Anda di halaman 1dari 1

Modul 5: Kesihatan

Nama : MOHAMMAD HAEKAL BIN NASIR


No Matrik : A189246

1. Potensi risiko masalah kesihatan berkaitan eSukan


 Masalah Penglihatan
Peranti skrin digital seperti komputer dan telefon pintar adalah sumber cahaya biru
ungu yang akan mengakibatkan keletihan dan kelesuan terhadap mata individu dan
ianya juga akan menyebabkan mata akan menjadi lebih cepat kering selain
mengganggu penglihatan.

 ‘Gaming Disorder’
Perunding Kesihatan Mental Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Aiman Amri berkata
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memandang serius isu yang dinamakan
‘Gaming Disorder’ ini yang dilihat di dalam kategori ketagihan yang lain dan
dianggap akan memberi kesan yang besar di dalam kehidupan seseorang terutamanya
kanak - kanak. Penyakit ketagihan terhadap permainan video ini dilihat mereka akan
kurang berinteraksi dengan dunia luar dan lebih menganggap kehidupan di alam maya
jauh lebih selesa berbanding dunia nyata.

 Masalah Fizikal
Atlet E-Sukan boleh menghadapi kecederaan gerakan berulang seperti Carpel Tunnel
Syndrome dan Tenosynovitis Stenosis. Kecederaan ini biasanya terjadi di bahagian
pinggang, tulang belakang dan pinggul individu kerana mereka telah duduk dalam
tempoh masa yang agak lama dan menyebabkan kecederaan pada otot dan tulang
bahagian tersebut akibat daripada kurang pergerakan badan.

2. Cadangan bagi memastikan kesihatan atlet eSukan sentiasa pada tahap optimum

 Belajar mengawal emosi dan stress yang dihadapi.


 Mengambil rehat yang secukupnya untuk mengamalkan kesihatan yang optimum.
 Mengamalkan diet yang sihat serta senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
dan sesi permainan yang dijadualkan serta latihan-latihan yang sewajarnya.
 Mengamalkan peraturan 20-20-20 dimana atlet perlu berhenti menggunakan peranti
skrin elektronik setiap 20 minit dengan melihat sesuatu yang lebih daripada 20 kaki
jauhnya selama 20 saat. Ini akan membantu mata atlet menyesuaikan diri dan tidak
kekal terpaku pada skrin.

Anda mungkin juga menyukai