Anda di halaman 1dari 10

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN KAJIAN

‘Konsep akauntabiliti dalam Islam dan Hindu : Analisa Perbandingan antara konsep Al-Jaza’
dan Karma’ merupakan tajuk yang mana secara amnya akan mengupas tentang cara
pembalasan menurut agama Islam dan Hindu. Konsep pembalasan menurut Islam dikenali
sebagai al-jaza’ manakala konsep pembalasan menurut Hindu pula disebut sebagai karma.
Maksud akauntabiliti adalah sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu
tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dan
sebagainya yang diperlukan1

Dari segi bahasa, ‘Islam’ berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah,
tunduk dan patuh. Dari segi istilah pula mendefinisikan Islam sebagai berserah, tunduk dan
patuh kepada Allah s.w.t Tuhan semesta alam yang dilakukan secara rela bukan terpaksa atau
dengan paksaan. Ia juga bermaksud satu sistem atau perundangan yang lengkap untuk urusan
kehidupan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada manusia
sebagai panduan dan ikutan. Ia bermula daripada adam, manusia pertama sehinggalah
pelengkapnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Kedatangan Islam adalah untuk seluruh manusia,
tidak dikhaskan kepada bangsa tertentu atau golongan di tempat tertentu. Ini menjadikan
Tamadun Islam bukan milik sesuatu bangsa bahkan milik umat manusia sejagat2

Manakala Agama Hindu pula dari sudut kehidupan adalah agama yang mempunyai
banyak mazhab dan aliran akan tetapi yang menyatukan mereka penerimaan terhadap kitab
Veda. Kitab Veda merupakan kitab rujukan utama bagi masyarakat Hindu. Agama Hindu
asalnya diambil daripada nama sebuah sungai bernama Sindhu atau Indus di sebelah utara
barat laut India yang didiami oleh sekelompok manusia yang dikenali dengan nama Arya.
Oleh itu, agama Hindu tidak mempunyai pengasas yang khusus melainkan kelahirannya

1
Ibrahim bin Haji Ahmad. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Cetakan Pertama. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlmn. 24
2
Haji Ahmad Fauzi Haji Morad & Ahmad Tarmizi Talib. 1997. Tamadun Islam. Universiti Putra Malaysia.
Hlmn. 1
adalah daripada evolusi amalan budaya dan adat-istiadat masyarakat Arya. Sejarah
kemunculanya dianggarkan bermula pada tahun 2000 sebelum masihi.

Menurut kedua-kedua agama ini, masing-masing mempunyai sosio-budaya yang


tersendiri. Paling utama, semua agama akan melahirkan sistem ini dalam kalangan
pemeluknya. Hal ini disebabkan agama membentuk pola pemikiran dan sistem kepercayaan
dan segala tindakan yang lahir akan selaras dengan nilai-nilai yang dipercayai dan disenangi.
Justeru, setiap agama akan membezakan corak sosio-budaya yang berbeza antara satu sama
yang lain misalnya dari sudut pembalasan, adat istiadat perkahwinan, kelahiran, kematian,
jenis pakaian terutamanya menjelang perayaan, makanan serta pantang larangannya3

Menurut fahaman agama Islam, pembalasan dikenali sebagai al-jaza’ yang bererti
balasan, pahala ataupun seksa4. Pegangan ahli Sunnah wal-Jamaah berhubung dengan
perbuatan hamba berdasarkan apa yang telah dinaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah iaitu
Allah s.w.t menjadikan segala jenis sifat dan perbuatan kerana kehendak Allah swt itu secara
umum merangkumi segala yang ada. Sesuatu itu tidak akan berlaku melainkan dengan
kehendak-Nya selaras dengan ilmu-Nya yang qadim dan menentukan segala apa yang telah
ditentukan di Luh Mahfuz. Setiap hamba mempunyai kemampuan dan kehendak untuk
melakukan setiap jenis perbuatan mereka. Pada hakikatnya mereka melakukan setiap
perbuatan dengan pilihan mereka sendiri. Oleh yang demikian, mereka layak menerima
balasan dan mendapat pujian daripada amalan kebaikan yang dilakukan, serta layak mendapat
cacian dan seksaan disebabkan kejahatan yang telah mereka kerjakan5

Berbeza dengan agama Hindu, pembalasan dikenali sebagai karma. Karma adalah
semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia. Kerama, kutuk ataupun sumpah ini
tidak ada seorang pun akan terlepas daripadanya 6. Selain itu, konsep karma yang merupakan
salah satu ajaran Hindu menyatakan bahawa segala perbuatan iaitu perbuatan fizikal, fikiran
seperti minda serta percakapan bermaksud kata-kata tetap membawa kepada tindak balas
ataupun pembalasan. Maksudnya disini, segala perbuatan yang baik akan dibalas dengan baik
dan segala perbuatan yang jahat akan dibalas dengan jahat7
3
Ghazali bin Basri. 2013. Ilmu Perbandingan Agama; Suatu pengenalan. Akademi Kajian Ketamadunan Kolej
Dar al-Hikamh. Hlmn. 10, 49, 50.

4
Ustaz Hussain bin Unang. 1994. Kamus at-Tullab. Darul Fikir. Hlmn. 382
5
Kamarul Shukri Mohd. Teh. 2008. Pengantar Ilmu Tauhid. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Hlmn. 105
6
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1970. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Hlmn. 579
7
Universiti Malaya. 2001.Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya. Hlmn. 257
Masyarakat Islam merupakan masyarakat yang berpegang dengan akidah Tauhid dan
ajaran Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t, mengaplikasikan rukun Islam iaitu
mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan serta menghayati rukun
Iman seperti percaya kepada Allah s.w.t, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab,
percaya kepada rasul, percaya kepada Hari Kiamat, percaya kepada Qada’ dan Qadar. Kedua-
dua rukun ini merupakan rukun asas di dalam masyarakat Islam selain daripada melakukan
kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Allah swt Tuhan sekalian alam merupakan pengasas
ajaran dan disuruh menyebarkan ajaranNya melalui PesurunNya iaitu Nabi Muhammad
s.a.w.

Masyarakat Hindu pula masyarakat yang tidak mempunyai pengasas yang khusus.
Mereka memegang akan prinsip cyclical religion. Agama Hindu mempercayai bahawa
kehidupan manusia akan sentiasa berulang-ulang seperti satu roda yang tiada permulaan dan
pengakhiran. Agama ini juga tidak mempercayai bahawa kehidupan ini akan berakhir dengan
kematian. Sebab itu munculnya akan konsep karma, samsara dan moksha. Konsep ini
sebenarnya ingin menjelaskan bahawa setiap perbuatan akan dikenakan balasan. Jika
perbuatan tersebut perbuatan yang baik maka akan menerima balasan yang baik. Jika
perbuatan yang dilakukan adalah kejahatan maka akan menerima balasan yang tidak baik.
Sama juga apabila dilahirkan semula, jika amal perbuatan yang baik yang telah dilakukan
semasa hayatnya maka akan dilahirkan semula dalam keadaan yang baik seperti pendeta dan
sebagainya. Jika amal perbuatan yang dilakukan adalah amal perbuatan yang jahat, lalu
semasa dilahirkan semula berada dalam keadaan yang hina dan keji. Contohnya kelahiran
semula yang dilalui berubah menjadi binatang seperti nyamuk, singa atau lain-lain. Konsep
ini juga akan dilalui oleh semua segenap lapisan masyarakat Hindu tanpa mengira kedudukan
kasta dan lain-lain. Setiap orang pasti akan melaluinya tanpa dapat mengelak atau
menjauhinya. Ini menunjukkan kehidupan mereka tiada berkesudahan8

Kajian yang dijalankan menjuruskan kepada pebincangan al-jaza’ dan karma melalui
masyarakat Islam mahu pun Hindu. Kajian ini dipilih kerana melalui perkembangan semasa

8
Mohd. Rosmizi abd. Rahman & Marina Munira Abdul Mutalib. 2011. Agama-agama Di Dunia. Universiti
Sains Islam Malaysia. Hlmn. 42-43
yang melibatkan dari sudut pembangunan politik, sosial dan ekonomi serta sebagainya. Oleh
itu, kajian ini mengkhususkan kepada perkembangan media massa terutamanya dalam bidang
perfileman.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Dewasa ini, kemajuan teknologi semakin hari semakin berkembang. Malahan, hanya dengan
menggunakan jari segala maklumat sudah berada di dalam genggaman. Seiring dengan itu,
industri perfileman juga tidak kurang hebatnya. Ia termasuklah dari sudut persembahan filem
yang sudah muncul dalam bentuk tiga dimensi dan sebagainya. Jalan cerita juga tidak kurang
hebatnya.

Namun, walaupun banyak cerita yang disiarkan melalui media massa namun kajian
perbandingan konsep al-jaza’ dan karma melalui dua agama kurang mendapat perhatian
daripada para pengkaji. Maka timbulnya solusi dan idea untuk membuat kajian perbandingan
diantara dua agama berdasarkan kepada kepercayaan terhadap konsep al-jaza’ dan karma.
Lalu antara filem-filem yang menjadi pilihan penulis untuk dikaji merupakan filem-filem
‘trending’ di dalam kaca televisyen seperti telemovie rancangan “al-Hijrah” serta filem Hindi
yang bertajuk “Karan Arjun”. Filem-filem ini bukan sahaja popular di kalangan masyarakat
Islam dan Hindu malahan dapat memberikan gambaran yang tepat mengenai konsep al-jaza’
dan karma di kalangan masyarakat Islam dan Hindu.

Berdasarkan filem-filem ini timbul beberapa permasalahan seperti adakah terdapat


kesinambungan antara al-jaza’ serta karma? Seterusnya bagaimanakah filem ini memberikan
kesan kepada masyarakat? Adakah dari sudut positif ataupun negatif? Adakah cara
pengamalan mereka dari sudut pembalasan adalah serupa? Untuk mendapat jawapan kepada
persoalan-persoalan ini akan dikupas di dalam bahagian analisis.

1.3 DEFINISI OPERASI KAJIAN

Terdapat dua konsep penting yang perlu dijelaskan dalam kajian ini iaitu al-jaza’ dan karma.
Keterangan di bawah akan menghuraikan definisi-definisi tersebut.

1.3.1 Al-jaza’
Al-jaza’ merupakan antara isu-isu yang dibawa oleh al-Quran. Antara perkara yang perlu
dirujuk ketika menerangkan apakah perkara yang utama dengan menjaga sesuatu perkara
berbanding perkara lain adalah memerhati dan mengutamakan perhatian terhadap isu-isu
yang sering ditekankan oleh al-Quran.

Al-Quran sering mengulang sesuatu perkara yang perlu diberi perhatian di dalam
surah atau ayat-ayatnya. Kita juga perlu mengetahui perkara yang ditegaskan dalam perintah
dan larangan, janji serta ancaman. Perkara itu yang harus diutamakan, dahulukan dan diberi
perhatian oleh pemikiran, tingkah laku, penilai dan penghargaan. Salah satu perkara tersebut
seperti keimanan terhadap Allah s.w.t, keimanan terhadap para Nabi, keimanan kepada hari
akhirat, pahala dan seksaan, syurga serta neraka9

Berdasarkan kenyataan di atas, al-Quran jelas menerangkan dan mengulang sebanyak


yang mungkin bahawa mengingati akan balasan atau seksaan merupakan salah satu
keutamaan manusia yang memakmurkan muka bumi ini supaya dapat menjauhi kemungkaran
dan menambah amal kebaikan.

1.3.2 Karma

Agama Hindu mengajarkan bahawa orang yang mati itu untuk sementara waktu rohnya
masuk ke syurga atau ke neraka. Kemudian roh itu lahir kembali (reincarnation) ke bumi
dalam wujud yang lain. Kewujudan seseorang yang baru itu bergantung kepada karmanya.
Karma ertinya amal perbuatan. Dan apabila hidupnya di dunia ini banyak dosa serta
melanggar hukum karma maka dia akan lahir kembali sebagai manusia yang rendah
darjatnya, bahkan mungkin sebagai binatang yang hina. Sebaliknya bilamana hidupnya yang
lampau berlaku baik sesuai dengan hukum karma lalu dia akan lahir kembali sebagai
makhluk yang lebih tinggi darjatnya. Sekiranya berjaya mengumpulkan karma secara
berturut-turut sehingga setiap kali proses lahir kembali sebagai manusia yang sempurna,
beliau tidak perlu kembali ke dunia lagi10

Definisi di atas menjelaskan bahawa sistem karma yang diajar oleh masyarakat Hindu
mempunyai kepercayaan bahawa setiap insan yang lahir di dunia pasti akan melalui proses
karma dan tiada sesiapa pun yang akan terlepas daripadanya. Sekiranya seseorang itu berjaya
9
Yusuf al-Qaradhawi. 2014. Fiqh Keutamaan: Keutamaan Seorang Muslim. PTS Islamika Sdn. Bhd. Hlmn.
104
10
Drs. Mohd Rifai’. 1965. Perbandingan Agama. Oktober
mengumpulkan karma secara berturut-turut sehingga setiap kali proses lahir kembali sebagai
manusia yang sempurna, beliau tidak perlu kembali kedunia lagi.

1.4 MATLAMAT KAJIAN

Secara umumnya, matlamat kajian ini adalah untuk menjelaskan secara terperinci mengenai
al-jaza’ dan karma berdasarkan sosio-budaya Islam dan Hindu serta menganalisis
perbandingan filem yang membincangkan tentang al-jaza’ dan karma di antara kedua-dua
agama berkenaan.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif utama kajian ini adalah:

a. Menjelaskan konsep al-jaza’dan karma menurut Islam Hindu


b. Mengkaji konsep ketuhanan bagi agama Islam dan Hindu
c. Memahami dengan lebih terperinci mengenai konsep al-jaza’dan karma menurut
Islam dan Hindu
d. Menganalisis konsep perbandingan al-jaza’dan karma menurut Islam dan Hindu
melalui filem

1.6 LIMITASI KAJIAN

Bidang kajian ini memfokuskan konsep al-jaza’dan karma berdasarkan agama Islam dan
Hindu dengan merujuk kepada karya-karya yang lebih menjerumus kepada konsep al-
jaza’dan karma serta buku-buku tentang perbandingan agama. Antara buku yang menjadi
panduan kepada penulis untuk menyiapkan kajian ini adalah buku ‘Ilmu Perbandingan
Agama: Suatu Perbandingan’ karya Ghazali bin Basri.

1.7 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini melibatkan kaedah perpustakaan dengan merujuk kepada sumber utama iaitu buku-
buku yang menghasilakn tentang kehidupan dan kematian dengan menggunakan versi bahasa
Melayu. Antara karya-karya lain yang turut membantu termasuklah karya mengenai ilmu
perbandingan agama.

Melalui kaedah analisis data pula, analisa serta perbandingan dapat dirujuk
berdasarkan kepada filem dan drama yang turut membicarakan tentang konsep al-jaza’dan
karma berdasarkan agama Islam dan Hindu. Ada juga sumber lain yang turut menjadi bahan
bacaan kepada pengkaji sebagai maklumat tambahan untuk menyiapkan kajian. Antaranya
melalui laman sesawang berbentuk journal serta dalam bentuk fail pdf.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini cuba memberi penjelasan tentang konsep al-jaza’dan karma menurut agama Islam
dan Hindu. Ia merupakan satu perbincangan yang menarik kerana adanya penjelasan
mengenai konsep kehidupan dan kematian melaui dua aliran agama yang berbeza. Selain itu,
kajian ini turut memberikan contoh gambaran yang tepat mengenai konsep al-jaza’dan karma
secara umum dan khususnya melalui bidang perfileman.

1.9 ULASAN PERPUSTAKAAN

Ramai penulis menghasilkan karya-karya mengenai konsep kehidupan dan kematian. Di


dalam artikel “Panca Sraddha” yang ditulis oleh Ni Kadek Putri Noviasih menerangkan
bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia ini baik atau buruk akan memberikan
hasil. Tidak ada perbuatan sekecil apapun yang luput dari hasil atau pahala, langsung
mahupun tidak langsung pahala itu pasti akan datang. Kita percaya bahwa perbuatan yang
baik atau Subha Karma membawa hasil yang menyenangkan atau baik. Sebaliknya perbuatan
yang buruk atau Asubha karma akan membawa hasil yang duka atau tidak baik. Hukum
Karmaphala ini berlaku secara universal, ertinya berlaku terhadap siapa saja dan dimanapun
mereka berada tanpa kecuali.

Di dalam buku “Pedoman Sederhana Pelaksanaan Agama Hindu”, karma phala adalah
perbuatan dan hasilnya iaitu buahnya hubungan antara perbuatan dengan hasilnya (buahnya).
Ia juga merupakan hubungan antara sebab dan akibat. Karma phala adalah setiap perbuatan
yang baik mahupun yang buruk pasti ada hasilnya sesuai dengan baik mahupun buruk
perbuatan yang dikerjakan.
Selain itu, artikel “Cara Hidup Islam” karya Sayyid Abul A'la Maududi menjelaskan
satu-satunya jalan yang benar untuk manusia ialah dengan mengakui bahawa Allah s.w.t satu-
satunya Tuhan dan Pemilik serta kepada petunjuk dan arahannya sahajalah manusia patut
mengikutinya di dalam membina kehidupan. Manusia yang dilahirkan di muka bumi ini
diberi pilihan untuk melakukan kebaikan atau keburukan. Naum begitu, manusia juga harus
menyedari bahawa kehidupannya nanti akan diadili dan satu-satunya tujuan hidupnya ialah
untuk mencapai keredhaan Allah bagi membolehkannya layak menerima balasan baik di Hari
Akhirat kelak. Sebarang sikap dan haluan yang bertentangan dengan perkara di atas akan
membawa manusia kepada kesesatan dan kemusnahan. Sekiranya manusia mengikuti jalan
yang baik dan taqwa, nescaya ia akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Di dunia
dia akan beroleh kehidupan yang aman damai dan puas manakala di akhirat nanti ia
merupakan orang yang layak menerima balasan Syurga Allah s.w.t. Dan jika ia memilih jalan
yang lain iaitu menafikannya dengan peraturan-peraturan Tuhan dan jalan yang jahat,
nescaya kehidupannya di dunia menjadi kehidupan yang penuh dengan penyelewengan,
penipuan, kefasiqan dan kekecewaan manakala di Akhirat pula dia ditimpa bala derita, seksa,
kepedihan dan rintihan penyesalan yang tidak berpangkal di dalam neraka.

Oleh yang demikian, artikel karangan Ahmas Faiz Asifuddin yang bertajuk
“Memupuk Kepercayaan Islam Yang Paling Benar” mengatakan patuhilah Allah s.w.t dan
Rasulullah s.a.w kerana peraturan ini adalah peraturan yang paling selamat di dunia dan
akhirat. Tambahan pula, kehidupan manusia ini bukan sahaja di dunia malahan di akhirat.
Maka, barangsiapa yang mentaati Allah s.w.t dan Rasul-Nya akan selamat dan selesa di dunia
serta selamat masuk ke syurga di akhirat. Sebaliknya bagi mereka yang ingkar pula pasti
akan menemui kegagalan dan ganjarannya di akhirat adalah balasan neraka. Firman Allah
s.w.t :

           
        

Maksudnya:

“Hukum-hukum tersebut adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat


kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya kedalam syurga yang mengalir
didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang
besar”

An-Nisa’ (4): 13

         
   

Maksudnya:

“Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan rasul-Nya, melanggar ketentuan-


ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di
dalamnya, dan baginya seksa yang menghinakan”

An-Nisa’ (4): 14

Oleh itu, penjelasan artikel “Penghuni Syurga Menurut Pandangan Fakhral al-Din al-
Razi: Tumpuan Terhadap Kitab Mafath a-Ghayb” yang ditulis oleh Mohd Manawi Mohd
Akib memberitahu, keimanan terhadap hari kiamat dan keabadian setelah kebangkitan adalah
perkara yang sangat penting di dalam meluruskan perjalanan hidup manusia. Ini kerana fitrah
manusia yang inginkan kehidupan abadi mempengaruhi segala perbuatan mereka. Kehidupan
yang kekal ialah di akhirat, manakala kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan akan
lenyap pada suatu masa yang tidak diketahui oleh makhluk melainkan Allah s.w.t. Keimanan
kepada hari pembalasan sering disebut seiring dengan keimanan kepada Allah s.w.t. Ini
berikutan kedua-duanya merupakan dasar kepada kemantapan rohani serta paksi kepada
istiqamah. Dengan itu, kehidupan harian sentiasa selari dengan objektif penciptaan dan fitrah
manusia. Keimanan tanpa kedua-dua unsur tersebut adalah sia-sia kerana unsur kebaikan
dalam diri mudah hilang, mengakibatkan manusia mudah terjerumus melakukan kejahatan.

Anda mungkin juga menyukai