Anda di halaman 1dari 23

KOD KURSUS DAN NAMA PROGRAM:

CTU 152 (VALUES AND CIVILIZATION)


TAJUK:
INSAN BERADAB SEBAGAI MATLAMAT PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH:
AHLI KUMPULAN NO. MATRIKS
NUR ANIS FARISSYA BINTI ZAINUDIN 2020858762
NUR HUSNINA BINTI ZAMZURI 2020812392
NUR NAJWA BINTI MUHADHIR 2020475984
NUR HIJRATUL HUSNA BINTI MOHAMAD AB 2020854376
NAJAR
NUR ERMA IZZATY BINTI NASHROL 2020832962
SITI SU'AAD BINTI ZIAD 2020877448

KELAS:
CS1112C
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. SURITA HARTINI BINTI MAT HASSAN
TARIKH HANTAR:
22 JUN 2021
Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan ................................................................................................................... 3

2.0 Insan Beradab................................................................................................................. 5

3.0 Adab dan Akhlak ............................................................................................................. 7

4.0 Kaedah Pendidikan Akhlak ........................................................................................... 14

5.0 Model Akhlak Insan Kamil ............................................................................................. 18

6.0 Penutup ........................................................................................................................ 21

7.0 Rujukan......................................................................................................................... 22

2
1.0 PENDAHULUAN

Sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak”.

[Riwayat Ahmad (8952)]

Melalui hadith di atas, kita dapat lihat betapa pentingnya pendidikan dan akhlak dalam

kehidupan seharian. Dalam perbincangan ini, akan membincangkan tiga perkara, iaitu

pendidikan, adab dan akhlak dengan lebih jelas dan mudah difahami melalui pendapat

cendekiawan Islam dan juga ahli-ahli falsafah yang sedia ada. Daripada petikan di halaman

ensiklopedia bebas, pendidikan dapat ditafsirkan sebagai satu proses pengajaran dan

pembelajaran kepakaran khusus. Pendidikan juga dirumuskan sebagai satu proses

memperkembangkan diri manusia meliputi aspek fizikal, intelek, sosial, emosi dan kerohanian

kepada tahap yang sempurna bersandarkan kepada pendidikan di rumah, sekolah, pergaulan

dengan rakan-rakan, masyarakat dan persekitaran.

Jelaslah bahawa, pendidikan memainkan peranan penting pembangunan akhlak

seseorang kerana prosesnya meliputi semua aspek kehidupan. Oleh hal yang demikian,kita

dapat lihat Islam memandang tinggi dan sangat mementingkan pendidikan berdasarkan

kepada kedudukan ilmu dan kepentingannya sebagaimana firman Allah SWT yang

bermaksud:

“Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang

diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat” (al-Mujadalah:11)

Namun, terdapat masalah besar yang dapat dilihat yang telah menimpa umat islam

dan intelektual Muslim yang berpunca daripada kelemahan dan unsur luaran. Unsur luaran

pada dasarnya berpusat pada cabaran daripada kebudayaan dan tamadun Barat. Salah satu

masalah yang menjadi isu penting pada masa kini adalah berkaitan dengan adab. Hal ini

dikatakan sedemikian kerana, saban hari adab dalam kalangan generasi muda semakin pudar

kerana ditelan peredaran zaman seperti perasaan saling menghormati, sopan-santun, saling

3
menghargai, saling membantu dan sebagainya. Di samping itu, kehilangan adab juga berlaku

akibat ilmu dan pendidikan yang diambil hanya mementingkan aspek akademik tetapi

meminggirkan pembangunan peribadi.

Melalui pendidikan, kita boleh melihat satu proses sebagai satu produk atau hasil. Kita

boleh melihat bagaimana seseorang itu diajar atau diasuh. Perkara ini dapat memberi kesan

dalam pembelajaran serta pertambahan ilmu dan perubahan cara seseorang berfikir.

Realitinya, apabila dalam diri keperibadian seseorang kehilangan adab, seseorang itu akan

mula terbelenggu dengan perbuatan yang tidak berasakan nilai murni dan boleh

mengakibatkan seseorang terjeremus diri dalam anasir-anasir negatif. Dengan bermulanya

kehilangan adab, akan adanya sifat sombong, riak dan angkuh dalam diri sehingga boleh

menyinggung orang lain atas perbuatan dan tindakan yang dilakukan.

Justeru itu, proses pendidikan amat penting dalam kehidupan ini agar dapat

merealisasikan apa yang termaktub dalam al-Quran. Ekoran daripada itu, Islam

menganjurkan umatnya untuk sentiasa beradab dalam semua urusan kehidupan. Oleh itu,

perkara ini perlu dititikberatkan dalam kehidupan sejagat supaya dapat dipupuk sikap beradab

satu sama lain dengan baik dan sempurna.

4
2.0 INSAN BERADAB

Definisi Ta’dib
Menurut Prof Naquib al-Attas, secara bahasa, adab berasal dari bahasa Arab iaitu

addaba-yu’addibu-ta’dib yang telah diterjemahkan oleh al-Attas sebagai ‘mendidik’ atau

‘pendidikan’. Dalam kamus Al-Munjid dan Al Kautsar, adab dikaitkan dengan akhlak yang

memiliki erti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat sesuai dengan nilai-nilai agama

Islam. Sedangkan, dalam bahasa Yunani adab disamakan dengan kata ethicos atau ethos,

yang artinya kebiasaan, perasaan batin, kecenderungan hati untuk melakukan perbuatan.

Ethicos kemudian berubah menjadi etika. Selain itu, menurut Naquib al-Attas, akar kata adab

tersebut berdasarkan dalam sebuah hadis Rasulullah saw yang secara jelas mengunakan

istilah adab untuk menerangkan tentang didikan Allah SWT yang merupakan sebaik-baik

didikan yang telah diterima oleh Rasulullah SAW. Di samping itu, Naquib al-Attas

mendefinisikan konsep adab memang sangat terkait dengan pemahaman tentang wahyu.

Orang beradab adalah yang akan dapat memahami dan meletakkan sesuatu pada tempatnya,

sesuai dengan harkat dan martabat yang ditentukan oleh Allah. Konsep adab seperti ini sesuai

dengan istilah dan tujuan Pendidikan Islam itu sendiri, iaitu ta’dib dan tujuannya adalah

membentuk manusia yang beradab. Pengertian konsep ta’dib ini dibangunkan dari makna

kata dasar addaba-yu’addibu-ta’dib yang bermaksud penyucian atau membersihkan

seseorang daripada kekotoran. Ta’dib dari segi terminologi membawa maksud suatu proses

mendidik atau membentuk. Seseorang individu yang terdidik mempunyai kemampuan untuk

mengembangkan segala potensinya ke arah pembentukan peribadi, sikap dan sahsiah

selaras dengan acuan pembentukan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Seterusnya, Al-Attas mengajukan agar definisi pendidikan Islam diganti menjadi

penanaman adab dan istilah pendidikan Islam menjadi ta’dib. Konsep ta’dib ini disampaikan

kembali oleh Al-Attas pada Konferensi Dunia Kedua mengenai Pendidikan Islam yang

diselenggarakan di Islamabad pada tahun 1980. Sebenarnya apa yang menjadi alasan Al-

Attas terus-menerus memperjuangkan konsep ta’dib sebagai pengganti dari Pendidikan Islam

5
kerana menurut Al-Attas, jika benar-benar dipahami dan dijelaskan dengan baik, konsep ta’dib

adalah konsep yang paling tepat untuk pendidikan Islam, bukannya tarbiyah ataupun ta’lim.

Sebab, Al-Attas melanjutkan, bahawa struktur kata ta’dib sudah merangkumi unsur-unsur ilmu

(‘ilm), pengajaran (ta’lim), dan pembinaan yang baik (tarbiyah). Menurut konsep ta’dib

daripada Al-Attas menjelaskan bahawa orang terpelajar adalah orang yang baik. Baik yang

dimaksudkan di sini adalah adab dalam pengertian yang menyeluruh, yang meliputi

kehidupan spiritual dan material seseorang, yang berusaha menanamkan kualiti kebaikan

yang diterimanya. Oleh hal demikian, orang yang berilmu menurut perspektif Islam

didefinisikan Al-Attas sebagai orang yang beradab. Oleh sebab itu, pendidikan, menurut Al-

Attas adalah penyemaian dan penanaman adab dalam diri seseorang, ini disebut dengan

ta’dib. Sebagaimana al-Qur’an menegaskan bahawa contoh ideal bagi orang yang beradab

adalah Nabi Muhammad SAW.

Tegasnya, insan yang beradab boleh dikatakan sebagai manusia yang memiliki

pelbagai nilai keutamaan dalam dirinya. Dengan berpijak kepada konsep adab dalam Islam,

maka ‘manusia yang baik’ atau ‘manusia yang beradab’, adalah manusia yang mengenal

Tuhannya, mengenal dan mencintai Nabinya, menjadikan Nabi SAW sebagai ukhwah

hasanah, menghormati para ulama sebagai pewaris Nabi, memahami dan meletakkan ilmu

pada tempat terhormat, serta memahami yang mana ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Oleh

itu, ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang merosakkan serta mampu menjalankan tugasnya

sebagai Khalifatullah fil-ardh dengan baik. Oleh hal demikian, maka dapatlah dirumuskan

bahawa insan beradab adalah manusia yang mampu meletakkan sesuatu pada tempat dan

mampu membandingkan yang baik dan buruk. Dalam masa yang sama mereka mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan ilmu dalam membentuk nilai diri kearah kebaikan seperti

yang dikehendaki agama.

6
3.0 ADAB DAN AKHLAK

Definisi Akhlak

Akhlak dari segi Bahasa ialah moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semula jadi,

maruah, watak, atau rupa batin seseorang. Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-

akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (alkhuluqu) yang bererti tabiat, perangai,

kelakuan, tingkah laku, adat kebiasaan, dan ia juga bererti agama itu sendiri. Perkataan (al-

khulq) ini di dalam al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:

Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang

amat mulia.” (Al-Qalam:4)

Aisyah pernah berkata berkaitan akhlak Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Akhlak

(Rasulullah) adalah al-Quran.” Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata itu

ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah S.A.W yang

semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.

Perkataan (al-khalqu) pula ialah kejadian, ciptaan dan juga bermaksud kejadian yang

indah dan baik. Jika ia ditujukan pada kejadian manusia, ia membawa maksud bagi struktur

tubuh badan manusia yang baik dan seimbang. Manakala apabila membawa erti kejadian

atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, dan menurut undang-undang yang tepat, ia merujuk

kepada kejadian alam semesta. Oleh itu, firman Allah SWT dalam suruh al-Imran ayat 190

iaitu:

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam

dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.”

Akhlak juga merupakan perangai atau tabiat kerana ia telah wujud dalam setiap

individu sejak lahir lagi. Akhlak boleh digambarkan daripada keadaan dalam diri yang telah

sebati, ia menunjukkan bahawa daripadanya lahir tingkah laku yang mudah dan senang tanpa

memerlukan pertimbangan atau permikiran. Mahupun begitu, pendidikan akhlak dalam

kalangan kanak-kanak masih perlu dipertekankan walaupun akhlak merupakan sifat yang

7
sebati dalam diri seseorang sejak lahir lagi. Hal ini kerana menurut islam, anak-anak dilahirkan

bersifat fitrah, iaitu tabiat semula jadi manusia itu suci dan bersih daripada dosa.

Menurut Imam Al-Ghazali, akhlak dari segi istilah ialah suatu sifat yang tertanam dalam

jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan

pertimbangan terlebih dahulu. Selain itu, menurut Ibnu Miskawaih pula, akhlak ialah keadaan

jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan

akal fikiran terlebih dahulu. Manakala menurut Professor Dr Ahmad Amin, akhlak ialah

kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.

Akhlak ini boleh ditakrifkan umpama pokok dan akarnya. Apabila akarnya baik, maka

baik jugalah pokoknya. Tetapi jika akarnya rosak, maka pokoknya juga akan rosak. Hal ini

kerana tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik jika akhlaknya itu baik.

Oleh itu, akhlak dapat dirumuskan bahawa ia merupakan sifat semula jadi manusia,

tabiat, keperibadian dan tingkah laku yang wujud dalam diri individu sejak lahir lagi. Akhlak

juga merupakan suatu sistem yang menilai seseorang dalam berinteraksi sama ada antara

manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, manusia dengan haiwan, manusia dengan

alam sekitar dan manusia dengan harta benda. Jelaslah bahawa akhlak dalam islam amat

jelas. Hal ini kerana terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah yang menunjukkan

bahawa peranan akhlak dalam islam tidak boleh dipisahkan daripada kandungan agama itu.

Agama islam amat berkait rapat dan menekankan soal akhlak dalam diri seseorang.

Bagi mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah

menggariskan beberapa prinsip utama, antaranya ialah beriman kepada Allah SWT. Hal ini

kerana jika seseorang itu beriman dengan Allah SWT dan selalu menjaga hubungannya

dengan Allah SWT, maka dia juga mempunyai sifat yang sama untuk menjaga hubungan

antara sesama manusia, manusia dengan haiwan dan lain-lain. Selain itu, membenarkan al-

Quran dan as-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan

arahan kedua-duanya. Hal ini demikian kerana al-Quran merupakan panduan hidup manusia

8
yang menjadikan kehidupan manusia lebih teratur dan lebih sempurna. Jadi, jika seseorang

itu mengikut dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehiduapan seharian, makan hidup

mereka akan mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik. As-Sunnah juga mempunyai

banyak pengajaran berkaitan panduan kehidupan manusia yang patut kita patuhi dan

amalkan.

Seterusnya, prinsip utama bagi pembinaan akhlak dan rohaniah manusia ialah

sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram. Hal ini demikian kerana, kita sebagai umat

islam seharusnya sudah tahu untuk menilai yang mana baik dan buruk. Jadi, jika seseorang

itu tahu untuk membezakan yang mana halal dan yang mana haram, individu tersebut dapat

perlihara akhlaknya kerana tahu batas antara halal dan yang haram. Disamping itu, seseorang

itu haruslah rajin berusaha mencari ilmu yang bermanfaat. Hal ini terbukti bahawa jika kita

tiada ilmu, maka akhlak kita akan mudah rosak kerana dengan tiadanya ilmu seseorang itu,

dia akan kelihatan seperti orang yang tidak berpengetahuan dan tidak mengetahui apa-apa.

Akhir sekali, prinsip utama bagi pembinaan akhlak dan rohaniah manusia ialah beriman

dengan kebangkitan dan hari kiamat. Hal ini demikian dapat menyedarkan manusia agar lebih

menjalani kehidupan didunia dengan akhlak yang baik dan sentiasa beribadah kepada Allah.

Akhlak Islamiyah

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti,

kelakuan, tabiat. Islamiyah pula ditakrifkan sebagai yang berkaitan dengan atau berasaskan

agama islam. Menurut imam Ghazali, pengertian akhlak islamiyah ialah suatu sifat yang

tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran

terlebih dahulu. Simpulannya, akhlak islamiyah ialah tingkah laku baik yang menjadi

kebiasaan diri seseorang bermulanya daripada niat dan keinginan diri untuk bertindak kerana

merasakan perbuatan itu sesuai dengan norma hukum islam, disamping melakukannya

secara rutin bagi memperoleh tempat istimewa disisi Allah SWT. Antara akhlak Islamiyah yang

patut kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita ialah sifat penyabar, pemurah, jujur dan

amanah dalam pekerjaan serta beramal dengan sifat-sifat mahmudah.

9
Ciri-ciri akhlak Islamiyah:

1. Bersifat mutlak dan menyeluruh

Akhlak islamiyah bersifat mutlak bermaksud perlakuan, tabiat, tingkah laku yang telah

ditetapkan dan tidak boleh diubah atau dipinda sewenang-wenangnya. Misalnya jika berlaku

kemalangan tanpa sengaja, kemudian kita bertindak untuk meminta maaf dengan segera jelas

menunjukkan bahawasanya sifat mutlak akhlak Islamiyah ini telah wujud dan tertanam dalam

diri kita. Bersifat menyeluruh pula bermaksud setiap individu berhak untuk beramal dengan

sifat akhlak Islamiyah tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat dan masa. Hal

ini kerana manusia yang hidup dengan akhlak Islamiyah akan dikelilingi dengan kebaikan

kerana mereka sentisa dilimpahi dengan rahmat Allah SWT.

2. Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan

Bagi membentuk kejadian manusia yang lengkap merangkumi semua aspek kemanusiaan

iaitu rohaniyah, jasmaniyah dan aqiliyah, akhlak Islamiyah adalah kunci utamanya. Manusia

yang mengamalkan akhlak Islamiyah ini akan kelihatan sempurna di mata masyarakat kerana

perilaku mereka yang mampu memberikan kesenangan hati kepada orang lain. Di samping

itu, mereka juga dengan mudahnya dapat menyempurnakan tuntutan dalam mengawal sifat-

sifat mazmumah yang terang salah disisi agama. Perkara ini bukanlah untuk mengawal

peribadi kehidupan seseorang tetapi ianya bertujuan bagi menjauhi kecelakaan daripada

berlaku kerana tiada batasan dalam hak kebebasan.

3. Bersifat sederhana dan seimbang

Tuntutan akhlak dalam islam adalah bersifat sederhana dan seimbang. Hal ini dikatakan

sedemikian kerana ianya tidaklah memaksa atau membebankan seseorang sehingga

menjadikan mereka pasif dan tidak pula membiarkan mereka sehingga menimbulkan bencana

atau kerosakan kepada diri mahupun persekitaran. Akan tetapi tuntutan akhlak ini, dapat

menjauhkan diri kita dari terus dibelenggu dengan unsur-unsur negatif seperti membazir,

bersangka buruk, mengeluarkan perkataan-perkataan kesat dan sebagainya. Di samping itu,

10
kita pula memperoleh faedah seperti dijauhi daripada menjadi mangsa nafsu syahwat dengan

menutup aurat dengan sempurna.

4. Mencakupi suruhan dan larangan

Perlaksanaan akhlak Islamiyah merangkumi suruhan dan larangan yang patut dipatuhi dan

tidak boleh diabaikan untuk kebaikan manusia. Setiap yang disuruh hendaklah diikuti demi

memperoleh keredhaan Allah SWT dan meninggalkan apa sahaja larangannya bagi

melindungi diri dari terjerumus dalam kejahilan. Sebagai contoh jika kita berlaku adil dalam

urusan jual beli, setiap rezeki yang hadir membuatkan kita berasa syukur dan puas walaupun

sedikit kerana kita dilimpahi dengan rezeki yang halal. Manakala orang yang tidak jujur dalam

perniagaannya akan dibalas dengan ketamakan dan ketagihan dalam melakukan dosa secara

berterusan. Oleh itu, dengan mematuhi suruhan dan larangan Allah akan membentuk muslim

yang berakhlak mulia dan berbakti kepada agama.

5. Bersih dalam perlaksanaan

Dalam mencapai kebaikan, suatu tindakan atau perbuatan itu hendaklah dengan cara dan

kaedah yang baik serta memperoleh maklumat dari saluran yang benar. Dalam erti kata lain,

cara perlaksanaan kita dalam mencapai matlamat perlulah bersih dengan menuruti tatacara

islam. Pada hari ini, generasi umat Islam semakin giat menggunakan alasan untuk

merealisasikan kemahuan mereka walaupun ianya bercanggah dengan akhlak Islamiyah.

Sesungguhnya falsafah atau konsep ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ tidak pernah wujud di

dalam Islam. Oleh itu, sebagai umat Islam kita sewajibnya mengaplikasikan pendidikan Islam

dalam kehidupan seharian agar dapat mengelakkan diri daripada anasir luar yang bijak

memanipulasikan fikiran manusia disamping menjamin kebersihan akhlak dan pemikiran

dalam diri umat Islam.

6. Keseimbangan

Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyah,

jasmaniyah, aqiliyah dan antara kehidupan didunia serta diakhirat yang sesuai dengan tabii

11
manusia. Perkara ini merujuk kepada manusia yang beramal dengan akhlak Islamiyah dimana

terbentuknya individu seimbang dalam pelbagai aspek mengikut kejadian manusia secara

semula jadi. Disebabkan oleh kesempurnaan akhlak Islamiyah yang membantu dalam

menyatukan tiap-tiap serpihan pembentukan sifat manusia telah menjadikan individu yang

mengamalkannya akan dilengkapi dengan cahaya Islam kerana seimbang dari setiap

perspektif. Maka beramallah dengan akhlak Islamiyah bagi mencapai keseimbangan dalam

kehidupan dan menjadi muslim yang berjaya sesuai dengan tuntutan Islam serta menunaikan

janji kita kepada Allah sebagai hambanya.

Hubungkait antara adab dan akhlak

Menurut pencarian di Internet, adab berasal dari perkataan Arab iaitu ‫ أدب‬yang

memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun,

kesusilaan, serta kemanusiaan. Sebagaimana yang telah dijelaskan, ‘Adab’ ialah peraturan

nilai yang baik dari segi agama dan moral serta diamalkan di tengah-tengah masyarakat.

Sebagai contoh menghormati ibu bapa, orang tua, pemimpin, guru dan sebagainya. Adab

seringkali dipupuk melalui pendidikan dari ibu bapa dan masyarakat sejak kecil lagi maka

setiap perlakuan yang dilakukan oleh anak-anak mencerminkan imej ibu bapa mereka.

Apabila kita melakukan sesuatu perkara yang buruk, ibu bapa seringkali menjadi mangsa

perbualan masyarakat kerana tidak memberi didikan yang baik. Secara amnya, setiap

perlakuan beradab pastinya akan dipuji dan dicontohi oleh individu dalam masyarakat

manakala perilaku tidak beradab pula akan mendapat kejian dan dijauhi masyarakat.

Akhlak pula mempunyai nilai perlakuan yang lebih tinggi dari adab, akan tetapi

masyarakat masa kini gemar menilai seseorang dengan melabel individu tersebut ‘baik’

ataupun ‘buruk’. Misalnya jika kelihatan seseorang yang tidak mengikuti akhlak islam dengan

memakai pakaian menjolok mata mereka pasti akan menerima sekurang-kurangnya hukuman

dari segi sosial seperti dikecam dan dipandang serong oleh masyarakat. Hal ini tidaklah dilihat

sebagai jenayah yang boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa malah individu tersebut

dilabel sebagai ‘buruk’ kerana akhlaknya bercanggah dengan agama islam. Bagi seseorang

12
yang tidak beradab pula mereka selalunya akan dilihat tidak selari dengan amalan

kebaikannya kerana kelihatan tidak seimbang. Oleh itu, jika mereka bertindak untuk

melakukan perbuatan tidak beradab seperti mencuri yang jelas melanggar peraturan dan

boleh dijatuhkan hukuman keatas mereka sudah pasti disimpulkan sebagai manusia yang

tidak beradab dan berakhlak.

Maka dapatlah dirumuskan bahawa adab dan akhlak adalah dua perkara yang sering

berkait rapat antara satu sama lain. Kedua-dua sifat ini perlulah dilatih dengan membentuk

diri menjadi muslim yang mencari redha Allah SWT. Jika pembentukan adab dan akhlak ini

tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian khususnya umat islam, pastinya akan berlaku

perlambakan kes yang tidak diingini seperti kes buli, pembuangan bayi, rogol, bunuh diri,

penculikan dan sebagainya. Hal ini juga akan membentuk masyarakat yang berfikiran negatif

sepanjang masa disamping kurangnya pergaulan antara satu sama lain. Oleh itu, kita

hendaklah bersiapkan diri dengan mengaplikasikan adab dan akhlak yang boleh dicontohi

oleh masyarakat umum supaya dapat membangunkan ummah yang dicintai Allah SWT.

13
4.0 KAEDAH PENDIDIKAN AKHLAK

Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad

bin Ahmada al-Tusi Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang pemikir ulama muslim yang

mempunyai semangat intelektual tinggi dan ingin mengkaji segalanya. Kecintaanya terhadap

ilmu telah membuatkan beliau berjaya membentuk piawai dalam pelbagai bidang keilmuan

sehingga telah meletakkan Imam Al-Ghazali antara tokoh Islam yang mempunyai pengaruh

yang luas dalam sejarah Islam. Hal ini demikian kerana, telah banyak sumbangan Imam Al-

Ghazali dalam mengembangkan ilmu Islam yang diwujudkan dalam buku-buku karya beliau

dan sebahagian daripada karya yang ditulis, beliau banyak mengkaji perihal akhlak.

Proses pembentukan akhlak manusia yang terdiri daripada pelbagai kategori

memerlukan beberapa kaedah, Imam Al-Ghazali telah mencadangkan beberapa kaedah

antaranya adalah mujahadah atau perjuangan. Mujahadah bermaksud menanam keazaman

yang kuat. Seterusnya, kaedah riyaddah atau latihan. Kaedah ini merujuk kepada kaedah

pendidikan secara bersusah payah dalam melaksanakan akhlak terpuji sehingga menjadi satu

kelakuan atau tabiat yang menyeronokkan bagi seseorang. Memperlakukan akhlak mulia

amat perlu kepada sifat bersungguh-sungguh dalam mendidik jiwa. Segala amalan yang

membawa tujuan budi pekerti yang dikehendaki oleh seseorang boleh dimulakan dengan

paksaan terhadap tingkah laku dan jiwanya. Apabila selalu dilakukan, ia akan menjadi ringan

dan mudah.

Kemudian, kaedah pemerhatian dan pergaulan. Akhlak yang mulia dapat dimiliki

melalui pemerhatian dan pergaulan dengan individu-individu yang berakhlak mulia. Secara

tabiinya, manusia bersifat meniru tingkah laku orang baik secara sedar mahupun tidak. Atas

dasar itu, seseorang perlu bijak dalam pergaulan kerana bergaul dengan orang baik akan

menyebabkan seseorang mempelajari pelbagai tabiat baik yang dipamerkan sekaligus

mencontohi tabiat tersebut. Aktiviti membaca buku sejarah yang mengisahkan perjuangan

dan akhlak tokoh-tokoh terkenal juga membantu dalam pembentukan akhlak mulia

14
pembacanya. Dalam pada itu, muhasabah iaitu memperbaiki kelemahan diri. Pelbagai cara

dapat dilakukan untuk memperbaiki diri antaranya dengan mendampingi guru yang mampu

melakukan pemerhatian terhadap diri seseorang dan tidak kedekut dalam memberi nasihat

untuk memperbaiki kelemahan diri. Kelemahan diri juga boleh diketahui dengan meminta

kritikan dan nasihat dari rakan yang boleh dipercayai. Begitu juga dengan bersungguh-

sungguh insaf segala kritikan musuh atau orang yang tidak suka kepada kita.

Selanjutnya, pergaulan dengan orang ramai. Secara khususnya, kita dapat

mengenalpasti penyakit atau keaiban yang terdapat dalam masyarakat dan adakah kita juga

sama menghidapinya. Apabila kita sudah mengenal siapa diri, mudahlah untuk kita membaiki

kelemahan tersebut. Ada kalanya dengan melihat dan menilai masyarakat sekeliling dapat

membentuk akhlak kita dengan cara berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya.

Ibnu Miskawayh

Nama sebenar Ibnu Miskawayh ialah Abu Ali Ahmad bin Muhammad bin Yaqub Ibnu

Miskawaih. Ibnu Miskawayh meninggalkan banyak karya penting, jumlah buku dan artikel

yang telah ditulis Ibnu Miskawaih tidak kurang dari 40 buah. Menurut Ahmad Amin, karya-

karya Ibnu Miskawayh tersebut tidak luput dari kepentingan filsafat akhlak. Sehubungan

dengan itu, memang layaklah Ibnu Miskawayh dikenali sebagai moralis. Miskawayh telah

membahaskan definisi akhlak dengan terperinci.

Bagi mengatasi masalah akhlak di kalangan masyarakat, Ibnu Miskawayh telah

mengemukakan satu etika tentang contoh hidup yang tinggi dan murni sebagai hamba Allah:

1. Pegangan agama yang mantap

Ibnu Miskawayh mengemukakan bahawa matlamat utama setiap agama adalah untuk

melahirkan akhlak mulia. Hal ini tidak akan berhasil melainkan apabila setiap individu percaya

bahawa agama adalah sesuatu yang perlu untuk jiwa. Menurut beliau, individu sepatutnya

mendapat sesuatu balasan di dunia mengikut taraf dan kedudukannya.

15
2. Usaha dari individu

Menurut Ibnu Miskawayh, akhlak merupakan faktor penting yang menjamin kesejahteraan

masyarakat. Akhlak amat penting dalam diri seseorang bagi memperbaiki dirinya dan

masyarakat. Ibnu Miskawayh juga telah meletakkan garis panduan dalam menghayati konsep

saling membantu iaitu sekiranya seseorang itu selalu membantu, dia berhak mendapatkan

pertolongan. Sekiranya dia melakukan sedikit pertolongan, maka sedikitlah bantuan yang

akan diperolehinya.

3. Mengetahui hakikat jiwa

Semua individu harus tahu hakikat jiwa manusia, apakah maksud jiwa, daripada apa jiwa

dijadikan dan kenapa jiwa dijadikan pada diri manusia. Beliau berpendapat bahawa jiwa

bukan satu bentuk jisim yang boleh dilihat dan bukan satu barang yang berharga atau satu

bahagian daripada perkara tersebut. Jiwa yang ditakrifkan oleh Ibnu Miskawayh ialah satu

perkara yang dapat dirasai berdasarkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan.

4. Menjalani hidup bermasyarakat

Ibnu Miskawayh memberi pandangan seseorang individu tidak dapat mempraktikkan moral

yang baik secara keseluruhannya sekiranya beliau duduk keseorangan. Hal ini kerana,

kehidupan masyarakat menuntut sikap saling membantu, berlemah-lembut dan berkasih

sayang sesama manusia.

5. Bersahabat dengan orang yang baik

Menurut Ibnu Miskawayh, realitinya manusia yang mempunyai keperibadian yang baik secara

semulajadi, jumlahnya adalah sedikit manakala yang kurang baik secara tabie jumlahnya

ramai. Di antara kedua golongan ini ada juga yang bersikap sederhana. Golongan ini akan

berubah melalui cara persahabatan dengan orang baik yang menasihati mereka ke arah

kebaikan atau bersahabat dengan orang jahat yang mengajak mereka melakukan kejahatan.

6. Mengambil berat terhadap rawatan rohani

Apabila seseorang mempunyai jiwa sihat, maka dia haruslah sentiasa memperkukuhkan lagi

kemuliaan jiwa yang ada padanya dengan cara mendalami ilmu hakiki dan pengetahuan yang

betul. Hal ini dapat diperolehi apabila seseorang menyanjung orang berilmu dan mempelajari

16
darinya selain berhati-hati daripada bercampur dengan orang jahat, orang gila, orang yang

melakukan maksiat, orang yang berbangga dengan dosa yang dilakukan dan jangan

bertandang ke majlis-majlis anjuran mereka.

17
5.0 MODEL AKHLAK INSAN KAMIL

Pengertian dan Hakikat Insan Kamil

Manusia atau insan pada asasnya terdiri daripada tiga bahagian iaitu fizikal, akal dan

roh. Insan adalah perkataan yang berasal daripada ‘nisyan’ yang membawa maksud

kelupaan, kerana padanya terdapat sifat lupa. Oleh itu, datanglah agama islam dan wahyu

untuk memberi peringatan kepadanya supaya dia mengingat kembali kedudukannya yang

sebenar iaitu sebagai hamba Allah dan khalifahNya. Wahyu yang berfungsi untuk

mengingatkan kembali hakikat kedudukan manusia itu dinamakan ‘al-dhikrul-hakim’, iaitu

yang bermaksud Peringatan Yang Penuh dengan Hikmah Kebijaksaan.

Pembentukan insan yang terdiri daripada jasmani, disebut sebagai ‘badan’ atau ‘jasad’

yang juga terdiri daripada unsur-unsur alam kebumian. Oleh itu, terjadilah satu makhluk yang

bertubuh badan dengan tuntutan-tuntutannya yang perlu ditunaikan dan dilakukan olehnya.

Dengan tubuh badan yang ada, makhluk atau khalifah sepertinya dapat melakukan perkara-

perkara yang dituntut oleh penciptanya, Allah SWT.

Selain itu, terdapat pula ‘roh’ padanya yang datang atau diturunkan dari sisi tuhan,

Allah SWT, dari alam Perintah Tuhan iaitu ‘Alam al-Amr’. Pembentukan insaniah terbentuk

disebabkan adanya roh pada insan. Terdapat ayat yang bermaksud “dan Aku tiupkan ke

dalamnya sesuatu dari Roh ciptaanku, maka sujudlah kamu wahai para malaikat kepadanya

sebagai sujud penghomatan” maka sujudlah malaikat kecuali iblis. Kemuliaan yang ada pada

setiap insan iaitu sebagai khalifah Tuhan dan hambaNya yang datang daripada ‘hembusan

roh dari ciptaan Tuhan’ ini. Insan-insan boleh memahami kebenaran, keimanan, dan hakikat-

hakikat yang lain dalam ajaran islam adalah disebabkan kewujudan roh dari alam Amr ini.

Dengan adanya ‘roh’ yang ditiupkan dalam diri setiap insan, itu juga adalah akal

padanya. Akal itu membolehkan insan mengenal apa itu kebenaran,kebaikan, kepalsuan dan

kejahatan. Oleh itu, kategori-kategori ilmu seperti ini dapat dikenalpasti oleh setiap insan.

Insan juga mempunyai ‘nafs’ yang membawa maksud jiwa. ‘Nafs’ atau jiwa merupakan diri

18
insan yang batin. Oleh itu, sekiranya baik rohani dan akhlak, maka baiklah peribadinya dan

sekiranya buruk, maka buruklah peribadinya.

Insan adalah manusia dan kamil bermaksud sempurna. Oleh itu, insan kamil boleh

didefinisikan sebagai manusia yang sempurna dari aspek kewujudannya dan juga

pengetahuannya. Manifestasi sempurna dari citra Tuhan iaitu yang ada pada diri insan

tercermin nama-nama dan sifat Tuhan adalah bukti kesempurnaan dari aspek kewujudan

insan dan ilmu yang dikuasai serta pemikirannya merupakan bukti kesempurnaan dari aspek

pengetahuannya. Kebanyakan ulama’ juga merujuk kepada Nabi Muhammad SAW sebagai

contoh insan yang mempunyai sifat sempurna iaitu ‘Kamil’.

Ciri-ciri insan kamil;

Insan kamil terdiri daripada beberapa ciri iaitu,

• Keimanan

• Keilmuan

• Ketaqwaan

• Persaudaraan

• Perpaduan dalam umah

Cara-cara mencapai tahap insan kamil

Antaranya ialah:

• Kembali taat kepada Allah dengan mencukupi segala syarat-syarat yang telah

ditetapkan.

• Berhati-hati agar amalan yang dilakukan tidak menjadi sia-sia oleh niat-niat yang boleh

meruntuhkannya. Contohnya, kita mestilah sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu,

sabar dalam apa jua situasi dan juga menanam sifat cermat di dalam diri.

19
• Menjauhkan diri daripada sikap malas atau lesu dengan mengamalkan sifat berharap

dan takut. Contohnya, sentiasa berharap agar Allah SWT akan menerima segala

amalan yang dilakukan dan akan menjauhkan kita daripada perkara yang tidak

diingini. Selain itu, sentiasa berasa takut sekiranya Allah SWT tidak akan mengampuni

dosa-dosa dan tidak menerima amalan-amalan yang dilakukan.

20
6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, konsep ta’dib dalam pendidikan masa kini merupakan

sebuah aspek penting yang perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Insan beradab

akan melahirkan masyarakat yang beradab. Ta’dib yang meliputi proses pembentukan

disiplin, akhlak dan seluruh adab. Hal ini bertujuan untuk membentuk dan mengembangkan

insan supaya menjadi muslim yang soleh, dan mempunyai sifat peribadi yang mulia. Hal ini

dikatakan sedemikian kerana, konsep ini tidak boleh diambil sambil lewa dan amat

menitikberatkan pendidikan adab yang menjadi agenda utama dalam pendidikan dan

pembentukan peribadi sahsiah pelajar yang seimbang. Hasil masyarakat yang beradab dari

generasi ke generasi dapat membentuk peradaban yang mencerminkan nilai-nilai agama,

akhlak dan syariat masyarakat tersebut. Oleh hal yang demikian, peranan dan tanggungjawab

bagi menjayakan konsep ini, guru mahupun pendidik perlulah memiliki ilmu dan pendidikan.

Selain itu, setiap pendidik perlulah memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti, amanah, kasih

sayang, sabar dan menjadi qudwah hasanah.

Usaha-usaha untuk melahirkan insan kamil sewajarnya bukan sekadar satu konsep

dan falsafah malah perlu juga diteliti dengan sebaik mungkin. Namun, ada sesetengah pihak

agak sukar difahami kerana terdapat banyaknya idea dan pandangan yang bercanggah

antara satu sama lain. Antara sebab pentingnya melahirkan insan beradab, adalah kerana, ia

merupakan penerapan konsep ta’dib dalam pendidikan. Hal ini dikatakan sedemikian

kerana, insan beradab merupakan agen utama akhlak. Justeru itu, konsep ta’dib haruslah

difahami oleh semua pendidik bagi merealisasikan pendidikan pada generasi pada masa kini.

Kajian ini juga dapat menemui bahawa, konsep ta’dib menurut pandangan ulama Islam yang

jelas tentang pentingnya menjaga adab dan akhlak demi mencapai keredhaan Allah, iaitu

kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Akhir sekali, jadilah insan beradab agar dapat

melahirkan generasi akan datang yang berwawasan untuk masa depan agama dan negara.

21
7.0 RUJUKAN

1) Muhammad 'Uthman El-Muhammady (2002) Ke Arah Membina Peribadi Insan Kamil,

http://traditionalislam.freeservers.com/KearahMembina_PeribadiInsanKamil.htm

(Accessed: 9 Mac 2002).

2) Ahsanarabic, b. (2013) CIRI-CIRI AKHLAK DALAM ISLAM, Available at:

http://ahsanarabic.blogspot.com/2013/07/ciri-ciri-akhlak-dalam-islam_3.html

(Accessed: 2nd June 2021).

3) Anuar, 2u. (2015) ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH, Available at:

https://www.slideshare.net/anuar2u/akhlak-1-sem-1-akhlak-islamiyah (Accessed: 2nd

June 2021).

4) Wikipedia, E.B. (2014) Adab, Available at: https://ms.wikipedia.org/wiki/Adab

(Accessed: 5th June 2021).

5) Shafi, Q. (2013) Matlamat Tidak Menghalalkan Cara, Available at:

https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/04/25/matlamat-tidak-menghalalkan-cara/

(Accessed: 5th June 2021).

6) Frf (2016) Pengertian Akhlak Islamiyah, Available at:

http://mangihot.blogspot.com/2016/12/pengertian-akhlak-islamiyah.html# (Accessed:

4th June 2021).

7) Adabdanakhlakislam, b. (2014) ADAB DAN AKHLAK ISLAM, Available at:

http://adabdanakhlakislam.blogspot.com/2014/04/apakah-itu-adab-dan-akhlak-

dalam-islam.html (Accessed: 5th June 2021)

8) Hidayatullah.com (2011) “Ta’dib”, Konsep Ideal Pendidikan Islam, Available at:

https://www.hidayatullah.com/artikel/tsaqafah/read/2011/06/17/2195/tadib-konsep-

ideal-pendidikan-islam.html (Accessed: 8th June 2021).

22
9) Rusliza Othman (2018) Konsep Ta'dib Menurut Perspektif Islam: Peranan Pendidik

dalam Pendidikan Masa Kini, Available at:

https://www.researchgate.net/publication/324834785_Konsep_Ta'dib_Menurut_Pers

pektif_Islam_Peranan_Pendidik_dalam_Pendidikan_Masa_Kini (Accessed: 8th June

2021)

10) Yoke Suryadarma & Ahmad Hifdzil Haq (2nd December 2015) Kaedah Pendidikan

Imam Al-Ghazali, Available at: https://core.ac.uk/download/pdf/235572839.pdf

(Accessed: 29th June 2021).

11) Azmil Hashim (2017) Amalan Pembelajaran Pendidikan Akhlak Menurut Al-Ghazali,

Available at:

https://www.researchgate.net/publication/336605334_Amalan_Pembelajaran_Pendid

ikan_Akhlak_Menurut_AlGhazali_Kajian_Terhadap_Pelajar_di_Sekolah_Agama_di_

Negeri_Perak (Accessed: 29th June 2021).

12) Ismail K Usman () Konsep Pendidikan Ibnu Miskawayh, Available at:

https://media.neliti.com/media/publications/273892-konsep-pendidikan-ibnu-

miskawaih-dan-ibn-8fae6b3c.pdf (Accessed: 29th June 2021).

13) Asmawati Suhid (2008) Pendidikan Akhlak dan Adab Islam. [Online]. Available at:

https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=I0UZoaWviLgC&oi=fnd&pg=PA1&

dq=definisi+akhlak&ots=5M_u0YbudH&sig=93KGmIDPhWyllSV9v92ltqZj6sU&redir_

esc=y#v=onepage&q&f=false (Accessed: 2008).

14) Nuffnang Pengertian akhlak, Available at:

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/pengertian-akhlak.html (Accessed: 28

May 2012).

15) SH Ismail (2015) Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Available at: https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/viewFile/2087/1247

(Accessed: 3 June 2021).

23

Anda mungkin juga menyukai