Anda di halaman 1dari 19

KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN


1.0 Pengenalan 2
2.0 Latar Belakang Proton 4
3.0 Usaha sama Proton dan Mitsubishi 5
4.0 Objektif Kajian 10

4.1 Perkembangan Teknologi Pembuatan Kereta Proton, Shah


Alam Selangor Dalam Bidang Sains dan Teknologi

4.2 Jenis Enjin yang digunakan Proton Sepanjang Tempoh 8 Tahun


(2013-2021)

4.3 Aspek dari segi keselamatan yang terdapat dalam kereta Proton
(2013-2021)
5.0 Penutup 14
Bibliografi 16
Lampiran 17

1
PENULISAN ESEI

1.0 PENGENALAN

Penggunaan mesin dan perkembangan kereta moden dimulai sejak pada abad ke-19.

Karl Benz merupakan seorang jurutera dari Jerman yang berjaya mencipta kereta. Secara

umumnya, kereta merupakan kenderaan darat yang dirancang untuk mengangkut penumpang

atau barang ke suatu destinasi yang ditujui dengan cepat dan selamat. Selain itu, kereta

melalui beberapa revolusi teknologi sejak dari era kereta dicipta. Seterusnya, revolusi

teknologi berlaku dengan cepat dalam beberapa dekad yang terakhir sehingga berjaya

berkembang dengan pesat dalam teknologi. Malaysia menjadi negara Asia Tenggara yang

pertama menghasilkan kereta jenama sendiri melalui pendirian Proton Holdings Berhad.

Proton merupakan jenama kereta nasional yang diasaskan oleh Tun Dr.Mahathir Bin

Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri yang ke-4 pada 9 Mei 1983.i Proton Saga

merupakan kereta nasional keluaran pertama yang dilancarkan kepada orang ramai. Terdapat

banyak lagi model kereta yang dikeluarkan oleh Syarikat Proton antaranya ialah Wira,

Perdana, Waja dan banyak lagi. Oleh disebabkan harga kereta yang mampu dimiliki oleh

kebanyakan rakyat tempatan terutamanya orang Melayu, Proton telah menjadi Syarikat

Pengeluar Kereta yang disanjungi di Malaysia. Selain itu, Proton juga pernah membuka

sebuah Showroom di United Kingdom suatu ketika dahulu. Tidak dinafikan juga, Proton ini

merupakan pelopor utama dalam industri automobil. Menurut Tan Sri Jamil, ia merupakan

satu inisiatif yang diusahakan supaya Malaysia boleh maju dalam industri yang berpaksikan

kejuruteraan. ii

Bagaimanapun, dari segi nilai sentimental, Proton saga dilihat seperti sudah sampai ke

kemuncaknya di Britain. Proton mungkin mampu membuatkan sesetengah warga Malaysia

2
berasa bangga dengan kejayaan Proton menempa nama di atas pentas automotif dunia tanpa

mengira perjalanan yang pernuh liku dan kontroversi.iii

3
2.0 LATAR BELAKANG PROTON

Proton Holdings Berhad, atau lebih dikenali sebagai Proton, diasaskan pada 7 Mei 1983 oleh

bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penubuhan syarikat ini

bertujuan untuk membangunkan industri automotif negara Malaysia dan mengurangkan

kebergantungan negara kepada import kereta.

Selain itu, pengasasan Proton juga bermatlamat untuk meningkatkan industri Malaysia. Hal

ini demikian dikatakan, Projek Kereta Negara telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1982.

Proton dimiliki oleh Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional semasa penciptaanya.

3.0 JENIS ENJIN YANG DIGUNAKAN DALAM KERETA PROTON SEPANJANG

TEMPOH 8 TAHUN (2013-2021)

Kerjasama antara Proton, Malaysia dengan Lotus, United Kingdom telah berjaya

menghasilkan enjin kereta sendiri buat pertama sekalinya iaitu Enjin Campro (Cam Profile).

Enjin Campro memulakan titik permulaannya apabila ia dipasangkan di dalam ruangan enjin

kereta model Proton Gen-2 pada tahun 2004. Model-model lain termasuk Proton Satria Neo,

Proton Waja dan Proton Persona juga merupakan antara model kereta tempatan yang

menggunakan enjin Campro pada sekitar tahun 2000-an. Enjin ini dibina sebagai

membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa di samping mematuhi

piawaian emisi yang ketat.

Semasa peringkat penyelidikan dan pembangunannya, enjin Campro dipasang pada

Proton Waja yang digunakan khas bagi tujuan ujian jalan raya. Hal ini kerana ujian

mendapati bahawa enjin tersebut walaupun kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi,

namun penggunaan awalnya pada Proton Gen-2 telah menunjukkan masalah kekurangan

kilasan terutama sekali ketika mendaki bukit. Akibatnya, pemandu terpaksa menukarkan

4
antara gear 2 dan 3 banyak kali semasa mendaki bukit.Namun begitu, masalah ini berjaya

diselesaikan pada tahun 2005 dengan pemetaan semula ECU (Engine Control Unit), sebuah

komponen yang mengawal fungsi enjin. Tugas utama ECU ini adalah bagi memastikan enjin

dapat berjalan dengan lancar semasa pemanduan kereta.iv

Pada tahun 2013, Proton telah melancarkan sebuah model kereta dari segmen C atau

mudah dikenali ramai sebagai varian ‘Hatchback’ iaitu Proton Suprima S. Nama asal bagi

Proton Suprima S ini ialah dari perkataan Inggeris ‘supreme’. Hal ini demikian kerana,

Proton menyasarkan Suprima S sebagai tawaran kereta yang lebih sporty selaras dengan sifat

gaya badannya itu. Untuk mengukuhkan perkara tersebut, akhiran ‘S’ pada nama model

tersebut membawa tujuan yang bermaksud ‘Sukan’. Proton Suprima S dikeluarkan setelah 16

bulan kereta Proton Preve yang merupakan kereta varian ‘Sedan’ ditayangkan. Oleh itu,

Proton Suprima S dilihat banyak berkongsi reka bentuk panel badan dan bahagian-bahagian

‘saloon’ dari Proton Preve. Proton Suprima S menggunakan enjin Campro Turbo yang

berkapasiti 1.6 liter. Enjin ini diklasifikasikan sebagai enjin empat silinder dalam garis (inline

four-cylinder) serta dilengkapi dengan penyaman udara paksa (turbocharged). Seterusnya,

adalah mengejutkan apabila kereta tersebut didapati tidak mempunyai transmisi manual pada

lima kelajuan Getrag pada kereta.

Pada ketika ini, unit Campro dipasangkan dengan kotak gear tujuh kelajuan Punch

VT3 CVT yang sama seperti dipasangkan pada Proton Preve yang dilengkapi dengan

pengecas turbo. Dari segi angka prestasi, Proton Suprima S mempunyai kelajuan tertinggi

190km/j dan masa pecutan ialah 0-100 km/j selama 9.9 saat. Manakala penggunaan bahan api

dinila adalah pada 9.1 liter setiap 100 km. Secara perbandingan kita dapat melihat bahawa

Proton Preve yang mempunyai pengecas turbo mempunyai kelajuan tertinggi 200 km/j dan

masa 0-100 km/j selama 9.6 saat serta penggunaan bahan api kitaran gabungan 8.2 liter setiap

100 km/j. Sebahagian besar daripada perbandingan ini boleh dijelaskan oleh berat ‘kerb’

5
Proton Suprima S, iaitu 1375 kg untuk kelas Eksekutif dan 1395 kg untuk kelas Premium.

Pada asasnya, di bahagian hatch Proton Suprima S adalah sedikit berat daripada 1.6 Premium

CFE Proton Preve yang mempunyai berat sebanyak 1340 kg. vBerat ‘kerb’ merujuk kepada

berat kereta yang diambil bersama dengan segala cecair yang diperlukan untuk beroperasi

termasuklah tangki bahan api 90 peratus penuh.vi

Pada tahun 2016, Proton telah melancarkan sebuah kereta sedan segmen D yang

cantik dan elegan iaitu Proton Perdana generasi yang ke-4. Kereta ini menampilkan dua

varian yang berlainan iaitu 2.0L dan 2.4L. Kereta sedan eksekutif berkuasa tinggi tersebut

telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC). Berdasarkan spesifikasi enjin, Perdana 2.0L didatangkan

dengan SOHC 4 injap silinder 16 injap yang menghasilkan 154 kuasa kuda dan 189Nm Tork,

manakala Perdana 2.4L menggunakan enjin DOHC dengan 4 silinder 16 injap yang mampu

menghasilkan 179 kuasa kuda dan 222Nm Tork.vii Dari aspek prestasi enjin dan

pengendalian, pengalaman pemanduan model ini diibaratkan seperti memandu sebuah Honda

Accord kerana Proton Perdana 2016 dikuasakan oleh kuasa pecutan yang mencukupi dan

lancar yang semestinya menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih optimum. Proton

yang merupakan pembuat kereta nasional pada ketika ini dilihat telah mengeluarkan Proton

Perdana yang mempunyai spesifikasi berasaskan Honda Accord generasi sebelumnya iaitu

Honda Accord generasi ke-8 pada tahun 2009. Hal ini dapat dilihat pada reka bentuk dalaman

kereta Proton Perdana tersebut seperti mana yang terdapat di dalam kereta Honda Accord

2009 antaranya ialah stereng, dashboard, tempat duduk dan sebagainya. Proton tidak lagi

menggunakan enjin buatan sendirinya melalui kerjasama Lotus, enjin Campro sebaliknya

Proton menggunakan enjin yang dihasilkan oleh syarikat Honda, yang juga merupakan

pengeluar kereta dari Jepun pada model keluaran Proton Perdana 2016. Seperti yang sudah

diketahui ramai peminat kereta atau dikenali sebagai autophiles, Honda tidak membenarkan

6
Proton untuk menukar satu apa pun dari aspek kejuruteraan dan mekanikal ketika dalam

Proton Perdana 2016. Oleh itu, dari hal-hal kejuruteraan dalaman dan reka bentuk Proton

Perdana adalah tetap sebuah Honda Accord bagi pandangan khalayak ramai.

Namun, Proton tidaklah hanya berdiam diri sahaja kerana sepanjang tempoh dua

tahun, Proton telah berkerja keras bagi membangunkan enjin sendiri bagi Proton Perdana 2.0.

Proton menjangkakan enjin tersebut akan dikeluarkan pada awal tahun 2018. Proton Perdana

yang diperkenalkan ini telah menerima enjin baharu yang dikenali sebagai NE01, enjin ini

ialah berdasarkan enjin kapasiti sama yang pernah dibangunkan oleh Petronas dahulu. viii

Perkara ini dijelaskan lebih lanjut lagi oleh Proton semasa sesi sidang akhbar selepas

berakhirnya majlis pelancaran Perdana 2016. Model versi dikemas kini tersebut

menggunakan enjin NE01 2.0 liter empat-silinder dengan pendesak turbo yang diambil dari

Petronas. Enjin ‘square‘ (dengan ukuran gerek dan strok 86mm x 86 mm) tersebut berupaya

menjana sejumlah 135 kW (181 hp) pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 245 Nm dicapai

sepenuhnya pada 1800 hingga 5000 rpm. Walaupun mempunyai kapasiti lebih kecil

berbanding enjin K24Z2 DOHC i-VTEC berkuasa 177 hp/222 Nm pada varian 2.4L, enjin

NE01 2.0 liter tersebut sebenarnya lebih berkuasa. Enjin berkenaan juga bakal dipadankan

dengan kotak gear CVT Proton baharu yang menggunakan torque converter (konsep yang

sama digunakan pada transmisi CVT terbaharu dari Honda) berbanding menggunakan start-

up clutch pada model-model Proton sebelum ini bagi memastikan aliran kuasa dari enjin yang

lebih lancar.ix

Proton yang telah memeterai dalam usaha sama bersama dengan syarikat automotif

dari China, iaitu Zhejian Geely Holding Group (Geely) untuk membuka ruang kepada Proton

bagi memasang dan memasarkan kereta di China pada April 2017. Pada tahun 2019 pula,

Proton telah mengeluarkan sebuah kereta varian SUV segmen B iaitu Proton X50 yang

diambil secara terus daripada produk Geely Bin Yue. Sebelum ini Proton yang bekerjasama

7
dengan Geely juga telah mengeluarkan sebuah kereta SUV yang lebih besar berbanding

dengan Proton X50 iaitu Proton X70. Proton X70 bukan sahaja merupakan model kereta

pertama yang dihasilkan melaui usaha sama antara Proton dan Geely malah, ia juga

merupakan satu titik permulaan untuk mengembalikan tahap kepercayaan orang ramai

terhadap jenama kereta nasional negara itu. Proton X50 menggunakan enjin 1.5 TGDi liter

turbo (174 hp/255 Nm) dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan yang merupakan enjin

Drive-E yang dibangunkan bersama Volvo dan Geely. Enjin ini mampu memecut sepantas

7.9 saat dari 0-100 km/j di atas jalan raya. Proton kini dilihat sudah memiliki rakan

perniagaan yang mempunyai teknologi enjin yang termaju. Hal ini jelas menunjukkan Proton

sudah pun meninggalkan enjin buatan sendirinya Campro yang dianggap sudah ketinggalan

zaman demi mengekalkan kedudukannya di pasaran agar terus dipandang oleh rakyat serta

dapat mengembangkan jualan unit kereta ke luar negara.x Proton masih mengekalkan

penggunaan enjin tersebut dalam ruangan enjin unit kereta keluaran terbaharunnya.

8
4.0 ASPEK DARI SEGI KESELAMATAN YANG TERDAPAT DALAM KERETA

PROTON

Proton telah menitikberatkan aspek keselamatan dalam pembangunan kereta yang

dikeluarkan. Sebagai pengeluar kereta nasional, Proton telah mengambil langkah untuk

meningkatkan standard keselamatan dalam reka bentuk dan penjanaan model-model kereta

mereka.

Dalaam penghasilan model kereta Proton Suprima S tahun 2013, Proton dilihat

semakin gigih dan serius dalam memastikan model keluarannya menawarkan aspek

keselamatan yang baik kepada bakal pengguna. Justeru Proton Suprima S menerima

penarafan lima bintang oleh Australasian New Car Assessment Programme (ANCAP) kerana

dilengkapi dengan sisterm keselamatan yang aktif dan pasif. Hal ini kerana Proton Suprima

mempunyai ciri-ciri keselamatan dari dalaman tempat duduk pemandu dan penumpang iaitu

sistem brek ABS, EBD, ESC, kawalan cengkaman dan ISOFIX. Disamping itu, model kereta

inilah merupakan model kereta pertama Proton yang mempunyai enam beg udara bagi

memenuhi ciri standard untuk kedua-dua varian Proton Suprima S ‘Executive’ dan

‘Premium’.Sebagai buktinya beg udara tersebut disediakan di bahagian hadapan untuk

9
pemandu dan penumpang, beg udara di sisi pemandu dan penumpang hadapan, dan beg udara

pada tirai panjang penuh untuk penumpangn belakang. Seterusnya, terdapat juaga sistem

multimedia yang dipasang pada kereta Proton Suprima S yang merupakan skrin sentuh

bersaiz 7 inci bagi memberi akses kepada pemain DVD, sistem navigasi GPS dan kamera

pandang belakang. Proton Suprima S ini memang didatangangi dengan ciri inovatif kerana

sistem audio Android bersama dengan kemampuan WiFi untuk melayari internet dan ciri Hill

Hold Assit. Bunyi dari sistem audio Android yang pertama untuk OEM di Malaysia ini

disalurkan menerusi enam unit pembesar suara bagi varian Premium. Bahagian luaran

hadapan kereta ini menerusi rekaan lampu utama projektor bersama butiran LED yang nipis.

Gril radiatornya kini menggunakan gril jenis honeycomb berwarna hitam. Rekaan perumah

lampu kabus dikatakan berfungsi untuk mengalirkan udara bagi tujuan penyejukan enjin.

Pada tahun 2014, Proton telah pun melancarkan satu lagi varian terbaharu Proton

Suprima S iaitu Proton Suprima S Super Premuim. Varian ini dilancarkan untuk tujuan

menghasilkan sebuah varian yang memaparkan ciri-ciri yang lebih ‘sporty’ agar dapat

menarik minat pelanggan yang terdiri daripada penggemar kereta lumba dan tahan lasak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata varian ketiga

Proton Suprima S ini merupakan produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Proton kerana

kereta ini dilengkapi dengan pelbagai ciri yang lebih komprehensif dari segi pencapaian gaya,

keselamatan, pemanduan dinamik dan canggih semasa majlis pelancaran varian tersebut

dijalankan di Karnival Jualan Proton di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka. Beliau juga

turut berkata Suprima S Super Premium dilengkapi rim ‘sporty’ 17 inci, kerusi kulit dan body

kit R3 dan enjin Campro 1.6 liter turbo tujuh kelajuan dengan pengendalian Lotus yang

dinamik.xi

Proton Perdana yang dikeluarkan oleh Proton pada tahun 2016 dianggap sebagai

lambang kemegahan Proton sendiri. Proton Perdana merupakan model kereta sedan yang

10
bersaiz sederhana yang mempunyai empat pintu. Asal usul generasi Proton Perdana mula

diperkenalkan pada tahun 1995 yang dibina berasaskan model Mitsubishi Galant Eterna

generasi ke-7 yang merupakan hasil kerjasama antara Proton dan Mitsubishi selepas Proton

Saga dan Proton Wira. Setelah itu, Proton memperkenalkan model facelift baharu pada tahun

1998 yang dikenali sebagai Proton Perdana V6 Exucutive tampil dengan rupa, enjin dan

karakter pengendalian baharu. Proton perdana generasi ketiga tahun 2013 datang

menampilkan dua varian iaitu 2.0L dan 2.4L dengan ciri keselamatan dan keselesaan yang

dipertingkatkan. Model Perdana generasi ini dibina berasaskan model Honda Accord generasi

ke-8 yang dijual secara ekslusif kepada kakitangan awam dan pegawai-pegawai kerajaan.

Pada tahun 2016, Proton sekali lagi melancarkan model Perdana generasi keempat yang

berwajah baharu dengan mengubah keseluruhan luaran model ini. Proton Perdana baharu

juga menitikberatkan aspek keselamatan dalam penghasilan modelnya. Kesemua varian

Proton perdana dibekalkan dengan empat beg udara SRS dan Sistem Brek Antikunci (ABS)

dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD). Selain itu, model ini juga turut dilengkapi

dengan ciri standard seperti Sensor Parkir Hadapan dan Belakang (Front and Rear Parking

Sensor), Tingkap Kuasa dengan Fungsi Antiperangkap (Anti-Trap Power Window), Cangkuk

ISOFIX untuk Tempat Duduk Kanak-kanak (ISOFIX and Top Tether Mount Point), Kawalan

Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control, ESC) untuk varian 2.4L sahaja dan

Kamera Undur (Reverse Camera). Ciri-ciri keselamatan Proton Perdana keluaran 2016 ini

sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Honda Accord dalam masih mengekalkan lagi signature

Proton dalam reka bentuk luaran model kereta ini. Spesifikasi reka bentuk dalaman dan

luaran yang tersendiri serta talaan enjin yang cukup berkuasa membuktikan keunggulan dan

kejayaan Proton Perdana dalam kelasnya yang tersediri.xii

Seterusnya, SUV pertama Proton X70 hadir tahun 2019 dengan pakej sistem

keselamatan terbaik dan lengkap yang pernah ditawarkan oleh mana-mana model Proton

11
sebelum ini. Baik dari sisi ciri keselamatan pasif, aktif serta termasuk sistem keselamatan

termaju, semuanya banyak ditawarkan pada model Protn X70. Sebagai permualaan, Geely

Boyue di China yang menjadi asas kepada SUV ini sudah diiktiraf menerima penarafan lima-

bintang bagi China NCAP (China New Car Assesment Programme) dengan pencapaian mata

tertinggi 58.2. Sebagai perbandingan, BMW X1 dapat mengumpulkan 56.6 mata bagi ujian

yang sama. Proton X70 dilengkapi dengan banyak ciri-ciri keselamatan untuk kesemua varian

seperti enam beg udara ABS dengan EBD dan Brake Assist, kawalan cengkaman, kawalan

kestabilan dari teknologi Bosch generasi 9.1 dari Jerman, bantuan mula mendaki (HAC) yang

mengekalkan kedudukan kenderaan selama dua saat ketika pemandu mengalihkan kaki dari

pedal brek ke pedal minyak agar kereta tidak berundur kebelakang dan kawalan menuruni

curam (HDC) yang berfungsi mengekalkan kelajuan serendah 4 km/j untuk membolehkan

pemandu mudah mengawal kenderaan. Bagi varian paling mahal pula, Proton X70 ini turut

dilengkapi dengan sistem teknologi maju Advanced Driver Assistance System (ADAS).

Antara lain sistem ini menggunakan lima kamera, 19 sensor dan satu radar yang mampu

mengesan objek pada jarak 160 m. Ciri Adaptive Cruise Control (ACC) pula boleh berfungsi

dalam julat kelajuan antara 30 km/j hingga 150 km/j. Lain-lain ciri termasuk juga amaran

perlanggaran hadapan (FWC), amaran tukaran lorong (LDW), amaran titik buta (BLIS) serta

intelligent High Beam Control (IHBC) yang akan merendahkan tahap lampu tinggi sekiranya

adsa kenderaan dari arah depan. Manakala bagi memerhatikan tekanan udara dalam tayar

serta suhunya juga akan lebih mudah dengan ciri Peninjau Tekanan Tayar (TMS) yang

disertakan. Kamera 360 darjah dan sensor parkir pula akan memudahkan urusan pemandu

untuk meletak kenderaan. xiii

Proton X70 mendapat skor yang tinggi berdasarkan protokol ujian terkini bagi tahun

2017-2020. Berdasarkan protokol baharu itu, teknologi bantuan keselamatan kini diambil kira

dan dinilai sebanyak 25% daripada skor keseluruhan. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar,

12
Abdul Rashid Musa berterima kasih kepada usaha tekun pereka dan jurutera Proton yang

telah membuatkan syarikat berjaya mengembangkan reputasinya untuk menghasilkan kereta

yang mampu melindungi pengguna sekiranya berlaku kemalangan. Selain dari sistem bantuan

tambahan pemandu yang diperkenalkan pertama kali pada kereta Proton, Proton X70

dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan.xiv Beliau juga berkata lebih 60 peratus tempahan

adalah untuk varian premium yang menujukkan pembeli tertarik dengan ciri-ciri dan tahap

peralatannya dan berpandangan situasi ini adalah berbaloi. Pembuat kereta nasional itu,

Proton telah mencatatkan lebih 15 000 tempahan selepas kempen prapelancaran untuk model

SUV pertamanya. xv

5.0 PENUTUP

Kesimpulan

Kesimpulannya, Proton merupakan jenama kenderaan nasional yang masih lagi kekal

sehingga kini. Seperti yang sudah kita ketahui, titik permulaan bagi entiti syarikat pengeluar

kenderaan nasional ini adalah berdasarkan kerjasama dengan syarikat automotif Jepun yang

merupakan Proton-Mitsubishixvi sehingga dapat mengeluarkan kereta nasional pertama iaitu

Proton Saga yang diinspirasi dari salah sebuah model kereta jenama Mitsubishi. Kelahiran

jenama kenderaan nasional ini benar-benar membantu rakyat yang terdiri daripada golongan

yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki sebuah kereta.

Namun, tidak dapat dinafikan lagi bahawa pandangan setiap pengguna pada jenama

Proton mungkin berbeza mengikut pengalaman dan keutamaan masing-masing. Sesetengah

pengguna dapat memberikan pandangan yang positif terhadap Proton sebagai pilihan jenama

kereta yang terbaik dari segi kualiti, harga dan prestasi. Hal ini demikian kerana, mereka juga

menghargai usaha Proton dalam membangunkan industri automotif negara dan mengeluarkan

kereta yang memenuhi keperluan pasaran tempatan. Walaubagaimana pun, Proton juga tidak

terlepas dari sebarang kritikan daripada pihak lain seperti isu kualiti dan persepsi reka bentuk

13
yang tidak menarik untuk mengharungi persaingan yang kuat di antara jenama kereta

antarabangsa.

Oleh itu, Proton telah berusaha untuk meningkatkan kualiti dan inovasi kenderaannya

serta menjalinkan kerjasama bersama jenama kenderaan terkemuka seperti Geely pada tahun

2017 dengan harapan untuk mengukuhkan kedudukan perniagaannya dalam pasaran

domestik dan antarabangsa. Dalam hal ini, DRB-HICOM-BHD telah menjual 49.9 peratus

daripada pegangannya di dalam syarikat kereta nasional, Proton Holdings Sdn Bhd kepada

Syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co,. Ltd (Geely Holding).

Walaubagaimanapun, DRB-HICOM masih memegang 50.1 peratus pegangan dalam Proton

dan Proton akan tetap menjdi kereta nasional dan kebanggaan negara. xvii

Harapan saya ialah agar Proton terus belajar dari kesilapan yang dilakukan bagi

memelihara kedudukan strategiknya supaya tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang.

Penuhubuhan syarikat Proton yang sudah pun menginjak usia lebih tiga dekad ini merupakan

suatu kejayaan yang perlu dihargai dan dibanggakan oleh rakyat tempatan kerana sepanjang

tempoh tersebut, Proton telah pun menunjukkan ciri-ciri pengeluar kenderaan yang matang

dari segi teknologi, pengurusan dan khidmat selepas jualan.

14
BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER

1) Surat Khabar

Shahrizan Salian. (2017, August 1). Model Pertama PROTON, Geely Keluar Tahun Depan.

BH Bisnes

2) Ucapan

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. (1985, Julai 9). Upacara Pembukaan Rasmi Kilang

Kereta Nasional dan Pelancaran Proton Saga. Shah Alam, Selangor

15
LAMPIRAN

Keratan Akhbar menunjukkan Ismail menerima hadiah Proton Saga selepas diumumkan
pemenang menamakan kereta kebangsaan pada 1985
Sumber: bharian.com.my

16
Keratan Akhbar menunjukkan Tun Dr. Mahathir sedang memandu Proton Saga yang baru
dijual di pasaran buat kali pertamanya pada 10 Julai 1985
Sumber: wapcar.my

Keratan Akhbar dari Utusan Malaysia pada 12 April 2016 memaparkan Proton Perdana
baharu yang viral di internet pada ketika itu setelah pelancaran
Sumber: arminbaniaz.com

17
Keratan Akhbar menunjukkan Proton X50 sedang diiklankan oleh peniaga sebelum ianya
disahkan pada 2019
Sumber: gohedgostan.com

18
i
Perusahaan Automobil Nasional,
https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Auto_Proton.htm#:~:text=PERUSAHAAN%20OTOMOBIL
%20NASIONAL&text=Pelancaran%20Proton%20Saga%20telah%20dilakukan,Mohamad%20pada
%201%20September%201985
. Dicapai pada 12 Jun 2023.
ii
Kisah Proton Saga di Negara UK,
https://bn4.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1276544&extra=page%3D1
. Dicapai pada 12 Jun 2023.
iii
Pemilik di UK dedahkan sebab Proton Saga Iswara lama menjadi popular di sana
https://www.wapcar.my/bm/peminat-di-uk-dedahkan-sebab-proton-saga-dan-iswara-lama-jadi-popular-di-sana-ada-
nilai-47989
. Dicapai pada 13 Jun 2023.
iv
Enjin Campro di dalam ruangan enjin kereta Proton Gen-2.
https://www.facebook.com/malaysiadesignstudies/photos/enjin-campro-di-dalam-ruangan-enjin-kereta-proton-gen-
2enjin-campro-ialah-enjin-/720613948028136/
. Dicapai pada 16 Jun 2023
v
Proton Suprima Hatchback Launched
https://paultan.org/2013/08/17/proton-suprima-s-hatchback-launched/
. Dicapai pada 16 Jun 2023
vi
What is a Kerb Weight and How Much Does Your Car Weight?
https://www.evoindia.com/features/kerb-weight
. Dicapai pada 16 Jun 2023
vii
Proton Perdana Generasi Ke-4 Lebih Dinamik
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/06/14/proton-perdana-2016
. Dicapai pada 17 Jun 2023
viii
Proton Perdana 2016, Banyak Kelebihan?
https://paultan.org/2016/07/28/pandu-uji-proton-perdana-2016-ada-banyak-kelebihan/
. Dicapai pada 17 Jun 2023
ix
Proton Perdana Baharu Bakal Menggunakan Enjin NE01 Dari Petronoas Bermula Awal 2018
https://paultan.org/2016/06/14/proton-perdana-baharu-bakal-menggunakan-enjin-ne01-dari-petronas-dijangka-
bermula-awal-2018/
Dicapai pada 17 Jun 2023
x
Lima Perkara yang Anda Perlu Tahu Tentang X50
https://careta.my/article/lima-perkara-yang-anda-perlu-tahu-pasal-proton-x50
. Dicapai pada 18 Jun 2023
xi
Proton Suprima S
https://www.mekanika.com.my/proton-suprima-s/
. Dicapai pada 18 Jun 2023
xii
5 Fakta Menarik Mengenai Proton Perdana 2016
https://www.carsome.my/news/item/5-fakta-menarik-proton-perdana-2016
. Dicapai pada 21 Jun 2023
xiii
Proton X70: Perincian Sistem Keselamatan
https://paultan.org/2018/10/11/proton-x70-perincian-sistem-keselamatan-aeb-acc/
. Dicapai pada 22 Jun 2023
xiv
Proton X70 Berjaya Skor 5 Bintang Dalam Ujian Keselamatan ASEAN-NCAP
https://www.mekanika.com.my/proton-x70-berjaya-skor-5-bintang-dalam-ujian-keselamatan-asean-ncap/
. Dicapai pada 23 Jun 2023
xv
Proton X70 Dapat Tempahan 200-300 Sehari
https://www.mekanika.com.my/proton-x70-berjaya-skor-5-bintang-dalam-ujian-keselamatan-asean-ncap/
. Dicapai pada 23 Jun 2023
xvi
12 Fakta Sejarah Tentang Kereta Nasional Sebelum Tahun 2000
https://faiedaauto.com/kisah-tips-automotif/
. Dicapai pada 26 Jun 2023
xvii
Proton Bukan Projek Nasional Lagi
https://www.malaysiakini.com/news/383505
. Dicapai pada 27 Jun 2023

Anda mungkin juga menyukai