Anda di halaman 1dari 1

Gawai Redone

Menceritakan tentang seorang gadis Sarawak yang bernama Susan anak Richard yang sudah lama tidak
pulang ke kampung halaman kerana sudah tiada ibu bapa.

Act 1

Susan baru sahaja pulang dari kerja dan berasa sangat penat. Susan terus duduk di sofa dan berehat.
Lalu dia teringat bahawa esok cuti (hari Gawai), tetapi dia tidak mempunyai rancangan untuk pulang
ke kampung kerana sudah tiada keluarga rapat di sana. Dia mempunyai seorang adik lelaki (Stanley)
tetapi sudah lama tidak berjumpa kerana berlaku pergaduhan kecil di antara mereka berdua. Mereka
sentiasa mengikuti perkembangan antara satu sama lain melalui aplikasi Instagram tetapi mereka
sudah hampir setahun mereka tidak berinteraksi. Sedang Susan melihat ‘story update’ di Instagram,
dia ternampak ‘update’ daripada Stanley. Dia ternampak adiknya sedang membuat kuih Penyaram
Gula Apong (Kuih tradisional Sarawak). Lalu dia terkenang akan kisah lalu di mana arwah ibunya
sentiasa membuatkan mereka Penyaram Gula Apong. Susan tidak pernah mengetahui cara membuat
Penyaram tersebut. Hanya Stanley sahaja yang sempat mempelajari resepi itu daripada ibu mereka.
Susan teringin untuk makan Penyaram resepi ibunya itu. Lalu dia memutuskan untuk membuatnya
sendiri. Susan kemudianya mengeluarkan telefonnya dan mencari ‘tutorial’ Penyaram Gula Apong. Dia
membuka peti ais untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan namun tidak cukup.

Act 2

Susan keluar ke Supermarket untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan. Ketika sedang sibuk
mencari bahan, Susan melihat telefonnya dan ternampak update terbaharu daripada Stanley tentang
Penyaram yang sudah siap. Susan tiba-tiba berasa lapar lalu menelan air liurnya sambil mengusap
perutnya. Dia pun membeli barang-barang yang diperlukan lalu pulang ke rumah.

Act 3

Sesampainya dia di rumah, Susan terus memulakan modus operandinya. Dia membuka Youtube dan
mengikut langkah-langkah tutorial tersebut. Susan agak ‘struggle’ untuk membuat Penyaram itu. Dia
tidak dapat mendapatkan bentuk dan kelembutan Penyaram yang sempurna. Setelah berulang kali
gagal menghasilkan Penyaram yang sempurna, akhirnya Susan pun mengalah. Dia duduk dan makan
sahaja penyaram yang sudah dia buat itu sambil mengeluarkan air mata.

Act 4

Tiba-tiba dia terdengar bunyi door bell. Dia berasa hairan lalu membuka pintu tersebut. Dia terkejut
melihat Stanley berdiri di depan pintu tersenyum sambil memegang Tupperware. Stanley membuka
tupperware itu dan menunjukkan Penyaram Gula Apong yang sempurna dan masih berasap. Susan
tersenyum lalu menjemput Stanley untuk masuk ke rumah. Mereka pun makan Penyaram itu bersama-
sama dan saling bermaafan. Tamat.

Anda mungkin juga menyukai