Anda di halaman 1dari 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/308696516

Model Konseptual Sistem Pendaftaran Siswa (PSB Terpadu) *

Conference Paper · December 2009

CITATIONS READS
0 282

1 author:

Juhriyansyah Dalle
Universitas Lambung Mangkurat
79 PUBLICATIONS   281 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

European Higher Education Area and other relevant issues View project

I support you & you support me 😉 View project

All content following this page was uploaded by Juhriyansyah Dalle on 28 September 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Model Konseptual Sistem Pendaftaran Siswa (PSB Terpadu)*

Juhriyansyah Dalle
Jurusan Tadris Matematika
Institut Agama Islam Negeri Antasari
Jl. A. Yani Km. 4.5 Banjarmasin 70235, Indonesia
E-mail: j.dalle@ymail.com

Abstrak

Tujuan utama kajian ini ialah menghasilkan model konseptual PSB Terpadu dimana
metodologi umum penyelidikan reka bentuk sistem maklumat (MUPR) diambil kira.
Kajian ini dijalankan ke atas 36 responden yang merupakan ahli-ahli panitia pendaftaran
siswa baru peringkat sekolah menengah di Bandar Banjarmasin Indonesia. Hasil kajian
ini ialah model konseptual PSB Terpadu yang mengandungi empat modul utama iaitu
input data, proses data, pangkalan data, dan penerbitan web.

Key words: Model konseptual, PSB Terpadu, dan Modul

1. Pendahuluan
Hasil survey pada tahun 2008 menunjukkan Indonesia masih jauh tertinggal bila
dibandingkan dengan Malaysia dan Singapura di mana Indonesia masih berada pada
peringkat 36 dalam matematika (TIMSS, 2008). Hal ini selari dengan yang dinyatakan
oleh Sukardika (2001) bahawa kualiti pendidikan Indonesia ketika ini berada pada tahap
bawah khususnya bila dibandingkan dengan negara tetangga ASEAN. Salah satu
penyebabnya adalah perancangan pendidikan ketika ini belum diasaskan oleh
pelaksanaan Teknologi Maklumat yang baik (Dalle, 2009). Contohnya, penerapan
teknologi terutamanya dalam pengurusan pendidikan masih di tahap sangat rendah.
Penerapan teknologi dapat mempermudah tugas dan kerja-kerja pengurusan pendidikan
(Hjetland, 1995). Ia juga dapat menjamin keadaan di mana maklumat yang diperolehi
oleh pengguna adalah tepat, mudah dan berkaitan (Rahmad Sukor & Mohd Subhi, 2001).

Dalam hal pemanfaatan teknologi dalam rangka mencapai pengurusan yang cemerlang,
kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan ICT dalam
pendidikan (Abdul Manaf, 2006). Ini termasuklah pelaksanaan sistem permohonan
kemasukan siswa baru secara atas talian untuk sekolah-sekolah berasrama penuh, teknik
dan institusi pengajian tinggi. Di Indonesia, permohonan pendaftaran siswa baru secara
atas talian sedang giat dilaksanakan. Bermula pada tahun 2003, Jabatan Pendidikan

*
Disajikan dalam seminar antarabangsa (international) Pendidikan ICT Bernuansakan Pendidikan Islam,
Aceh 19-20 Disember 2009

1
Indonesia menerapkan sebuah sistem yang boleh membantu penerimaan siswa baru
secara atas talian. Namun implementasi daripada sistem maklumat (SM) tersebut secara
keseluruhannya telah menunjukkan banyak masalah yang dihadapi dan perlu ditangani.

Di antara permasalahan yang terjadi ialah gagalnya sistem tersebut yang dikenali
sebagai e-PSB (Pendaftaran Siswa Baru secara elektronik) menempatkan siswa pada
sekolah-sekolah pilihan mereka (Dalle, 2006). Masalah lain ialah berlaku salah pengiraan
markah kriteria siswa sehingga menyebabkan siswa-siswa gagal mendapat tempat
pengajian (Vitri, 2006; Kompas, 2006; Tempointeraktif, 2006; Adi, 2007). Sistem itu juga
didapati tidak memberi servis seperti yang diharapkan oleh masyarakat penggunanya
(Tempointeraktif, 2006, Padangekspres, 2007).

Tambahan pula, kajian-kajian Vitri (2006) dan Irfiandi (2007) mendapati kejayaan
pelaksanaan sistem pendaftaran siswa baru secara atas talian di Indonesia sangat rendah
disebabkan sistem yang tidak memenuhi kehendak pengguna. Pandangan ini selari
dengan pendapat Flaatten et al. (1989) dan Glass (1992).

Menurut Flaatten et al. (1989) anggaran masa yang diperlukan untuk membangunkan
sesuatu sistem adalah secara puratanya lapan belas bulan dan tempoh masa yang
normal adalah dua hingga tiga tahun dan mungkin mencecah kepada lima tahun.
Dengan tempoh masa yang sebegini lama bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi
malahan yang lebih mengecewakan adalah sistem yang sudah siap itu akhirnya tidak
memenuhi keperluan sebenar pengguna akhir. Menurut Glass (1992), keadaan yang
sedemikian adalah disebabkan kelemahan dalam pendekatan Kitar Hayat Pembangunan
sistem itu sendiri.

Di Indonesia, menurut Fathul (2007) adopsi terhadap pendekatan pembangunan sistem


yang sempurna masih sangat rendah. Padahal pendekatan pembangunan sistem
menjamin bahawa SM yang dibina dapat diselesaikan mengikut waktu, sesuai dengan
peruntukan kos, dan sesuai dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Melihat kepada masalah-masalah yang telah dibincangkan di atas yang merupakan


kegagalan-kegagalan daripada pelaksanaan sistem pendaftaran siswa baru secara atas
talian yang dibina di Indonesia, dapat dirumuskan bahawa pembangunan sistem
maklumat tersebut di Indonesia dengan jelas tidak melalui kitaran pembangunan yang
menitik beratkan kepada prosidur pengujian dan penilaian (Vitri, 2006). Oleh itu dalam
membina sesebuah SM hendaklah dikaji lebih dulu keperluan akan sistem tersebut
sehingga boleh dibina model konseptual sistem tersebut. Karenanya, melihat kenyataan-
kenyataan tersebut, maka tujuan utama yang hendak dicapai dalam kajian ini ialah
menghasilkan model konseptual PSB Terpadu.

2. Teori Kajian

2
Proses pertama dalam pembinaan sebarang SM adalah membentuk model
konseptualnya. Model konseptual merupakan abstrak dunia sebenar yang mengambil
kira cuma sifat-sifat yang difikirkan relevan kepada aplikasi yang sedang dijalankan dan
ia adalah penerangan secara umum tentang suatu set entiti dan hubungan antara set-set
entiti yang biasanya merupakan gambaran awal dan konseptualisasi manusia tentang
cara mengorganisasikan data bagi mewakilkan dunia sebenar tanpa bersandarkan cara
sebenar merekodkan (mengstruktur) data tersebut mengikut perkakasan atau
pelaksanaan tertentu (Kit, 2000).

Definisi lain menyatakan bahawa model konseptual tersusun atas idea-idea atau konsep-
konsep abstrak dan am, dan usulan yang menspesifikasi hubungan antara keduanya dan
merupakan suatu kerangka kerja konseptual, sistem atau skema yang menerangkan
tentang serangkaian idea global tentang keterlibatan individu, kelompok, situasi, atau
kejadian, terhadap suatu ilmu dan pengembangannya (Erathenurse, 2007). Fenomena ini
diklasifikasikan menjadi konsep, terdiri dari kata-kata yang mengandungi gambaran
mental dari sesuatu yang akan dijelaskan. Konsep boleh berupa idea abstrak (seperti
adaptasi, ekuilibrium) atau idea konkrit (misalnya bangku atau papan tulis) di mana
model konseptual dapat dirumuskan sebagai serangkaian konsep dan andaian yang
berintegrasi menjadi suatu gambaran yang bermakna (Erathenurse, 2007).

Selain itu, menurut Engelbart (1962) pembangunan model konseptual bererti


menyenaraikan spesifikasi berikut: (1) Objek atau komponen daripada sistem yang
dikaji; (2) Hubungan antara objek yang dibuat; (3) Apakah jenis perubahan dalam objek
atau hubungan efek-efek fungsi daripada sistem dan bagaimana arahnya; dan (4) Faedah
tujuan dan kaedah kajian.

Dalam pembangunan sistem perisian, pembangunan model dapat mengambarkan


masalah kepada dunia sebenar (real-world) yang merupakan kunci utama dalam analisis
keperluan pembangunan perisian (SWEBOK, 2004). Model konseptual merupakan
model yang digambarkan secara abstrak dari sistem sebenar atau sistem yang
dicadangkan (Robinson, 2006). Shanks et al. (2003) pula mengatakan model konseptual
merupakan pembangunan teoritikal yang menggambarkan sesuatu yang berlaku dalam
dunia sebenar dan biasanya digambarkan dengan menggunakan notasi grafikal yang
dapat membantu pakar SM dan mengimplementasikannya. Pemodelan pula merujuk
kepada proses untuk menjana model yang mengambarkan secara konsep fenomena yang
akan dimodelkan.

Menurut Turban et al. (2005), model konseptual merupakan model yang abstrak
berdasarkan pandangan pengguna dan perspektif perniagaan di dalam suatu domain.
Model konseptual juga dapat dikatakan kerangka umum konseptual untuk
mempersembahkan fungsi-fungsi secara langsung (Mayhew, 1992). Lebih lanjut Johnson

3
dan Henderson (2002) juga menyatakan bahawa model konseptual merupakan deskripsi
peringkat tinggi dari bagaimana satu sistem dikumpulkan dan dioperasikan.

Tujuan model konseptual adalah untuk memahami terma dan konsep yang digunakan
oleh pakar domain dan pengguna untuk menyelesaikan suatu masalah (Preece et al.,
2007). Lebih lanjut, Preece et al. (1994, 2007) dan Johnson dan Henderson (2002)
menyatakan bahawa tujuan dari model konseptual hendaknya merangkumi beberapa
komponen seperti: (1) Metafora umum dan analogi yang digunakan oleh pengguna
bagaimana memahami untuk apakah satu produk dan bagaimana menggunakannya
dalam aktiviti; (2) Objek domain tugas yang pengguna buat dan manipulasi, atribut-
atribut, dan operasi yang boleh mempertingkatkan prestasi; (3) Hubungan di antara
konsep-konsep tersebut, seperti satu objek mengandungi objek lainnya, kepentingan
aksi-aksi yang relatif terhadap lainnya, dan juga objek yang menjadi bahagian objek
lainnya; dan (4) Pemetaan antara konsep dan pengalaman produk pengguna dibuat
untuk menyokong atau memperkuatkan idea. Oleh itu, model konseptual adalah sebuah
gagasan bagaimana sesuatu beroperasi (Preece et al., 2007).

3. Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan di Bandar Banjarmasin. Metodologi kajian mengunakan metodologi


umum penyelidikan reka bentuk MUPR (Vaisnavi & Kuechler, 2004; 2007). MUPR
mengandungi lima proses yang iaitu: (1) mengenalpasti masalah; (2) cadangan melalui
sorotan kajian dan pengumpulan maklumat; (3) Pembangunan model konseptual dan
pembangunan sistem; (4) Penilaian; dan (5) kesimpulan. MUPR dalam kajian ini
diadaptasi sehingga pada peringkat (4) sahaja iaitu pembangunan model konseptual.

Kajian ini melibatkan seramai 36 orang responden iaitu ahli daripada panitia
pendaftaran siswa baru peringkat Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) dan Sekolah
Menengah Kejuruan Negeri (SMKN) tahun 2008.

Proses penyelidikan dijalankan dengan melakukan temubual secara langsung kepada 36


orang responden untuk pengumpulan data model konseptual PSB Terpadu.

4. Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini merupakan penambahbaikan daripada kajian sebelumnya terhadap


model konsepstual sistem pendaftaran siswa (Dalle, 2009). Hasil kajian didapati model
konseptual PSB Terpadu terdiri daripada empat modul iaitu input data, proses data,
pangkalan data, dan penerbitan web. Model konseptual yang dihasilkan diberikan pada
Rajah 1.

4
PERSEKITARAN

Capaian dengan kelajuan


156Kbps melalui:

• PSTN (modem dial-up)


• CDMA (modem tanpa
wayar)

APLIKASI

Rajah 1: Model Konseptual PSB Terpadu

Model konseptual dalam Rajah 1 merupakan model yang khusus untuk kawasan luar
Bandar memandangkan kemudahan infrastruktur yang terhad. Sistem yang dirancang
perlu boleh berfungsi dengan capaian internet yang minimal (153 Kbps). Maka reka
bentuk aplikasi menitikberatkan isu-isu reka bentuk ”minimalist” di mana paparan
visual dan kandungannya harus disokong oleh infrastruktur yang terbatas tersebut.
Kemudahan telecenter yang merupakan prasarana bagi masyarakat luar Bandar untuk
memperolehi maklumat secara talian juga perlu diambil kira.

Daripada Rajah 1 difahami bahawa konsep sistem PSB Terpadu yang dibangunkan
merupakan satu sistem yang menghubungkan empat modul yang mempunyai fungsi
yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut.

5
Jadual 1: Fungsi Modul Sistem PSB Terpadu

Sistem Fungsi
Input Data Proses input data pendaftaran siswa baru baik yang telah ada dalam
pangkalan data mahupun yang belum ada
Proses Data Melakukan perhitungan untuk penempatan posisi pilihan data
pendaftar siswa baru baik untuk penempatan pilihan sementara
mahupun penempatan pada pilihan akhir
Pangkalan Data Pusat rekod dan simpanan data yang akan diterbitkan melalui web
Penerbitan Web Menyediakan maklumat kepada masyarakat yang dapat diakses secara
atas talian dan bersifat masa nyata. Sistem ini juga menyediakan
maklumat posisi sementara pilihan sekolah masing-masing dan juga
maklumat untuk penempatan akhir

Semasa porses menganalisa dan merekabentuk sistem maklumat berkomputer, terdapat


beberapa alatan yang boleh digunakan untuk memudahkan pemahaman tentang sistem
yang dibangunkan (Abdul Manaf et al., 2006). Alatan ini adalah dalam bentuk model-
model visual yang dapat mengambarkan struktur dan proses yang akan dilakukan oleh
sistem iaitu carta alir, rajah aliran data dan rajah hubungan entity. Pembangunan model
konseptual PSB Terpadu menggunakan alatan tersebut dengan hasil seperti pada Rajah
1. Berikut dibincangkan ke empat-empat bahagian modul e-PSB di atas.

4.1 Modul Input Data (MID)

Input data di simbolkan dengan yang bermaksud data diinput oleh pengguna
iaitu ahli Jabatan Pendaftaran. Simbol dua anak panah pula bermaksud bahawa dalam
proses input data sistem aplikasi terhubung secara atas talian ke pangkalan data di mana
ada dua proses bersyarat di bawah digunakan
(i) bila data siswa baru yang berdaftar ada dalam pangkalan data maka sistem aplikasi
akan mengisi bahagian borang pendaftaran dengan hanya memasukkan nombor
peperiksaan selepas SMP bagi calon siswa yang berdaftar untuk masuk
SMAN/SMKN dan nombor peperiksaan selepas SD (Sekolah Dasar) bagi calon siswa
yang berdaftar untuk masuk SMPN
(ii) bila data siswa baru tidak ada dalam pangkalan data maka pendaftar/ahli jabatan
pendaftar akan memasukkan seluruh data yang diperlukan sesuai dengan borang
isian yang seterusnya dirakamkan ke dalam pangkalan data.
Rajah 2 menunjukkan carta aliran proses input data siswa baru dengan menggunakan
MID ini.

6
Rajah 2: Modul input data

MID digunakan oleh pengguna yang berasal daripada ahli pentadbir dari setiap sekolah
(SMAN dan SMKN) yang telah dilantik menjadi ahli PPSB. Penggunaan MID ini
mengambil tempat di setiap sekolah yang berdaftar sebagai tempat pendaftaran siswa
baru.

4.2 Modul Proses Data (MPrD)

Proses Data yang disimbolkan ini bermaksud bahawa data calon siswa baru untuk
ditempatkan pada sekolah-sekolah pilihan semasa mendaftar akan diproseskan. Seluruh
data calon siswa baik untuk sementara mahupun akhir akan dikenalpasti. Untuk proses
data akhir data sistem akan menempatkan/meluluskan berdasarkan kepada nilai,
pilihan, kuota (daya tampung sekolah), urutan nilai (Matematik, Bahasa Inggeris, Ilmu
Pengetahuan Alam dan Bahasa Indonesia), dan umur. Seterusnya tanda dua panah
menyatakan bahawa proses pertama akan memuat turun data daripada pangkalan data
secara talian dan seterusnya diproses sehingga selesai. Hasil proses tadi akan
ditempatkan kembali ke dalam pangkalan data. Proses ini berlaku, baik untuk proses
penempatan data sementara mahupun proses penempatan akhir. Rajah 3 menunjukkan
carta alir modul proses data.

7
Rajah 3: Modul Proses Data

4.3 Modul Pangkalan Data (MPD)

Pangkalan Data yang disimbolkan bermaksud bahawa semua aktiviti-


aktiviti yang berkenaan dengan data akan direkodkan. Pangkalan data ini terbahagi
kepada dua sub pangkalan data iaitu pangkalan data DB1 dan pangkalan data DB2. DB1
merupakan pangkalan data yang menyimpan semua data hasil peperiksaan tahun 2006
dan 2007 baik untuk peringkat SD mahupun peringkat SMP. DB1 inilah yang berhubung
secara atas talian kepada modul input data dan proses data. DB2 merupakan sub
pangkalan data yang ke semua bahagian datanya merupakan bahagian dari DB1 yang
berhubung secara atas talian dengan modul penerbitan web.

DB1 dan DB2 merupakan sistem pangkalan data yang berhubung secara atas talian masa
nyata di mana DB1 dikatakan sebagai master dan DB2 sebagai slave. Hubungan DB1 dan
DB2 merupakan hubungan satu arah di mana perubahan data pada DB1 akan
mengakibatkan terjadinya perubahan struktur data di DB2. Teknologi ini merupakan
teknologi ‘server replication’ dalam MySQL.

MPD ini digunakan oleh pentadbir khas yang telah dilantik menjadi ahli PPSB.
Penggunaan MPD mengambil tempat pada pusat PSB iaitu pejabat Disdik.

4.4 Modul Penerbitan Web (MPW)

Penerbitan Web yang disimbolkan dengan carta aliran bermaksud ‘display’ sebagai
media atas talian masa nyata untuk memperolehi maklumat yang berkenaan dengan
pendaftaran siswa baru di Bandar Banjarmasin untuk semua peringkat sekolah (SMPN,

8
SMAN, dan SMKN). Modul penerbitan web ini berhubung dengan pangkalan data DB2.
Ia menyediakan maklumat pendaftaran siswa baru seperti maklumat alamat sekolah,
daya tampung sekolah, tarikh pendaftaran siswa baru dan syarat-syarat kemasukan
siswa baru. Selain itu, ia juga menyediakan maklumat berkenaan kedudukan ataupun
urutan kedudukan siswa mengikut kepada pilihan yang telah dimasukkan semasa
pendaftaran. Maklumat ini selalu berubah secara masa nyata bersesuaian dengan data
yang masuk ke pangkalan data. Rajah 4 menunjukkan carta aliran modul penerbitan web
.

MPW ini digunakan oleh ibu bapa, siswa dan masyarakat am yang melayari laman web
PSB. Penggunaan MPW boleh berlaku di telecenter agar kemudahan yang telah
disediakan oleh kerajaan boleh dimanfaatkan.

Rajah 4: Modul Penerbitan Web

5. Kesimpulan

Secara keseluruhannya telah dibincangkan tentang model konseptual PSB Terpadu yang
teridiri daripada modul input data, proses data, pangkalan data, dan penerbitan web. Ke
empat modul ini merupakan satu kesatuan bagi memudahkan pembinaan Sistem. Model
konseptual dibina berasaskan kepada kajian keperluan sistem pendaftaran siswa di
Banjarmasin. Model konseptual tersebut merupakan model persekitaran luar bandar
yang menitik beratkan keperluan minimal alatan terutamanya capaian secara atas talian.

9
6. Rujukan

Abdul Manaf, B. (2006). Isu-isu kontemporari Koridor Raya Multimedia : aplikasi teknologi
pengurusan. Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall, Pearson Malaysia.
Abdul Manaf, B., Nur Haryani, Z., Norliza, K., & Zahurin, M. A. (2006). Sistem Maklumat
Dalam Organisasi Kontemporari (ed. 1st). Selangor: Prentice Hall Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Adi, S. (2007). PSB-Online di Bojonegoro Membingungkan. Didapatkan July 18, 2007,
daripada Kompas: http://www.kompas.com
Dalle, J. (2006, September 3). Memahami PSB Online. Didapatkan September 7, 2007,
daripada Banjarmasin Post: www.indomedia.com
Dalle, J. (2009). Model konseptual sistem pengurusan pendaftaran dan penempatan
persekolahan atas talian e-PSB: Kajian kes Banjarmasin. Konferensi Se-Borneo
Kalimantan (pp. 88-96). Sabah: Univerisiti Malaysia Sabah.
Engelbart, D. C. (1962). Augmenting human intellect: a conceptual framework. Menlo Park,
CA: Stanford Research Institute. (Summary report AFOSR-3233): In Järvelin, K., &
Wilson, T.D. (2003). On conceptual models for information seeking and retrieval
research. Retrieved October 5, 2008, from http://informationr.net/ir/9-
1/paper163.html
Erathenurse. (2007, December 2). Model Konseptual Keperawatan. Didapatkan October 5,
2008, daripada http://erathenurse.blogspot.com/2007/12/model-konseptual-
keperawatan.html
Fathul, W. (2007). Adopsi Metode Pengembangan Sistem Informasi di Indonesia: Studi
Eksploratori Awal. UII Press , 1-7.
Flaaten, P., McCubbrey, D., O'Riordan, P., & Burgess, K. (1989). Foundations of Business
System. Chicago: Dryden Press.
Glass, R. (1992). Software Conflict: Essays on the Art and Science of Software Engineering.
New Jersey: Yourdan Press, Prentice Hall, Engle Wood Cliffs.
Hjetland, T. (1995). Technology and special education classroom. Retrieved Ogos 11, 2008,
from http://www.eric.ed.gov
Irfiandi. (2007). Kebijakan Desentralisasi Pendidikan. Padang: Diknas Kota Padang.
Johnson, J., & Henderson. (2002). Conceptual Model: Begin by designing what to design.
Interactions Jan/Feb, (hlm. 25-32).
Kit, C. C. (2000). Rekabentuk Pangkalan Data untuk Kajian Demografi di Bandar George Town.
Didapatkan October 5, 2008, daripada http://www.hbp.usm.my/
Thesis/HeritageDB/hbp.htm
Kompas. (2006, July 8). Penerimaan Siswa Baru di Jakarta Kacau. Didapatkan Ogos 5, 2006,
daripada Kompas: www.kompas.com

10
Mayhew, D. (1992). Principles and Guidelines in software user interface design. Englewood
Cliffs. NJ: Prentice Hall.
Padangekpres. (2007). Pendaftaran Ulang 9-12 Juli 2007. Didapatkan July 15, 2007,
daripada Padang Ekpres: http://www.padangekpres.co.id
Preece, J., Rogers, Y., & Sharp, H. (2007). Interaction Design:beyond human-computer
interaction. US: John Wiley & Sons, Inc.
Preece, J., Rogers, Y., Sharp, H., Benyon, D., Holland, S., & Carey, T. (1994). Human-
computer interaction. Wokingham: UK: Addison-Wesley.
Rahmad Sukor, A. S., & Mohd Subhi, M. (2001). Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Issues in Education , 24, 109-123.
Robinson, S. (2006). Issue in conceptual modelling for simulation: Setting a research
agenda. Paper presented at the 2006 OR Society Simulation Workshop .
Shanks, G., Tansley, E., & Weber, R. (2003). Using ontology to validate conceptual
models. Communications ACM, 46(3) , 85-89.
Sukardika, K. (2001). Pendidikan dalam Rangka Otonomi Daerah. Pendidikan dalam
Rangka Otonomi Daerah. Dalam: Rancangan Induk Pengembangan Sistem
Informasi Pendidikan Luar Biasa. Jakarta: Diknas
SWEBOK. (2004). Guide to the Software Engineering Body of Knowledge. Los Alamitos,
California: IEEE Computer Society.
Tempointeraktif. (2006, July 7). Sistem Rusak, Siswa Gagal Daftar SMA. Didapatkan Ogos
9, 2006, daripada Tempointeraktif: www.tempointeraktif.com
TIMSS. (2008). Highlights From TIMSS 2007: Mathematics and Science Achievement of U.S.
Fourth-and Eighth-Grade Students in an International Context. Institute of
Education Sciences.
Turban, E., Rainer, R. K., & Potter, R. E. (2005). Introduction to Information Technology (ed.
3rd). New Jersey: John Wiley & Sons. Inc.
Vaishnavi, V., & Kuechler, B. (2004). Design Research in information system. Retrieved
January 9, 2008, from . http://www.isworld.org
Vaishnavi, V., & Kuechler, B. (2007). Design Research in information system. Retrieved
January 9, 2008, from http://www.isworld.org
Vitri, D. K. (2006). Evaluasi Kelayakan Program Layanan Penerimaan Siswa Baru (PSB)
Online Tingkat SMUN/SMKN di Kotamadya Bandung. STT Telkom Library , 2-3.

11

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai