Tajuk Kertas Kerja

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

TAJUK KERTAS KERJA

Terdapat beberapa pengajaran berkaitan dengan penularan program-program


realiti hiburan di media massa mempengaruhi akhlak remaja. Antaranya ialah
ibu bapa perlu mengawasi atau memantau aktiviti harian mereka terutamanya
realiti hiburan di media masa ini. Hal ini kerana, remaja sekarang lebih berminat
melihat realiti hiburan di media massa berbanding dengan mendekatkan diri
dengan agama. Realiti hiburan di media massa sekarang banyak mendorong ke
arah yang negatif kerana ia merupakan salah satu platform untuk menyebarkan
pesanan,propaganda dan sebagainya. Sebagai contoh,di era globalisasi
ini,remaja mudah terikut-ikut dan mempengaruhi budaya barat atau
‘menghalalkan’ perkara yang diharamkan oleh agama. Sebagai contoh,remaja
meniru budaya dan gaya artis kegemarannya dengan tidak menutup aurat dan
memakai pakaian yang seksi,bergaul tidak sama jantina dengan tiada
Batasan,merokok dan sebagainya. Oleh itu,ibu bapa hendaklah memantau
aktiviti anak-anak mereka supaya mereka tidak mempengaruhi program-
program realiti hiburan di media massa agar remaja zaman sekarang
meluangkan masa dengan perkara dengan lebih manfaat seperti mendekatkan
diri dengan agama.

TAJUK ARTIKEL

Terdapat beberapa pengajaran berkaitan dengan media sosial dan instagram


menurut Islam. Antaranya ialah kita hendaklah menjaga penampilan kita ketika
memuat naik gambar di media social dan Instagram . Hal ini kerana, di media
sosial dan instagram boleh membawa maksiat dan dosa dengan melihat pakaian
yang seksi dan tidak menutup aurat.

Anda mungkin juga menyukai