Anda di halaman 1dari 2

Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan

1.0 Pengenalan

Sejarah negara perlu ditelusuri dengan sejujurnya agar pengetahuan yang diperolehi
dapat dimanfaatkan untuk perpaduan dan pembangunan negara. Malah, rentetan
sejarah kemerdekaan negara yang mengambil masa lama dan mengerah keringat
pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang tanah air wajar dihargai. Justeru itu, pihak
Pertina mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan ke-66 bertemakan untuk membangunkan jiwa
patriotik dalam diri murid dan warga sekolah.

2.0 Rasional

Oleh yang demikian, satu program khas telah dirancang dengan melibatkan pelbagai
aktiviti yang berbentuk pertandingan dan bukan pertandingan dijalankan dalam usaha
untuk menyemai dan menghayati erti kemerdekaan.

3.0 Tema

4.0 Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi


memupuk semangat sayangkan negara di kalangan murid-murid dan guru- guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra. Selain itu dapat
meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah
kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih
kemerdekaan.

5.0 Objektif Program

1. Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dikalangan murid-murid dan guru-guru.
2. Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.
3. Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.
4. Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan budaya.
5. Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing di
kalangan murid-murid dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
6.0 Sasaran

Semua Pelajar dan guru-guru SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Anda mungkin juga menyukai