Anda di halaman 1dari 1

5.

0 REFLEKSI

5.1 KOMEN DARI INSTRUKTOR (SEMASA UJI RASA DIJALANKAN)

Komen dari instruktor untuk kumpulan kami dari segi persembahan bagi semua hidangan
adalah cantik dan menarik. Untuk hidangan soto ayam berempah dari segi rasa kuah soto sedap
di mana rasa rempahnya seimbang tetapi dari segi kuantiti bahan sampingan mesti dikurangkan
sedikit supaya tidak nampak terlalu padat. Seterusnya, komen bagi bergedil kentang dari segi
rasa sedap dan isi bergedil masak sepenuhnya. Untuk rasa sambal kicap pula seimbang dengan
rasa manis, masin dan pedas. Selain itu, bagi rendang ayam dari segi warna kuningnya cantik
iaitu warnanya tidak pucat manakala dari segi rasa sangat sedap serta dari segi tekstur isi ayam
juga lembut. Akhir sekali, untuk kuah kacang pula dari segi warna nampak terang elok
manakala dari segi rasa kuah sedap dan seimbang dengan kacangnya tidak terlalu hancur.

Anda mungkin juga menyukai