Anda di halaman 1dari 1

-surah ke 55, 78 ayat, Makkiyah dan sebahagian ayatnya Madaniyyah

-mempunyai pengulangan satu ayat sebanyak 32x


-tema keseluruhan surah menceritakan i'lah(tanda-tanda) kebesaran
Allah terkait dengan nikmat yang tidak terhingga baik didunia atau
di akhirat

surah Ar-Rahman
1. suatu pengisytiharan
Allah iklankan nikmat2Nya secara open kepada manusia dan jin,
disaksikan seluruh alam buana. (why perlu taaruf dengan Allah
melalui tanda2Nya?--Allah ada zat tapi bukan berdiri diatas
jisim.Sebab tu perlu ada tanda2Nya)

Kemudian Allah mencabar manusia dan jin jika mereka dapat


mendustakan nikmat2Nya (32x diulang ayatnya)

2. Pameran nikmatNya
Dimulai dengan nikmat pengajaran Al-Quran
- AQ sebagai terjemahan yang TEPAT dan SEMPURNA bagi undang2 alam
buana dan sistem hidup untuk manusia. AQ memperbaharui perasaan kita
terhadap alam buana sehingga mampu bersahabat. Why? sebab peranan
khalifah tidak akan mampu terlaksana jika tidak tertanam sifat insaniyah yang
tinggi yang diperolehi melalui perantaraan iman.

Kerana itu nikmat AQ disebut dahulu sebelum nikmat penciptaan


manusia,kerana pengertian insaniyah hanya tercapai dengan nikmat AQ.

Nikmat kepandaian berbicara, dungkapkan sebab seringkali kita lupa bahawa


kepandaian bicara adalah satu nikmat. Dan jentera percakapan satu teknologi
yang keajaibannya tidak berakhir. MashaAllah!

3. Pameran nikmatNya pada alam


Kejadian matahari dan bulan ukurannya telah teratur dijadikan Allah.
Kejadian langit, bintang2 dan semua alam bertujuan untuk mengingatkan hati
yang lalai dan dungu akibat terlalu sering biasa dengan fenomena ini.

Diperingatkan nikmat2 ni untuk kita kembali kepada merasa bahawa kudrat


tangan Ilahi yang telah hamparkan semua untuk kemudahan kita para Khalifah.

Diperingatkan juga supaya kita faham hakikat Allah yang menciptakan tetapi
ilmuwan menemukan.

4. Kejadian yang diluar sempadan ilmu


kita/perlu diperhatikan oleh akal dan
hati kita
-penciptaan mahkluk jin dari pucuk api
-dua arah timur dan dua arah barat
-pertembungan lautan air masin dan lautan air tawar
-kehidupan haiwan,mutiara dan batu karang
-pemeliharaan Allah terhadap kapal2 di lautan

5. Hakikat fana' (binasa) dan baqa' (Kekal)


Setelah habis semua yang di langit,darat dan lautan diungkapkan, maka
Allah melenyapkan semua dengan mentaarufkan diriNya sahajalah yang
Maha Kekal.

Bagi orang beriman Allah "Baqa" adalah suatu kenikmatan dan asas
kepada seluruh nikmat2. Kerana alam dan semua undang2 tidak akan
wujud melainkan ada hakikat yg Baqa ini.

PENUTUP SURAH
pemandangan pada hari qiamat. Bagi orang yang berdusta ditayangkan seksaan2 dan Allah
mencabar mereka untuk berpaling dari Allah di saat itu.

Bagi para muttaqin digambarkan syurga, kerehatan dan pelbagai nikmat yang melimpah ruah.

"Maha sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan"


(Ar-Rahman: ayat 78)

Anda mungkin juga menyukai