Anda di halaman 1dari 6

TAKE HOME EXAMINATION

SEMESTER 1/ TAHUN 2 JANUARI 2023

NBHS 1402

BASIC PATHOLOGY

NO. MATRIKULASI : 9301060356760001


NO. KAD PENGNEALAN : 930106-03-5676
SOALAN 1

Gangguan imun terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan
menanggap sel tersebut adalah sel asing. Disebabkan kegagalan tersebut maka ia boleh
menyerang pelbagai organ dan tisu. Terdapat beberapa jenis gangguan berkaitan dengan imun
dalam sistem tubuh manusia. Antara yang sering ditemui adalah seperti berikut;

1) DIABETES MELLITUS TYPE 1 (DM TYPE 1)


Penyakit ini kebiasaannya dapat dikesan lebih awal iaitu dari kanak-kanak atau awal dewasa.
Penyakit ini disebabkan oleh serangan sistem kekebalan tubuh pada sel pancreas yang
berfungsi untuk menghasilkan insulin. Penyakit ini akan menyebabkan gangguan pada
penghasilan insulin, sehingga tubuh tidak dapat mengawal kadar kandungan gula dalam
badan. Ianya turut berisiko mengakibatkan kerosakan kepada ginjal, mata, otak, jantung dan
pembulu darah. Bagi menanganinya, pesakit perlu diberikan insulin secara berkala dan perlu
sentiasa memeriksa kandungan gula dalam darah serta menerapkan pola makan yang sihat.

2) SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS (SLE)


Penyakit ini turut dipanggil Lupus yang menyebabkan terbentuknya antibody yang boleh
menyerang hampir seluruh jaringan tubuh pesakitnya. Antara bahagian tubuh yang sering
diserang adalah sendi, paru-paru, ginjal, kulit, jaringan penyambung tubuh, pembuluh darah,
sumsum tulang, dan jaringan saraf. Pada kebiasaanya ianya boleh meninggalkan kesan ruam
yang jelas pada bahagian kulit, keguguran rambut yang serius dan penurunan berat badan.
Buat masa ini, belum ada ubat yang khusus untuk menyembuhkan penyakit Lupus. Namun,
ubatan yang diberikan adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh supaya
dapat mengurangkan keradangan serta mencegah kerosakan organ yang lebih teruk.

3) RHEUMATOID ARTHRITIS
Penyakit ini menyebabkan sistem kekebalan tubuh menghasilkan antibody yang menyerang
bahagian sendi dalam tubuh badan manusia. Akibat dari serangan ini, ia akan mengakibatkan
keradangan, bengkak dan sakit pada bahagian sendi. Jika tidak mendapatkan rawatan awal,
penyakit ini akan menyebabkan kerosakan kekal pada bahagian sendi.
4) MULTIPLE SCLEROSIS
Sistem imun pesakit akan menyerang pelindung saraf (mielin) otak atau tulang belakang
(medulla spinal) sehingga mengganggu fungsi saraf untuk berkomunikasi dengan saraf lain di
otak, tulang belakang atau bahagian lain tubuh. Pesakit kebiasaannya akan mengalami
kesulitan untuk berjalan dan masalah keseimbangan.

5) ADDISON’S DISEASE
Penyakit ini memengaruhi kelenjar adrenal, yang menghasilkan hormon kortisol dan
aldosteron serta hormon androgen. Sstem imun akan menyerang kelenjar adrenal yang
letaknya diatas ginjal yang menghasilkan hormon steroid berupa mineralokortikoid,
glukokortikoid serta gonadokortikoid. Kekurangan kortisol akan mempengaruhi cara tubuh
menyimpan dan menggunakan karbohidrat dan gula. Manakala kekurangan aldosteron akan
menyebabkan kehilangan natrium dan kalium berlebih dalam aliran darah.

6) PSORIASIS
Psoriasis adalah penyakit autoimun yang menyerang kulit. Penyakit ini mempengaruhi sel
kulit hingga sel kulit baru menjadi matang terlalu cepat padahal sel-sel yang sudah tua tidak
gugur sehingga menyebabkan terjadi penimbunan sel-sel di permukaan kulit .Ini akan
mengakibatkan inflamasi, tompokan ,’scaly’ yang dikenali sebagai ‘plaques’ terutamanya
pada bahagian kulit kepala,lutut,punggung dan pergelangan tangan.

7) ALOPECIA ARATA
Penyakit ini berlaku apabila sistem imun pesakit menyerang folikel-folikel rambut iaitu
struktur tempat tumbuhnya rambut. Ini akan menyebabkan keguguran rambut sehingga
menimbulkan tompok-tompok botak pada kepala. Selain keguguran rambut, pesakit juga
merasakan gatal-gatal atau rasa terbakar pada kulit kepala.

8) GRAVE’S DISEASE
Ini adalah penyakit autoimun yang menyerang kelenjar tiroid iaitu kelenjar di leher yang
menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid sendiri berfungsi salah satunya untuk mengawal
penggunaan energi tubuh, yang dikenal sebagai metabolisme. Terlalu banyak hormone akan
menyebabkan palpitasi dan menurunan berat badan.
9) MYASTHENIA GRAVIS
Myasthenia gravis memengaruhi saraf impuls yang membantu otak mengawal otot. Gejala
yang paling umum adalah kelemahan otot yang semakin teruk ketika melakukan aktiviti dan
membaik selepas berehat. Ianya juga turut melibatkan otot pada bahagian mata.

10) SCLERODERMA
Seperti Psoriasis, Scleroderma adalah juga penyakit autoimun yang menyerang kulit. Kulit
penderita Scleroderma akan menjadi pengerasan berbentuk oval atau memanjang.
SOALAN 2

Gangguan hemodinamik merujuk kepada keadaan perubatan yang timbul disebabkan oleh
ketidakseimbangan dalam aliran darah dan ketidakseimbangan sitem peredaran badan. Antara
jenis gangguan hemodinamik dalam tubuh badan manusia yang sering terjadi adalah seperti
berikut;

1) EDEMA
Edema adalah satu kondisi pembengkakan yang berlaku dalam jaringan tubuh manusia yang
disebabkan oleh pengumpulan cecair pada sesuatu tempat. Antara gelaja yang sering terlihat
kepada pesakit yang mengalami edema adalah bengkak pada kaki, tangan atau perut. Selain
itu, kulit juga akan kelihatan berkilau dan muncul cekungan pada bahagian kulit jika ditekan
(pitting edema). Edema juga boleh berlaku dalam paru-paru. Antara penyakit sinonim yang
menyebabkan edema adalah seperti CCF, renal disease dan reaksi elergik yang teruk.
Rawatan boleh diberikan berdasarkan punca berlakunya edema. Sebagai contohnya, jika ibu
hamil yang mengalami edema pada kaki. Mereka memerlukan rehat dan baring dalam
keadaan kaki diangkat lebih tinggi supaya tidak berlaku pengumpulan cecair pada bahagian
kaki.

2) HEMORRAGE/PENDARAHAN
Hemorrhagic disorder terlihat jika adanya excessive bleeding karena kegagalan
hemostasis primer maupun sekunder pada pembuluh darah, platelet, atau koagulatif factor.
Ianya adalah satu keadaan badan kehilangan banyak cecair darah. Pendarahan tidak
semestinya terjadi dalam bentuk trauma sahaja malah ianya pendarahan dalaman juga turut
boleh berlaku. Dalam situasi pendarahan dalaman, darah akan kekal di dalam badan dan
boleh memasuki rongga seperti toraks, peritoneal dan pericardium. Secara luarannya,
hematoma dapat dilihat dalam beberapa bentuk seperti purpura, petechiea dan ekimosis.

3) SHOCK (RENJATAN)
Shock adalah perfusi yang tidak mencukupi (bekalan darah) ke tisu. Perfusi tisu normal
memerlukan pam (jantung), paip yang utuh (salur) dan cecair yang mencukupi (darah). Shock
boleh disebabkan oleh bebrapa keadaan seperti septic shock (disebabkan kuman/bakteria
dalam darah), hypovolemic shock (disebabkan kehilangan darah yang banyak), obstructive
shock, cardiogenic shock (disebabkan masalah pada jantung seperti myocardial infarction),
anaphylactic shock dan spinal/neurogenic shock.

4) EMBOLISM
Embolus ialah jisim pepejal, cecair, gas intravaskular yang terpisah yang dibawa oleh darah
ke tapak yang jauh dari titik asalnya. Embolism ialah arteri tersumbat yang disebabkan oleh
badan asing, seperti bekuan darah atau gelembung udara. Tisu dan organ badan memerlukan
oksigen, yang diangkut ke seluruh badan dalam aliran darah. Embolism yang sering terjadi
adalah pulmonary embolism yang kebiasaannya berlaku pada bahagian paru-paru. Salur
darah paru-paru tersumbat berlaku apabila tiba-tiba aliran darah melalui arteri paru-paru
tersekat. Ini adalah disebabkan oleh gumpalan darah beku kecil yang mengembara dari
tempat lain ke salur darah paru-paru biasanya daripada salur darah kaki. Gumpalan darah
beku yang terbentuk dalam salur darah vena kaki terpisah, kemudian bergerak melalui
jantung lalu terlekat di dalam salur darah paru-paru (thromboembolism). Jika salur darah
paru-paru besar yang tersumbat, ia boleh menyebabkan kematian mengejut.

5) HYPEREMIA DAN KONGESI


Hyperemia adalah peningkatan jumlah darah dalam tisu. Ianya turut merupakan dilatasi pada
pembuluh darah, prosesnya aktif di dalam sistem arteri,menyebabkan eritema Hiperemia aktif
berlaku akibat pelebaran arteriol & kapilari seperti berlakunya inflamasi. Manakala
hyperemia pasif pula berlaku disebabkan oleh peningkatan tekanan vena yang berlaku dengan
aliran keluar darah terjejas dari kawasan tersebut. Dalam kongesi pula, sinosis kebiasaanya
berlaku. Sianosis adalah perubahan warna kebiruan pada bibir dan kulit yang menunjukkan
kekurangan oksigen.

6) HYPOTENSION

Hipotensi ialah penurunan tekanan darah sistemik di bawah nilai rendah yang diterima.
Walaupun tiada nilai hipotensi standard yang diterima, tekanan kurang daripada 90/60
diiktiraf sebagai hipotensi. Jantung berfungsi sebagai sistem pam untuk menjana kecerunan
tekanan untuk pengagihan darah ke seluruh badan. Ia hanya menjadi kebimbangan apabila
tekanan mengepam tidak mencukupi untuk meresap ke organ utama dengan darah
beroksigen. Ini membawa kepada gejala yang menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Anda mungkin juga menyukai