Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN SYARAHAN: PERLUNYA PENDIDIKAN MULTIMEDIA

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua, guru-guru, rakan-rakan

seperjuangan serta hadirin yang saya hormati sekalian. Salam sejahtera dan

salam saya ucapkan. Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kerana diberi

peluang untuk menyampaikan syarahan pada pagi yang indah ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tajuk syarahan saya ialah ‘Perlunya Pendidikan Multimedia’. Multimedia

merupakan suatu konsep dan teknologi baru yang menyampaikan informasi dalam

bentuk yang fleksibel seperti teks, gambar, suara, animasi, dan video. Bentuk-

bentuk multimedia ini kemudiannya dikumpulkan di dalam sebuah alat elektronik

yang canggih iaitu komputer, untuk di simpan, diproses dan dibentangkan. Oleh

yang demikian, haruslah kita mengambil berat dan mengetahui tentang

kepentingan dan keperluan pendidikan multimedia pada zaman atom ini.

Sidang warga dewan yang saya hormati,

Terdapat banyak manfaat dan faedah yang dapat diperolehi dari

pendidikan multimedia. Antaranya adalah ia dapat digunakan sebagai alat yang

membantu guru-guru untuk mengajar dan menyampaikan maklumat atau informasi

yang berkenaan dengan pelajaran mereka. Ini kerana sistem multimedia ini

mudah untuk digunakan dan telah diadaptasikan untuk menyampaikan maklumat-

maklumat dalam bentuk yang menarik penuntut dan pelajar. Guru atau

pensyarah tidak perlu bersusah payah menggunakan buku teks, papan hitam atau

putih, kapur, peta, gambar, dan suaranya sendiri untuk mengajar. Hal ini akan

menyebabkan pengajaran berjalan dengan lancar, cepat, berkesan, serta mudah.

Oleh sebab itu, mestilah bagi pendidik dan pembimbing generasi ini untuk

menghargai teknologi ini.


Rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi,

Selain itu, multimedia juga dapat meningkatkan fokus pelajar dan mereka

yang menimba ilmu untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan baik

serta lebih mendalam lagi. Ini disebabkan multimedia merupakan teknologi yang

interaktif, dan yang menarik jika digunakan dengan bijak, yang boleh menyokong

keupayaan ingatan dan kefahaman seseorang pelajar. Sesuatu pelajaran atau

informasi yang dihasilkan melalui penggunaan multimedia itu mempunyai kombinasi

perkakasan dan perisian daripada pelbagai media termasuklah gambar, grafik,

animasi, teks dan suara untuk menjadikan pembelajaran lebih efektif kepada

para penonton. Terdapat fakta yang membuktikan bahawa ramai orang telah

menggunakan 75 peratus keupayaan mereka untuk mengingatkan sesuatu

berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, dan 40 peratus

daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada

apa yang mereka dengar sahaja. Kesan yang dapat diperolehi daripada batu

loncatan iaitu teknologi yang berkesan ini, adalah lahirlah generasi yang

cemerlang daripada pelajar-pelajar yang telah terlibat dalam pembelajaran

melalui multimedia ini. Oleh yang demikian, hendaklah penggunaan multimedia

dalam pendidikan ini diketengahkan dan dititikberatkan dalam masyarakat kita.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Selain daripada menjadikan proses belajar dan mengajar lebih interaktif dan

menyenangkan, multimedia juga dapat menjadi alat hiburan yang dapat

meningkatkan semangat dan motivasi pelajar dan guru mereka. Ini kerana

terdapat pelbagai jenis media, misalnya kuiz-kuiz lucu dan interaktif, yang

boleh menarik perhatian dan komitmen mereka, terutamanya di dalam alat

elektronik komputer. Komputer adalah sebuah perkakasan yang menghasilkan isi

kandungan multimedia yang luar biasa dan mengagumkan seperti kesan bunyi,

paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video. Hal ini akan
menimbulkan keceriaan dan kegembiraan dalam diri seseorang pelajar atau guru

yang mungkin berasa tertekan, tidak yakin, atau bosan dengan pembelajaran

dan pengajaran mereka. Maka haruslah kita memanfaatkan kaedah

pembelajaran dan pendidikan multimedia yang dikehendaki dan dihajati ini

dengan sebaiknya. Bak kata pepatah, dayung sudah di tangan, perahu sudah di

air.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya ingin menekankan bahawa pendidikan

multimedia ini amatlah penting untuk digunakan dan dimanfaatkan dengan pintar

bagi meningkatkan dan memajukan masyarakat. Saya berharap agar pihak-pihak

berkuasa akan bertindak dengan menyebarluaskan perkara ini agar kejayaan

dan kemajuan negara dapat dicapai. Akhir kata, perlunya pendidikan multimedia

ini bagi melahirkan generasi yang canggih dan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

(586 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai