Anda di halaman 1dari 5

Salam kepada semua manusia pemikir.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit kaji selidik mengenai ciri-
ciri seorang pemidato mahupun penceramah yang hebat? Ini merupakan satu pemerhatian yang
telah saya buat sepanjang saya memerhatikan ragam manusia yang bergelar penceramah. Saya suka
melihat gaya-gaya beberapa tokoh motivasi, tokoh penceramah mahupun tokoh pimpinan negara
berucap di kalangan khalayak ramai. Semua mereka ini mempunyai gayanya yang tersendiri. Saya
juga menanam cita-cita mahu menjadi seperti mereka. Mereka hebat melontarkan idea-idea, fakta-
fakta, info-info, tips, maklumat, langkah-langkah secara sepontan. Semua ayatnya tersusun rapi,
tanpa sebarang sekat-sekat pun. Lancar sahaja idea mereka ketika memberi ucapan.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri dari seorang penceramah yang sangat berjaya yang sering menjadi
bualan masyarakat. Mudah-mudahan perkongsian ini menjadi bahan yang bermanfaat kepada diri
saya dan juga kepada para pembaca semua.

1.Mereka datang lebih awal dan memeriksa sistem suara sebelum bermulanya majlis.

2.Mereka bercakap tentang subjek yang mana pendengar mahu dengar, seperti isu-isu yang menarik,
perkara-perkara yang masih belum dibincangkan, hal-hal yang patut dititikberatkan dalam
masyarakat, tips-tips yang berguna dan sebagainya yang mendatangkan manfaat dalam kehidupan
harian kita. Mereka juga menggunakan kata-kata dan bahasa tubuh yang menunjukkan ghairah
mereka dalam menyampaikan sesuatu subjek tersebut.

3.Mereka bersama audiens mereka dalam beberapa minit pertama dengan menceritakan sesuatu
yang memukau, sebuah kejadian lucu, kenyataan mengejutkan atau mungkin puisi-puisi, rangkap
pantun dan sebagainya. Mereka tahu bagaimana membuat pembuka bicara mereka berkaitan
dengan bahan-bahan subjek tersebut.

4. Mereka seorang yang beranni. Mereka tidak hanya mengatakan apa yang penonton ingin dengar,
tetapi apa yang mereka PERLU dengar. Dengan kata lain, perkara yang mereka sampaikan itu dapat
meningkatkan ransangan pemikiran penonton. Mereka memberikan penonton mereka beberapa
idea-idea yang segar.

5.Mereka membuat lebih dari 3-4 point dalam sesi ceramah mereka. Beberapa point yang diberikan
dan dikongsikan bersama penonton itu lebih daripada 3-4 point bagi penonton membuat banyak
pilihan dalam melaksanakan saranan daripada penceramah tersebut. Pilihan yang diberikan dapat
membuatkan penonton rasa selesa. Bukan untuk mengelirukan penonton tetapi dengan tujuan mahu
penonton sendiri diajak berfikir tentang hal yang dibincangkan itu. Bagi setiap point utama mereka
akan menceritakan dan menerangkan dengan ringkas, jelas dan mudah difahami. Sebuah cerita yang
bagus membangkitkan emosi dan menarik minat penonton mendengarnya.

6. Mereka tidak hanya memandang pada satu tempat sahaja ketika menyampaikan ceramah. Malah
mereka memandang penonton dari segenap ruang. Baik dari kiri kanan hujung hingga ke belakang
semuanya akan diperhatikan dengan baik. Hal ini membuat mereka kelihatan lebih tulus dan benar-
benar hadir bersama penonton. Penonton yang berada di belakang seperti dihargai.

7. Sebelum menutup, mereka meringkaskan dan mengulangi point utama mereka. Mereka
menamatkan dengan cerita inspirasi sebagai perkara yang boleh dibayang oleh penonton berkaitan
tentang subjek yang disampaikan sebelum ini. Mereka dapat memegang penonton, dapat memukau
penonton, sehinggakan subjek tersebut boleh diingati oleh penonton apabila pulang nanti.

8.Mereka tidak bercakap terlalu lama. Mereka tahu berapa banyak masa mereka telah ditetapkan
dan mereka tidak melebihi itu. Mereka pandai untuk menggunakan masa dan mengaturnya dengan
baik.

9.Mereka berlatih ucapan mereka beberapa kali sebelum majlis. Persedian yang lengkap itu perlu ada
bagi setiap penceramah.

10.Semua penceramah ini berjaya dalam hidup mereka sendiri. Mereka dapat mempromosikan diri
mereka sendiri. Mereka menjadi contoh panduan kepada penonton yang melihatnya.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat membolehkan pembelajaran dan
pengajaran dibuat melalui penggunaan rangkaian yang mampu menghubungkan guru dengan
pelajar, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan web global secara dalam talian.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan
pengajaran atau lebih khususnya e-Pembelajaran menjadikan pelajar lebih aktif dan
bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Konsep pembelajaran sedemikian yang tertumpukan
pelajar melalui teknologi e-Pembelajaran dijangka melahirkan siswazah yang lebih
bertanggungjawab, bebas dan berdikari serta boleh bersaing di persada antarabangsa.

Dalam mengharungi arus transformasi pendidikan ini, salah satu inisiatif awal Projek Agenda Kritikal
(CAP) e-Pembelajaran ialah menggubal Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) untuk menyediakan
satu kerangka e-Pembelajaran berkualiti yang sesuai dengan konsep 1Malaysia dan Model Baharu
Ekonomi. Dasar e-Pembelajaran ini juga mendukung intipati strategik Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMKe-10) dan Agenda Inovasi Malaysia (AIM). Salah satu daripada lima teras strategik yang
digariskan dalam RMKe-10 ialah membangun modal insan bertaraf dunia dengan memberi tumpuan
kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) terutamanya dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) serta perkhidmatan pendidikan.

Dasar e-Pembelajaran IPT digubal oleh Pasukan Projek CAP e-Pembelajaran bertujuan untuk
menyediakan pendidikan yang berkualiti pada semua peringkat IPT serta memberi akses yang
saksama dan adil kepada rakyat jelata. Ini adalah selari dengan keperluan bidang kritikal e-
pendidikan yang dikemukakan oleh National IT Council (NITC, 2010). Dasar dan kerangka e-
Pembelajaran telah juga mengambil perhatian dan keperluan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di
mana lebih 60% dari Entry Point Project (EPP) menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat.
Keperluan ini lebih ketara akibat proses globalisasi yang dibawa oleh teknologi komunikasi dan
Internet terkini.

e-Pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan dan ini dapat diterjemahkan kepada beberapa
objektif seperti berikut:

Membangunkan satu repositori dan direktori bahan pembelajaran digital yang boleh diguna pakai
oleh semua IPT sekali gus membangunkan budaya berkongsi sumber e-Pembelajaran dan e-
Kandungan;

Membudayakan e-Pembelajaran di IPT untuk membina komuniti pengamal e-Pembelajaran dan


penjana e-Kandungan tulen;
Menyediakan infrastruktur yang sesuai dan mesra e-Pembelajaran;

Menghasilkan pelbagai e-Kandungan bagi mengukuh pembelajaran dan instruksi;

Meningkatkan kemahiran staf, pelajar dan pihak berkepentingan melalui e-Pembelajaran; dan

Menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan dalam pedagogi dan teknologi e-Pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai