Anda di halaman 1dari 1

1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.

• Perlu ada butir-butir nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat
terkini Pemberi Pinjam dan Peminjam.
• Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah
nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad
pengenalan dan palangkan dengan perkataan pinjaman.
2. Nyatakan jumlah pinjaman.
• Contoh:
• Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah
memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama
peminjam*.
3. Cara bayaran bagaimana?
• Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa
lama?
• Jangan! Jangan! kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda
bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah
faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku atau silap-
silap anda kena denda dan dipenjara di bawah Akta Pemberi Pinjam
Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan
maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
4. Masukkan terma pengingkaran.
• Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke
mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat
tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
5. Masukkan syarat bahawa surat-menyurat untuk menuntut dari peguam dan
dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti
dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar
kos mengiklankan di surat khabar.
6. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
• Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana?
Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.

Tetapi untuk pinjaman yang bernilai kecil sesuailah untuk rangka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai