Anda di halaman 1dari 7

‫‪KUKUHKAN PERPADUAN, JALINKAN PERSAUDARAAN‬‬

‫‪01 Syawal 1444H / 22 April 2023‬‬

‫للاهُاَ ْك ََبه‪ُ،‬للاهُاَ ْك ََبه‪ُ،‬للاهُاَ ْك ََبه‪،‬‬


‫ُ‬
‫للاهُاَ ْك ََبه‪ُ،‬للاهُاَ ْك ََبه‪ُ،‬للاهُاَ ْك ََبه‪،‬‬
‫للاهُاَ ْك ََبه‪ُ،‬للاهُاَ ْك ََُبه‪ُ،‬للاهُاَ ْك ََُبه ُوهللِ ْ‬
‫ُاْلَ ْم هُد‪،‬‬
‫ُِ‬ ‫ُُِ ََنمْ ْ هدَُوَ ُْْتعِينهُوَ ْ ْتْ ْر ِه‪َ.‬نُوَْعْ ْ مه ِ ِ‬
‫ِِ‬
‫ُْهللُ ُِْ ْ َُْ هْْ ْه‪.‬وِوَُِْْه ِ ْ ْنَ َُوُِْ ْ َُْ َ ْ ْيَِّ‬ ‫اَ ْْلَ ْمْ ْ هد ُّ َ ه َ ْ َ ه ه َ ْ َ هه َ ه‬
‫يُلَههنُ ُ‬ ‫ضلِلُفَالَُه ِ‬
‫د‬ ‫ْ‬ ‫َُي‬‫ُ‬ ‫ُو‬ ‫ه‬ ‫ل‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ل‬
‫َّ‬ ‫ِ َْعم لِنَ نَُُُيْه ِد َُِللاُفَالَُُ ِ‬
‫ض‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ه‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ه‬ ‫َ َ َْ ه ه‬
‫ِ‬ ‫وَِْهدَُِ ْنُآلُاِ‬
‫اُعْب هدَه َُوَو ه لهههن‬ ‫‪ُ،‬وَِ ْْ َه هدَُُِ َّنُ َ يِّ َد ََن ه‬
‫ُُمَ َّم ًد َ‬ ‫َ‬ ‫ه‬
‫ه‬ ‫ُ‬
‫ل‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫يك‬
‫َ‬ ‫ِ‬
‫‪.‬‬ ‫ُْ‬
‫َ‬ ‫َ‬‫ال‬ ‫ُ‬ ‫َ‬‫ُ‬
‫د‬‫َ‬
‫هَ ه‬ ‫ح‬
‫ْ‬ ‫ُو‬ ‫ُللا‬‫َّ‬
‫ال‬ ‫إ‬ ‫ُ‬‫ه‬
‫َ‬ ‫ل‬
‫َ‬ ‫َ َْه‬
‫ُُم َّم ٍدُوعلَىُآلِِهُوَِصح بِِهُِ ْ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫نين‬
‫َْجَع َ‬ ‫َ َْ‬ ‫ُعلَىُ َ يِّد ََن هَ َ َ‬
‫ُص ِّل َُو َ لّ ْم َ‬
‫ُاَللّ هه َّم َ‬
‫ِ ََُّ ُبَْ ْع هدُ‪،‬‬
‫ِ‬
‫ىُللا‪ُ،‬فَُْ َق ْدُفَ َزُالْ همتَّْ هق َنن‬ ‫يُبِتَْ َْ‬
‫ق‬ ‫َّي‬
‫َّ‬ ‫هوصي هكمُوإِ‬ ‫فَْي ِ‬
‫ُعب دُللا‪ُ،‬إِتَّْ هق اُللاُوِ ِ‬
‫َْ َ‬ ‫ْ ََ‬ ‫َ‬ ‫َ َ‬

‫‪Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah‬‬


‫‪Subhanahu‬‬ ‫‪wa-Ta’ala‬‬ ‫‪dengan‬‬ ‫‪melaksanakan‬‬ ‫‪segala‬‬ ‫‪perintah-Nya‬‬ ‫‪dan‬‬
‫‪meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita diberkati dan diredai‬‬
‫‪Allah Subhanahu wa-Ta’ala di dunia dan akhirat.‬‬
ُ ‫الم هُد‬ َُُّّ‫بهُو‬
ُ ُ‫لِل‬ ُ ُ‫للاهُُأك‬
ُ ُ‫به‬
ُ ُ‫للاهُأُك‬
ُ ُ‫به‬
ُ ُ‫للاهُأُك‬
ُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala

Ramadan telah melabuhkan tirainya pergi meninggalkan kita dengan


pelbagai pendidikan dan pengajaran. Bagi mereka yang beriman dan merasai
nikmat beribadah, perginya Ramadan ditangisi dan datangnya diharapkan lagi. Apa
yang kita perolehi daripada Ramadan adalah harapan dan bingkisan pahala yang
dijanjikan Allah Subhanahu wa Taala sebagai bonus lumayan yang merupakan
rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Firman Allah Subhanahu
wa Taala di dalam surah Ali- Imran ayat 185:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ‬

Yang bermaksud: “Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
Syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini
melainkan kesenangan yang memperdayakan”.

Pada hari ini Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Gema takbir dan
tahmid dilaung memenuhi ruangan, tanda syukur dizahir saat mengagungkan
Tuhan. Pada hari lebaran yang penuh kesyahduan ini terpapar kegembiraan pada
wajah insan-insan yang beriman. Aidilfitri merupakan sambutan yang berulang
setiap tahun, hari untuk menjamu selera serta bergembira setelah sebulan berpuasa.
Ia juga menjadi lambang kembalinya seorang hamba kepada fitrah dan kesucian.

‫الم هُد‬ َُُّّ‫بهُو‬


ُ ُ‫لِل‬ ُ ُ‫للاهُُأك‬
ُ ُ‫به‬
ُ ُ‫للاهُأُك‬
ُ ُ‫به‬
ُ ُ‫للاهُأُك‬
ُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala,

Menjelang sambutan Aidilfitri ini kita dapat melihat semangat perpaduan


dan kesatuan yang erat dalam kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang,
kedudukan, fahaman politik, warna kulit, bangsa, pangkat serta darjat berduyun-
duyun pulang menuju ke kampung halaman masing-masing untuk menemui
keluarga dan kaum kerabat yang disayangi bagi bersama-sama menyambut
Aidilfitri. Pulang dengan tekad dan niat serta semangat yang satu iaitu untuk
mengukuhkan silaturrahim dan ukhwah demi mewujudkan kesatuan dan perpaduan
umat Islam. Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan kita agar bersatu dan
berpegang teguh dengan agama Islam melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran
ayat 103:

‫ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ‬
‫ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ‬
‫ﮒﮓﮔ‬

Yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah,
dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu
ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan
di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan
kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu
semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat
Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-
Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
ُ ‫الم هُد‬ َُُّّ‫بهُو‬
ُ ُ‫لِل‬ ُ ُ‫للاهُُأك‬
ُ ُ‫به‬
ُ ُ‫للاهُأُك‬
ُ ُ‫به‬
ُ ُ‫للاهُأُك‬
ُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala

Para hukama’ pernah berkata “Dunia itu tertegak dengan empat perkara
iaitu Pertama: Ilmu para ulama dan pengetahuan para cendekiawan. Kedua:
Keadilan para pemimpin. Ketiga: Sifat pemurah para hartawan dan yang
Keempat: Doa orang fakir yang soleh. Ini memberi makna bahawa maju
mundurnya sesuatu kaum dan masyarakat itu adalah hasil daripada kesatuan dan
perpaduan masyarakat. Dalam Islam tiada masyarakat tanpa persaudaraan.
Persaudaraan dalam Islam adalah teras bagi pembentukan negara dan
perkembangan masyarakat yang maju lagi bertamadun. Sabda Rasulullah SAW
dalam hadis Riwayat Imam Muslim:

َْ ‫الْ ُم ْْؤ ِم ُْن ِْلْلْ ُْم ْْؤِْم ِن‬


‫ْكل ُبن َْْي ِانْْي َ ُْشدُّْب َْْعضُ هُْْب َْْعضً ا‬
Yang bermaksud: “Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah
seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang
lain.”

Pada hari yang mulia ini, janganlah kita lupa akan sejarah kegemilangan
umat Islam yang pernah menguasai dan mentadbir lebih separuh dunia ini dengan
aman dan adil. Kejayaan ini adalah hasil daripada kesungguhan kesatuan umat
Islam terdahulu.
Namun kegemilangan itu akhirnya jatuh disebabkan perpecahan yang
berlaku dalam kalangan umat Islam. Di tambah pula dengan perancangan pihak
musuh yang sentiasa mencari jalan untuk memecah-belahkan kesatuan umat Islam.
Mereka meniupkan semangat perkauman, melaksanakan dasar pecah dan perintah,
selain melakar sempadan negara yang akhirnya memecah belahkan kekuatan
Islam. Akhirnya, jati diri umat Islam menjadi lemah, dan kedaulatan negara
diceroboh. Oleh kerana itulah Allah Subhanahu wa Taala mengingatkan umat
Islam agar sentiasa bersatu dan melarang berpecah belah. Firman Allah Subhanahu
wa Taala dalam surah al-Anfal ayat 46:

‫ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘﭙ ﭚﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ‬

Yang bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan
janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak, nescaya kamu menjadi lemah
semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran
dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.”

‫الم هُد‬ َُُّّ‫بهُو‬


ُ ُ‫لِل‬ ُ ُ‫للاهُُأك‬
ُ ُ‫به‬
ُ ُ‫للاهُأُك‬
ُ ُ‫به‬
ُ ُ‫للاهُأُك‬
ُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala,

Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam berjaya menghidupkan amalan


secara berjemaah. Kita semua telah meyaksikan suasana kemeriahan masjid,
dikunjungi ramai jemaah bagi mendirikan solat fardu dan terawih, bertadarus al-
Quran, iftar jama’i, qiamullail dan lain-lain. Kesannya pada hari raya, perpaduan
umat Islam berada pada kemuncaknya. Kita saling memaafkan dan berazam untuk
kekal bersatu demi kepentingan bangsa dan agama. Perpaduan seperti inilah yang
amat digeruni oleh musuh Islam.

Oleh yang demikian sambutlah Aidilfitri kali ini mengikut panduan yang
ditetapkan syarak. Hindarkan perbuatan membazir, bermewah-mewah dan
bermegah-megah yang boleh mendorong kepada rasa riak. Kemuliaan Syawal
jangan dicemari dan dinodai dengan perbuatan-perbuatan mungkar. Gunakanlah
nikmat Hari Raya yang berharga ini dengan kunjung-mengunjung saudara mara
dan kenalan yang masih ada. Amatlah rugi jika Aidilfitri yang dapat kita raikan
dibazirkan dengan hiburan yang melalaikan atau bermain telefon bimbit sehingga
tidak mempedulikan orang sekeliling. Sambutlah hari raya ini dengan penuh
kesyukuran, berbaik sangka, rasa bersaudara, saling bermaaf-maafan dan
mempereratkan silaturahim.

Dengan semangat hari raya Aidilfitri ini juga, marilah kita bersama-sama
mengeratkan hubungan ukhwah sesama kita dan bersatu di bawah pemerintahan
Tuanku Sultan selaku Raja Pemerintah dan Ketua Agama di negeri ini. Elakkanlah
perpecahan khususnya dalam berpolitik, sebaliknya utamakanlah kesatuan demi
kekuatan Islam di negara kita. Ingatlah, tiadalah perkara yang amat
menggembirakan musuh Islam melainkan apabila mereka melihat umat Islam
berpecah-belah. Hayatilah pesanan Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam seperti dalam
Sunan Tirmizi:

‫عَلَ ْي ُ ُْك ِِْبْلْ َج َماعَ ِة َْوا اَّي ُ ُْك َْوالْ ُف ْرقَ َةْفَا ان ا‬
ْ ُْ‫ْالش ْي َط َانْ َم َعْالْ َوا ِح ِد َْوه َُوْ ِم ْن ِْاِلثْنَ ْ ِْيْ َأبْ َعد‬
ِ ِ
Yang bermaksud: “Hendaklah kamu berada dalam jemaah dan elakkan
perpecahan. Sesungguhnya syaitan bersama dengan orang yang bersendirian, dan
syaitan makin jauh dengan orang yang lebih ramai.”

Renungilah firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al-An’am ayat 153

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆﮇ ﮈ ﮉ‬
‫ﮊﮋ ﮌ‬

Yang bermaksud: Sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus.


Maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan yang lain
daripada Islam kerana jalan yang lain itu akan mencerai-beraikan kamu daripada
jalan Allah. Demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertakwa.

ُ،‫الذك ّرُالُ ّكي ّم‬


ّ ‫تُو‬ ّ ‫ُمنُاُآلَّي‬ّ ‫ن ُوإّ ََّي هكم ُِّباُفّي ّه‬ُ ّ ‫ُون فع‬،‫انُالُع ّظي ّم‬
ّ ‫ُف ُال هقرء‬
ُ ّ ‫ُلُول هكم‬ ُ ّ ‫َبركُللاه‬
ُ ّ ُ‫لُهُذاُوأست غ ّف هرُللاُالُع ّظيم‬ ُ‫س ّميُ هعُالُعلّ ه‬ ّ ُ ّ ‫وت قبَل ُّم‬
ُ‫ل‬ ُ ّ‫ُأقه ُو هلُُق و‬.ُ ‫يم‬ ‫ُإّنَهه ه‬،‫نُومنُ هكمُتّالوتهه‬
َ ‫ُهوُال‬
ُّ ‫اتُ ُوال هُمؤّمنّْيُ ُوال هُمؤّمن‬
ُ‫اتُُفاست غ ّف هرُوههُُإّنَههُ ههوُ الغ هفوهُر‬ ّ ‫ول هكمُُُولّسائّ ُّرُُال ُمسلّ ّمْيُ ُوال ُمسلّم‬
‫ه‬ ‫ه‬
ُ ُُ.‫ال َرّحي هم‬

Anda mungkin juga menyukai