‬ ِ ‫ وِيف الْب‬. ‫احلبـلَ ِة‬ ِ َّ ‫النَِّيب صلَّى‬
َ َ ََْ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ََنَى َع ْن بـَْي ِع َحبَ ِل‬ َ َّ
: ‫احلَبَـلَ ِة‬
ْ ‫ َو َحبَ ُل‬.‫ َوالْ َع َم ُل َعلَى َه َذا ِعْن َد أ َْه ِل الْعِْل ِم‬.‫يح‬ ِ ‫يث حسن‬ ِ ِ ِ ‫اْل ْد ِر‬
ٌ ‫صح‬َ ٌ َ َ ٌ ‫يث ابْ ِن عُ َمَر َحد‬
ُ ‫ َحد‬.‫ي‬
‫ُْ ي‬
ِ ْ ‫ وقَ ْد روى ُشعبةُ ه َذا‬.‫وع الْغَرِر‬ ِ ِ ِ ٌ ‫ وهو بـيع م ْفس‬،‫اج‬ ِ َ‫نِت‬
،‫يث‬
َ ‫احلَد‬ َ َ ْ َ َ َ َ ِ ُ‫ َوُه َو م ْن بـُي‬،‫وخ عْن َد أ َْه ِل الْع ْل ِم‬ ُ َ ٌ َْ َ ُ َ ِ َ‫اج النيت‬
ُ
ِ ِ ِِ
َ ُّ‫ َع ْن أَي‬،ُ‫ َو َغ ْريُه‬،‫ َوَرَوى َعْب ُد الْ َوَّهاب الثـَّ َقف ُّي‬.‫ َع ِن ابْ ِن َعبَّاس‬،‫ َع ْن َسعيد بْ ِن ُجبَ ْري‬،‫وب‬
‫ َع ْن‬،‫وب‬ َ ُّ‫َع ْن أَي‬
ِ َّ ‫َّيب صلَّى‬ ِ ِِ
َ ‫ َوَه َذا أ‬.‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
.‫َص ُّح‬ َ ‫ َع ِن النِ ِي‬،‫ َع ِن ابْ ِن عُ َمَر‬،‫ َوَانفع‬،‫َسعيد بْ ِن ُجبَ ْري‬

Imam at-Tirmizi telah menerima Hadis ini daripada Qutaibah. Nama lengkapnya ialah
Qutaibah bin Said bin Jamil bin Tharif bin Abdullah as-Saqafi. Kuniahnya ialah Abu Rajak al-
Baghlani.158 Beliau dilahirkan pada tahun 149H. Ada yang mengatakan beliau lahir pada tahun
150H. Kemudian beliau wafat pada tahun 240H.159 Guru-gurunya ialah Hammad bin Zaid,
Abi ‘Awanah, Kathir bin Sulaim, Ibnu Lahiyah, Malik dan lain-lain. Manakala anak-muridnya
pula ialah Nuaim bin Hammad, Abi Bakar bin Abi Syaibah, Muhammad bin Yahya al-Zuhli,
Imam Tarmidzi, Hasan bin Sufian, Yaqub bin Syaibah dan lain-lain.160

Pernyataan para pengkritik hadith terhadap Qutaibah : 1) adz-Dzahabi menilainya


sebagai Syeikhul Islam, al-Muhaddith, al-Imam, ath-Thiqah.161 2) Ibn Hajar al-Asqalani
menilainya thiqah thabat.162 3) Ibn Hibban menyebutnya dalam ath-Thiqat.163 4) Abu Hatim
menilainya thiqah. 5) an-Nasai menilainya thiqah. 6) Berkata al-Hakam Qutaibah seorang
yang thiqah makmun.164 7) Ahmad bin Abi Khaisamah menilainya thiqah.

158
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 431.
159
Ad-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, juz 11, h. 19.
160
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz3 , h. 432.
161
Ad-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, juz 11, h. 13.
162
Taqrib Tahzib, h.454.
163
Ath-Thiqat, h.454.
164
Ad-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, juz 11, h. 432.
Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Qutaibah
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Qutaibah merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Seterusnya Qutaibah meriwayatkan hadis daripada Hammad bin Zaid. Nama


lengkapnya ialah Hammad bin Zaid bin Dirham al-Azdi al-Jahdhumi. Kuniahnya ialah Abu
Ismail. Beliau menetap di Basrah.165 Beliau lahir pada tahun 98H dan wafat pada bulan
Ramadhan tahun 179H.166 Guru-gurunya ialah Amru bin Dinar, Tsabit al-Bunani, Abi Jamrah
adH-Dhuba’i. Muhammad bin Ziyad, Ayyub al-Sukhtayani, Hammad bin Anas dan lain-lain.
Manakala anak muridnya pula ialah Ahmad bin Abdah, Sulaiman bin Harb, ‘Arim, Ali Ibnu
al-Madani, Abdurrahman bin Mahdi, Qutaibah dan lain-lain.167

Pernyataan para pengkritik hadith terhadap Hammad : 1) Muhammad bin Saad


menilainya thiqah katsirul hadis. 2) Ibnu Mahraz berkata Hammad bin Zaid lebih thiqah
darpada Ayyub. 3) al-Ijli menilainya thiqah, tsabit fil hadis. 4) al-Zahabi berkata di dalam al-
Kasyaf ahadu ‘alam.168 5) Ibnu Hajar al-Asqalani menyebut dalam Taqribu Tahzib thiqah tsabit
fiqih.169 6) Abu Ya’la al-Khalili menilainya thiqah muttafaqun ‘alaih, diterima oleh para imam.

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Hammad
bin Zaid merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan
indikasi bahawa Hammad bin Zaid merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana
itu, pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Jadi berkemungkinan pernah bertemu dengan gurunya iaitu Hammad bin Zaid. Hal ini
kerana Hammad bin Zaid lahir pada tahun 98H dan wafat pada tahun 179H. Manakala Qutaibah
lahir pada tahun 149H dan wafat pada tahun 204H. Oleh itu, terdapat tempoh di antara mereka
berdua untuk bertemu.

Seterusnya Hammad bin Zaid meriwayatkan hadis daripada Ayyub. Nama lengkapnya
ialah Ayyub Bin Abi Taimimah. Kuniahnya ialah Abu Bakar. Beliau lahir pada tahun 66H.
Ada yang mengatakan beliau lahir pada tahun 68H.170 Kemudian beliau menetap di Basrah.

165
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz1 , h. 480.
166
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz1 , h. 481.
167
Tarikh Islam, juz 4. H.608.
168
Al-Kasyaf, j1. h. 349.
169
Taqribu Tahzib h. 268.
170
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 3, h. 157.
Wafatnya beliau pada tahun 131H.171 Guru-gurunya ialah Wahab bin Khaisan, Muhammad bin
Sirin, Nafi’, Abi Zubair Muhammad bin Muslim al-Makki, Hisham bin Urwah dan lain-lain.
Manakala anak-anak muridnya pula ialah Abdul wahab as-Tsaqafi, Ibrahim bin Tohman,
Ubaidullah bin al-Wazi’, Zaid bin Hiban, Hammad bin Zaid, Hammad bin Salamah dan lain-
lain.172

Pernyataan para pengkritik hadith terhadap Ayyub : 1) Abu Hatim menilainya thiqah.
2) Abu al-Walid as-Syu’bah mengatakan sebagai ketua para fuqaha. 3) Muhammad bin Sa’di
al-Katib menilainya thiqah, thabit dan kasir al-ilmi.173 4) al-A’dami menilainya Imam,al-Hafiz
dan ketua ulama.174

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Ayyub
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Ayyub merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Jadi berkemungkinan Hammad bin Zaid pernah berjumpa Ayyub untuk mempelajari,
mendengar dan menerima hadis darinya di kota Basrah. Tambahan pula, Ayyub lahir pada
tahun 68H dan wafat pada tahun 131H. Manakala Hammad bin Zaid lahir pada tahun 98H dan
wafat padan 197H. Ia menguatkan lagi kemungkinan mereka berdua memang pernah bertemu.

Seterusnya Ayyub meriwayatkan hadis daripada Nafi’. Nama lengkapnya ialah Nafi’
Maula Abdullah Bin Umar Bin Al-Khatab Al-Qurashi Al-‘Adawi.175 Alhaytham bin ‘Adi
mengatakan beliau wafat pada 117H. Manakala Sufyan bin ‘Uyainah dan Ahmad bin Hanbal
mengatakan beliau wafat pada 119H. Abu Umar Ad-Dharir mengatakan beliau wafat pada
120H.176 Guru-gurunya ialah Abi Said Al-Khudri, Al-Qasim bin Muhammad, Abdullah bin
Umar, Said bin Abi Hindun dan lain-lain. Manakala murid-muridnya pula ialah Yahya bin Abi
Katsir, Yunus bin Ubaid, Ayyub, Abu Hindun as-Sodiq, Yu’la bin Hakim, Yazid bin Abi Habib
dan lain-lain.177

171
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 3 , h. 463.
172
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 3 , h. 459-463.
173
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 6, h. 199.
174
Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, Juz 6, h. 196.
175
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 29 , h. 268.
176
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 29 , h. 306.
177
Yusuf bin Abdurrahman bin Yusuf al-Mizi . Tahzibul Kamal Fi Asmau Rijal juz 29 , h. 303.
Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Nafi’ : 1) An-Nasai menilainya thiqah. 2) Al-
Ajli menilainya thiqah. 3) Manakala Ibnu Saad menilainya kathir minal hadis. 4) Seterusnya
Ibnu Khirash menilainya thiqah. 5) Ahmad bin Mani’ Al-Baghwi menilainya thiqah kathir
alhadis.178 6) Ibnu Hajar al-Asqalani berkata di dalam Taqribu Tahzib thiqah tsabit, fiqih
masyhur.179

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Nafi’
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi
bahawa Nafi’ merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu, pengakuannya
meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Ayyub berkemungkinan berjumpa dengan gurunya Nafi’ untuk mempelajari dan


menerima hadis. Hal ini kerana, tarikh wafat Nafi’ pada tahun 117H dan ada yang mengatakan
119H. Manakala Ayyub lahir pada tahun 66H dan wafat pada tahun 131H. Maka dengan ini,
menjadi kemungkinan untuk mereka bertemu antara satu sama lain.

Seterusnya Nafi’ meriwayatkan hadis daripada Ibnu Umar. Nama lengkapnya ialah
Abdullah bin Umar bin Al-Khattab bin Nufail Al-Qurasyi Al-‘Adawi. Beliau wafat pada 73H
di Mekah.180 Kuniahnya Abu Abdurrahman. Ibnu umar masuk islam bersama ayahnya saat ia
masih kecil danmengikut ayahnya berhijrah ke Madinah. Guru-gurunya ialah Nabi SAW, Abi
Bakar, Zaid bin Sabit, Usman dan lain-lain. Manakala anak-anak muridnya pula ialah Hamzah,
Abdullah, Umar, Nafi’ dan lain-lain.181

Pernyataan pengkritik hadis yang menilai Ibnu Umar : 1) Jabir bin Abdullah berkata :
“Tidak ada di antara kami disenangi oleh dunia dan dunia senang kepadanya, kecuali Umar
dan putranya Abdullah." 2) Hafsah berkata dia mendengar daripada Rasulullah :
“Sesungguhnya Abdullah seorang lelaki soleh”. 3) Abu Hatim Ar-Razi menilanya lahu
sahabat.182 4) al-Bukhari berkata Abdullah adalah daripada kalangan para sahabat. 5) Ibnu
Hajar al-Asqalani berkata salah Ibnu Umar salah seorang ahli ibadah dari kalangan para
sahabat.

Semua penilaian dari para pengkritik hadith tersebut menunjukkan bahawa Ibnu Umar
merupakan seorang perawi yang memiliki sifat terpuji. Penilaian tersebut memberikan indikasi

178
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 4, h. 211.
179
Taqribu Tahzib h. 996.
180
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 389.
181
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 389.
182
Ibnu Hajar al-Asqalani , Tahzibu Tahzib juz 2, h. 390.
bahawa Ibnu Umar merupakan seorang yang dapat dipercayai dan oleh kerana itu,
pengakuannya meriwayatkan hadith ini dapat diterima dan dipercayai.

Nafi’ berkemungkinan berjumpa dengan gurunya Ibnu Umar. Hal ini kerana, Ibnu
Umar wafat tahun 73H. Manakala Nafi’ wafat tahun 117H. Maka dari situ dapat dilihat mereka
berkemungkinan untuk bertemu dan mengambil hadis antara satu sama lain.

Dapatlah disimpulkan bahawa hadis yang ditelusuri ini memenuhi kriteria kesahihan
sanad hadis, hal demikian kerana ia diriwayatkan oleh perawi hadis yang ‘adil dan dhabit, serta
boleh dikatakan bahawa sanadnya memang bersambung dari awal hingga akhir. Oleh kerana
itu, Imam at-Tirmizi telah menyatakan bahawa hadis ini adalah Hasan Sahih.

183
"‫"حديث ابن عمر حديث حسن صحيح‬

183
At-Tirmizi, Sunan at-Tirmizi wa huwa Jami' al-Kabir, Kaherah: Dar at-Ta'sil, (2016), Juz 2, hlm. 398.
SUMBER RUJUKAN

Muhammad bin Isa at-Tirmizi, 2016 Sunan at-Tirmizi wa huwa Jami' al-Kabir, Kaherah: Dar
at-Ta'sil.

Ad-Dzahabi, 1983. Sivar A'lam an-Nubala Beirut: Muassasah ar-Risalah.

Al-Mizzi, 1992. Tahzib al-Kamal fi Asma' ar-Rijal. Beirut: Muassasah ar-Risalah.

Ibnu Hajar al-Asqalani. Taqrib at-Tahzib. Darul Asamah.

Ibn Hajar Al-Asqalani, Tahzib Al-Tahzib (Matba'ah Dairah Al-Ma'arif Al-Nizomiyyah)

Syaikh Ahmad Farid, Min `Alamis Salaf.

Al-Imam Syamsuddin Az-Zahabie, Tarikh Islam.

Anda mungkin juga menyukai