Anda di halaman 1dari 3

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION IN SOUTH EAST ASIA REGION 7TH

SERIES 2017

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN KHAS RANTAU ASIA TENGGARA SIRI KE-7 2017

AJK : PROTOKOL & SAMBUTAN

BIL. AKTIVITI PERJALANAN MAJLIS


1. LAWATAN KE UNIVERSITI NEGERI Pada 20 Januari 2017, peserta dari UKM dan
SURABAYA (UNESA) SEAMEO-SEN telah mengadakan lawatan ke
Universiti Negeri Indonesia (UNESA). Rombongan
telah bertolak dari hotel penginapan pada pukul
8.00 pagi dan tiba di UNESA lebih kurang pada jam
9.00 pagi WIB. Semua peserta dibawa ke dewan
Fakulti Pendidikan UNESA bagi menyaksikan tarian
selamat datang serta nyanyian Bahasa isyarat yang
dipersembahkan oleh wakil mahasiswi-mahasiswi
UNESA. Majlis diteruskan dengan ucapan serta kata-
kata aluan daripada Dekan Fakulti Pendidikan
UNESA. Kemudian, peserta dibawa melawat
makmal-makmal pendidikan luar biasa di bawah
seliaan Fakulti Pendidikan, UNESA.
2. LAWATAN KE SMP 4, SURABAYA Setelah selesai lawatan di UNESA, peserta ICSAR17
(SEKOLAH INTEGRASI TERBAIK berangkat ke SMP 4, Surabaya yang merupakan
INDONESIA) sebuah sekolah integrasi terbaik di Indonesia.
Peserta disambut dengan begitu meriah dengan
pasukan kawad kaki dari SMP 4 yang mengiringi
peserta ke dalam dewan. Setelah berada di dalam
dewan SMP 4, peserta dipersembahkan dengan
pelbagai persembahan pentas oleh pelajar-pelajar
pendidikan luar biasa SMP 4. Antara persembahan
mereka termasuklah, koir lagu kebangsaan
Indonesia dan Malaysia, kawad formasi,
pertunjukkan fesyen busana tradisional Indonesia,
bersajak, bercerita dan melukis. Peserta sangat
terhibur dengan setiap persembahan. Setelah
persembahan tamat, peserta lelaki dibawa ke
masjid berhampiran bagi menunaikan solat Jumaat
manakala peserta wanita diberikan kesempatan
untuk melihat persekitaran sekolah serta
berkomunikasi dengan pelajar-pelajar SMP 4.
Kemudian, peserta dijemput meghadiri sebuah sesi
bersama pengetua SMP 4 untuk mengetahui sedikit
sebanyak tentang perjalanan sekolah SMP 4 serta
kejayaan dalam membimbing anak-anak pendidikan
luar biasa di dalam program integrasi sekolah
tersebut. Setelah sesi bersama pengetua tamat,
peserta dibawa ke hotel penginapan di Malang.
3. SEMINAR ANTARABANGSA Persidangan ini diadakan pada 21 Januari 2017
PENDIDIKAN KHAS RANTAU ASIA bertempat di Bangunan GKB FIP UM bermula dari
TENGGARA SIRI KE-7 2017 pukul 08.00 - 15.30 WIB. Persidangan antarabangsa
ini terselenggara atas kerjasama antara UM dengan
Universiti Pendidikan Indonesia, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), dan SEAMEO SEN
Regional Centre For Special Education. Kegiatan
yang dilaksanakan kali ke tujuh ini mempertemukan
empat orang ahli akademik dari Indonesia dan
Malaysia, antaranya ialah Dr. Djaja Rahardja, M.A.
dari UPI Bandung, Prof. Dr. Fattah Hanurawan,
M.Si., M.Ed. dari UM, Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi
bin Mohd Yassin dari UKM Malaysia, dan Dr. Yasmin
binti Hussain dari SEAMEO-SEN. Prof. Dr. Moh.
Efendi, M.Pd., M.Kes. selaku koordinator kegiatan
menyampaikan pelaksanaan kegiatan persidangan
antarabangsa yang melibatkan dua negara antara
Malaysia dan Indonesia yang merupakan satu
bentuk komitmen kedua-dua negara dalam rangka
memajukan pendidikan bagi anak-anak bekeperluan
khusus. Terdapat tiga hasil daripada seminar yang
dianjurkan iaitu naskhah prosiding, seminar
(dimuatkan di jurnal penyelidikan dan
pembangunan pendidikan luar biasa yang
diterbitkan oleh Persatuan Profesion Pendidikan
Khas Indonesia), dan terbitan pertama (volume
satu) Journal of ICSAR, satu bentuk komitmen
selama dua tahun berturut-turut dalam
perbincangan dan diskusi baik Malaysia dengan
Indonesia. Sementara itu Dekan FIP, Prof.Dr.
Bambang Budi Wiyono, M.Pd. menyampaikan rasa
terima kasih yang setinggi-tingginya kepada seluruh
perwakilan perguruan tinggi di Indonesia dan di
Malaysia yang telah hadir bagi mengikuti dan
menyokong perlaksanaan persidangan
antarabangsa ini. Kegiatan ini terlaksana berkat
kerjasama antara Jurusan Pendidikan Luar Biasa FIP
UM dengan Pendidikan Khas UKM Malaysia, dan
Pendidikan Luar Biasa dari seluruh perguruan tinggi
di Indonesia. Dalam persidangan ini tidak kurang
dari 350 peserta yang hadir, dan terdapat 120
artikel yang dihantar oleh peserta dan dipilih oleh
panel ICSAR17, sehingga menghasilkan 108 artikel
yang disiarkan melalui preview.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pesera dimaklumkan dengan lebih terperinci


tentang perjalanan setiap acara dan program yang
berlangsung agar setiap acara lebih lancar dan
peserta beroleh maafaat yang optimum dari setiap
acara mahupun program.

Anda mungkin juga menyukai