Anda di halaman 1dari 7

Bahan Bantu Mengajar Matematik

8.0       Bahan Bantu Mengajar Matematik

            Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Bahan bantu mengajar
merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca,
dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Bahan-bahan ini boleh
digunakan bersama-sama dengan aktiviti pelajaran di dalam matapelajaran
matematik. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar semasa
sesi pengajaran mereka.

            Bahan bantu mengajar tersebut terbahagi kepada dua, iaitu bahan elektronik
dan bukan elektronik. Antara bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru
dalam pengajaran matematik adalah komputer, LCD projector, powerpoint, OHP
transparensi, kertas majung, model – model 3D, manila kad, hand out dan bahan –
bahan terbuang. Guru juga lebih cenderung untuk membuat dan membina sendiri
bahan bantu mengajar ini berbanding menggunakan bahan bantu mengajar yang
disediakan oleh pihak sekolah. Kajian Gayeski (1986), menunjukkan bahawa
walaupun penggunaan komputer untuk pengajaran menggunakan kaedah graf, carta
dan kerja lukisan kini kian mudah dan canggih, namun kaedah tradisional seperti
sliad, OHP, dan handout masih lagi digunakan dengan meluas dalam pengajaran
matematik.

            Kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran


dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman murid dan dapat menarik minat
dan perhatian murid untuk lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. Menurut
Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang
bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid – murid terhadap
pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar matematik juga turut
memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar. Pada amnya, cara
menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap,
supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta
matematik dalam ingatan mereka. 

            Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah tinggi. Ini adalah penting kerana dengan penggunaan bahan
bantu mengajar, guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan mudah dan
menarik perhatian pelajar. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar juga secara
tidak langsung akan menjadikan pelajar lebih menumpukan perhatian. 

8.0.1    Carta Grafik Bahan Bantu Mengajar Matematik


8.1       Bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk mengajar operasi
matematik
Bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar
matematik.
8.1.1          Sudoku
Sudoku merupakan satu bahan untuk murid-murid mengenal nombor. Bahan ini
dapat digunakan untuk membantu penguasaan murid-murid kita yang masih belum
mengenal nombor dengan baik. Sudoku ini membolehkan murid dapat meningkatkan
kemahiran berfikir mereka secara kritis dan kreatif. Murid dapat memahami konsep
nombor dengan baik jikalau murid seringkali bermain dengan permainan sudoku.

      8.1.2          Kad ayat matematik / kad domino

Kad ayat matematik boleh diperbuat dengan sendirinya. Guru tidak perlu bersusah
dalam menghasilkan kad ayat matematik ini. Kad ini boleh dibuat untuk operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi. Penggunaan kad ayat matematik ini membolehkan
murid membuat banyak operasi matematik dengan sendiri tanpa bimbingan guru.
Guru boleh memberikan kad ini sebagai aktiviti pengukuhan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.  

 8.1.3   Roda sifir


Roda sifir ini membantu murid-murid menguasai sifir 2 hingga sifir 9. Ini merupakan
satu bahan bantu mengajar yang menarik ke arah memahamkan konsep darab di
dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar.
Kebanyakan murid mengalami kesukaran dalam mengingat dan menghafal sifir. Sifir
ini sangat penting dalam operasi darab dan bahagi. Dengan roda sifir ini, murid dapat
menghafal sifir dan mengimbas kembalinya dengan baik dan betul. Roda sifir ini
harus digunakan dalam pengajaran matematik untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

 8.1.4   Dekak-dekak

Dekak-dekak boleh digunakan untuk mendapatkan hasil tambah. Contohnya, bagi


ayat matematik 2311 + 2022, guru bolehlah menggunakan buah yang berlainan
warna untuk membezakan nombor yang pertama dan nombor yang kedua seperti
rajah di atas. Murid perlu memasukkan bilangan buah ke dalam rumah mengikut
angka yang telah diberikan. Bagi mendapatkan hasil tambah kedua-dua nombor,
bilang berapa banyak buah yang terdapat dalam setiap rumah. Begitu mudah untuk
melakukan operasi tambah dengan menggunakan dekak-dekak. Guru bolehlah
membimbing murid menggunakan dekak-dekak bagi melakukan operasi tambah.

   8.1.5 Blok Dienes


Blok Dienes boleh digunakan untuk menerangkan algoritma operasi tambah.
Nombor- nombor 369 dan 244 diwakilkan menggunakan blok ini dan seterusnya
dicantumkan untuk menunjukkan operasi tambah dilakukan dengan mengambil
kira konsep nilai tempat. Selain itu, dengan menggunakan model ini, murid dapat
mencari jumlahnya dan menuliskan persamaan untuk merekod proses
penambahan itu. Ia juga membantu murid memahami konsep nilai tempat serta
menguasai kemahiran menambah dan menolak.

     8.1.6     Petak Seratus

Petak seratus merupakan petak-petak kecil yang berbentuk segi empat digunakan
untuk memudahkan pengiraan. Petak ini amat membantu murid dalam memahami
konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan yang penyebutnya 2, 4, 5, dan
10 kepada peratus. Petak seratus ini merupakan satu bahan bantu mengajar yang
mudah difahami oleh murid supaya murid dapat melakukan pengiraan dengan betul.
Guru dapat menggunakan petak seratus dalam mengajar murid operasi tambah dan
tolak dan petak ini membolehkan murid melakukan sesuatu pengiraan dengan
jelas. Penggunaan petak seratus telah membantu guru menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik. Namun, dengan
penggunaan petak seratus guru dapat melibatkan murid dalam  proses pengajaran
dengan baik.

8.1.7            Jalur Pecahan


Jalur pecahan digunakan dalam pecahan yang melibatkan operasi darab dan bahagi.
Dengan jalur pecahan ini guru dapat membimbing murid melakukan pembahagian
sesuatu benda dengan betul dan tepat. Jalur pecahan amat digalakkan dalam
pengajaran matematik di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

  8.1.8        Abakus

Abakus ialah suatu alat komunikasi bermanik yang digunakan untuk mengira.
Abakus juga dikatakan sebagai suatu model aritmetik yang konkrit lagi dinamik.
Abakus boleh digunakan untuk membina kebolehan murid dalam membuat
pengiraan. Abakus boleh digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya konsep matematik dapat dipersembahkan dengan lebih efektif
dan menarik. Pada tahun 1995, abakus telah digunakan sebagai bahan bantu
mengajar yang efektif untuk menggalakkan aritmetik mental di sekolah rendah.
Abakus digunakan untuk membantu mereka menguasai empat operasi asas iaitu
tambah, tolak, darab dan bahagi. Abakus biasanya dikenali sebagai sempoa dalam
kalangan orang Melayu dan “suan pan” dalam masyarakat Cina. Pada dasarnya,
abakus digunakan sebagai alat mengira untuk melakukan empat operasi asas
matematik. Pelajar- pelajar tahap 2 diperkenalkan dengan abakus sebagai alat
mengira dalam aktiviti pengayaan.

8.2       Lagu-lagu Operasi Asas Matematik

Lagu matematik ini adalah bertujuan untuk membantu murid menghafal, mengingati
dan memahami segala yang berkaitan dengan Matematik. Penggunaan lagu dalam
kelas menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan
dengan cara yang lebih mudah, berkesan dan efektif. Murid-murid akan belajar
operasi asas Matematik dengan penuh riang dan seronok. Mereka tidak berasa
bosan kerana belajar sambil menyanyi secara tidak langsung dapat memupuk
semangat dan kesungguhan mereka mendalami matapelajaran ini. Penggunaan lagu
dapat mencungkil bakat semulajadi mereka. Murid akan berani memberikan
pendapat dan komen serta bersedia menerima pelbagai bentuk soalan.

            Penggunaan lagu juga boleh membentuk sikap dan peribadi murid berfikir
secara kreatif dan inovatif. Murid yakin dan berkebolehan membina soalan sama ada
secara spontan atau bertulis berpandukan lagu yang dipelajari.  Lagu-lagu operasi
asas matematik ini juga memudahkan dan menguatkan daya ingatan pelajar
mengenai asas matematik dan hafalan sifir. Idea menghasilkan formula tersebut
tercetus apabila menyedari tentang kelemahan pelajar untuk mengingati fakta dan
asas-asas matematik.

8.2.1    Contoh lagu operasi asas matematik

    

Sumber : http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011/10/kemahiran-asas-
matematik.html

Anda mungkin juga menyukai