Anda di halaman 1dari 4

5

MINGGU PENDIDIKAN KHAS, PANITIA KURIKULUM PPKI SK SEKSYEN 13 2018

1. PENGENALAN PROGRAM

1.1 Nama program


Minggu Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi

1.2 Tarikh
09 April 2018 hingga 12 April 2018

1.3 Masa
Aktiviti berjalan sepanjang sesi persekolahan

1.4 Tempat
 Dewan Bestari SK Seksyen 13
 Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi
 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

1.5 Murid terlibat


Semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi

2. PENGENALAN PROGRAM

Minggu Pendidikan Khas PPKI adalah aktiviti tahunan di dalam takwim Kurikulum
PPKI SK Seksyen 13. Program pada tahun ini merupakan kali ketiga sejak ia
dimulakan pada tahun 2014. Program ini memfokuskan kepada penglibatan murid
sepenuhnya dengan pengisian aktiviti berbentuk akademik dan juga permainan yang
menggabungkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan juga
Bahasa Inggeris.

3. OBJEKTIF PROGRAM

 Penglibatan sepenuhnya oleh murid-murid PPKI di dalam setiap aktiviti yang


dijalankan sepanjang Minggu Pendidikan Khas.
5
MINGGU PENDIDIKAN KHAS, PANITIA KURIKULUM PPKI SK SEKSYEN 13 2018

 Menarik minat murid-murid PPKI untuk mencuba dan mempelajari sesuatu


yang baru dalam tempoh program dijalankan.
 Mengenal pasti minat dan kebolehan murid-murid PPKI supaya boleh
dikembangkan lagi pada masa hadapan.
 Melahirkan murid-murid PPKI yang mampu berdikari, berdisiplin,
menghormati guru dan boleh menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.
 Mendedahkan murid-murid PPKI dengan pengalaman baru dan berinteraksi
dengan pihak luar.

4. LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

Aktiviti pada hari pertama telah dijalankan pada 09 April 2018 bermula dengan
Perasmian Minggu Pendidikan Khas oleh Puan Anis Binti Iberahim semasa
perhimpunan rasmi sekolah. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti Bahasa Melayu dan
Matematik bertempat di kelas PPKI dan Program Saintis Cilik menyusul selepas
waktu rehat murid PPKI. Aktiviti dijalankan di Dewan Bestari SK Seksyen 13.

Aktiviti pada hari kedua yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam


Selangor (PPAS) merupakan lawatan sambil belajar murid-murid PPKI di sana.
Seramai 20 orang murid dan 5 orang guru terlibat pada hari tersebut. Murid-murid
berpeluang untuk menggunakan pelbagai kemudahan di PPAS seperti permainan
interaktif, kemudahan komputer, sudut bacaan dan menikmati makan tengah hari di
Kafetaria PPAS.

Aktiviti pada hari ketiga pula merupakan aktiviti yang julung kalinya dilaksanakan
oleh guru-guru PPKI iaitu Kem Bestari Solat. Pengisian aktiviti pada sesi pertama
memfokuskan kepada bacaan di dalam solat untuk tahap tinggi dan mewarna bagi
tahap rendah. Pengisian untuk sesi kedua memfokuskan kepada amali iaitu amali
wuduk dan amali solat.

Aktiviti pada hari keempat merupakan kerjasama dengan pihak luar yang
didatangkan khusus dari Unit Terapi Carakerja Pusat Perubatan UKM. Pengisian
5
MINGGU PENDIDIKAN KHAS, PANITIA KURIKULUM PPKI SK SEKSYEN 13 2018

aktiviti memfokuskan kepada mengenal pasti dan menjustifikasikan tahap


penggunaan motor halus murid dengan tahap umur murid. Tayangan slaid khusus
untuk para guru dan PPM turut disediakan oleh penceramah jemputan. Selain
daripada itu juga tunjuk cara jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan oleh murid
untuk membantu kekuatan otot dalam memperbaiki postur badan semasa menulis
turut dikongsikan bersama-sama guru. Majlis penutup Minggu Pendidikan Khas
menyusul dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas dan pemberian
hadiah kepada pemenang-pemenang bagi aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu
Pendidikan Khas.

5. PENILAIAN PROGRAM
5.1. Kekuatan program
5.1.1 Memberi peluang kepada murid-murid PPKI untuk menguji tahap
pemahaman dan pengetahuan dalam subjek teras Bahasa Melayu dan
Matematik.
5.1.2 Memberi pendedahan baru kepada murid-murid berkenaan dunia sains
melalui eksperimen mudah yang dilakukan oleh murid dengan
bimbingan daripada guru-guru yang terlibat.
5.1.3 Memberi pendedahan kepada murid-murid kepentingan solat dalam
kehidupan seharian dan cara mengaplikasikan amali wuduk dan solat
yang betul.
5.1.4 Memberi peluang kepada murid-murid PPKI untuk mengalami sendiri
pengalaman menggunakan kemudahan interaktif secara percuma yang
disediakan oleh PPAS.
5.1.5 Memberi pendedahan kepada guru dan PPM berkaitan dengan
penggunaan motor halus murid terutamanya dalam aspek kemahiran
menulis dan alat bantuan yang boleh digunakan bagi memperbaiki dan
mempertingkatkan kemahiran menulis murid-murid PPKI.

5.2 Kelemahan program


5.2.1 Penglibatan semua murid PPKI tidak dapat dilaksanakan semasa
lawatan ke PPAS
5
MINGGU PENDIDIKAN KHAS, PANITIA KURIKULUM PPKI SK SEKSYEN 13 2018

5.2.2 Pengisian slot oleh penceramah luar perlu diberi penekanan dari segi
penyelarasan masa dan aktiviti yang dilakukan supaya masa yang
diperuntukkan kepada penceramah digunakan secara optimum.

5.3 Cadangan Penambahbaikan


5.3.1 Penyertaan semua murid dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan supaya
setiap orang murid dapat sama-sama melalui sendiri pengalaman baru.

6. PEMANTAUAN PENTADBIR
TARIKH PELAKSANAAN :
PENILAIAN PROGRAM :

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

PENILAI

____________________________
( )

Anda mungkin juga menyukai