Anda di halaman 1dari 6

CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM :

a)rabbaniyyah~ketuhanan~
b)syumuliyyah~menyeluruh~
c)inqilabiyyah~teguh diatas kejahilan~
d)'alamiyyah~universal~
e)waqi'iyyah~realiti~
f)thabat wa murunah~tetap dan anjal~

1. RABBANIYYAH (KETUHANAN)

Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah yang
bersifat Rab. Manusia hanya sebagai pelaksana kepada segala ketentuan
yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai
hubungan dengan Allah. Ciri Rabbaniyyah ini akan melahirkan mukmin
bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad,
pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan. Sudut Rabbani
terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan:

matlamat: melakukan sesuatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah


SWT.
tujuan hidup: mengaplikasikan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah SAW
dimana akhirnya tercapai matlamat tersebut iaitu mendapat keredhaan
Allah SWT.

Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah,


pengabdian kepada Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai
matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insan di dunia ini.
Kesemua ajaran Islam yang baik yang bersangkutan dengan aqidah,
muamalat, akhlak dan lain-lainnya adalah bertujuan untuk menyiapkan
manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyah terhadap Jiwa Manusia:


» Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
» Mengenal fitrah.
» Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri.
» Bebas dari perhambaan sifat ananiah dan runtuhan hawa nafsu.

Rabbani dari manhaj dan sumber:


Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani
kerana ia bersumberkan dari wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w. .

Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara
pelaksanannya. Oleh itu Islam ialah wahyu Allah kepada Nabi
Muhammad. Sumber Rabbani juga merupakan asas pembentukan dan
perkembangan individu dan masyarakat.

Kesan Sumber dan Manhaj Rabbani:


» Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
» Terhindar dari pengaruh kekayaan
» Islam sesuai untuk manusia
» Mendapat penghormatan dan kehormatan.

2. SYUMULIYYAH (MENYELURUH)

Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran


Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa
terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar
perkara.

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan


(daging) haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang
tercekik, yang dipukul, yang terjatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih. Dan (diharamkan
pula) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi
nasib dengan azlam (anak panah)(kerana) ini suatu perbuatan
fasik.Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk
(mengalahkan) agamamu,sebab itu janganlah kamu takut kepada
mereka,tetapi takutlah kepadaKu. Pada hari ini Aku sempurnakan
agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan
Aku redha Islam sebagai agamamu. Tetapi barangsiapa terpaksa kerana
lapar bukan kerana ingin berbuat dosa,maka sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang."(Al-Maidah 5:3)

Ayat di atas menunjukkan Allah tidak membebankan umatNya yang


dalam kesusahan, malah mempermudahkan mereka dengan
membenarkan mereka yang dalam darurat memakan daging yang
diharamkan tetapi sekadar untuk meneruskan hidup
mereka.Sesungguhnya Allah Maha Penagampun kepada umatNyA yang
bertaubat selepas melakukan kesilapan.

Sudut kesyumulan Islam:

1) Undang-undang

Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk


mengatur hubungan sesama manusia. Islam telah menjelaskan
hukuman-hukuman terhadap mereka melanggar hukuman sama ada
yang berkait rapat dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud
dan qisas. Hukum yang bersangkut dengan urusan hubungan sesama
manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa dan ibadat lain. Hukum-
hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia
seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan
orang bukan Islam, hukum antarabangsa, hukum berkait dengan
pemerintahan negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang
melakukan kesalahan.

2) Keadilan

Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah


memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan.
Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, ahli
keluarga atau bukan ahli keluarga.

3) Kehakiman

Islam telah mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa


Islam menentukan di dalam perhubungan permasalahan sesama
manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan
menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak
kepada yang berhak. Islam telah menetapkan bahawa kehakiman
merupakan fardhu dimana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan
hukuman mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah.

4) Negara

Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam


berkenaan persoalan negara.Islam bukanlah teratas dalam lingkungan
hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan
manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah yang
lain.
Ketua negara dipilih dikalangan orang Islam sesuai dengan syariat-
syariat seperti sifat Quwwah dan amanah. Peranan ketua negara Islam
ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk
melakukannya.

5) Akhlak

Islam amat mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam


terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-Quran tentang
sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

6) Ilmu

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat


sesuatu dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh
Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan
akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi dalam Islam
ialah ilmu yang membawa kepada mengenali Allah.

3. INQILABIYYAH(TEGUH DIATAS KEJAHILAN)

Inqilabiyah yakni tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah. Hal ini


memberi kita maksud bahawa maaruf yang perlu dilaksanakan selari
dengan mungkar yang mesti dihapuskan, bukan sekadar kita mengajak
orang kepada kebaikan dan pada masa yang sama tidak cuba
menghapuskan kemungkaran yang semakin bermaharajalela.

Dengan kata lain, inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan total iaitu


dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan
atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat
tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh


bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-
tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan Islam lalu kita
menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi
dalam masa yang sama konsert Jom Heboh, kedai bar minuman keras,
disko dan lain-lain lagi tempat bertentangan dengan syaro’ sama naik
maju dengan program dan aktiviti keagamaan. Wajarkah begitu?

4. ALAMIYYAH (UNIVERSAL)

Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam


sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain
kerana dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit
dan keturunan.. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu
sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan,
Khatulistiwa dan sebagainya. Dengan kata lain ia sesuai di zaman
Rasulullah dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba
canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.

Nilai-nilai Islam bersifat sejagat dan menjamin hak asasi manusia. Islam
juga meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa
perkara.

5. WAQI’IYYAH (REALITI)

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya : Islam


mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupannya mengikut tempat
dan suasana umat Islam.

Jadi, ia merupakan praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu


diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata).

6. THABAT WA MURUNAH (TETAP DAN ANJAL)

Thabat wa Murunah ertinya tetap dan anjal. Tetap dari segi prinsip dan
hukum tetapi anjal, boleh berubah dan fleksibel dari segi
pelaksanaannya.

Contohnya : Solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara


jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika sakit,
solat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring. Ini
bermaksud,solat tetap dilakukan walaupun ketika dalam kesusahan
kerana solat ialah tiang agama.

7. Ciri-ciri lain..
= Risalah dan jalan penyampaian jelas.

= Bergerak mengikut kemampuan.

= Melaksanakan hazar (waspada).

= Memudah dan jangan menyusahkan.

= Tadrij (beransur-ansur)

= Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat.

Kata-kata Sayyid Qutb :

"Manhaj ini akan dapat dilaksana jika ianya dipikul oleh sekumpulan
manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka
beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan
berusaha untuk menerapkannya dalam hati dan kehidupan mereka.
Mereka mengorbankan segala-galanyanya demi merealisasikan
matlamat ini….. Melawan hawa nafsu dan menentang sesiapa yang
dikuasai oleh hawa nafsu…"

Anda mungkin juga menyukai