Anda di halaman 1dari 2

SKRIP BERCERITA KATEGORI BAHASA MELAYU TAHAP 2

Nama Pelajar : Jolyenda Wilma Binti Wiltan


Nama Sekolah : SK Sayap, Kota Belud
Tajuk Cerita : “Kasih Ibu tidak Bersyarat”

Sejambak kasih buat peneraju majlis, saf kehakiman yang bervisi, bentara masa
yang adil pastinya, guru-guru serta hadirin anak Kota Belud yang berkarisma. Pada pagi
ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Kasih Ibu tidak Bersyarat”.

Kisah ini adalah tentang diriku dan ibuku. Ibuku hanya ada satu mata. Aku sangat
bencikan dia. Aku amat malu dengan dirinya. Dia bekerja di tempat yang sama di mana
aku belajar. Dia memasak di kantin untuk pelajar dan guru.

Ayahku telahpun meninggal dunia oleh itu ibukulah yang terpaksa bekerja untuk
menyara kami sekeluarga. Pada suatu hari ketika aku berada di sekolah menengah, ibuku
datang untuk bertanya khabar. Dia berdiri di hadapan pintu kelasku. Kedengaran suara-
suara ejekan berselang - seli. Aku sangat malu. Aku langsung tidak mengendahkannya
namun aku sempat memberikan pandangan penuh kebencian lalu meninggalkannya.

Pada keesokkan harinya ketika aku berada di dalam kelas, salah seorang rakan
sekelasku mentertawakan aku sambil berkata

“EHHH…ibu awak hanya ada satu mata sahaja kah?”

Oleh kerana teramat malu aku berangan - angan supaya saat ini biarlah
keseluruhan kepalaku berada di dalam tanah. Pada masa yang sama juga aku amat
berharap supaya ibuku segera lenyap dari dunia ini dengan serta merta. Oleh itu aku
sengaja menengkingnya dan berkata

“Jika setiap hari ibu hanya membuatkan aku kelihatan seperti bahan gurauan dan
ejekan mengapa tidak ibu mati sahaja?”

Ibuku tidak langsung membalas namun dia kelihatan tertunduk.

Aku langsung tidak memikirkan walau sedetik pun tentang apa yang telahku
katakan padanya hanya kerana aku terlalu malu dan marah. Aku langsung tidak
memikirkan tentang perasaannya. Apa yang aku mahu hanyalah aku perlu segera keluar
dari rumah tersebut. Oleh itu aku belajar bersungguh – sungguh, berpeluang melanjutkan
pelajaran di Negara Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli sebuah rumah
sendiri dan mempunyai anak sendiri.

Aku sangat gembira dengan kehidupanku kini. Pada Suatu hari ibuku datang
untuk melawat. Sudah bertahun lamanya dia tidak melihatku apa lagi melihat cucunya.

Anda mungkin juga menyukai