Anda di halaman 1dari 6

Pendekatan Realism, Liberalism dan Marxism adalah tiga pendekatan utama dalam kajian

Hubungan Antarabangsa. Walau bagaimana pun sesetengah sarjana berpendapat bahawa


tiga teori utama ini sudah tidak lagi memadai dalam menganalisis disiplin hubungan
antarabangsa kini.

Dalam mengkaji hubungan antarabangsa, terdapat tiga teori atau perspektif utama yang
digunakan iaitu Realisme, Liberalisme, Marxisme . Secara amnya, Realism adalah teori yang
menekankan state atau negara sebagai aktor tunggal dan menolak aktor-aktor lain seperti individu
dan institusi antarabangsa. Selain itu, Realism juga menekankan power atau kuasa. Hal ini kerana,
segala pembuatan keputusan atau dasar adalah berkaitan dengan peningkatan kuasa terutamanya
mengenai keselamatan dan pertahanan. Realist melihat negara yang kuat adalah negara yang
memiliki sistem pertahanan yang baik. Bagi Liberalist pula, individu menjadi unit analisis terpenting
dan aktor state hanya memainkan peranan yang minima. 1 Hal ini kerana, Liberalist berpendapat
bahawa peranan individu penting dalam pembuatan keputusan mengenai dasar atau
perundangan. Marxism pula adalah teori yang membincangkan mengenai pergelutan di antara
kelas masyarakat (bourgeois, proletariat dan peasants) yang terbentuk akibat daripada perbezaan
taraf hidup dan ekonomi. Namun begitu, sesetengah sarjana berpendapat bahawa, ketiga-tiga
pendekatan ini tidak lagi relevan dan memadai dalam menganalisis hubungan antarabangsa kini.
Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan beberapa teori lain seperti Neo-realisme, Neo-
liberalisme, Neo-marxisme dan juga International Society yang dianggap mampu untuk
menerangkan dengan lebih jelas mengenai situasi yang berlaku dalam dunia antarabangsa. Hal ini
kerana, teori-teori ini lebih praktikal dan mampu menjelaskan dunia antarabangsa keseluruhannya
manakala skop Realisme, Liberalisme dan Marxisme hanya tertumpu kepada state. Perkara ini
dapat dibuktikan dengan penjelasan mengenai Neo-realisme, Neo-liberalisme, Neo-marxisme dan
juga International Society.

Neo-realisme adalah teori yang dibangunkan menggunakan asas pendekatan Realism.


Teori ini dikatakan lebih praktikal kerana penekanan yang diberikan lebih bersifat global. Neo-
realisme juga dikenali sebagai structural realism oleh sesetengah sarjana seperti Kenneth Waltz.
Neo-realisme masih mengekalkan kepentingan kuasa, namun istilah ini dilihat dari sudut yang
berbeza. Menurut Baylis & Smith, kuasa bukan hanya berkaitan dengan meningkatkan pertahanan
dan kemampuan untuk mengawal atau menguasai negara dalam sistem antarabangsa. 2 Kuasa
yang dimiliki oleh sesebuah negara tidak hanya tertumpu di dalam negara tetapi kuasa dilihat
1
Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., International Relations Theory (5th Edition), United States: Pearson Education, 2012,
hlm. 132.
2
Baylis, J., Smith, S., The Globalization Of World Politics : An Introduction to International Relation (3 rd Edition),
New York : Oxford University Press, 2001, hlm. 209.
1|Page
secara lebih meluas dan melibatkan negara lain. Sesebuah negara itu tidak dilihat melalui peranan
yang dimainkannya dalam sistem antarabangsa tetapi dibezakan dengan kuasa yang dimiliki oleh
negara tersebut. Dari perspektif Neo-realisme, negara yang kuat dari aspek ketenteraan dan
memiliki senjata pertahanan yang canggih mampu menguasai negara lain. Sesebuah negara
melihat negara lain sebagai ancaman dan secara tidak langsung mewujudkan satu keadaan yang
disebut sebagai ‘security dilemma’. Keadaan ini juga telah menyebabkan wujud rasa tidak percaya
terhadap negara lain. Oleh itu, negara Neo-realisme tidak akan bergantung pada negara lain
kerana khuatir negara lain akan cuba menguasai dan mencemar kedaulatan negaranya. Berbeza
dengan Realisme yang menolak hubungan antara negara, Neo-realism beranggapan jalinan
kerjasama merentasi negara boleh berlaku. Namun begitu, hubungan tersebut hanyalah bertujuan
untuk memaksimumkan kuasa dan kerjasama ini tidak perlu berterusan serta berakhir apabila
objektif jalinan tersebut telah dicapai.

Pendekatan yang seterusnya ialah Neo-liberalisme terhasil daripada perkembangan teori


asas iaitu Liberalisme. Aliran pemikiran ini lebih bersifat moden dan kontemporari jika
dibandingkan dengan pendekatan Liberalisme. Hal ini kerana, Neo-liberalisme lebih relevan dan
praktikal dengan situasi semasa. Pendekatan Neo-liberalisme tidak menolak asas pendekatan
Liberalisme bahawa aktor state memainkan peranan dalam sistem antarabangsa tetapi
berpendapat bahawa aktor non state turut memainkan peranannya tersendiri. Namun begitu,
terdapat beberapa komponen yang menjelaskan pendekatan utama Neo-liberalisme sekali gus
membezakannya dengan Liberalisme. Dalam analisis situasi atau peristiwa yang berlaku dalam
hubungan antarabangsa ini, pendekatan Neo-liberalisme mempunyai hujah yang menepati konteks
sistem antara negara.

Komponen pertama bagi menjelaskan pendekatan utama Neo-Liberalisme ialah pemikiran


sociological liberalism. Pemikiran ini lebih menekankan kepada aktiviti yang dijalinkan bersama-
sama merentasi sempadan negara demi mengekalkan keamanan dan kerjasama yang lebih kukuh
oleh individu daripada state terbabit. Perkara ini menunjukkan hubungan antarabangsa tidak
terhad kepada kajian antara negara sahaja, malah ia juga turut melibatkan aktor non state seperti
individu, kumpulan dan institusi. Secara tidak langsung ia akan mewujudkan transnational
relations seperti yang dinyatakan oleh Jackson & Sorenson (2003). 3

Komponen seterusnya ialah interdependence liberalisme yang merupakan lanjutan


daripada sociological liberalisme. Komponen ini masih mengutamakan peranan transnational actor
namun lebih tertumpu pada aspek ekonomi – free trade dibandingkan dengan ketenteraan di
mana ia mampu memberikan manfaat kepada state. Selain itu, melalui kerjasama ekonomi mampu

3
Jackson,R. & Sorensen,G., Introduction to International Relations : Theories and Approaches, (2nd edition),
New York : Oxford University Press, 2003, hlm. 109.
2|Page
membawa kepada keamanan dan kestabilan setelah konsep high politic dapat dikurangkan oleh
setiap state dalam sistem antarabangsa ini kerana isu kebajikan lebih mendominasi. Perkara ini
digambarkan melalui konsep complex interdependence seperti yang diutarakan oleh Robert
Keohane and Nye (1977: 29-38).4

Komponen yang ketiga ialah institutional liberalisme yang boleh dilihat melalui konsep
global governance pada hari ini. Melalui penubuhan institusi atau organisasi antarabangsa ini kita
dapat melihat penyertaan state berada di bawahnya. Secara tidak langsung, setiap state perlu
mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah di gubal bersama-sama anggota seperti
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, IMF, EU. Hal ini memudahkan interaksi antara state –
multilateral relations dan dapat mengurangkan konflik daripada berlaku kerana setiap
permasalahan yang timbul akan diselesaikan secara kolektif. Hujah ini disokong oleh Viotti &
Kauppi (2012) :

“With increasing interdependence in this partially globalized world, Keohane sees greater
institutionalization as the world becomes more like a polity with governance essential to trade,
finance, environment, security and other matters of global import ”.5

Komponen yang terakhir ialah republican liberalisme yang merupakan kesinambungan


daripada konsep asas Liberalisme. Konsep yang dimaksudkan ialah demokrasi liberal adalah lebih
aman kerana negara demokrasi tidak akan menyerang negara demokrasi yang lain. 6 Keamanan
demokrasi adalah berlandaskan beberapa prinsip iaitu, penyelesaian konflik secara aman antara
negara demokratik, persamaan nilai di antara satu sama lain dan jalinan kerjasama ekonomi. 7
Republican liberalisme optimis tentang kewujudan ‘Zone of Peace’ dalam kalangan negara
demokratik.8

Bagi Neo-Marxisme pula, teori ini dikembangkan oleh Theotonio Dos Santos dan Emmanuel
Wallerstein. Neo-Marxisme menjelaskan mengenai pembangunan yang tidak seimbang sehingga
mewujudkan jurang perbezaan di antara negara. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan
pembahagian di antara negara core (kaya) dan periphery (miskin). Neo-Marxist melihat sistem
antarabangsa sebagai sebuah sistem kapitalis yang berkait rapat dengan isu sosial, ekonomi, dan
politik serta membentuk sebuah struktur. Dalam fahaman Neo-Marxist ini, terdapat dua teori yang
wujud iaitu teori kebergantungan (dependency theory) dan teori sistem dunia kapitalis (capitalist
world system). Teori kebergantungan menekankan tentang masalah ekonomi di Asia, Afrika dan

4
Ibid, hlm. 115-116
5
Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., op.cit., hlm. 149.
6
Jackson., R., & Sorenson., G., op.cit., hlm. 50.
7
Ibid.
8
Ibid.
3|Page
Amerika Latin.9 Negara-negara ini merupakan negara miskin yang perlu bergantung dengan
negara Eropah di Eropah Barat dan Amerika Utara untuk membekalkan keperluan negara mereka.
Namun begitu, negara-negara miskin ini tidak semestinya tidak mempunyai sumber mentah
sendiri tetapi mereka sebenarnya tidak mampu untuk memproses dan memasarkan sumber
terbabit. Oleh sebab itu, negara core telah bertindak mengeksploitasi negara periphery untuk
membekalkan sumber buruh dan semula jadi. Teori yang kedua iaitu sistem dunia kapitalis
(capitalist world system) mempunyai perspektif yang berbeza dengan (dependency theory).
Perspektif sistem kapitalis dunia tidak terhad kepada pembangunan negara Dunia Ketiga, tetapi
meliputi pemahaman mengenai ekonomi, politik dan perkembangan sosial antara negara dan
dunia keseluruhannya.10 Menurut Viotti & Kauppi (2012) :

“…the goal is to understand the fate of various parts of the world at various time in history
within larger context of a developing world political economy…..Third world underdevelopment
and exploitation are central to maintaining the present structure of dominance in the capitalist
world system. The first priority, therefore, is to understand this global system in historical
perspective. Only then can the fates of particular societies or regions of globe be understood”

Teori yang terakhir ialah ‘The English School’ dan merupakan satu teori baharu yang
dibangunkan semasa Perang Dingin. Namun begitu, nama ‘The English School’ kemudiannya
dianggap tidak relevan lagi kerana ramai sarjana teori ini bukanlah orang berbangsa Inggeris
tetapi mereka berasal daripada Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Oleh sebab
itu, nama teori ini telah ditukarkan kepada ‘The International Society’. Secara amnya,
‘International Society’ ini adalah satu kumpulan negara yang sedar tentang sesuatu kepentingan
dan menubuhkan masyarakat yang diikuti dengan satu set peraturan yang sama dalam hubungan
antara satu sama lain dan berkongsi dalam satu institusi untuk kegunaan bersama. 11 Teori ini pada
dasarnya menolak dan menerima pandangan yang dikemukakan dalam teori Realisme dan
Liberalisme, dan menambah beberapa pandangan baru ke dalam teori ini. ‘International Society’
menolak pandangan Realis iaitu Negara hanya bergantung pada diri sendiri dan satu-satunya jalan
penyelesaian apabila berlaku krisis atau masalah hanyalah melalui peperangan. ‘International
Society’ ini juga menolak pandangan Liberalis yang mengatakan hubungan antarabangsa hanya
sebagai perkembangan komuniti dunia yang sesuai untuk manusia mencapai keamanan yang
berterusan.12 Menurut Adam Watson(1914-2007) dan Hedley Bull (1932-1985), ‘international
society’ adalah :

9
Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., op.cit., hlm. 199.
10
Ibid. hlm. 203.
11
Jackson,R. & Sorensen,G., op. cit., hlm. 143.
12
Jackson., R., & Sorenson., G., op.cit., hlm. 141.
4|Page
“..group of states (or, more generally, a group of independent political communities) which
not merely form a system, in the sense that the behavior of each is a necessary factor in the
calculations of the other, but also have established by dialogue and consent common rules and
institutions for the conduct of their relations, and recognize their interest in maintaining these
arrangements.”13

Bagi pakar teori ‘International Society’, hubungan antarabangsa adalah tentang


peperangan dan keamanan.14 Hal ini jelas menunjukkan bahawa pakar teori ini hanya menerima
pandangan Realis tentang Negara adalah penting dalam hubungan antarabangsa dan turut
bersetuju dengan Liberalis bahawa keamanan amat penting untuk dicapai. Teori ini menilai politik
sebagai dunia manusia. Hal ini demikian kerana manusia berpotensi untuk mengubah keadaan
hidup menjadi lebih baik termasuklah perkembangan dan keamanan yang Liberalis mahukan.
Sebaliknya, perkara itu tidak terjamin dan ada banyak halangan seperti yang di kemukakan oleh
Realis. Oleh itu, ‘International Society’ menolak untuk memilih antara sikap optimis Liberalisme
dan sikap pesimis Realisme kerana itulah kelebihan yang ada pada teori ini. 15 Secara umumnya,
‘International Society’ adalah satu teori yang diperbaharui daripada teori realism dan Liberalisme.
Teori ini tidak menolak realism dan Liberalisme secara keseluruhan tetapi ada membuat
penambahan supaya teori ini boleh diguna pakai oleh sarjana-sarjana lain dan mewujudkan satu
fenomena lain yang lebih berkesan daripada teori-teori sebelumnya.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa, pendekatan Realisme, Liberalisme dan


Marxisme sememangnya tidak memadai untuk menganalisis hubungan antarabangsa kini. Hal ini
kerana, teori-teori hanya menumpukan skop yang kecil dan sempit serta hanya memfokuskan
perkaitan dalam negara berbanding Neo-Realisme, Neo-Liberalisme, Neo-Marxisme dan juga
International Society yang mampu menerangkan situasi antarabangsa dengan lebih jelas dan
bersifat global.

13
Viotti,P.R. & Kauppi,M.V., , op.cit, hlm. 240.
14
Jackson,R. & Sorensen, G., op. cit., hlm. 142.
15
Ibid, hlm. 145.
5|Page
6|Page

Anda mungkin juga menyukai