Anda di halaman 1dari 27

1

TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

TUGASAN

JAN 2015 SEMESTER

KOD KURSUS MPU 3123

NAMA KURSUS TAMADUAN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MANSOR BIN EMBONG

NO. MATRIK E30209130076

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK ENCIK HAMZAH BIN ISMAIL

PUSAT
PEMBELAJARAN KUALA TERENGGANU
2
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

SEKAPUR SIRIH / PENGHARGAAN


Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya.
Selawat dan salam buat nabi junjungan, nabi pembawa rahmat ke seluruh alam.
Kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan
petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Hasil kerja ini adalah
atas bantuan pelbagai pihak. Antara mereka termasuklah rakan sekuliah yang
membantu dalam menyiapkan tugas ini. Pada kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Hamzah bin Ismail
yang banyak memberikan bimbingan penerangan dalam kuliah dan juga dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kalam, saya dahulukan dengan ucapan
Jazakumullahu khairan kathira.

Bahagian A
3
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

“Kecemerlangan Tamadun Asia Seringkali Ditenggelami oleh


Kejayaan Tamadun Barat”.

Bincangkan pernyataan di atas dengan merujuk kepada artikel bertajuk “Sains


dan Teknologi Asia: Hadiah Asia kepada Dunia” oleh Mohd Koharuddin bin
Mohd Balwi.

Kecemerlangan Tamadun Asia terbukti melalui penemuan-penemuan sains seperti


dalam bidang matematik, astronomi, sains perubatan, biologi, fizik, kimia dan
zoologi. Manakala dalam bidang teknologi pencapaian mereka terserlah dalam bidang
kejuruteraan, perancangan bandar, seni, seni bina, seni pertukangan termasuklah seni
pahat, seni ukir, seni busana, seni anyaman dan seni tenun. Tamadun-tamadun Asia
ini meliputi Tamadun Arab-Islam, India, China, Jepun dan Melayu.

Bukti ketinggian ilmu matematik dan astronomi India terpapar dengan terbinanya
Universiti Nalanda yang merupakan antara universiti yang terawal di dunia. Setelah
mereka memperkenalkan konsep sifar; maka wujudlah nombor negatif dan sistem
perpuluhan yang terus digunakan hingga kini. Pada kurun ke-5 M, wujudnya
pengiraan tentang Astronomi di India dan mereka mula membangunkan ilmu Algebra.
Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari
yang merupakan pusat kepada sistem solar. Brahmagupta telah berjaya
menganggarkan jarak di antara bumi dengan matahari, iaitu sejauh 5000 Yojanas.
Satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 km. Anggaran yang dibuat beliau ini hampir
menyamai jarak sebenar, iaitu kurang 36,000 km. Tamadun ini telah memperkenalkan
teori Heliocentric, menyedari tentang adanya medan graviti dan mengetahui bahawa
dunia ini adalah berbentuk sfera.

Sumbangan sarjana Arab-Islam dalam bidang Aritmetik, Trigonometri dengan


memperkenalkan penggunaan sinus-kosinus serta Trigonometri sfera, teorem tangen,
kotangen, sin dan sinus, konsep moden dalam perlambangan fungsi dan identiti
Trigonometri, sistem angka yang dicipta oleh orang Arab masih digunakan sehingga
hari ini. Sistem Algebra Al-Khawarizmi telah diterjemahkan kepada bahasa-bahasa
asing antaranya bahasa latin.
Mereka juga menghasilkan sifir kotangen yang pertama. Ilmu ini kemudiannya
diperkembangkan lagi oleh Abu al-Wafa Muhammad Ibn Muhammad al-Buzjani
4
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

yang meluaskan tangen dengan membuat sebuah sifir bagi setiap 15 sudut dan fungsi
sekan dan kosinus.
Tamadun Islam telah menemukan cara untuk mengira isi padu paraboloid dan
memberikan penjelasan tentang “third-degree figures” secara geometri, menganalisa
penyelesaian aritmetik dan geometri.
Nasir al-Din al-Tusi dan Qutb al-Din al-Sirazi telah memperbaharui teori tentang
bintang atau planet dan teori tentang kedudukan planet-planet. Ahli Astronomi Islam
menyediakan takwim yang bertajuk Zij al-Sindhind dan kaedah pengiraan Astronomi
secara Trigonometri. Pada abad ke-10 M Abdul alRahman al-Sufi telah menghasilkan
kitab bertajuk Figures of the Stars, yang telah diterjemahkan ke bahasa Sepanyol oleh
Xel Sabio dan memberi impak besar kepada tamadun Eropah dalam kajian bintang-
bintang.

Al-Batana telah berjaya menemui pengiraan jarak antara bumi dan matahari dan
pengiraan kemunculan bulan baru dan penerangan kejadian gerhana bulan dan
matahari. Hasil penemuan beliau ini telah dijadikan rujukan zaman Renaissance di
Eropah. Mereka menjadi pelopor mengukur permukaan bumi, menentukan darjah
longitud dan latitud dan mengira pergerakan cakerawala. Abu al-Abbas dan ibnu
Muhammad ibnu Kathir mengukur jarak di antara bumi dengan planet Marikh dan
bulan serta mencipta alat-alat Astronomi seperti Astrolab yang dikenali sebagai jam
matahari. Sumbangan besar Tamadun Arab-Islam dalam bidang ini sebenarnya telah
lama diakui oleh masyarakat barat dan mempengaruhi tokoh-tokoh Astronomi
Eropah.
Sumbangan Tamadun China juga besar kepada dunia dalam bidang matematik. Chou
Pei Suan King dan Chiu Chang Suan Shu merupakan dua buah karya matematik
tertua yang membicarakan kalendar, pengiraan masa bayang-bayang dan
mengandungi catatan matematik. Orang China menggunakan sistem perpuluhan sejak
abad ke tiga Masihi. Tokoh aljabarnya ialah Chin Chiu Shao. Buku beliau Shu-Shu
Chiu-Chang membicarakan tentang persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu
dan penggunaan Aljabar dalam Trigonometri.
Pada abad ke-14 M, matematik China mengalami perkembangan yang pesat
berbanding dengan matematik barat. Pada tahap ini mereka mempunyai kemahiran
menguasai siri matematik, pilih atur dan gabungan. Umpamanya siri matematik yang
5
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

dikenali sebagai segi tiga pascal diketahui oleh Chia Hsien pada tahun 1100 Masihi.
Beliau juga menulis buku Suan Hsueh Chi Meng (Pengantar ilmu Matematik) pada
1299 M yang melambangkan kemuncak perkembangan Aljabar di China.

Dalam bidang Astronomi, sumbangan besar mereka ialah melalui perekodan dan
pengkatalokan tentang bintang-bintang, gerhana dan komet. Pemerhatian alam
semesta telah berlaku sejak 1300 SM dimana Kexing atau guest star yang sekarang
dikenali sebagai Crab Nebula telah direkodkan pada abad ke-11 di China. Orang Cina
juga mempelajari matahari, gerhana bulan dan matahari dan merekodkannya secara
sistematik. Mereka didapati telah menemui komet Halley. Rekod ini menjadi asas
kepada pengiraan orbit komet Halley hingga kini. Mereka juga mencipta alat untuk
kegunaan Astronomi, iaitu Gnomon yang terdiri daripada tiang-tiang menegak bagi
menentukan latitud matahari dengan mengukur kedudukan panjang bayang-bayang
pada waktu tengah hari dan Clepsydra yang merupakan alat untuk mengukur masa
berdasarkan aliran air yang ditentukan alirannya melalui suatu permukaan kecil yang
dilakukan ke atas alat tersebut.
Konsep penting perubatan China ialah konsep Ying Yang. Terdapat dua sistem
peredaran yang penting, iaitu sistem peredaran darah dan angin. Gangguan dalam
angin boleh menyebabkan penyakit. Bagi mengatasinya, kaedah akupunktur
digunakan. Kaedah ini dipraktikkan sejak 600 SM. Idea mengenai sistem peredaran
darah muncul pada abad pertama Masihi.
Bapa perubatan China, Shen Nung (3000 SM), telah menemui banyak jenis dadah dan
Ephedine; sejenis alkaloid yang diambil daripada tumbuhan ‘Ma Huang’ untuk
mengubati jangkitan virus HIV hingga sekarang. Penemuan perubatan China melalui
karya Hwang Ti (2650 SM) yang bertajuk Nei Ching dan buku Chang Chung King
tentang demam telah menjadi rujukan asas bagi semua buku perubatan di China. Buku
tersebut menyatakan bahawa peredaran darah dikawal oleh jantung dan berterusan
dalam satu lingkungan.

Amalan perubatan China berkembang hasil daripada kaedah empirical. Perubatan


China klasik yang menumpukan soal kelebihan terapeutik dari akupunktur, herba, diet
dan senaman. Penemuan Alkohoid bagi mengubati penyakit asma atau lelah, Iodin
dalam rumput laut bagi mengubati penyakit beguk dan kaedah menggunakan sumbu
6
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

atau moksa daripada herba tertentu dan dilekatkan pada badan penyakit dan dibakar
bagi menyembuhkan penyakit. Kaedah akupunktur merupakan rawatan menggunakan
jarum yang dicucukkan kepada urat manusia sebelum menjalankan pembedahan.Ubat
bius dicipta dengan mendapat idea daripada kaedah ini.

Karya Ibnu Sina Al-Qanun Fi al-Tibb merupakan tulisan perubatan Islam yang
teragung. Ia menjadi rujukan ilmu perubatan yang mutlak selama beberapa abad dan
tidak terbandingkan sehinggalah abad ke sembilan belas Masihi. Selama 700 tahun
buku itu merupakan satu-satunya buku perubatan yang menjadi piawai. Salah satu
penemuan beliau yang terkenal ialah mengesan penyakit meningitis, mengenal pasti
penyakit kencing manis dan batuk kering dan berjaya melakarkan satu tatacara
pengubatan penyakit yang mana faktor fizikal, psikologi, diet dan ubatan disatukan.

Perkembangan ilmu perubatan Islam dapat dibahagi kepada era penterjemahan dan
era penciptaan dan perkembangan. Dalam tahap awal banyak karya asing yang
diterjemahkan ke bahasa Arab. Ilmu ini kemudiannya dikembangkan di dunia Barat.
Amalan perubatan yang dapat dipecahkan kepada tujuh bahagian, iaitu penyembuhan,
sains pergigian, obstetrik, ginekologi, sains mata, penyakit kanak-kanak dan psikiatri.
Mereka menekankan tradisi perubatan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mengubati
penyakit terutama dalam penjagaan diet, sakit kepala dan lain-lain.

Buku On The Smallpox and Measles (Tentang Penyakit Cacar dan Campak), karya
Al-Razi adalah sebuah ensiklopedia perubatan yang diterjemahkan ke bahasa latin,
iaitu Liber Continents. Beliau orang pertama yang menggunakan alkohol sebagai
antiseptik dan pertama dalam menggunakan merkuri sebagai pencahar (pergative),
iaitu ubat pencuci perut. Al-Razi telah menulis lebih 200 buah buku teks tentang
perubatan dan falsafah. Bukunya digunakan secara meluas di universiti-universiti
Eropah untuk lebih dari 500 tahun.

Dalam bidang farmasi pula, Tamadun Islam telah memperkenalkan dos ubat seperti
salap, serbuk, sediaan berminyak, pes, serbuk mata, pembalut, dentifis dan
sebagainya. Ibn al-Baitar melalui kitabnya al-Mughni fi al-Adawiyah al-Mufradah
menyenaraikan tidak kurang daripada 1400 jenis ubat dari pelbagai sumber seperti
7
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

haiwan, tumbuh-tumbuhan dan galian. Al-Kindi juga telah menghasilkan buku-buku


penting yang berkaitan dengan ubat-ubatan terutama tentang ubat sebatian dan
campuran yang kompleks.

Tamadun Mesir pula merupakan masyarakat yang pertama menyelenggarakan buku-


buku yang mengandungi senarai nama ubat-ubatan dan proses menyediakan ubat-
ubatan tersebut. Antara bahan yang digunakan sebagai ubat ialah minyak jarak,
mandragora, jintan putih, candu, tanduk rusa jantan, kulit penyu dan ketumbar.
Ilmu perubatan yang diasaskan oleh orang Mesir telah dipelajari oleh masyarakat di
seluruh dunia seperti orang Rom. Pengalaman dan pengetahuan orang-orang Mesir
dalam bidang ini terkandung dalam teks-teks perubatan terutama yang dihasilkan oleh
Thoth dan Imhotep. Teks Ebers papyrus mengandungi 110 ruang besar maklumat
mengenai penyakit dan kaedah menggunakan ubat-ubatan semasa merawat.

Pencapaian yang paling mengkagumkan hingga kini ialah kemahiran mereka dalam
menyimpan mayat (mumia). Mereka juga pakar ophtalomologi, pakar ginekologi atau
bidang ilmu perubatan yang berkaitan dengan penyakit-penyakit wanita.

Perubatan India menyumbang besar dalam bidang pembedahan. Mereka juga boleh
membuat pembedahan bagi mengubati penyakit katarak, patah tulang dan hidung.
Pisau pembedahan, ‘lancet’ untuk memulihkan penglihatan pesakit telah pun
digunakan. Mereka juga mahir bidang anatomi, pembedahan mata, memperbaiki
kecacatan pada bahagian-bahagian badan seperti mata, hidung, telinga dan bibir.
Teknik ini telah digunakan sehingga ke hari ini dalam pembedahan plastik yang
semakin popular. Mereka juga telah menggunakan binatang dalam latihan
pembedahan dan cara tersebut masih digunakan hingga kini.

Mereka juga telah membuat kajian tentang faktor genetik terhadap sesetengah
penyakit seperti kebutaan. Ayurveda pula merupakan satu sistem perubatan yang
masih digunakan hingga sekarang. Ayurveda boleh dibahagi kepada lapan cabang,
iaitu organ dalaman, kaki, lima organ utama, pembedahan plastik, dadah, penyakit
orang tua, ginekologi dan pengubatan secara homeopathi yang merupakan pengubatan
berteraskan herba. Kaedah ini telah diakui keberkesanannya dan digunakan secara
8
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

meluas oleh masyarakat dunia hari ini. mengamalkan penanaman cacar untuk
mencegah penyakit campak.
Di samping itu, mereka juga memperkenalkan yoga sejenis latihan senaman untuk
kesihatan fizikal dan mental. Pada masa kini teknik ini telah berkembang ke seluruh
dunia.
Sumbangan besar tamadun Arab-Islam dalam bidang kimia antara lain
memperkenalkan proses penyulingan, kaedah menghasilkan minyak pati atau
petroleum, alcohol, asid galian seperti asid nitrik, sulfurik (ruh al-saj), hidroklorik
dan alkali melalui proses penyulingan. Mereka juga mencipta proses pembuatan
sabun keras, memperbaiki proses pembuatan kaca dan licauan untuk tembikar serta
mencipta ubat bedil.
Selain itu konsep-konsep perubahan kimia melalui beberapa peringkat atau proses
merupakan satu konsep kejuruteraan kimia yang penting yang dikenali sebagai konsep
kendalian unit. Konsep ini dihidupkan semula oleh perintis kejuruteraan kimia moden,
G.E. Davis di England hampir seribu tahun kemudian.

Tamadun India pula menghasilkan aktiviti peleburan logam dan menyadur logam
dengan emas. Kini, langkah ini masih digunakan terutama dalam pembuatan barang
kemas, Al-Biruni telah mengkaji pengetahuan kimia India dan menterjemahkannya ke
dalam bahasa Arab.

Perkembangan kimia juga berlaku di China terutama dalam usaha mengawet mayat
seperti usaha ahli perubatan Mesir dalam peleburan logam. Mereka juga berupaya
melebur logam-logam biasa yang bermutu rendah kepada emas dan perak dengan
menukar kandungan Yin dan Yang logam tersebut. Kesan dari usaha ini telah
terciptanya beberapa peralatan penting bagi kajian kimia antaranya pengenalan alat
dacing bagi mengukur berat bahan tertentu.

Tamadun India telah pun mengetahui mengenai konsep atom sejak 600 tahun SM.
Atom ini menurut mereka boleh wujud dalam setiap kehidupan dan boleh dipisah-
pisahkan. Pada zaman moden pemahaman inilah yang kemudiannya dikembangkan
hingga terciptanya tenaga atom. Selain itu, hasil dapatan mereka ialah sesuatu objek
akan mempunyai kadar berat yang lebih besar apabila ia berada dalam air berbanding
9
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

apabila ia berada di udara kerana densiti atom di dalam air melebihi densiti atom di
udara. Idea ini kemudiannya dikembangkan di Barat.

Sumbangan tamadun Arab-Islam kepada dunia ialah bidang pengukuran secara tepat
tentang sesuatu berat dan kajian tentang keseimbangan, iaitu hasil kesinambungan
terhadap penemuan Archimedes dari Tamadun Greek. Al-Biruni telah mengkaji
kemungkinan bumi mengelilingi matahari, tentang graviti dan keadaan di luar bumi.
Al-Khazini pula mengkaji tentang mekanik, hidrostatik dan kajian tentang pusat
graviti. Beliau juga melihat teori keseimbangan dan cara mengaplikasikan teori ini
bagi mengukur berat sesuatu objek. Dalam bidang yang berkaitan pergerakan benda,
Ibn Sina, Abu’al Barakat alBaghadi, Ibnu Bajjan dan lain-lain telah menemukan
pelbagai teori tentang momentum, pergerakan dan halaju sesuatu benda melalui
penelitian dan pembaikan mereka ke atas teori pergerakan benda Aristotle.

Bidang optik dipelopori oleh Ibn al-Haytham (Alhazen) yang menemukan prinsip
inersia dan teori statik. Beliau dianggap sebagai saintis optik terbaik dibandingkan
dengan Ptolemy dan Witelo. Sumbangan beliau meliputi kajian ke atas camera
obscura, mengkaji kanta, proses penglihatan, kajian ke atas struktur mata dan
mengkaji tentang pembentukan pelangi.

Pada masa kini Jepun terkenal dengan penciptaan alat-alat elektronik, pembuatan
jentera serta kereta pertama pada 1904 di Okayama Prefecture telah membuka mata
orang Jepun untuk menceburi bidang automobil. Hari ini telah wujudnya syarikat
pengeluar kenderaan yang besar.
Jepun juga mencipta pocket calculators yang pertama, Seiko yang terkenal dalam
pembuatan jam pula memperkenalkan penggunaan teknologi liquid crystal, cermin
kapal terbang, skrin komputer dan lain-lain. Toshiba merupakan syarikat pertama
yang mengembangkan industri video tape recorder (VTR). Malahan kini Jepun amat
popular dalam penghasilan robot yang penting dalam menggantikan tenaga pekerja
dalam industri berat dan permainan kanak-kanak.

Sumbangan tamadun China dalam penghasilan teknologi ialah penciptaan kertas.


Kertas pertama diperbuat daripada sutera, kemudian dibuat daripada buluh, kulit
10
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

pokok dan gentian pokok.Selain itu teknologi percetakan juga ditemui dalam tamadun
ini pada abad ke-7 M. Masyarakat China juga berjaya mencipta serbuk peletup. Pada
asalnya ia digunakan sebagai bahan bunga api tetapi kemudiannya dikembangkan
sebagai bahan untuk pembuatan senjata. Mereka menemui cara untuk mengekstrak
filamen dalam ‘cocoon’ lalu mengubahnya dalam bentuk benang dan seterusnya
menghasilkan benang sutera.
Mereka juga orang pertama di dunia yang memperkenalkan wang kertas,
menghasilkan alat pengiraan Sempoa, kompas, kincir air, alat pengisar bijirin, kerja-
kerja membersihkan bijih dan mencipta alat pengukur gempa bumi. Alat ini
dinamakan Seismoskop. Roda telah dicipta pada 3500 SM di Sumeria dan seterusnya
telah menjadi alat pengangkutan yang sangat penting hari ini.

Keunikan seni bina Mesir terletak pada kemampuan mereka dalam pembinaan
piramid yang dianggap sebagai salah satu daripada keajaiban dunia. Orang Yaman
misalnya telah mencapai kemajuan tinggi dalam pembinaan bandar dengan membina
bangunan di tanah tinggi yang lazimnya di dalamnya mengandungi istana, tempat
pemujaan, rumah awam, membuat empangan, tempat menakung dan menyimpan air,
ukiran dan lukisan.
Pada zaman Islam bandar paling maju ialah Madinah yang terdapat di dalamnya
masjid Nabi dan pasar yang dikenali sebagai Baqi al Kali di tengah bandar. Di India
seni bina bermula dalam tamadun Lembah Indus dan pencapaiannya sangat tinggi. Ini
dibuktikan dengan susun atur bandar Mohenjo-Daro dan Harrapa merupakan bandar
yang dibina secara terancang dan sangat lengkap. Bangunan dibina daripada batu
yang bermutu tinggi.

Terdapat juga sistem perparitan dengan pembinaan longkang-longkang tertutup,


sistem pembuangan air dan tempat mandi. Seni bina di India juga dipengaruhi oleh
Islam terutama selepas abad ke-9. Walaupun begitu banyak hasil seni bina Islam
dalam Tamadun India seperti Masjid Jamek di Fatehpur dan Taj Mahal di Agra: hasil
seni bina tercantik di dunia.

Dalam tamadun China proses urbanisasi bermula pada zaman Shang. Antara bandar
awal ialah Loyang dan Pu-yang yang berhampiran Sungai Kuning. Bandar-bandar ini
11
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

terdiri dari bandar terancang dan tidak terancang. Bandar terancang mempunyai corak
yang khusus terutama dibina bagi memenuhi kehendak sesuatu dinasti atau didirikan
untuk berfungsi sebagai pusat kediaman atau pentadbiran kerajaan baru. Manakala
bandar tidak terancang muncul secara semula jadi apabila berlakunya pertambahan
penduduk dan kegiatan ekonomi. Bandar terancang ini mempunyai tembok
pertahanan, bekalan air, pintu masuk dan pelan grid bandar. Keadaan ini juga
memudahkan pemerintah mengawal penduduk ketika darurat.

KESIMPULAN
Jelas kehebatan tamadun Asia dalam membentuk asas kepada ketamadunan dunia
hari ini. Lantaran dari tradisi pencapaian dan kecemerlangan dalam bidang ilmu sains,
matamatik, teknologi dan bidang-bidang lain menjadi bukti bahawa mereka mampu
membina ketamadunan yang besar dan agung jika mereka sentiasa melakukan
penerokaan, penemuan, penciptaan, pengubahsuaian dan pembaharuan kepada setiap
hasil penemuan mereka. Inilah juga yang kemudiannya menjadi pegangan masyarakat
barat hari ini. Tidak hairanlah mengapa melalui cara yang sama dunia barat pada masa
kini begitu tinggi pencapaian mereka dalam bidang sains dan teknologi hinggakan
memulakan zaman baru yang dikenali sebagai Zaman Siber atau Zaman Teknologi
Maklumat. Konsep Reseach and Development atau lebih dikenali sebagai R & D yang
digembar-gemburkan itu tidal lain adalah tradisi penemuan, peniruan, pengkayaan,
pembaikan, pembaharuan dan penciptaan yang telah mengakar dan berkembang
dalam tradisi ketamadunan Asia sejak zaman berzaman. Sesuai dengan pandangan
beberapa penulis barat hari ini, bahawa dunia pada zaman baru terutama pada abad
ke-21 akan mula beralih ke Asia sebagai pusat ekonomi dan keintlektualan kerana
masyarakat Asia sudah mula mendampingi dunia sains dan teknologi, tentunya
dengan tidak mengabaikan kesinambungan kecemerlangan Tamadun Barat.

Bahagian B:

Apakah dapat dipelajari daripada tamadun-tamadun purba Mesir,


Mesopotamia, Lembah Indus dan Lembah Hwang He?

Tulis satu esei.


12
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Cuba bayangkan statistik yang menghairankan sewaktu melawat piramid: 4,000


pekerja kuari menghasilkan 330 blok batuan setiap hari tanpa henti. Setiap hari pada
musim banjir, 4,000 blok dibawa ke Sungai Nil, dibawa menyeberang, diheret di atas
tanjakan ke dataran Giza, dan diletakkan di bahagian teras - 6.67 blok setiap minit!
Bayangkan 6.67 blok dalam setiap 60 saat!

Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun banyak bertitik
tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan dengan
tamadun. Antara istilah yang sering digunakan ialah ‘civilization’ dalam bahasa
Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan hadarah
dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsirannya tersendiri.
Peristilahan ini memberi kesan kepada definisi tamadun. Selain ini, definisi tamadun
juga berbeza antara seorang sarjana dengan sarjana yang lain kerana mereka memberi
tafsiran tamadun berdasarkan disiplin ilmu masing-masing. Ini menghasilkan definisi
tamadun yang pelbagai berdasarkan dimensi yang berbeza. Bagi ahli antropologi,
tamadun dikaitkan dengan kebudayaan. Ahli arkeologi pula menegaskan, tamadun
dihubungkan dengan peninggalan bahan-bahan bukti (artifak) yang boleh digunakan
oleh sejarawan dalam menyusun kisah sejarah masyarakat lampau.

Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan
rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah
tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan
jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang bertamadun.
Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat
kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah
membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia
membina tamadun.

Menurut Islam, tamadun sesebuah bangsa itu akan terbina apabila wujudnya nilai-
nilai baik dan mulia dalam sesebuah masyarakat. Seandainya sesebuah masyarakat
mengabaikan nilai-nilai baik atau menyalahi matlamat utama pembinaan tamadun,
maka masyarakat tersebut akan mengalami zaman keruntuhan.
13
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Sumbangan utama tamadun Mesir Purba adalah dalam seni bina,iaitu piramid.
Pembinaan piramid bermula daripada ilham IMHOTEP, iaitu saintis, ahli
fizik ,arkitek dan memperkenalkan teknik pembinaan bangunaan dengan
menggunakan batu bata yang dihasilkan daripada tanah liat.
Disamping itu kemajuan dalam penggunaan dan mencipta kertas daripada pokok
papyrus. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan
kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang
tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif .

Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak


daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan bagi melahirkan para pegawai
kerajaan, jurutulis ilmuan geometri, matematik, sains pengurus hal ehwal pertanian,
pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan
pembedahan memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga hari ini.
Perkembagan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah
digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil
yang berlaku sekali setahun.

Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar
kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian, membina tembok pengairan
bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan
tanah. Mesir Purba juga memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12
bulan dalam setahun.
Peradaban Mesir berjaya mengawet mayat. Mereka menggunakan ratusan teknik
berbeza dalam proses yang membolehkan tubuh hidupan disimpan untuk ribuan
tahun.
Analisis X-ray ke atas mumia mendapati bahawa pembedahan otak telah dilakukan di
zaman Mesir purba menggunakan teknik-teknik yang lebih profesional didapati
bahawa pemotongannya telah dilakukan dengan kemas. Tulang tengkorak yang
14
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

kembali bercantum membuktikan yang pesakit mampu hidup lama selepas


pembedahan tersebut.

Proses mumifikasi adalah sangat kompleks. Pertama, otak dan organ dalaman mayat
dikeluarkan dengan alatan khas. Peringkat seterusnya melibatkan penyahhidratan
tubuh selama 40 hari dengan menggunakan natron. Selepas cairan berlebihan dalam
badan dikeluarkan, rongga badan kemudian dipenuhkan dengan kain linen, pasir atau
habuk kayu. Kulit disapukan dengan campuran herba khas dan seterusnya dilapis
dengan cairan damar untuk melindunginya. Akhir sekali, tubuh tersebut dibungkus
dengan balutan kain linen.

Ukiran timbul pada dinding sebuah kuil di Kom Ombo menunjukkan ukiran sebuah
kotak peralatan pembedahan. Kotak ini mengandungi kekacip logam, pisau bedah,
gergaji, kuar, spatula, cangkuk kecil dan angkup. Teknik-teknik yang digunakan
adalah pelbagai. Bukaan dan retakan ditetapkan, splin digunakan dan luka ditutup
dengan jahitan. Retakan yang berjaya sembuh selepas rawatan boleh dijumpai pada
kebanyakan mumia.

Tiada kesan pembedahan ditemui pada kebanyakan mumia membuktikan bahawa


masyarakat Mesir purba mengurus luka pembedahan dengan baik dan menggunakan
benang linen. Jarum dalam segala kemungkinan diperbuat daripada tembaga.
Doktor-doktor Mesir dapat membezakan antara luka yang tidak berkuman dan yang
dijangkiti kuman. Mereka menggunakan campuran lemak kambing gurun, minyak fir
dan kacang pis hancur untuk membersih luka yang dijangkiti. Pakar bedah
membersihkan peralatan bedah menggunakan api sebelum digunakan dan memastikan
persekitaran pesakit sentiasa bersih. Ubat pelali yang digunakan kemungkinan jenis
opium.
Masyarakat Mesir merupakan pakar dalam pengekstrakan dan penghasilan pelbagai
mineral dan logam, terutamanya emas, menghasilkan aloi, tembaga dan besi serta
mempunyai ilmu kimia yang baik.

Masyarakat Mesir purba juga menggunakan besi sebagai tambahan untuk tembaga.
Timah digunakan untuk menghasilkan gangsa, dan kobalt untuk mewarna kaca.
15
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Logam yang sering digunakan dan paling dihargai adalah emas. Ratusan objek emas
hiasan yang ditemui dalam penggalian arkeologi.

Mereka mencipta 'Nilometer' untuk mengukur aras ketinggian air sungai Nil dan lain-
lain. Tenunan halus pada fabrik sangat mengagumkan para ahli kaji Mesir purba.
Spesimen-spesimen tersebut teramat halus hinggakan seseorang memerlukan kanta
untuk membezakannya daripada sutera, dan fabrik-fabriknya pada 2,000 SM dahulu
setanding dengan hasil kerja mesin tenun hari ini.

Nombor telah digunakan oleh masyarakat Mesir purba sejak dari awal lagi. Mereka
tahu bahawa segitiga dengan sisi berukuran 3:4:5 adalah segitiga tepat, dan
menggunakan pengetahuan ini (Teorem Pitagoras) dalam pengiraan pembinaan
mereka. Mereka berjaya mencipta kalender 365 hari setahun dengan berdasarkan
bulan dan matahari. Mereka jugalah yang mengasaskan 24 jam sehari. Mereka telah
mencipta sistem timbangan dan ukuran, dapat mengira dengan tepat segi tiga,
trapezium dan bulatan serta berpengetahuan tentang kira bahagi dan kira tambah.
Mereka mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air.

Dakwat yang digunakan untuk menulis dibuat dengan mencampurkan air, abu dan
gam sayur-sayuran. Rumput buluh halus digunakan sebagai pen. Tulisan dibuat atas
tembikar, tulang dan kayu. Kemudian orang Mesir menggunakan papirus sebagai
kertas.

Sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia pada hari ini ialah
pembinaan negara kota, penciptaan roda serta penggunaannya dan penciptaan layar
kapal. Selain itu, sumbangan tamadun Mesopotamia ialah pengenalan Kod Undang-
Undang Hammrurabi dan teknik mengkatalogkan ubat-ubatan serta cara-cara
penggunaannya. Mereka juga mencipta lambang 12 bintang dan kalendar yang
mengandungi 12 bulan dalam setahun dan tiap-tiap bulan pula mengandungi 30 hari.
Hari pula dibahagikan kepada siang dan malam yang tiap-tiap satunya mengandungi
12 jam. Planet-planet yang ditemui dinamakan menurut nama tuhan-tuhan mereka.
Pusat-pusat pemerhatian bintang ditubuhkan di seluruh negeri.
16
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Orang Sumeria bertanggungjawab memulakan disiplin matematik, bidang-bidang


algebra dan geometri. Mereka telah mengasaskan dua sistem kiraan iaitu sistem
decimal (berdasarkan unit 10 atau perpuluhan ) dan berdasarkan unit 60. Melalui
sistem unit 60 mereka mengira bulatan dan masa. Mereka merupakan orang yang
pertama mencipta satu pusingan jam mengandungi 60 minit, satu minit mengandungi
60 saat, mencipta satu bulatan mengandungi 360 darjah, begitu juga dengan
Khatulistiwa yang dibahagikan kepada 360 darjah, mencipta kira bahagi, kira darab,
kuasa dua dan kuasa tiga. Mereka juga mahir dalam mengira keluasan sesuatu
kawasan dan isipadu.

Mereka membuat ukiran-ukiran yang cantik dan halus dari tembaga. Seni Ukir yang
terkenal sekali di sini ialah ukiran Patung Raja Gudea. Ukiran juga dapat dilihat
melalui tembikar dan cop mohor yang dibuat daripada tanah liat, tiang batu dan arca.
Seni bina mereka seperti lengkungan, bumbung yang melengkung dan kubah yang
dibuat dari tanah liat. Taman Tergantung Babylon yang menjadi satu daripada tujuh
benda ajaib di dunia. Mereka membentuk sistem tulisan gambar-gambar atau simbol-
simbol yang diguriskan di atas kepingan tanah liat yang dikenali sebagai cuneiform
atau tulisan pepaku atau tulisan berbaji. Tulisan itu digunakan untuk merekodkan
sesuatu.

Dalam bidang perubatan pula, sekurang-kurangnya 550 jenis ubat telah dihasilkan
termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan
penggunaannya. Doktor-doktornya menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada
gangsa. Kain atau kulit digunakan untuk menuam. Mereka telah mempunyai
pengetahuan tentang pembedahan dan anatomi (kajibina tubuh). Cara mengubat
penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan
kepada pengamal perubatan.
Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistern pendidikan yang bertujuan
untuk melahirkan jurutulis. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran
dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua
urusan jual belinya disertakan dengan resit, nota, dan surat kredit.
17
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda dan telah menyumbangkan ciptaan
alat pengangkutan yang terawal kepada dunia. Penciptaan roda membolehkan orang
Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan
meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir. Tamadun Mesopotamia
juga telah. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pangangkutan beroda
sejak tahun 3000 S.M.

Sumbangan tamadun Hwang Ho yang dimanafaatkan oleh masyarakat sehingga kini.


Pembinaan sistem pengairan dan terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan
mengelakkan banjir, kemajuan dalam teknologi pembajakan, penciptaan cangkul dan
sabit dalam kerja pertanian, penggunaan batas untuk tujuan penanaman,
menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat dengan
besi, penggunaan tulisan ideogram dalam bidang penulisan dan percetakan serta
penggunaan kalendar 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.

Di China telah dicipta sistem membahagikan hari kepada siang dan malam dengan
seragam. Tiap-tiap hari bermula dengan tengah malam. Orang Han mencipta jam
matahari untuk mendapatkan masa yang lebih tepat. Ahli-ahli sainsnya mengkaji
matahari, bulan dan bintang untuk mendapatkan kalender yang tepat. Kalender China
telah digunakan untuk lebih kurang 2000 tahun. Ahli astronomi dan matematik China
telah mencipta alat seismograf yang berfungsi mengukur gegaran gempa bumi. Petani
juga berjaya mencipta roda air yang berfungsi untuk menghancurkan bijirin.

China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dihasilkan daripada


mencantumkan semua tembok-tembok menjadi satu tembok besar yang
bersambungan di atas bukit dan lembah. Pembinaannya adalah dalam jangka masa
antara tahun 228 SM hingga 210 SM. Tembok Besar China yang panjangnya kira-kira
2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia. Di
sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara dan bangunan-bangunan berbentuk
pagoda. Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-pengukirnya yang mahir.
Ukiran-ukiran dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, batu
marmar, batu kapur gangsa, batu, tanah liat dan kayu.
18
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Dalam bidang pembuatan seramik atau tembikar, masyarakat Shang telah memajukan
teknik-teknik membuat seramik. Buatannya halus dan dicat dengan warna hitam dan
merah. Gangsa juga digunakan untuk membuat bekas air dan makanan. Ia dihiasi
dengan ukiran-ukiran geometrik dan haiwan.

Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri daripada
potret manusia, gambar-gambar yang berlatarbelakangkan cerita-cerita metos dan
peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku. Corak lukisan lebih kepada gambar
pemandangan seperti sungai, gunung ganang, batu-batu dan salji.

Mereka juga menggunakan tulisan bergambar yang melambangkan sesuatu objek.


Orang China juga menggunakan tulisan simbol untuk menggambarkan idea abstrak
atau kompleks. Tulisan berbentuki simbol dikenali sebagai ‘ideogram’ atau
‘ideografik’. Tulisan ideografik ini menjadi asas kepada tulisan Cina sekarang. Pada
zaman Dinasti Shang jurutulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis.
Tulisan diguris di atas kepingan buluh, kulit siput, tulang, kulit kura-kura, batu jed,
gangsa, kayu, tembikar dan sutera. Kepingan-kepingan buluh yang telah ditulis itu
diikat untuk menjadi sebuah buku.

Terdapat satu lagi sumbangan penting iaitu pengamalan falsafah perang Sun Tzu.
Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana
menyerang musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa. Pada hari ini,
falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

Sumbangan tamadun indus kepada peradaban manusia pada hari ini ialah
memperkenalkan kaedah membina bandar terancang serta mencipta batu-bata
daripada tanah liat dengan menggunakan suhu yang tinggi. Keupayaan untuk
mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa bukanlah
perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari
sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya. Perancangan bandar disusun
berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
19
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Semasa diperintah oleh Dinasti Gupta (320-500M),sistem nombor iaitu 0 hingga 9


telah dicipta. Tamadun Indus telah membina rumah-rumah yang menyerupai rumah-
rumah moden yang lengkap dengan bilik makan, bilik mandi dan halaman. Tulisan
tamadun Indus adalah berbentuk piktograf. Ia dikesan pada cap-cap yang ditemui.
Kewujudan tulisan itu membuktikan bahawa masyarakat Indus telah maju dalam
bidang intelektual.

Tamadun awal India ini juga menghasilkan barang-barang kemas yang halus
buatannya, tembikar dan barang keperluan rumah yang bermutu tinggi, membuktikan
pencapaian tinggi dalam bidang kesenian dan kraftangan. Bahan kraftangan yang
dibawa dari kawasan yang jauh. Misalnya, bitumen dari Baluchistan, perak dari
Afghanistan dan plumbum dari Rajasthan. Lukisan didinding telah dijumpai di Ajanta
yang dikatakan tiada tolok bandingnya pada zaman silam.

Di samping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan
binaan. Hal ini telah berjaya dilaksanakan apabila masyarakat Indus tidak hanya
bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat.
Sebaliknya, ia dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
Berasaskan perkara ini, kecemerlangan perancangan bandar dalam tamadun Indus,
sebenarnya, merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian
termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.

Bahagian C

“Budaya Ilmu Merupakan Pengaruh Terbesar Dalam Perkembangan


Sesuatu Tamadun”

Bincangkan pernyataan di atas dengan merujuk kepada DUA tamadun berikut:


20
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Pilih SATU: Pilih SATU:

Tamadun Islam Tamadun Cina


atau DAN atau
Tamadun Melayu Tamadun India

Sokong jawapan anda dengan contoh-contoh yang relevan.

Tamadun Islam

Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan
tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek agama kerana agama
Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi
akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang ditakutinya kecuali Tuhan.
Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur.
Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa, kaum, keturunan dan
geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah
antara sebab agama dan tamadun Islam berkembang di seluruh dunia. Di samping itu,
agama Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia yang
dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat.
Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka
peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepada asas
pembinaan tamadun. Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula
dengan aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan
ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sempurna yang merangkumi roh,
akal dan jasad.

Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat
membebaskan pemikiran mereka yang selama ini dibelenggu oleh pelbagai doktrin
Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi
dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan. Demikian juga sikap
mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia
merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna.
Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali
sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang
dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn
21
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia
boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang
Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan
diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Seterusnya karya
tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain.

Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat
memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan perang, etika peperangan
seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan
oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam
aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk
Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali.

Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan
perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman
seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipelajari daripada orang Islam.
Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar.
Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan
di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi
bahan rujukan di Eropah.

Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam
seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah.
Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus
pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam
bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru
dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang
menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah
menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik
Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik
dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau antaranya Liberab’ci telah
dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach,
pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang
22
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam
matematik rajah segi tiga.

Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan al-
Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath
dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya
astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali(Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir
dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk
menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.
Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada
bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah
berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu
pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat.
Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta
sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah
mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.

Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-
kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang
cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah
jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad
ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari
Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis
pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang
mengulas tentang tumbuh-tumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah
menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses
daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul
Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling
perpengaruh dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang
berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di
wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar
23
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang
perubatan.

Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan
teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir
air dan kincir angin.

Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang
dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin.
Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M)
telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John
of Garland dengan karyanya berjudul Ochetusyang mengkaji tentang nada suara yang
diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.

Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sastera dalam
bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Istilah-istilah Arab seperti
sukkar (sugar),kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan banyak lagi telah dipinjam oleh
bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh
ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Mas’udi, Ibn Jubayr
dan Ibn Battutah.

Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam
sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi
peperangan pada zaman moden.

Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan dan keilmuan Islam telah ditiru oleh
bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di
Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak
dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun mereka, malah
mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah
era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.
24
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tamadun Cina

Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta sejarah dunia. Muzik klasik,
kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam
tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat
yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu
dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam
semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada
abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana
muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.

Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan
dalam tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan
kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk
tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis
dan puisi. Su Dongpo (1037 – 1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang
pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi
kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis
halus).

Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15
sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan
dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain
teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman
dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina telah mampu
menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan
astronomi.

Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam
kurun ke2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh
Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif,
sistem pecahan dan perpuluhan.
25
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang
terdiri dari teori kosmik dualistik ‘yin’ dan ‘yang’, teori lima elemen, dan juga teori
jing dan luo. Teori yin dan yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini
mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima elemen menganggap bahawa tubuh
manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima
elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas kepada rawatan
terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini
berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan
dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan
pada sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina
seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada
perkembangan perubatan modem oleh barat.

Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas,
pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah
mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku
jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan
letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia
Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon.

Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan.
Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui
di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun
ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-
8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan
semasa pelayaran.

Dalam aspek ekonomi pula, banyak sumbangan telah dicapai. Salah satu aspeknya
ialah pembinaan sistem pengairan.Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman
Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian . Oleh itu,
terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan
26
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

berlakunya banjir. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan


kawasan pertanian di wilayah tersebut.

Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan
dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini
petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga
berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang
dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

Salah satu sumbanagn penting tamadun ini ialah sistem tulisannya. Sistem tulisan ini
berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan
percetakan. Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang
Korea dan Jepun.

Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30


hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan kalendar untuk
menentukan musim menanam dan musim menuai; disamping menjalankan aktiviti
harian seperti upacara perkahwinan perburuan ataupun pengebumian.

Selain itu, terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun ini yang cuba digunakan
sehingga hari in iaitu pengamalan falsafah perang Sun Tzu. Karyanya, the Art of War
yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menangani musuh telah
diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa. Pada hari ini falsafah tersebut diaplikasikan
pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

RUJUKAN
1. Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan
27
TUGASAN MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.


2. Ahmad Zaki Abd Latif. 1997. Perbandaran Di Timur Tengah: Kesannya
Terhadap Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Aminuddin dan rakan-rakan. 1998. Tamadun Islam dan Melayu. Skudai:
UTM.
4. Atlas Budaya Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Joseph
Needham. 1990.
5. Azhar Hj Mad Aros dan rakan-rakan. 2000. Titas Kertas 2. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
6. Wan Mohd Shaghir Abdullan (1998). Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan
Melayu.
7. Zainal Abidin Borhan & Ahmad Hakimi Khairuddin, Bab 3. Tamadun
Melayu Teras Tamadun Malaysia. Jabatan Sosio-Budaya Melayu,
Akademi Pengajian Melayu.

Anda mungkin juga menyukai