Anda di halaman 1dari 1

RINGKASAN EKSEKUTIF

MR.YOGURT merupakan sebuah perniagaan berasakan minuman.MR.YOGURT menjual minuman


yang yang berasaskan yogurt.MR.YOGURT akan beroperasi di Kampung Aur Chendering Kuala
Terengganu pada hari sabtu hingga khamis.Lokasi ini dipilih oleh kerana tempat ini sentiasa dipenuhi
oleh rakyat tempatan dan pelancong.Promosi produk ini dijalankan melalui risalah edaran dan aplikasi
dalam talian di media sosial.
MR.YOGURT merupakan perniagaan berbentuk perkongsian dan telah mendaftar perniagaan pada 1
JULAI 2022.MR.YOGURT diuruskan oleh 3 orang iaitu Nazrul Yushazlan bin
Azmanyuddin,Muhammad Rahman bin Rahim dan Ahmad Aiman bin Affiq.Perniagaan kami dibantu
oleh 6 orang pekerja iaitu 1 orang ketua operasi,3 orang staf operasi,1 orang jurujual dan 1 orang
pemandu van.Encik Nazrul menjadi pengurus besar di MR.YOGURT.Gaji Encik Nazrul sebanyak
RM3500 manakala staf lain sebanyak RM1500.No.pendaftaran perniagaan MR.YOGURT ialah
202203987654 .
Antara minuman yang dijual di MR.YOGURT ini adalah yogurt yang mempunyai pelbagai jenis perisa
seperti pisang,manga,manggis,nenas dan buah naga.MR.YOGURT telah mendapat sambutan yang baik
kerana Berjaya mendapat hati pelanggan dengan harga jualan yang berpatutan seperti yogurt bermula
dengan harga RM15 hingga RM16.Sasaran jualan yang disasarkan adalah RM26642 sebulan.kebanyakan
pelanggan ialah orang tempatan dan juga pelancong yang datang untuk mencari minuman sebagai pencuci
mulut.
Modal yang diperukan oleh MR.YOGURT untuk memulakan perniagaan sebanyak RM85000.Lebihan
modal tersebut digunakan untuk menampung kos – kos lain perniagaan.
Visi perniagaan kami adalah untuk menguasai pasaran di seluruh negara.Misi kami pula adalah untuk
memastikan pelanggan sentiasa mendapat rasa yogurt yang lazat dan dapat memuaskan hati
pelanggan.Objektif kami pula adalah untuk memastikan sentiasa bersih dan enak.Itulah VMO
MR.YOGURT.
Tujuan penyediaan rancangan perniagaan adalah untuk mendapat pembiayaan kewangan.Jumlah
pinjaman adalah sebanyak RM35000.Nama agensi pembiayaan adalah BANK SIMPANAN NASIONAL
(BSN).Alasan kami untuk memohon pinjaman adalah untuk pembelian kelengkapan dan perkakasan
memasak sebanyak RM8725.00.Dalam pemilihan BSN adalah kerana BSN menyediakan kadar
pembiayaan kepada para peniaga dan juga mempunyai kadar faedah yang rendah.

Anda mungkin juga menyukai