Anda di halaman 1dari 4

KEBURUKAN PENGARUH GLOBALISAS DALAM

PERADABAN DARI PERSPEKTIF KOMUNIKASI DAN


PENDIDIKAN

3.1 PENGENALAN
Globalisasi ialah proses pergabungan atau penyatuan pelbagai bidang penting dalam
pembanguan bangsa dan negara, iaitu ekonomi, politik, pendidikan dan komunikasi dari
berbagai negara di seluruh dunia. Perkara ini membawa kebaikan dan juga keburukan dalam
perkembangan negara dan banyak pihak sedang dan telah menilai keburukannya globalisasi
kontemparori. Chandra Muzaffar (2008) telah menyenaraikan kebaikan-kebaikan namun pada
pendapat beliau, pengaruh globalisasi dalam perspektif komunikasi dan pendidikan lebih
membawa kepada keburukan kerana beliau telah menyenaraikan keburukan melebihi
kebaikan.
Namun, jika dibuat pemerhatian yang lebih teliti, pengaruh globalisasi ini memberi lebih
banyak impak positif dalam bidang ekonomi berbanding dengan bidang-bidang yang lain.
Chandra Muzaffar (2008) menambah lagi bahawa aspek globalisasi akan dianggap sebagai
aspek positif sekiranya ia bertepatan dengan ajaran semua agama.

3.2 KEBURUKAN PENGARUH GLOBALISASI DALAM PERADABAN


DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN
Oleh kerana era pemodenan ini, sistem pendidikan Malaysia agak tercabar dan berlaku
persaingan rumit dan ini dianggap sebagai ancaman dan bentuk penjajahan bukan fizikal
kerana ini ialah penjajahan minda melalui penggunaan teknologi maklumat. Penciptaan alat
komunikasi seperti telefon pintar, komputer dan juga internet telah memudahkan penyebaran
maklumat dengan lebih efektif ke seluruh pelosok dunia, tanpa batasan. Ini juga membawa
maksud bahawa penyebaran maklumat negatif juga semakin sukar dan hampir mustahil untuk
disekat. Oleh kerana itu, perkara ini telah membawa kesan-kesan negatif kepada negara.
Berikut merupakan antara isu negatif yang boleh dibincangkan.
Disebabkan pemodenan alatan dan bahan mengajar, negara telah mengalami krisis kewangan
ketika dalam usaha bergera seiiring dunia. Ini kerana banyak kewangan telah dilaburkan
untuk pembiayaan pembelajaran seperti bantuan buku teks, penyediaan fasiliti dan
infrastruktur yang lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya dan semua perkara
ini memerlukan sejumlah perbelanjaan yang tinggi untuk memastikan pendidikan yang diajar
pada masa ini seiring dengan perubahan globalisasi dunia.
Selain itu, terdapat juga isu Brain-Drain yang menjadi krisis pendidikan yang perlu didapi.
Golongan bijak dan kaya lebih memilih untuk bekerja di luar negara kerana tawaran gaji yang
lebih lumayan berbanding dalam negara. Ini telah menyebabkan Malaysia kekurangan
golongan intelektual dalam beberapa bidang yang kritikat untuk pembangunan negara.
Selain itu, pengaruh globalisasi ini telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam
pemantapan kualiti diri dan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu untuk
membentuk produk pendidikan yang setaraf dengan ngeara maju. Tidak dinafikan , perkara
ini telah mendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Persaingan ini telah membunuh nilai
murni bangsa dan menyebabkan berlakunya kemiskinan dan budaya negatif. Seterusnya,
intelektualisme juga merupakan krisis globalisasi dalam pendidikan. Nilai intelektual
seharusnya dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan
antara saluran utama dalam membentuk modal insan yang bermutu. Ini membawa maksud
bahawa guru sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat dan ke arah
kemajuan dan kejayaan.
Kesan pengaruh globalisasi ini telah memunculkan pelbagai cabaran dan peranan yang perlu
dihadapi dengan menggunakan ilmu dan disiplin yang mantap (Hassan Mohd Ghazali 2000)
Globalisasi juga telah menyebabkan jurang pendidikan. Sistem pendidikan yang lemah di
negara membangun akan menyebabkan negara itu gagal untuk bersaing dengan negara maju.
Pesaingan global ini telah meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana perkara ini
telah menambah kesukaran dalam usaha untuk memadam jurang pendidikan.

3.3 KEBURUKAN PENGARUH GLOBALISASI DALAM PERASABAN


DARI SEGI PERSPEKTIF KOMUNIKASI
Dari segi pengaruh globalisasi dalam perspektif komunikasi, perkara ini lebih cenderung ke
arah keburukan berbanding kebaikan. Perkara ini kerana generasi moden zaman sekarang
lebih memilih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana kebanyakkan mereka
menganggap bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang tidak moden dan kuno. Sebagai
contoh dalam media sosial, di mana orang lebih memuji kepetahan seseorang berbahasa asing
berbanding bahasa ibunda kita. Mengikut sigma masyarakat, kemahiran bertutur bahasa
kebangsaan tidaklah sebagus kemahiran bertutur bahasa asing. Malah, jika kita hanya mampu
bercakap Bahasa Melyu, mereka lebih memilih untuk mencemuh dan digelar tidak bijak
kerana tidak mampu berbahasa asing.
Kemudian, pengaruh globalisasi telah menyebabkan bahasa kebangsaan kita dicampur
adukkan dengan slang luar negara. Sebagai contoh, penggunaan perkataan ‘gostang’ yang
membawa maksud undur telah diambil dari perkataan Inggeris, ‘go a stern’. Perkara ini
sering dipandang remeh oleh masyarakat, namun ianya merosakkan bahasa kebangsaan kita.
Generasi muda zaman sekarang sering kali berbicara menggunakan’bahasa rojak’ dan tidak
bertutur dengan menggunakan tatabahasa yang sepatutnya. Ada sesetengah mereka yang
mencampurkan perkataan Inggeris dan Melayu dalam suatu ayat, menyebabkan pemahamn di
situ berkurangan. Perkara ini membuatkan martabat Bahasa Melayu semakin jatuh dari masa
ke semasa.
Seterusnya, penggunakan singkatan dalam media sosial. Jiak diperhatikan, anak muda zaman
sekarang ini lebih selesa menggunakkan singkatan dalam pertuturan seperti ‘dh’,’x’,’on9’ dan
sebagainya. Perkara ini menjejaskan imej Bahasa Melayu kerana bahasa ini merupakan
bahasa yang cantik dan puitis. Namun kerana penggunaan singkatan sedemikian membuatkan
kita tidak dapat menikmati keistimewaan bahasa kita. Selain itu, generasi-generasi yang
muda juga lebih terikut-ikut dengan berkata singkatan, berbanding mengucapkan perkataan
itu sepenuhnya. Perkara ini tidak lagi dikaitkan dengan penggunaan kata-kata kesat dalam
perbulan atas talian. Ini membuatkan niali ‘sopan santun’ dalam Bahasa Melayu terhapus
begitu sahaja. Perkara ini memberi perspektif buruk kepada negara dan jika dibandingkan
dengan negara yang masih menjaga bahasa dan pertuturan kita, ternyata kita sudah jauh
ketinggalan. Seperti kata slogan popular, ‘Bahasa Cerminan Jiwa Bangsa’.

3.4 KESIMPULAN
Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah membadai
dunia. Pengaruhnya sangat ketara kerana ianya meliputi semua bidang peradaban dan
dianggap sebagai yang paling perkasa setakat ini. Demi menjaga kekukuhan dan kerohanian
peradaban kita, kita hendaklah meneliti manfaat dan keburukan dengan lebih teliti lagi dan
segara keburukan hendaklah diatasi dengan serta-merta.
Tidak dinafikan bahawa ICT merupakan antara ciptaan manusia yang terhebat pernah wujud
di atas muka bumi ini dan ianya adalah pemacu utama dalam bidang globalisasi.
Perkembangan ICT secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan masyarakat di Malaysia
masa kini dan ianya adalah salah satu perkara yang memang tidak dalam dielakkan kerana
ICT sangat penting dalam pembangunan negara dan merupakan salah satu asas dalam
pembangunan negara maju. ICT kini telah menjadi suatu kepentingan dalam kehidupan dan
penggunaannya akan terus meningkat dan semakin berpengaruh dari masa ke semasa.
Pengaruh ini dalam masyarakat telah melampaui segenap aspek kehidupan, bermula dari
pengaruh ICT dalam sistem ekonomi sehinggalah kepada pengaruhnya terhadap budaya dan
nilai dalam masyarakat.
Oleh itu, sebagai masyarakt yang bertanggungjawab, kita perlulah menjadi asas penggunaan
ICT yang lebih efektif. Pihak berkuasa juga perlulah memainkan peranan yang penting dalam
menyediakan prosedur dan peraturan bagi memantau perkembangan ICT agar masyarkat
tidak menggunakannya ke arah keburukan yang akhirnya akan merosakkan individu, bangsa
dan peradaban yang telah dibina sekian lama.

Anda mungkin juga menyukai