Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan

Dalam perspektif Marxism, Karl Marx telah mengulas tentang penindasan yang berlaku
di Eropah pada abad ke-16. Karl Marx telah mengkritik keadaan di Eropah pada masa tersebut
yang mana, terdapat pembahagian kelas masyarakat kepada golongan atasan (bourgeois) dan
bawahan (proletariat). Dalam pembahagian kelas masyarakat ini, golongan bourgeois dilihat
telah menindas golongan proletariat secara terus sehingga terdapat perbezaan yang ketara
dalam keadaan ekonomi bagi kedua-dua golongan ini.

Jika dilihat pada pertengahan abad ke-19 sehingga sekarang, pembahagian golongan ini
dapat dilihat dalam teori dependency dan world system. Dalam teori ini, unit yang dikaji
merupakan aktor yang lebih besar iaitu aktor negara. Kedua-dua teori ini menekankan asas
yang sama terutamanya dalam pengkelasan golongan aktor. Walau bagaimanapun, kedua-dua
teori ini mempunyai perbezaan terutamanya dalam asas utama bagi setiap teori tersebut.
Perkara ini akan disebut dengan lebih jelas di dalam penerangan tentang perbezaan antara
dependency theory dan world system theory.

Dependency theory

Teori kebergantungan merupakan teori yang mempersoalkan mengenai


ketidakseimbangan yang berlaku antara negara dunia pertama dengan negara dunia ketiga.1
Teori ini adalah hasil penyelidikan beberapa ahli akademik Amerika Latin yang yang menulis
laporan untuk Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam United Nations Conference On
Trade and Development (UNCTD) pada tahun 1960an. Teori ini juga menekankan mengenai
ketidakseimbangan pembangunan dan kemiskinan di Negara Tidak Membangun (LDCs) kesan
daripada pengeksploitasi Negara Maju (EDCs). 2 UNCTD mengakui bahawa hanya sesetengah
negara LDCs sahaja yang betul-betul mundur. Kebanyakan negara LDCs yang menunjukkan
pembangunan adalah negara yang mempunyai kepentingan kepada negara EDCs. Keadaan ini
dapat dilihat melalui penghasilan cincin berlian seperti Tiffany atau DeBeers. Sumber berlian
adalah dari negara Afrika, dimana negara maju yang menentukan harga pasaran terhadap
produk mentah mereka. Namun keadaan ini berbeza dengan barangan siap yang dihasilkan
oleh negara maju yang mana harga barangannya sentiasa stabil.

1
Paul R.Viotti,Mark V. Kauppi, International Relations Theory (Fourth Edition), Pearson,New York, 2010, hlm. 193.
2
John.T.Rourke, International Politics On The World Stage Brief (Seventh Edition), Mc Graw Hill,New York, 2008,
hlm. 281.

1
Aktor eksternal merupakan salah satu proses yang penting dalam masalah ‘Dunia
Ketiga” ianya bukannya terletak pada rendahnya produktiviti. 3
Kolonialisme dan keterlibatan
paksaan dalam sistem pembahagian kerja internasional merupakan asas kepada proses
perubahan masyarakat. Situasi sebeginilah yang akan menyebabkan sesebuah negara akan
sentiasa bergantungan berterusan terhadap sesebuah negara yang kaya apabila sentiasa di
ekploitasi dengan keadaan sedemikian.

Keadaan krisis yang berlaku di Amerika Latin menyebabkan munculnya pandangan


sedemikian. Teori kebergantungan telah mengambil pandangan teori imperalisme klasik dan
hujah teori perdagangan luar negeri dari Prebisch dan Singer. 4 Oleh itu , telah berlaku satu
pendekatan yang baru yang berkemungkinan terjadi proses pembangunan yang tidak
seimbang.

Konsep model general idea daripada teori kebergantungan bermula dari sistem sosial,
keadaan ini telah membawa kepada perkembangan sistem media masyarakat dunia.5 Situasi ini
terus berkembang apabila sistem media berkembang membawa berita ke dunia dengan
menyatakan keadaan kebergantungan yang sama memerlukan antara satu sama lain. Akhirnya,
ia telah memberi kesan terhadap tingkahlaku negara yang di tindas. Walaubagaimana pun,
keadaan ini sering kali berulang sentiasa dengan keadaan teori kebergantungan yang telah
berlaku.

World System Theory

World system theory atau teori sistem dunia adalah hubungan negara dalam sistem
dunia yang terbahagi kepada tiga bentuk negara iaitu negara maju (core), negara sedang
membangun (semi-periphery) dan juga negara mundur (periphery). Kesemuanya bertujuan
untuk menuju ke arah negara maju yang mempunyai sistem ekonomi yang kukuh. Perbezaan
bagi ketiga-tiga jenis negara ini adalah kekuatan ekonomi dan politik.

3
Budiman & Arief, Teori Pembangunan Dunia Ketiga, Gramedia, Jakarta, 1996, hlm. 198.
4
Ibid ,167.
5
Ball-Rokeach, S.J., & DeFleur, M.L.A dependency model or mass-media effects. Communication
Research, 3,1976,hlm 3-21.

2
Teori sistem dunia muncul sebagai kritikan atas teori modenisasi dan teori
kebergantungan. Immanuel Wallerstein memandang bahawa dunia adalah sebuah sistem
kapitalis yang merangkumi seluruh negara di dunia. Kelompok negara-negara maju mengambil
keuntungan yang paling banyak, kerana kelompok ini dapat memanipulasi sistem dunia sampai
ke batas-batas tertentu dengan kekuatan dominasi yang dimilikinya. Kemudian negara sedang
membangun mengambil keuntungan dari negara-negara mundur yang merupakan pihak yang
dieksploitasi. Munculnya negara sedang membangun oleh Wallerstein kerana jika hanya
terdapat dua kutub di dunia iaitu negara maju dan negara mundur saja, pepecahan akan
muncul dengan mudah dalam sistem dunia itu.

Negara maju boleh menjadi negara sedang membangun, negara sedang membangun
boleh menjadi negara maju atau mundur, dan negara mundur boleh menjadi negara setengah
mundur. Ini terbukti pada Perang Dunia II, Belanda yang sebelumnya menjadi negara maju
jatuh dan Amerika Syarikat menggantikan kedudukan itu selepas kehancuran yang dahsyat di
Eropah.

Wallerstein merumuskan tiga strategi terjadinya proses kenaikan iaitu dengan merebut
kesempatan yang ada. Sebagai contohnya negara mundur tidak lagi mengimport barang-barang
industri oleh kerana mahal sedangkan komoditi primer mereka sangat murah. Kemungkinan
negara mundur boleh menjadi negara sedang membangun.

Kenaikan kelas juga terjadi melalui undangan. Perusahaan-perusahaan industri yang


kuat di negara-negara maju perlu melakukan tinjauan ke luar dan kemudian timbullah apa yang
disebut MNC. Akibat dari perkembangan ini, munculnya industri-industri di negara-negara
mundur yang diundang oleh perusahaan-perusahaan MNC untuk bekerjasama. Melalui proses
ini, status negara mundur dapat menjadi negara separuh mundur 6.

World system theory merupakan salah satu teori yang meluas berbanding dependency
theory. World system theory diperkenalkan oleh Immanuel Wallerstein yang merupakan satu
pendekatan yang menyeluruh mengenai pelbagai sistem dunia. Wallerstein menganalisis
kemunculan kapitalisme di Eropah dalam pembangunan melalui sistem dunia kapitalis iaitu
core, periphery dan semiperiphery. 7 Core merupakan negara-negara industri utama dalam

6
Carlos A. Martinez- Vela. World System Theory. Esd.83-Fall, 2001, Hlm. 1-4.
7
Paul R. Viotti & Mark V. Kauppi, International Relations Theory, Fifth Edition, Pearson Education, 2012,
Hlm. 204.

3
sistem ekonomi dan politik global seperti Amerika Syarikat, Jepun, Great Britain, Perancis,
Jerman, Kanada dan Rusia. Periphery pula merupakan negara-negara yang sedang membangun
di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Manakala negara-negara yang dikatakan sebagai semi
periphery ialah negara-negara atau wilayah yang memiliki ciri-ciri percampuran di antara ciri-ciri
core dan ciri-ciri periphery. Wilayah semi periphery terdiri daripada negara-negara yang
mempunyai ciri-ciri percampuran di antara core semi periphery. 8

Pandangan Wallerstein ini sebagai kritikan terhadap kelemahan pendekatan


pergantungan yang dikemukakan oleh Gunder Frank apabila munculnya beberapa negara yang
mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. Pertumbuhan pesat negara-negara yang
disifatkan sebagai semi periphery bukan semata-mata disebabkan oleh faktor dalaman negara-
negara tersebut tetapi disebabkan oleh kepentingan negara-negara core dalam percaturan
kuasa dan ekonomi politik antarabangsa. Negara-negara semi periphery Asia Timur muncul
kerana adanya hubungan dan kepentingan tertentu negara-negara core Barat, khususnya
Great Britain dan Amerika Syarikat. 9

Perbezaan Dependency Theory dan World System Theory

Jika dilihat secara keseluruhan bagi kedua-dua teori ini, sama ada dependency theory dan world
system theory, perbezaan bagi kedua-dua teori ini ialah penilaian asas bagi setiap teori.
Walaupun teori-teori ini menekankan perkara yang sama iaitu kritikan oleh sarjana Marxism
atau Economic structuralism ke atas kelemahan yang ada dalam sistem kapitalis iaitu ketidak
seimbangan ekonomi dunia, tetapi kedua-dua teori ini berbeza terutamanya dalam asas bagi
menilai sistem hieriarki bagi aktor yang digunakan iaitu aktor negara.

Dalam dependency theory, perkara yang menjadi asas dalam mengkaji teori ini ialah
peranan negara maju (core) dan negara mundur (periphery). Peranan dan hubungan bagi
setiap pecahan aktor negara ini sama ada negara core mahupun periphery penting dalam
mengkaji dependency theory. Ini kerana, perkara ini dapat dilihat dalam memahami bagaimana
berlakunya ketidakseimbangan antara negara core dan periphery. Malah dalam teori ini juga
sarjana dependency juga turut mengkaji tentang keadaan domestik bagi sesebuah negara itu,

8
Kenneth N. Waltz, Theory Of International Politics, MA: Addison-Wesley, 1979, hlm.38.
9
Mohd Noor Yazid, Politik Antarabangsa Asia Pasifik, Terbitan Pertama, Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd, 2000, Hlm. 17-18.

4
terutamanya bagi negara periphery. 10 Yang mana, bagi pengkaji dependency theory, terdapat
sekumpulan individu dalam negara periphery yang menjadi orang tengah bagi negara maju ini
dan memberikan makluimat mengenai sumber dan bahan mentah yang ada dalam negara
mereka sendiri untuk kepentingan mereka sendiri, golongan ini digelar sebagai golongan
comprador 11.

Bagi world system theory pula, perkara yang menjadi asas dalam memahami teori ini
ialah perkembangan dan sejarah bagi ekonomi yang telah membentuk dunia moden pada masa
kini. Yang mana asas ini turut membantu dalam memahami bagaimanakah berlakunya
pembangunan yang tidak seimbang dalam sistem ekonomi di dunia. Malah Immanuel
Wallerstein juga turut mengkaji asal kemunculan sistem kapitalis iaitu di Eropah 12. Dalam
mengkaji perkara ini, terdapat perbezaan lain jika dibandingkan dengan dependency theory,
iaitu pengkelasan aktor kajian iaitu aktor negara. Dalam world system theory, aktor negara
telah dibahagikan kepada tiga kelas hieraki iaitu negara maju (core), negara sedang
membangun (semi-periphery) dan negara mundur (periphery). Dan ketiga-tiga kelas negara ini
mempunyai peranan mereka yang tersendiri dalam membentuk world system theory.

Kesimpulan

Jika dilihat secara keseluruhan, kedua-dua teori yang telah dikemukakan sangat penting
dalam memahami keadaan yang berlaku dalam sistem dunia masa kini. Idea berkenaan
Marxism yang merupakan sebuah pandangan kritikal yang penting dalam hubungan
antarabangsa, dapat dilihat secara jelas disampaikan melalui kedua-dua teori ini. Perbezaan
yang terdapat dalam kedua-dua teori ini juga dapat difahami dengan pemahaman yang jelas
bagi setiap teori. Bagi dependency theory, perkara yang ditekankan ialah hubungan yang
berlaku antara negara core dan periphery, yang mana melihat bagaimana ketidakseimbangan
ekonomi bagi dua jenis negara ini boleh berlaku. Manakala, bagi world system theory pula,
ketidakseimbangan yang berlaku dalam sistem dunia dikaji melalui sejarah dunia dan asal-usul
sistem kapitalis.

10
Viotti.P.R,dan Kauppi.M.V,2012, International Relations Theory(5th edi), Pearson Education, hlm. 199
11
Viotti.P.R, & Kauppi.M.V,2012, International Relations Theory(5th edi), Pearson Education., hlm. 200
12
Ibid., hlm. 203.

5
Rujukan

BUKU

Budiman & Arief. (1996). Teori Pembangunan Dunia Ketiga. Gramedia, Jakarta.

John.T.Rourke. (2008). International Politics On The World Stage Brief (Seventh


Edition). Mc Graw Hill, New York.

Kenneth N. Waltz. (1979). Theory Of International Politic. MA: Addison-Wesley.

Mohd Noor Yazid. (2000). Politik Antarabangsa Asia Pasifik. Terbitan Pertama. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Paul R.Viotti & Mark V. Kauppi. (2010) International Relations Theory (Fourth Edition).
Pearson, New York.

JURNAL

Ball-Rokeach. S.J. & DeFleur. (1976) M.L.A dependency model or mass-media effects.
Communication Research, (3).

Carlos A. Martinez- Vela. (2001). World System Theory. Esd.83-Fall.

Anda mungkin juga menyukai