Anda di halaman 1dari 3

Bola sepak adalah sesuatu sukan yang agak popular bukan sahaja di Malaysia malah di

seluruh dunia. Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah
wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah
diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom menjadi lebih
popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan
bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza dan memudahkan pemain untuk
bermain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863
oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola
sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi undangundang bola sepak hari ini.

Kini, urusan undang-undang bola sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola
Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada
1886 dan mempunyai lapan ahli, iaitu empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak
England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan undang-undang bola sepak perlu
diluluskan oleh lembaga melalui undian majoriti.

Saya meminati aktiviti sukan bola sepak sejak dari kecil lagi. Sewaktu berumur kecil
sampai sekarang hobi saya ialah bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap
petang kecuali jika ada urusan lain yang lebih penting.

Saya memilih bermain bola sepak sebagai sesuatu aktiviti sukan untuk melibatkan diri
kerana minat saya yang mendalam terhadap permainan ini. Oleh sebab minat yang agak
mendalam terhadap sukan bola sepak, saya selalu menyaksikan perlawanan bola sepak luar
negara mahupun bola sepak tempatan secara langsung di kaca televisyen Selain itu, saya juga

pernah pergi ke Studium Darul Aman dengan kawan kawan saya untuk menyaksikan perlawanan
bola sepak melibatkan pasukan kegemaran saya iaitu pasukan Kedah FA.
Penglibatan diri saya dalam aktiviti bola sepak ini banyak memberi kebaikan kepada
saya. Antara kebaikan tersebut ialah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah,
menyihatkan badan, menjadikan saya cergas serta cerdas. Pada waktu lapang saya dapat mengisi
masa lapang ini dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada terjebak
dalam kegiatan yang tidak memberikan faedah kepada diri saya.
Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas. Saya
perlu melakukan tindakan-tindakan yang tangkas serta lasak dalam permainan ini. Hasilnya otototot badan saya menjadi kuat dan pergerakan saya lebih pantas. Selain itu, saya juga tidak mudah
berasa lesu atau penat. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di menara gading atau
semasa mengulang kaji pelajaran di asrama pelajar. Badan saya yang sihat dan bertenaga juga
membolehkan saya mudah memahami sesuatu pelajaran.
Selain itu,aktiviti bola sepak ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini
menyebabkan badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan melangsingkan
badan saya. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti demam dan sebagainya. Saya
juga tidak risau tentang masalah kegemukan ataupun lebih dikenali sebagai obesiti yang boleh
mendatangkan penyakit yang berbahaya seperti darah tinggi, kecing manis dan lain-lain lagi.

Di samping itu, dengan meibatkan diri saya dalam aktiviti permainan bola sepak, saya
memperoleh ramai kenalan. Permainan bola sepak memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu,
saya berpeluang menambahkan kenalan terutama apabila melibatkan pertandingan dengan
pasukan bola sepak dari luar.

Selain daripada faktor-faktor di atas, faktor perdana yang menyebabkan saya meminati
bola sepak adalah disebabkan oleh pemain terkenal di seluruh dunia iaitu Ronaldinho. Sejak
kecil lagi saya amat berminat dengan skill skill yang pemain handal itu pamerkan semasa
bermain di padang. Gaya permainan yang ditunjukan oleh pemain handal itu bersama pasukan
barcelona dan brazil menyebabkan saya berminat terhadap sukan bola sepak ini.
Kesimpulannya setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meluangkan masa lapang
mereka. Kita bebas memilih aktiviti yang kita gemari, bak kata pepatah "Tepuk dada, tanya
selera", untuk meluangkan masa dengan berfaedah.

Anda mungkin juga menyukai