Anda di halaman 1dari 1

Hobi Saya

Hobi adalah aktiviti yang kita minat . Dengan adanya hobi , kita tidak akan membazir masa kita untuk
membuat perkara yang sia – sia seperti berbual – bual kosong .

Hobi saya ialah bermain tali `skipping` . Permainan tali `skipping` boleh membuat badan saya
menjadi semakin sihat . Saya suka akan permainan ini sejak saya berumur 10 tahun lagi . Kakak saya
yang memperkenalkan saya kepada permainan ini .

Setiap hari , ramai kawan saya yang datang bermain bersama – sama saya pada waktu
petang . Dengan bermain tali `skipping` saya dapat mengeratkan hubungan dengan kawan dan ahli
keluarga . Permainan ini juga dapat menyihatkan tubuh badan .

Selain daripada bermain tali `skipping` , saya juga minat bermain bola sepak . Saya minat
permainan ini sejak saya berumur 11 tahun . Abang saya yang memperkenalkan saya kepada
permainan ini .

Saya berharap akan menjadi pemain terkenal dan dapat menaikkan nama Negara . Saya
akan berusaha bersungguh – sungguh untuk mencapai cita – cita .

Anda mungkin juga menyukai