Anda di halaman 1dari 2

Modul 5: Kesihatan

Nama : MUHAMMAD HAMIZ BIN AMRAN


No Matrik : A197232

1. Potensi risiko masalah kesihatan berkaitan eSukan


-Masalah Penglihatan
Risiko terbesar bagi atlet eSukan yang utama ialah masalah terhadap skrin digital seperti
komputer dan telefon pintar adalah sumber cahaya biru ungu secara terus yang akan
mengakibatkan keletihan dan kelesuan terhadap mata individu dan ianya juga akan
menyebabkan mata akan menjadi lebih cepat kering selain mengganggu penglihatan dalam
jangka masa panjang.

-Ketagihan
Terdapat Perunding Kesihatan Mental Pusat Pakar Psikologi , memandang serius isu yang
dinamakan ketagihan yang dianggap akan memberi kesan yang besar di dalam kehidupan
seseorang terutamanya kanak - kanak. Penyakit ketagihan terhadap permainan video ini
dilihat seseorang itu akan kurang berinteraksi dengan dunia luar dan lebih menganggap
kehidupan di alam maya jauh lebih selesa berbanding dunia nyata.

-Masalah Fizikal
Atlet E-Sukan boleh menghadapi kecederaan gerakan berulang seperti Carpel Tunnel
Syndrome dan Tenosynovitis Stenosis. Kecederaan in biasanya terjadi di bahagian pinggang,
tulang belakang dan pinggul individu kerana mereka telah duduk dalam tempoh masa yang
agak lama dan menyebabkan kecederaan pada otot dan tulang bahagian tersebut akibat
daripada kurang pergerakan badan.

2. Cadangan bagi memastikan kesihatan atlet eSukan sentiasa pada tahap optimum
-Belajar mengawal emosi dan stress yang dihadapi. Selain itu , mengambil rehat yang
secukupnya untuk mengamalkan kesihatan yang optimum. Cadangan yang seterusnya ,
mengamalkan diet yang sihat serta seaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan sesi
permainan yang dijadualkan serta latihan- latihan yang sewajarnya. Akhir sekali ,
mengamalkan peraturan 20-20-20 dimana atlet perlu berhenti menggunakan peranti skrin
setiap 20 minit dengan melihat sesuatu yang lebih daripada 20 kaki jauhnya selama 20 saat.
Ini akan membantu mata atlet menyesuaikan diri dan tidak kekal melihat skrin.

Anda mungkin juga menyukai