Anda di halaman 1dari 11

KHUTBAH KHAS HARI RAYA AIDILFITRI

KEMENANGAN HAKIKI

(1 SYAWAL 1445 HIJRAH/01 APRIL 2024 MASIHI)

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

 Perhatian: Boleh memilih untuk membaca satu atau dua khutbah. Majoriti ulama
menetapkan dua khutbah.

1
‫‪KHUTBAH KHAS HARI RAYA AIDILFITRI‬‬

‫‪KEMENANGAN HAKIKI‬‬

‫)‪(1 SYAWAL 1445 HIJRAH/01 APRIL 2024 MASIHI‬‬

‫‪Khatib mempunyai pilihan, sama ada hendak‬‬


‫‪memulakan bacaan takbir seperti di bawah ini atau‬‬
‫‪terus membaca Alhamdulillah.‬‬

‫اللَّهُُأَ ْكبَ ر‪،‬اللَّهُُأَ ْكبَ ر‪،‬اللَّهُُأَ ْكبَ رُ‬


‫اللَّهُُأَ ْكبَ ر‪،‬اللَّهُُأَ ْكبَ ر‪،‬اللَّهُُأَ ْكبَ رُ‬
‫اللَّهُُأَ ْكبَ ر‪،‬اللَّهُُأَ ْكبَ ر‪،‬اللَّهُُأَ ْكبَ رُ‬
‫اللَّهُُأَ ْكبَ رُُ َكبِ ًريا‬

‫اهلل ُِم ْن ُشرْوِر ُأَنْف ِسنَا َُوِم ْنُ‬ ‫َُنمده ُونَستَعِي نه‪ُ ،‬ونستَ ْغ ِفره ُونَعوذ ُبِ ِ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫اَ ْْلمد ُلِ ِ‬
‫له‬
‫َ ْ‬ ‫َ ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ َ ْ‬ ‫َْ‬
‫ى ُلَه‪ُ،‬أَ ْش َهدُ‬ ‫ضلِل ُفَالَُه ِ‬
‫اد‬ ‫ُي‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫‪ُ،‬و‬ ‫ه‬‫َ‬‫ل‬‫ُ‬ ‫ل‬
‫َّ‬ ‫ات ُأ َْعمالِنَا‪ُ،‬من ُي ه ِد ِه ُاهللُفَالَُم ِ‬
‫ض‬ ‫سيِّئ ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ََ‬
‫اُعْبده َُوَرس ْوله‪ُ،‬اَللَّه َّمُ‬ ‫د‬ ‫م‬‫َّ‬ ‫ُُم‬ ‫ن‬‫َّ‬ ‫ا‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫د‬ ‫ه‬‫ش‬ ‫َ‬‫أ‬
‫‪ُ،‬و‬ ‫ه‬‫ل‬
‫َ‬‫ُ‬ ‫ك‬ ‫ي‬‫ِ‬
‫ر‬ ‫ُش‬ ‫ال‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫ح‬‫ُاهللُو‬ ‫َّ‬
‫ال‬ ‫ِ‬
‫إ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫ل‬
‫َ‬‫أَ ْن ُالَ ُاِ‬
‫َ ً َ‬ ‫َ َْ‬ ‫ََْ‬ ‫ََْ‬ ‫َ‬
‫انُاِ ََلُيَ ْوِمُالدِّيْ ُِن‪ُ.‬‬
‫ص ِّلُوسلِّمُعلَىُُمَ َّم ٍدُوعلَىُءالِِهُوصحبِ ِهُومنُتَبِعهمُبِِإحس ٍ‬
‫َ َ َ َ َ ْ ََ ْ َ ْ ْ َ‬ ‫َ ََ ْ َ‬
‫ُاهللُإِتَّقواُاهللَ‪ُ،‬أ ْو ِصيك ْم َُونَ ْف ِسيُبِتَ ْق َوىُاهللُفَ َق ْدُفَ َازُامل تَّق ْو َُن‪ُ.‬‬
‫اُعباد ِ‬ ‫ِ‬
‫فَُيَ َ َ‬
‫؛ ُ‪ُُ ُ ُ ُ ُ ُ ُ ُ ُ ُ ‬‬ ‫قَ َال ُاهلل ُ‬
‫‪ُ.‬‬

‫‪2‬‬
ُ‫ُه ْديُُمَ َّم ٍد‬
َ ‫ُو َخْي َرُا ْْلَْد ِي‬،‫ُاهلل‬
َ ‫اب‬ ‫ت‬
َ ِ‫وقَ َالُالنَِِّبُ ؛ فَِا َّنُأَص َد َقُاْل ِديثُك‬
ْ َ ْ ُّ َ
ُ‫ُض َاللَ ٍة ُِِف‬
َ ‫ُوك َّل‬،
َ ‫ة‬
ٌ ‫ل‬
َ‫ال‬
َ ‫ُض‬
َ
ٍ ‫ُوك َّل ُبِ ْدع‬،ٌ‫ُُم َد ٍثة ُبِ ْدعة‬
‫ة‬ َ َ َ ْ ‫ُوك َّل‬،‫ا‬ ْ ‫ُو َشَّر ُاألم ْوِر‬،
َ ‫ُُم َدثات َه‬ َ
ُُ.‫النَّا ُِر‬
ِ ‫ُاَهللُأَ ْكب رُو‬،‫ُاَهللُأَ ْكب ر‬،‫اَهللُأَ ْكب ر‬
.ُ‫هللُالْ َح ْمد‬ َ َ َ َ
Muslimin dan Muslimat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Suara takbir yang berkumandang pada hari ini, merupakan laungan kebesaran ALLAH sebagai
tanda kita telah melalui Ramadan dengan ibadat dan taat. Takbir bukan sekadar irama atau bunyi
suara yang syahdu semata-mata, namun takbir merupakan ikrar yang kita lafazkan mengakui
hanya ALLAH yang paling besar dalam jiwa kita. Segala-galanya kerdil apabila bertembung
dengan kebesaran ALLAH.

Kedudukan, pangkat, jawatan, keturunan, harta, kekuasaan, anak-pinak, kekayaan dan apa
sahaja, amatlah kerdil apabila berhadapan dengan ALLAHU AKBAR! Itulah laungan yang kita
angkat pada hari raya ini. Laungan itulah juga yang kita mulakan setiap kali mengadap ALLAH
dalam solat. Kita sentiasa akur di hadapan kebesaran dan keagunganNYA. Kita bahagia dengan
melafazkannya.

Dalam kehidupan, insan mengharapkan kemenangan. Orang yang beriman apabila memperolehi
kemenangan, lidahnya mengucapkan kesyukuran serta melafazkan ALLAHU AKBAR. Itulah
tanda bahawa seorang mukmin itu sentiasa akur bahawa segala yang dia perolehi hanya kurniaan
ALLAH semata-mata. Juga akur bahawa apa sahaja yang dianggap besar dalam jiwanya,
ALLAH jua yang Maha Besar mengatasi segalanya.

Justeru, apabila kita berjaya menyempurnakan bilangan hari berpuasa pada bulan Ramadan, kita
diperintahkan untuk bertakbir dan bersyukur kepada ALLAH. Firman Allah:

         

3
Maksudnya;“Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan (sebulan Ramadan), dan supaya
kamu membesarkan Allah atas apa yang dia tunjukkan kamu (hidayahNYA), dan supaya
kamu bersyukur". (Surah al-Baqarah, Ayat 185).

ْ ُُُ‫ُوُلِ ِله‬،
.ُ‫اْلَ ْمد‬ َ ‫ُُاَهللُأَ ْكبَ ر‬،‫ُاهللُأَ ْكبَ ر‬،‫اَهللُأَ ْكبَ ر‬
Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,

Jika kita renungi, betapa pantasnya hari-hari dan waktu berlari dalam kehidupan kita ini.
Sehingga kadang-kala, belum sempat kita menikmatinya, sedar tidak sedar kita sudah berada di
daerah waktu yang baru. Sebentar rasanya cahaya mentari muncul di kaki langit, tiba-tiba tengah
hari sudah menjelma. Baru rasa masuknya waktu Zohor, tiba-tiba Maghrib sudah hadir
menunggu tenggelam mentari di ufuk barat.

Baru sahaja Jumaat, sudah Jumaat semula. Baru sahaja Ramadan, sedar-sedar kita sudah
pun di sini mendengar khutbah hari raya sebagai tanda telah sebulan puasa berlalu
meninggalkan kita.

ْ ‫ُوُلِ ِله‬،
.ُ‫ُُاْلَ ْمد‬ َ ‫ُُاَهللُأَ ْكبَ ر‬،‫ُاهللُأَ ْكبَ ر‬،‫اَهللُأَ ْكبَ ر‬

4
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Lihatlah kepada diri kita sendiri. Saban hari kita meningkat usia. Jika dahulu di usia kanak-kanak
yang tidak memperdulikan apa krisis kehidupan di sekeliling, hari ini sudah matang dan terpaksa
berfikir tentang cabaran hidup. Jika dahulu muda, hari ini mula dimamah usia.

Apa yang pasti, kehidupan ini, seindah mana pun, semanis apapun, ada tempohnya. Semalam
senyuman, hari ini mungkin tangisan. Semalam sedih, hari ini mungkin tersenyum
manis.

Hari ini tidak sama lagi seperti semalam. Esok akan berubah lagi. Demikianlah kehidupan,
sehingga nafas terhenti. Kehidupan dunia benar-benar satu permainan dan kesenangan yang
menipu. Inilah permainan sandiwara dunia.

Maka, persoalannya, apakah sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan ini?. Jika kita mencari
kesenangan berkekalan, kita tidak akan temui di dunia ini. Jika kita mencari senyuman
yang berpanjangan, itu hanya satu mimpi. Jika kita mencari nama semata-mata, kita tetap akan
dilupa jua.

Apakah sebenarnya kejayaan dan kemenangan dalam hidup ini?.

Siapakah insan yang berjaya dan menang dalam pertarungan kehidupan di dunia yang menipu
dan memperdaya?.

Untuk menjawab hal itu, ALLAH Tuhan yang menciptakan dan menempatkan kita di dunia
ini telah berfirman dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185:

                 

           
 

Maksudnya:Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka
dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

5
Maka, berdasarkan firman ALLAH ini, kejayaan bagi seseorang ialah apabila dia selamat dari
azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Itulah kejayaan dan kemenangan bagi seorang
insan yang hidup atas muka bumi ini. Sehebat mana pun pencapaian seseorang atas dunia ini,
jika tidak berjaya selamat dari neraka dan masuk ke dalam syurga, maka kesemuanya itu sia-sia
belaka.

ِ ِ ‫ و‬،‫ اَُﻪﻠﻟ أَ ْﻛﺒـﺮ‬،‫ ُاﻪﻠﻟ أَ ْﻛﺒـﺮ‬،‫اَُﻪﻠﻟ أَ ْﻛﺒـﺮ‬


‫ﻪﻠﻟ‬ َ َُ َُ َُ
َْ
. ‫اﳊ ْﻤ ُﺪ‬
Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,
Allah tidak mengharamkan nikmat dunia yang halal untuk kita. Bahkan kita disuruh memohon
agar kehidupan kita di dunia baik, dan di akhirat pun baik. Ini seperti doa yang ALLAH ajar agar
kita berdoa:

        


     

Maksudnya:"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari siksa neraka". (Surah Al-Baqarah ayat: 201)

Manusia yang rugi ialah mereka yang mengejar dunia sehingga terlupa kehidupan dan nikmat
yang hakiki iaitu syurga. Insan yang terbaik, insan yang mendapatkan pelbagai nikmat dunia
yang halal, dalam masa yang sama perlumbaannya ke syurga tidak pernah terhenti.

Seakan-akan dia hidup di syurga dunia yang sementara dan dia juga mendapat tempat di syurga
sebenar di akhirat yang kekal abadi.

6
ْ ‫ُوُلِ ِله‬،
.ُ‫ُُاْلَ ْمد‬ َ ‫ُُاَهللُأَ ْكبَ ر‬،‫ُاهللُأَ ْكبَ ر‬،‫اَهللُأَ ْكبَ ر‬
Muslimin Muslimat Yang Dikasihi Sekalian,
Ketika kita menyambut hari raya ini, janganlah kita lupa saudara-saudara kita yang sedang
dibunuh dengan rakus dan kejam di Palestin. Peperangan yang tiada imbangan dari segi kekuatan
tentera dan senjata. Gaza yang saiznya kurang dari separuh Negeri Perlis ini, dibantai oleh
peralatan senjata yang canggih, gabungan kuasa-kuasa besar, kepungan dari segala penjuru dan
dunia yang tidak berani membantu.

Israel dengan sekutu-sekutunya, tanpa memperdulikan kemanusiaan dan peraturan, membunuh


dengan kejam orang awam; wanita, kanak-kanak dan semua rakyat Palestin yang serba kurang
dan miskin. Pun begitu, dengan keyakinan kepada ALLAH dan semangat jihad yang tidak
pernah padam, sehingga hari ini, Yahudi terlaknat itu, masih tidak dapat menguasai Gaza
sepenuhnya.

Logik akal menyatakan; dengan kecanggihan persenjataan, gabungan kuasa-kuasa besar, jumlah
tentera dan segalanya yang berpihak kepada Israel, maka Gaza yang kecil pasti akan terhapus

dalam tempoh yang sangat singkat. Namun, realiti menunjukkan, semangat jihad telah
menjadikan para mujahidin masih lagi dapat bertempur walaupun hampir setengah tahun berlalu.

Keupayaan rakyat Palestin bertahan, tanpa membuang agama, bahkan berjihad dan bersabar
telah menjadi inspirasi kepada ramai orang di barat untuk bersimpati dan ada yang menganut
Islam kerana hal itu.

Semoga ALLAH menempatkan para mujahidin dan rakyat Palestin yang syahid dalam syurga
yang indah. Inilah kemenangan yang hakiki. Firman ALLAH dalam Surah Ali ‘Imran 169:

             
    

Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang
gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup
(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”.

Pun demikian, tidaklah bererti kita boleh berdiam diri membiarkan saudara-saudara seagama kita
dibunuh dengan kejam. Menjadi tanggungjawab kita untuk bangkit menentang kekejaman itu
dengan apa yang kita mampu. Jika tidak, kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.
ْ ‫ُوُلِ ِله‬،
.ُ‫ُُاْلَ ْمد‬ َ ‫ُُاَهللُأَ ْكبَ ر‬،‫ُاهللُأَ ْكبَ ر‬،‫اَهللُأَ ْكبَ ر‬
Muslimin Muslimat Yang Dihormati Sekalian,
Palestin mengingatkan kita bahawa toleransi yang berlebihan tanpa sikap berhati-hati hanya akan
mengorban diri jika salah percaturan. Yahudi yang asalnya menumpang di tanah Palestin,
diberikan ruang dengan penuh sangka baik akhirnya telah menjajah rakyat Palestin. Bermula dari
penguasaan ekonomi dan pembelian tanah, akhirnya mereka mengusir penduduk asal dan
membunuh dengan kejamnya.

Dalam masa yang sama, lihatlah kuasa-kuasa barat, mereka bercakap tentang hak asasi manusia
hanya apabila itu menguntungkan mereka. Namun, ketika Israel membunuh dengan kejam rakyat
Palestin dan melanggar segala piagam antarabangsa, mereka bukan sahaja diam seribu bahasa,
bahkan menggunakan keupayaan mereka untuk membela Israel. Nabi SAW bersabda:

ٍُ ‫ُعلَىُش ْعبَ ٍة ُِم ْنُنَِف‬


.‫اق‬ َ ‫ات‬
َ ‫ُم‬،
َ َ‫ه‬ ‫س‬‫ف‬ْ ‫ن‬
َ ُ ِِ‫ِّثُب‬
‫ه‬ ْ ‫ُوََلُُْيَد‬،
َ ‫ات َُوََلُْيَ ْغز‬
َ ‫َم ْن َُم‬
Ertinya:“Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah
berniat untuk berperang (untuk membela Islam), maka dia mati atas satu cabang nifaq
(kemunafikan)”. (Hadis Riwayat Muslim).

Maka, setiap mukmin hendaklah sentiasa bersedia mempertahankan agamanya. Kita hendaklah
sedar bahawa musuh-musuh mempunyai segala tipu daya dalam menjauhkan manusia dari
agama ALLAH ini. Seruan ALLAHU AKBAR di hari raya ini memanggil kita semua untuk
bangkit bersedia membela umat ini.

8
ْ ُ‫ُوُلِل ِه‬،ُ
.ُ‫ُاْلَ ْمد‬ َ ‫ اَهللُأَ ْكبَ ر‬،‫ُاهللُأَ ْكبَ ر‬،‫اَهللُأَ ْكبَ ر‬
.ُ‫ُاْلَ ِكْي ِم‬ ِ ‫آنُالْع ِظي ِمُونَ َفع ِِنُوإِيَّاكم ُِِبَاُفِي ِه ُِمنُاآلي‬
ِّ ‫ات َُو‬
ْ ‫الذ ْك ِر‬ ِ ِ
َ َ ْ ْ َ ْ َ َ ْ َ ‫ُِفُالْق ْر‬ ْ ِ ‫بَ َارَك‬
ْ ‫ُاهللُِل َُولَك ْم‬
Bagi sesiapa yang ingin membaca khutbah dengan dua (2) bahagian, maka
hendaklah berhenti di sini, dan memulakan dengan khutbah kedua di
bawah. Bagi sesiapa yang ingin membaca dengan satu (1) khutbah sahaja,
maka hendaklah meneruskan bacaan sehingga habis teks ini.

‫اللَُّهُأَ ْكبَ رُُُُُُُُُاللَُّهُأَ ْكبَرُُُُُُُ ُاللَُّهُأَ ْكبَ ُر‬


ُ‫اللَُّهُأَ ْكبَ رُُُُُُُُُاللَُّهُأَ ْكبَرُُُُُُُ ُاللَُّهُأَ ْكبَر‬
ُُ‫اللَُّهُأَ ْكبَر‬
ُ‫ُأَ ْش َهد ُأَ ْن‬،‫ُُو ْح َده‬ ِِ
َ ‫اب‬
َ ‫َحَز‬ ْ ‫ُوَهَزَمُ ُاأل‬،
َ ‫َعَّزُُجْن َده‬
َ ‫ُوأ‬،
َ ‫ُُعْب َده‬ َ ‫صَر‬ َ َ‫ُون‬،
َ ‫ُُو ْع َده‬ َ ‫ُص َد َق‬،
َ ‫اَ ْْلَ ْمدُُلل ُه َُو ْح َده‬
ُ‫ُص ِّل َُو َسلِّ ْم َُوبَا ِرْك‬
َ ‫ُاَللَّه َّم‬.‫َن ُُمَ َّم ًداُعبدهُورسوله‬ َ َ‫ُُش ِري‬
َّ ‫كُُلَُه َُوُُأَ ْش َهد ُأ‬ ُ ‫الَُإِلَهَُإِالَُّا‬
َ ‫هلل َُو ْح َدُه َُال‬
،ُ‫ُأ ََّماُبَ ْعد‬،ُ‫ي‬ ِ ْ ‫علَىُُم َّم ٍدُوُُعلَىُآلِِهُوُُصحبِ ِهُأ‬
َ ْ ‫َْجَع‬ َْ َ َ َ َ َ

Muslimin dan Muslimat Yang Dikasihi Allah Sekalian,


Hari raya ini merupakan hari yang ALLAH pilih untuk kita bergembira dan bersyukur. Marilah
kita benar-benar bersyukur dan menghormati apa yang ALLAH pilih untuk kita. Firman ALLAH
dalam Surah al-Hajj ayat 32:

           
 

Maksudnya:“Demikianlah (ajaran Allah); Dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar (agama)


Allah maka sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari taqwa dalam jantung hati”.

Islam tidak melarang kita bergembira, hari raya memang hari untuk kita bergembira. Namun,
dalam semua kegembiraan dan perayaan itu, ia diikat oleh rasa kehambaan dan kesyukuran kita
di hadapan ALLAH.

9
ْ ُ‫ُ َوُلِ ُِله‬،ُ‫ اَهللُأَ ْكبَ ر‬،‫ُاهللُأَ ْكبَ ر‬،‫اَهللُأَ ْكبَ ر‬
.ُ‫اْلَ ْمد‬
Muslimin Muslimat Yang Dikasihi Allah Sekalian,
Bersempena dengan hari raya ini marilah kita berusaha menjadikan diri, masyarakat dan negeri
kita lebih baik. Zahirkan akhlak yang baik yang dituntut oleh Islam kepada kita sebagai seorang
muslim. Pergaulan yang baik sesama keluarga dan sahabat handai merupakan tuntutan Islam.
Di hari raya ini, marilah kita menjaga lidah kita semasa kita bertemu dan berkumpul bersama
teman atau keluarga. Allah SWT berfirman:

               

  

Maksudnya:“Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman),


supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa
menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi
manusia”. (Surah Al-Israa’, Ayat 53).

Maka, ambil peluang pada hari raya ini untuk mengukuhkan hubungan ukhuwwah sesama
kita dan mengeratkan hubungan kita sebagai umat Islam.
Ya Allah! Engkau ampunilah kami, ibu bapa kami, mukminin dan mukminat. Ya Allah!
Engkau berikan petunjuk hidayah serta rahmat-Mu kepada kami sekalian hamba-hamba-Mu dan
kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra
Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal
dengan kitab-Mu dan sunnah nabi-Mu Muhammad SAW dan Engkau lanjutkanlah usia baginda
berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera.

Ya Allah! Engkau jadikanlah hari ini benar-benar hari kemenangan untuk kami. Berilah
kebahagiaan dan kegembiraan buat kami, kaum keluarga kami dan seluruh rakyat dalam negeri
dan negara ini. Kekalkan nikmat kesejahteraan dan tambahkanlah kebaikan dan keberkatan dari
sisiMU.

Ya Allah!, Ya Nasiir! Engkau berikanlah pertolongan dan kemenangan kepada


para pejuang yang berjihad untuk membela agamaMu dan memerangi musuh-musuh-Mu
diPalestin.

َُُ‫اب اﻟﻨﱠﺎ ِر‬ ‫ﺬ‬َ ‫ﻋ‬ ‫ﺎ‬ ‫ﻨ‬ِ‫اﻵﺧﺮة ِ ﺣﺴﻨﺔ ً َ و ﻗ‬


ِ ‫رﺑـﻨَﺎ آ ﺗِﻨَﺎ ِﰲ اﻟ ﱡﺪ ﻧْـﻴﺎ ﺣﺴﻨَﺔ ً َ ِوﰲ‬
َ َ َ َ ََ َ ََ َ ‫ﱠ‬
َ ْ‫ﻚ أَﻧ‬
َ‫ﺖ‬ َ ‫َرﲪﺔ ً إِﻧﱠ‬
َْ ‫ﻚ‬ َ ْ‫ِﻣﻦ ﻟَ ُﺪﻧ‬
ْ ‫ﺐ ﻟَﻨَﺎ‬ َ ‫رﺑﱠـﻨَﺎ َﻻ ﺗُﺰِغ ْ ﻗُـﻠُﻮﺑَـﻨَﺎ ﺑَ ْـﻌﺪَُإِذ ْ َﻫ َﺪﻳْـﺘَـﻨَﺎ‬
ْ ‫َوﻫ‬
. ‫اﻟَْﻮ ﱠﻫﺎب‬

11

Anda mungkin juga menyukai