Anda di halaman 1dari 12

Tarikh Dibaca: 09 JUN 2023M l 20 ZULQA’DAH 1444H

Tajuk:

“KEMATIAN YANG PASTI”

***

Terbitan:
Unit Khutbah
Bahagian Pengurusan Masjid
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
0
Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI”
Jabatan Agama Islam Selangor

“KEMATIAN YANG PASTI”


ۡ‫ور ُكم‬ َ ‫ِإَون َما تُ َو َّف ۡو َن أُ ُج‬
َّ
‫ت‬ ۡ َ ۡ ُ َ َٓ َۡ ‫ُل‬ َ ْ َّ ُ ْ َ ْ
ِ ‫ ك نف ٖس ذائِقة ٱلمو‬: ‫الحمد ِلل ِه القا ِئل‬
َۡ َ َ َ َ ۡ َ َ َ َّ َ ۡ َ ۡ ُ َ َّ
ُ‫ۡل َي َٰوة‬ َ َ ۡ ُ َ َ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ
‫خل ٱۡلنة فقد فاز َۗ وما ٱ‬ ِ ‫يوم ٱلقِيمةِ فمن زح ِزح ع ِن ٱنلارِ وأد‬
ُ ُ ۡ ُ َٰ َ َ َّ ٓ َ ۡ ‫ل‬
1
١٨٥ ِ‫ٱدلنيا إَِّل متع ٱلغرور‬
ً‫يك َل ُه َو َأ ْش َه ُد َأ َّن ُم َح َّمدا‬
َ ‫الل ُه َو ْح َد ُه ََّل َشر‬ َّ َّ َ َ َّ ْ َ ُ َ ْ َ
‫أشهد أن َّل ِإ َٰل َٰه ِإ ََّٰل‬
ِ
َ َ َ َّ َ ُ َ َ َ َ َ َ َّ ُ َّ َ ُ ُ ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ
‫ اللهم ص ِل وس ِلم على س ِي ِدنا محم ٍد وعلى‬.‫عبده ورسوله‬
َ ْ َ
َٰ .‫ص ْح ِب ِ َٰهے أجم ِعي َٰن‬
َ ْ َ ‫آل َٰه َو‬
‫ِ ِے‬
َ ْ َ َ َّ َ ْ ُ ْ ُ َ َّ ْ ُ َّ َ ُ ْ ُ ْ َ ُّ َ َ َ ُ ْ َ َّ َ
‫ أو ِصيكم وِإياي ِبتقوى‬،‫ فيآ أيها اْلس ِلمو َٰن ِاتقوا الله‬،‫أما بعد‬
َ‫َ َ ْ َ َ ْ ُ َّ ُ ن‬
. ‫هللا فقد فاز اْلتقو‬ ِ
ََ َ ُ َّ َ َ َّ ْ ُ َّ ْ ُ َ َ َ َّ َ ‫َ َ َّ ُ َ َ َ َ َٰٓ َ ل‬
‫ يأيها ٱَّلِين ءامنوا ٱتقوا ٱَّلل حق تقاتِهِۦ وَّل‬:‫قال الله تعالى‬
َ ُ ۡ ‫ل‬ ُ َ َ َّ َّ ُ ُ َ
2
١٠٢ ‫تموتن إَِّل وأنتم مسلِمون‬
Muslimin yang dirahmati Allah SWT,

Marilah kita berusaha meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah SWT


dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan semua
larangan-Nya supaya kita termasuk dalam golongan orang-orang yang
beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Khutbah pada hari ini adalah bertajuk “KEMATIAN YANG PASTI.”


Muslimin yang dirahmati Allah,

1
Ali-imran :185
2
Ali-Imran : 102

1
Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI”
Jabatan Agama Islam Selangor

Sesuatu perkara besar yang bakal dilalui oleh setiap makhluk


bernyawa itu adalah kematian. Sepertimana maksud ayat 185 surah Ali
Imran yang dibaca di awal khutbah ini secara tersiratnya adalah
memerintahkan kita agar sentiasa mengingati saat kematian yang pasti akan
kita tempuhi. Islam mengajar kita bukan sahaja cara untuk hidup tetapi juga
cara bagaimana untuk mati, supaya memperoleh kematian dalam keadaan
diredai Allah. Sepanjang kehidupan kita ini, sudah tentu ramai kenalan kita
yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita menemui ajal dan kembali
mengadap ilahi sama ada dalam kalangan sanak saudara kita, sahabat
handai, guru-guru dan mungkin juga anak isteri atau ibu dan bapa kita.
Pemergian mereka sebenarnya sebagai pengajaran untuk kita. Sekurang-
kurangnya mengingatkan kita bahawa suatu hari nanti, kita akan menyusul
meninggalkan dunia.

Para ulama menyatakan bahawa kematian bukan hanya lenyapnya


seseorang dan tiada lagi kejadian atau kehidupan setelah itu, tetapi
kematian itu adalah terputus atau terpisahnya hubungan antara roh dengan
jasad, bertukar atau berpindahnya sesuatu keadaan ke keadaan yang lain,
suatu tempat ke tempat yang lain. Kematian itu adalah satu kepastian yang
dinantikan oleh orang yang bertakwa, bukanlah musibah yang besar
baginya. Namun musibah sebenar yang lebih besar daripada kematian ialah
lalai dalam menghadapi kematian atau hanya sedikit mengingati kematian
serta meninggalkan amal soleh yang merupakan bekalan untuk kematian.

Hadirin sekalian,

Abu Darda’ Radiallahuanhu telah menyatakan kematian yang menimpa


diri seseorang mukmin itu suatu kebaikan bagi dirinya, tujuannya adalah
baik, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah ali-Imran ayat 198:

2
Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI”
Jabatan Agama Islam Selangor

َۡ
َ‫َتتِها‬ ۡ َ ٞ َٰ َّ َ ۡ ُ َ
‫لهم جنت َت ِري مِن‬ َ ‫كن ٱ ََّّل‬
ۡ‫ِين ٱ َّت َق ۡوا ْ َر َّب ُهم‬ َٰ َ
ِ ِ ‫ل‬
ٞ‫ِند ٱ ََّّللِ َخ ۡۡي‬
َ ‫عِن ِد ٱ ََّّللِ َو َما ع‬ ۡ‫ِيها نُ ُز اَّل مِن‬ َ ‫ِين ف‬ َ َ ۡ َۡ
َۗ َ ‫ٱۡلنه َٰ ُر خ َٰ ِِل‬
ۡ َۡ
َ
١٩٨ ِ‫ل ِۡلبرار‬
“Akan tetapi orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka
mendapat syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya sebagai satu tempat menyambut tetamu daripada
Allah SWT. Dan apa yang ada disisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang
yang berbakti.”

Manakala kematian itu bagi orang kafir pula adalah sebagaimana


ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat
178:

ۡ‫سهم‬ ُ َ ٞ ۡ َ ۡ ُ َ ۡ ُ َ َّ َ ْ ٓ ُ َ َ َ َّ َّ َ َ ۡ َ َ َ
ۡۚ ِ ِ ‫وَّل َيسَب ٱَّلِين كفروا أنما نم ِِل لهم خۡي ِۡلنف‬
ٞ ‫ل‬ ٞ َ َ ۡ ُ َ َ ۖ‫َّ َ ُ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ َ ُ ٓ ْ ۡ ا ا‬
١٧٨ ‫إِنما نم ِِل لهم ل َِيدادوا إِثم ولهم عذاب م ِهني‬
“Dan jangan sekali-kali orang kafir itu menyangka bahawa kami
membiarkan (mereka hidup lama) itu lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya
kami membiarkan mereka hanyalah agar dosa mereka semakin bertambah
(di dunia) dan mereka mendapat azab yang menghina (di akhirat kelak).”

Hadirin Jumaat yang dirahmati Allah,

Abu Hurairah Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW


bersabda:

َّ َّ َ َ ْ ُ َْ
َٰ ‫ات‬
َٰ ِ ‫أك ِثروا ِذكر ه ِاذ ِم اللذ‬

3
Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI”
Jabatan Agama Islam Selangor

“Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan iaitu kematian.”


(Riwayat Al-Tirmizi).

Walaupun ini merupakan kata-kata yang ringkas dan mudah daripada


baginda Nabi SAW, namun ianya mengandungi satu pesanan dan perintah
yang amat bermakna bagi kita. Mengingati kematian dengan sebenar-
benarnya dapat mencegah seseorang untuk terus berangan-angan dengan
nikmat dunia malah manusia itu dapat hidup penuh ketenangan serta rasa
syukur dengan rezeki yang Allah telah kurniakan kepadanya. Keindahan
Islam mengajar kita, bukan sahaja menyentuh cara hidup tetapi Islam juga
mengajar bagaimana manusia itu mengetahui cara untuk mati penuh dengan
ketakwaan di sisi Allah SWT.

Sebahagian para ulama menyatakan bahawa barang siapa yang banyak


mengingati kematian, maka dia akan dimudahkan oleh Allah SWT
dengan tiga perkara. Tiga perkara tersebut iaitu dia akan segera bertaubat,
dia akan selalu qanaah dalam hidup dengan apa yang Allah berikan
kepadanya serta pastinya dia akan bersemangat dalam melaksanakan
ibadah kepada Allah SWT. Malahan barangsiapa yang lalai mengingati
kematian itu, maka dia juga akan dihina dengan tiga perkara iaitu dia akan
sentiasa menangguhkan taubatnya kepada Allah SWT, sentiasa tidak
mencukupi dengan rezeki pemberian Allah SWT dan dia akan berasa malas
dalam beribadah kepada Allah SWT kerana menyangka umurnya masih
panjang.

Jawab Nabi SAW apabila ditanya oleh sahabat tentang umur umat
baginda SAW adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah
Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Usia umatku (umumnya berkisar) antara 60 sampai 70 tahun. Jarang


sekali diantara mereka melewati (angka) itu"

(Riwayat al-Tirmizi).

4
Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI”
Jabatan Agama Islam Selangor

Ingatlah kita semua! Janganlah terpedaya dengan usia dan harta yang
kita miliki. Jangan kita termasuk ke dalam golongan yang disebutkan oleh
Allah dalam Surah al-Humazah ayat 2-4:

َّ َ ُ َ َ ۡ َ ٓ ُ َ َ َّ َ ُ َ ۡ َ ُ َ َّ َ َ ‫َ َ َ َ ا‬ َّ
ۖ ‫ ّلَك‬٣ ‫ َيسب أن مالۥ أخِلهۥ‬٢ ‫ٱَّلِي َجع ماَّل وعددهۥ‬
َ َ ُ ۡ َّ َ َ ُ َ
٤ ِ‫َلۢنبذن ِِف ٱۡلطمة‬
“Yang mengumpulkan harta dan menghitungnya. Dia (manusia)
menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini).
Tidak sama sekali! Sesungguhnya dia akan dilemparkan ke dalam (neraka)
al-Hutomah.”

Janganlah juga kita tertipu dengan nikmat kesihatan, jangan kita terlalai
dengan nikmat hidup kerana sesungguhnya kematian itu pasti akan datang.
Sedarlah kita apabila kematian menjemput, segala-galanya milik kita akan
kita tinggalkan di atas dunia ini, malahan hanya amalan kita akan bersama
kita di dalam kubur bagi menemani kita. Hadis daripada Anas bin Malik
Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Yang mengikuti jenazah itu 3 perkara, dua perkara akan kembali dan
satu sahaja akan tetap menemaninya. Dia akan diikuti oleh ahli keluarganya,
hartanya dan amalannya. Maka keluarga dan hartanya akan kembali pulang,
yang kekal bersamanya hanyalah amalannya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sebagai penutup bicara khutbah hari ini, ada beberapa pengajaran dan
penghayatan yang boleh kita hayati iaitu :

1. Umat Islam hendaklah memahami bahawa orang yang cerdik


adalah mereka yang bersedia untuk menghadapi kematian.

5
Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI”
Jabatan Agama Islam Selangor

2. Umat Islam perlu melipatgandakan ibadah dan segala amalan


kebaikan sebagai bekalan untuk menghadapi kematian.
3. Umat Islam hendaklah sentiasa memohon kepada Allah SWT
agar dimatikan dalam keadaan sebaik-baik kematian agar ditempatkan
dalam syurga.

ْ‫الرجي ِم‬ َ ْ َّ َّ ُ ْ ُ َ
َّ َ
ِ ‫ان‬ ِ ‫أعوذ بِاَّللِ مِن الشيط‬
َ َ َ َ َ ََ ََ َّ َ َٰ َ َ ٓ َ َ
َ‫ك مِن‬ ‫خرة ۖ وَّل تنس ن ِصيب‬ ِ ‫َوٱ ۡبتغِ فِيما ءاتىك ٱَّلل ٱدلار ٱٓأۡل‬
َ َّ ُ
َۡ َ َ َ ۡ ۡ َ َ َ َ ۡ َ ُ َّ َ َ ۡ َ ٓ َ َ ۡ ََ َۡ ‫ل‬
ِ ‫سن كما أحسن ٱَّلل إَِلك ۖ وَّل تبغِ ٱلفساد ِِف ٱۡل‬
‫ۡرض‬ ِ ‫ٱدلنياۖ وأح‬
َ ۡ ُ ۡ ‫َّ َّ َ َ ُ ل‬
٧٧ ‫س ِدين‬ ِ ‫إِن ٱَّلل َّل َيِب ٱلمف‬
“Dapatkanlah pahala dan kebahagiaan hari akhirat dengan harta
kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) daripada dunia.
Lakukanlah kebaikan (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah
melakukan kebaikan kepadamu. Janganlah engkau melakukan kerosakan di
muka bumi, sesungguhnya Allah tidak sukakan orang yang melakukan
kerosakan.”
(Al-Qasas : 77).

6
‫”‪Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫هللا ل ْي َو َل ُك ْم في ْال ُق ْرآن ْال َع ِظ ْيم‪َ ،‬و َن َف َعن ْي َوإ َّي ُاكمْ‬ ‫َبا َر َك ُ‬
‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫الذ ْكر ْال َح ِك ْيم َو َت َق َّب َل من ْي َوم ْن ُكمْ‬ ‫اآليات وَ‬
‫ِ‬
‫ب َما ف ْيه م َن َ‬
‫ِِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ ِ ِ‬
‫السم ْي ُع ْال َع ِل ْيم‪ُ.‬‬ ‫الو َت ُه‪ ،‬إ َّن ُه ُه َو َّ‬
‫ت َ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ ُ ُ َ ْ ْ َ َ ََ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ْ ََ ُ‬
‫أقول قو ِلي هذا وأستغ ِفر هللا الع ِظيم ِلي ولكم وِلس ِآئ ِر‬
‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ َ ْ ُ ْ ُ َّ ُ ُ َ ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُْ ْ ْ َ َ ُْ‬
‫ات‪ ،‬فاستغ ِفروه ِإنه هو الغفور الر ِحي َٰم َٰ‬ ‫اْلس ِل ِمين واْلس ِلم ِ‬

‫‪7‬‬
‫”‪Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬
‫َ‬ ‫ْ َ ْ ُ َّ َّ ْ َ َ َ َ َ ْ ُ ْ ْ َ َ َ َ َ َ َ َّ‬
‫الحم َٰد ِلل ِه ال ِذي جعلنا ِمن اْلس ِل ِمين‪ ،‬ورزقنا ِمن الط ِيب ِ َٰ‬
‫ات‪.‬‬
‫هللا َو ْح َد ُه َََّٰل َشرْي َك َل ُه‪َ ،‬و َأ ْش َه ُد َأنَّ‬
‫َأ ْش َه ُد َأ ْن ََّّل إ َل َه إ َّ ََّٰل َُٰ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ُ َ َّ ً َ ْ ُ ُ َ َر ُ ْ ُ ُ َّ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ‬
‫محمدا عبده و سوله‪ .‬اللهم ص ِل وس ِلم وبا ِرك على س ِي ِدنا‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ َ ْ ََ ْ َ‬ ‫ُ َ َّ َ َ َ‬
‫محم ٍد وعلى ِآل َِٰه وصح ِب ِه ومن ت ِبعهم ِب ِإحس ٍان ِإلى يو ِم‬
‫يك ْم َوإ َّيايَ‬ ‫ُ‬ ‫َّ ُ ْ َّ َ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ َ َّ َ ْ ُ َ‬
‫ِ‬ ‫وص‬
‫هللا‪ِ ،‬اتقوا الله‪ ،‬أ ِ‬ ‫الدي ِن‪ .‬أما بعد‪ ،‬فيا ِعباد ِ‬ ‫ِ‬
‫َ َ ْ َ َ ْ ُ َّ ُ ْ نَ‬ ‫ى‬ ‫ب َت ْق َ‬
‫هللا فقد فاز اْلتقو ‪.‬‬ ‫ِ‬ ‫و‬ ‫ِ‬
‫‪Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,‬‬

‫‪Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan‬‬


‫‪melakukan ketaatan kepada-Nya dan menjauhkan diri daripada‬‬
‫‪perbuatan keji dan maksiat.‬‬
‫َ‬
‫لَع ٱنلَّب َيَٰأ لي َها ٱ ََّّل َ‬
‫ِين َء َام ُنوا ْ َص للوا ْ َعلَيهِۡ‬ ‫َّ َّ َ َ َ َ َ َ ُ ُ َ ل َ َ َ‬
‫لئِكتهۥ يصلون‬ ‫إِن ٱَّلل وم َٰٓ‬
‫ِ ِ ۚۡ‬
‫ۡ‬ ‫ََ ُ ْ َ‬
‫وسلِموا تسليما ‪٥٦‬‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬ ‫َّ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ َ َ ُ َ َّ َ َ َ‬
‫اللهم ص ِل وس ِلم على س ِي ِدنا محم ٍد وعلى ِآل ِه َٰوأصح ِاب ِه‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫أجم ِعي َٰن‪َٰ .‬‬
‫َ‬ ‫َ ُْْ ْ َ َ ُْْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َّ ُ َّ ْ ْ ْ ُ ْ ْ َ َ ْ ُ‬
‫ات واْلؤ ِم ِنين واْلؤ ِمن ِ َٰ‬
‫ات‬ ‫اللهم اغ ِفر ِللمس ِل ِمين واْلس ِلم ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ٌ‬ ‫ْ‬ ‫َّ َ َ ْ ٌ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ ْ َ ُْ ْ َ َ‬
‫ات‬ ‫ات‪ِ ،‬إنك س ِميع ق ِريب م ِجيب الدعو ِ‬ ‫الحيا َِٰ ِمنهم والمو ِ َٰ‬ ‫َٰ‬

‫‪8‬‬
‫”‪Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫ْ‬ ‫َ ُْ ْ ْ َ ََ‬ ‫َ َّ ُ َّ َ َّ ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ََ َ َ ْ‬


‫س َِٰل َِٰم َٰي َٰن‪ ،‬وأه ِل ِك‬‫اْل َٰ‬ ‫السالم َٰو َٰ‬ ‫ات‪َٰ .‬ا َٰلل َٰه َٰم َٰأ َِٰع َٰز َٰ‬ ‫اض ي الحاج ِ‬ ‫ويا ق ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ َ َ َ َ ُْْ َ َ َ َ ُْ ْ‬
‫الكفرة واْلبت ِدعة واْلش ِر ِكين‪َٰ .‬‬
‫الم ْين‪َ ،‬و َن ْس َأ ُلكَ‬ ‫َّ ُ َّ َّ َ ْ َ ُ َ َ َ َ َ َّ ُ َ ْ َ َ َ َ‬ ‫َٰ‬

‫ك َ َٰ ِ ِ‬ ‫اللهم ِإنا نسألك ونتوسل ِإليك ِبن ِب ِي َٰ‬


‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ َ َْ َ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ُْ ْ‬
‫ِبأسمآ ِئك الحس َٰنى‪ ،‬و ِصفا ِتك العظمى‪ ،‬أن تحفظ ِبعي ِن‬
‫الص َم َدان َّية‪َ ،‬ج ََٰال َل َة َملكناَ‬ ‫َّ‬ ‫الرَّبان َّي َٰة‪َ ،‬وبح ْفظ و َق َايتكَ‬ ‫َّ‬ ‫ع َن َايتكَ‬
‫ِِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ ِِ ِ ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ُْ َ َ َ ُ‬ ‫ُ‬ ‫ْ ُ َ َّ ُ ْ َ‬
‫الدين ادريس شاه‬ ‫سال َٰڠور‪ ،‬سلطان شرف ِ‬ ‫اْلعظ ِ َٰم‪ ،‬سلطان َٰ‬
‫ُ‬ ‫َ َ‬ ‫ُْ َ‬
‫الدين عبد العزيز شاه‬ ‫الحاج ابن اْلرحوم سلطان ص َٰالح ِ‬
‫َّ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫َْْ َ َ ْ َ ََ‬ ‫َ َّ ُ َّ َ‬
‫الصحة‬ ‫الحاج‪ .‬اللهم أ ِد ِم العون وال ِهداية والتو ِفيَق‪ ،‬و ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َو َّ‬
‫سال َٰڠور‪ ،‬تڠكو أ ِمير شاه ِاب ِن‬ ‫الس َٰلمة ِمنك‪ِ ،‬لو ِل ِى عه ِد َٰ‬
‫ْ َْ َ َ َ‬ ‫ُّ ْ َ َ َ ُ‬
‫الدين ادريس شاه الحاج‪َِٰ ،‬ف َٰي َٰأم ٍن وص َٰال ٍح‬ ‫السلطان شرف ِ‬
‫اال َجالل َوال ْك َرام‪َ .‬ا َّلل ُه َّم َأ ِطلْ‬ ‫َ َ ْ‬ ‫َ‬ ‫َ َ َ َ َ ََ‬
‫وعا ِفي ٍة ِبم ِنك وكرمک يا ذ‬
‫ِ ِ‬ ‫ِ‬
‫الرع َّية َو ْالب ََٰالد‪َ ،‬وبلغْ‬ ‫َّ‬ ‫صل َح ْين ل ْل ُم َو َّظف ْي َن وَ‬ ‫ُع ْم َر ُه َما ُم ِْ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ْ ُ َ َ َّ َ‬ ‫ََ َ َُ َ‬
‫اصدهما ِلط ِر ِيق اله َٰدى والرش ِاد‪.‬‬ ‫مق ِ‬ ‫َٰ‬

‫‪Ya Allah! Kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan‬‬


‫‪solat fardu lima waktu secara berjemaah, menunaikan zakat‬‬
‫‪melalui‬‬ ‫‪Lembaga‬‬ ‫‪Zakat‬‬ ‫‪Selangor,‬‬ ‫‪mewakaf‬‬ ‫‪harta‬‬ ‫‪melalui‬‬
‫‪Perbadanan Wakaf Selangor dan menginfakkan harta pada‬‬
‫‪Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) dan kepada‬‬
‫‪anak-anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).‬‬

‫‪9‬‬
Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI”
Jabatan Agama Islam Selangor

Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang menjaga amanah.


Kuatkan iman kami agar menjauhi perbuatan khianat serta jauhkan
kami termasuk dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab
dan jauhi negeri dan negara kami daripada kehancuran
disebabkan perbuatan rasuah. Serahkan tanggungjawab
memimpin negara kami kepada hamba-Mu yang amanah dan jujur
serta tegas lagi berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan
keadilan berlandaskan syariat. Jadikanlah Ya Allah masjid dan
surau di Negeri Selangor rumah-rumah-Mu yang aman,
mempersatukan dan menjadi nadi kekuatan ummah.

َ‫ ِا ْد َف ْع َع َّنا َه َذا ْال َو َبا َ َو ْال َب َال ََٰ َو ْاْلَ َرض‬، ِ ‫ا َّلل ُه ََّٰم َيا َدا ِف َع ْال َب َال‬
ٍْ ‫ف إ َّن َك َع َلى ُكل َش ى‬ ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ ْ َ َ َ َّ َ
ِ ِ ‫ ِبلط ِفك َٰيا ل ِطي‬،‫والشدا ِئ ْد و ِاْلحن‬
ٌ.‫َق ِد ْي ٌر َوبال َج َاب ِة َج ِد ْير‬
ِ ِ
َ َ َّ ُ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ُ ۡ َ َ َّ ُ َ َّ ُ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َّ َ
‫ني وٱجعلنا ل ِلمتقِني إِماما‬ٖ ‫جنا وذرِيَٰتِنا قرة أع‬
ِ َٰ ‫ربنا هب نلا مِن أزو‬
٧٤
َّ َ َ َ َ َ ‫َ َ َ َا‬ َ ‫لَۡ َ َ َا‬ َ َ ٓ َ َّ َ
٢٠١ ِ‫خرة ِ حسنة وق ِنا عذاب ٱنلار‬ ِ ‫ربنا ءات ِنا ِِف ٱدلنيا حسنة و ِِف ٱٓأۡل‬
ََٰ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َٓ ََٰ ۡ ۡ َ ۡ َ ۡ ُ ُ ۡ َ َ َّ َّ َّ َ َ
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب وينه‬ ِ ‫ إِن ٱَّلل يأمر بِٱلعد ِل و‬،ِ‫عِباد اَّلل‬
َ ُ َّ َ َ ۡ ُ َّ َ َ ۡ ُ ُ َ ۡ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ
٩٠ ‫غ يعِظكم لعلكم تذكرون‬ ِۚ ِ ‫ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل‬

10
‫”‪Khutbah Jumaat 09 Jun 2023M /20Zulqa’dah 1444H: “KEMATIAN YANG PASTI‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫ْ َ ْ َ َْ ُ ُْ ْ َ ْ‬
‫اش ُك ُر ْو ُه َع َلى ِن َعم ِه َيز ْد ُكم‪ْ،‬‬ ‫َف ْاذ ُك ُرو ْا هللاَ‬
‫َّ ِ َِ‬ ‫ظيم يذكركم و‬ ‫الع ِ َٰ‬
‫ضله ُي ْعط ُك ْم َو َلذ ْك ُر هللا َأ ْك َب ُر َوالل ُه َي ْعل ُم ماَ‬ ‫َف ْ‬ ‫اس َأ ُل ْو ُه منْ‬
‫َو ْ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِِ ِ‬ ‫ِ‬
‫َ ْ َ ُ نَ‬
‫ت ص نع و ‪.‬‬

‫‪11‬‬

Anda mungkin juga menyukai