Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A

- BAB 1, soalan tentang temu bual(kualitatif) dan soal selidik (kuantitatif).


Jawapan no 5

- Persamaan dan pembandingan kualitatif dan kuantitatif.

Tgok jawapan no 2

- Ciri2 kualitatif dan kuantitatif


Jawapan no 14 dan 15

- Etika penyelidikan
Penyelidikan seharusnya dijalankan mengikut garis panduan etika bidang
penyelidikan masing-masing

Kejujuran

Penyelidik perlu jujur dalam merekod, melapor dan menganalisis data. Sekalipun data yang
diperoleh melalui simulasi atau pengiraan tidak mengikut data yang diperoleh melalui
eksperimen, data tersebut tidak boleh diubah atau dimanipulasi untuk membaiki keputusan.

Integriti

Integriti ialah kualiti unggul yang terhimpun pada diri individu atau organisasi, dan amat
berkait rapat dengan nilai diri serta mencerminkan etika yang didukung dan dihayati dengan
keperibadian yang baik.

Integriti Individu/Penyelidik

Elemen ini berkaitan dengan keselarasan antara perkara yang dikatakan dengan yang
dikotakan, keselarasan tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang, serta
keselarasan antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Penyelidik hendaklah
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan
awam. Kepentingan awam tersebut haruslah mengatasi kepentingan diri, ahli keluarga
dan kaum kerabat. Para penyelidik juga perlu bertanggungjawab kepada ketua, orang
bawahan dan orang awam. Mereka juga perlu telus dan tulus dalam setiap hal
berkaitan dengan penyelidikan.
Berhati-hati

Sifat berhati-hati perlu untuk mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh menjejaskan
mutu penyelidikan, subjek yang dikaji dan nama baik Universiti. Hasil kerja mestilah selalu
dinilai dan penambahbaikan sewajarnya dilakukan untuk pembangunan projek.

Keterbukaan

Penyelidik perlu terbuka dalam menerima sebarang kritikan membina yang diberikan. Sifat
keterbukaan ini juga meliputi perkongsian data, keputusan, idea dan bahan yang tidak
termasuk perkara-perkara yang dikelaskan sebagai rahsia

Kerahsiaan

Sebarang komunikasi berkaitan dengan aktiviti penyelidikan yang telah dikelaskan sebagai
sulit mesti dirahsiakan.

Tanpa Diskriminasi

Sebarang penilaian seharusnya dilakukan dengan adil tanpa sifat prejudis atau diskriminasi
sama ada dari segi jantina, kaum atau faktor lain yang tidak berkaitan dengan keupayaan
saintifik dan kepentingan penyelidikan

- Bentuk kajian ada 5

Reka bentuk penyelidikan ada 2:

1. Penyelidikan kualitatif

- eksperimental

-kuasi-eksperimental

-tinjaun

-kolerasi

2:Penyelidikan kualitatif

-etnografi

-kes

-sejarah

-tindakan
- Apa kita perlu ambil untuk mulakan pengajian (menyatakan masalah, objektif,
soalan, bagitahu apa yg ada dalam kertas cadangan)
1. Mengenal pasti masalah
2. Membina tajuk
3. Merangka objektif (metadologi)
4. Mengumpul data & menganalisis data
5. Menulis laporan

Bab 2 literature

- kenapa literature perlu ? Apa ciri & jenis2 yang ada ? Kenapa mesti ada tinjauan
literature?

Tgok slide tele

- instrumens2 kajian (soalan selidik, temu bual, pemerhatian, analisis dokumen,


kaedah ujian)

- apa kebaikkan dan keburukkan, ciri2 (temu bual, soal selidik, pemerhatian)

Jawapan no 5

Konsep penyelidikan

Penyelidikan dibuat untuk menguji idea mengenai siri dan operasi beberapa aspek alam
ini. Tanpa bukti kita tidak dapat menyatakan sesuatu kaedah itu lebih baik atau buruk
daripada kaedah lain. Begitu juga kita perlu bukti untuk menyokong sama ada suatu
program itu dapat menambah motivasi, minat atau pencapaian pelajar. Salah satu jalan
keluar untuk mencari penyelesaian suatu masalah adalah melalui penyelidikan. Untuk
membolehkan seorang guru menjalankan penyelidikan, guru perlu memahami proses
menjalankan kajian.
Ciri-ciri proses penyelidikan:

- Bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenal pasti dalam situasi yang spesifik
atau bagi memperbaiki keadaan amalan-amalan tertentu
- Sebagai satu alat latihan dalam perkhidmatan yang mampu memberikan guru-guru
kemahiran dan pendekatan baru serta meningkatkan kesedaran kendiri mereka
- Sebagai satu alat untuk menerapkan pendekatan-pendekatan inovatif atau tambahan
ke dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam sistem yang biasanya
menghalang inovasi dan perubahan.
- Sebagai satu wadah bagi memperbaiki komunikasi yang biasanya kurang baik di
antara para pendidik dan ahli akademik.
- Sebagai satu pendekatan alternatif kepada penyelesaian masalah dalam bilk darjah.

Anda mungkin juga menyukai