Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat kami buat di sini ialah walaupun gejala Islamofobia wujud dan
berkemungkinan agak sukar untuk dihapuskan secara total, namun masyarakat di negara
terbabit khususnya di kalangan umat islam lebih bersikap rasional dan tidak emosional. Kita
seharusnya sedar bahawa perlakuan dan tindakan umat Islam adalah menjadi cerminan
kepada Islam. Rata-rata masyarakat bukan Islam yang dimomokkan dengan imej negatif
tentang Islam, tidak akan mencari kebenaran tentang keindahan Islam dari sumber sahih
dalam Islam, buku-buku ilmiah atau individu Muslim, walaupun ada sebilang kecil yang
berbuat demikian. Oleh yang demikian, umat Islam haruslah memastikan bahawa sebarang
tindakan yang dilakukan dalam menghadapi provokasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak
tertentu, akan menjadikan Islam dipandang lebih mulia dan dihormati dan bukan
sebaliknya. Seperti riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa pada suatu ketika datang seorang
Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah SAW dengan berkata: “Kamu dari Bani Abu
Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang”. Ketika itu Umar
bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir memenggal leher lelaki Yahudi itu. Lalu
Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya
meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan
baik”.Perlakuan dan sifat pemaaf yang ditunjukkan Rasulullah SAW ini menyebabkan lelaki
Yahudi itu memeluk Islam selepas melihat tanda kenabian pada wajah dan akhlak Baginda
apabila diuji sedemikian rupa. Sirah Rasulullah SAW adalah rujukan utama yang seharusnya
diteliti dan diteladani oleh umat Islam dalam menghadapi provokasi musuh-musuh Islam
yang senantiasa ingin meletakkan Islam di atas penilaian negatif masyarakat dunia. Peranan
umat Islam untuk menangani Islamofobia ini adalah amat penting dan harus menjadi usaha bersama
agar keutuhan umat Islam sebagai satu jemaah menjadi satu simbol kekuatan dan kebenaran Islam.

 
 

Anda mungkin juga menyukai