Anda di halaman 1dari 27

QUIZ AL-QURAN

Soalan-soalan quiz berdasarkan Al-Quran


Q1. Berapakah jumlah juzuk
di dalam Al-Quran?
Q2. Berapakah jumlah surah
di dalam Al-Quran?
Q3. Berapakah jumlah ayat di dalam
Al-Quran?
Nota: Termasuk ayat Bismillahirahmanirahim, ayat
pertama dalam Surah Al-Fatihah akan tetapi tidak dikira
sebagai ayat pertama bagi surah-surah yang lain.
Q4. Surah apakah yang paling
panjang di dalam Al-Quran?
Q5. Di dalam surah Al-Baqarah,
terdapat ayat yang paling panjang
sekali di dalam Al-Quran.

Mengenai apa yang disampaikan


dalam ayat tersebut?
Q6. “Wahai orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang
sebelum kamu, agar kamu bertakwa”

Ayat tersebut mengenai kewajipan


berpuasa dan ayat tersebut di dalam
surah apa dan ayat ke berapa?
Q7. Ayat kursi di dalam Surah Al-Baqarah
adalah ayat yang ke berapa?
Q8. Surah Al-Imran adalah surah
ketiga di dalam Al-Quran,
siapakah Imran (nama yang
diambil sempena nama surah
tersebut)?
Q9. “……., maka nikahilah perempuan lain yang
kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika
kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil,
maka (nikahilah) seorang sahaja atau hamba
sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang
demikian itu lebih dekat agar kamu tidak
berbuat zalim”.

Ayat ini adalah ayat ketiga dalam Surah An-nisa’


yang selalu dirujuk untuk membolehkan
seseorang lelaki itu mengahwini lebih dari
seorang isteri. Akan tetapi pada permulaan ayat
tersebut, perempuan yang manakah kita
digalakkan untuk nikahi?
Q10. Di dalam khutbah jumaat di
Malaysia, selalu kita mendengar
khatib memetik ayat mengenai Allah
dan para malaikat berselawat ke atas
nabi, surah dan ayat ke berapakah
ayat mengenai selawat ke atas nabi
tersebut?
Q11. “Mereka bertanyakan kepadamu (Muhammad)
tentang arak dan judi. Katakanlah, pada keduanya itu
terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia,
tetapi dosa keduanya adalah lebih besar daripada
manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu
(Muhammad) apa yang mereka nafkahkan
(derma/sedekah). Katakanlah, yang lebih daripada
keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-
ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir”.

Ayat ini mengenai minum arak dan judi


dan juga apa yang boleh didermakan.
Surah dan ayat ke berapakah ianya dipetik?
Q12. “Wahai orang beriman!
Sesungguhnya meminum khamar (arak),
berjudi, (berkorban untuk) berhala dan
mengundi (menilik) nasib dengan anak
panah adalah perbuatan syaitan, maka
jauhilah (perbuatan) itu agar kamu
berjaya”

Ayat ini mengenai larangan minum arak,


judi, menyembah berhala dan menilik
nasib secara mutlak. Surah dan ayat ke
berapakah ianya dipetik?
Q13. Berapakah jumlah Rasul
(daripada 25 Rasul yang wajib diketahui)
yang diambil nama mereka sebagai
nama-nama surah di dalam Al-Quran?
Q14. “Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada
teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang
mengharap Allah dan hari akhir serta banyak
berzikir (mengingati) kepada Allah.”

Ayat ini memberitahu kepada kita agar


menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.
Surah dan ayat ke berapakah ianya dipetik?
Q15. “Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang
mereka nafkahkan. Jawablah, apa saja harta yang kamu nafkahkan
hendaklah diberikan kepada ____, _____, _____, ______ dan _____. Dan
apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui”.

Ayat ke-215 dalam Surah Al-Baqarah ini menceritakan


lima golongan yang kita digalakkan untuk infakkan,
siapakah lima golongan ini?
Q16. Surah ke-21, Al-Anbiya (Nabi-nabi)
terdapat kisah-kisah para Rasul.

Senaraikan nama-nama Rasul yang dipetik


di dalam surah tersebut?
Q17. Di dalam Surah Al-Ankabut,
berapakah umur Nabi Nuh yang
dinyatakan tinggal bersama kaumnya
sebelum dilanda banjir besar?
Q18. “Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang
buruk”

Ayat ini mengenai menjauhi zina.


Surah dan ayat ke berapakah ianya dipetik?
Q19. “Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah
diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan
laksanakanlah solat, sesungguhnya solat itu
mencegah daripada (perbuatan) keji dan
mungkar, dan (ketahuilah) mengingati Allah
(solat) itu lebih besar (keutamaan) dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Ayat ini mengenai solat dapat mencegah kita


daripada perbuatan keji dan mungkar.
Surah dan ayat ke berapakah ianya dipetik?
Q20. “Dan matahari beredar di tempat peredarannya,
demikianlah ketetapan (Allah) Yang Maha Perkasa, Lagi
Maha Mengetahui”. “Dan telah Kami tetapkan tempat
bagi peredaran bulan, sehingga (setelah ia sampai ke
tempat peredaran terakhir), kembalilah ia seperti
bentuk tandan yang tua”. “Tidaklah mungkin bagi
matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat
mendahului siang, masing-masing beredar pada garis
edarannya”.

Ketiga-tiga ayat ini mengenai ketetapan


peredaran matahari dan bulan
dan pusingan bumi (siang dan malam).
Surah dan ayat-ayat ke berapakah ianya dipetik?
Q21. Terdapat nama-nama surah di dalam
Al-Quran diambil daripada sebutan huruf
atau huruf sahaja.

Berapakah jumlah surah-surah tersebut


dan senaraikan?
Q22. Terdapat nama-nama surah di
dalam Al-Quran diambil daripada
nama atau jenis haiwan atau kena-
mengena dengan haiwan.

Berapakah jumlah surah-surah


tersebut dan senaraikan?
Q23. Nama Surah Al-Muzammil (surah ke-73) dan
Surah Al-Muddathir (Surah ke-74) bermaksud
secara asasnya “Orang Yang Berselimut atau
Berselubung”, akan tetapi apakah perbezaan
pada dasarnya?
Q24. Siapakah satu-satunya nama
wanita yang disebut (dinyatakan
dengan jelas) di dalam Al-Quran?
Jawapan
Selamat Membaca Al-Quran
DOA MEMBACA AL-QURAN

Ya Allah! Rahmati kami dengan Al-Quran; Jadikanlah ia sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan
rahmat. Ya Allah! Ingatkanlah kami apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui;
Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikanlah ia perisai kami;
Wahai Tuhan semesta alam!

RAZ

Anda mungkin juga menyukai